WARGA SCP

Khamis, September 10, 2009

EDINBURGH

Setelah menempuh 7 jam perjalanan yg agak panjang ,lebih kurang pukul 5.00 ptg kami akhirnya memasuki ke sempadan Scotland yang dapat dilihat melalui batu sempadan dan signboard.

Kami singgah sebentar untuk bergambar di situ sebagai koleksi album kami. Rasanya ramai yang kali pertama sampai ke Scotland akan berhenti dan bergambar di siti kerana papan signboardnya penuh dengan kesan tampalan.



Perjalanan diteruskan lagi kerana bolehlah tahan lagi nak sampai Edinburgh, sebuah kota lama yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai "kota warisan dunia"
Jam menunjukkan hampir 7.00 mlm. Matahari masih menyinari kerana musim panas. Magrib mengikut jadual yg kami printout dari internet lebih kurang pukul 9.30 mlm. Alhamdulillah kami sampai ke Edinburgh dengan selamatnya .
Keadaan kota Edinburgh agak tenang . Tiada kesesakkan . Aku terdiam seketika. Macam baru masuk ke sebuah kota pada zaman batu. Senibina memukau. Subahannallah, Allahuakbar.







Seperti yang aku katakan, tiada tempahan hotel penginapan yang aku buat lagi. Lalu terus pergi mengelilingi kota lama ini untuk mencari beberapa hotel penginapan . Apex Travelodge penuh, Ibis (bukan iblis ye ngeh,ngeh,ngeh) pun penuh .







Habislah malam ni kalau semua penuh. Akhirnya dengan izin Allah masa tengah meronda terjumpa sebuah B&B terpampang "Vacancy".

Alhamdulillah , terus bertemu manager a.k.a tuan tanah . 35 pound per person (p.p) . di sini B&Bnya pun ada rating . Penginapan di sini juga hampir penuh .

Ford Focus yang kami sewa

Bilik color pink, english style

Singnboard Gil Duns ni terpampang kat pintu masuk 4 bintang . Berpatutanlah dengan harganya. Yang pasti malam ni penginapan dah settle, makan tak perlu risau, bukak bekalan tadi. Nasi lemak ada, rendang ayam ada, sambal bilis goreng ada , serunding ada. Meriahlah juga mcm kenduri kecil .

Terimakasih kat Mrs Rezeki kerana sempat menyediakan bekalan tu dari jam 2.00 pagi sebelum kami bertolak. Cuaca di sini yang diberikan oleh ALLAH SWT membuatkan bekalan kami dalam keadaan "fresh" .

Malam ni kami pasti tidur nyenyak kerana perjalanan yang agak jauh. Jadual esok dah dalam kepala , Edinburgh Castle untuk setengah hari.

Alhamdulillah.

14 ulasan:

  1. salam CR,

    Fuhyoooooooo, hang memnag pandai amik gambar ler, mempersonakan ayahzain dengan angel yang dipetik.

    masa kat pertah ayahzain pun duduk kat Ibis hotel. ngek ngek ngek

    BalasPadam
  2. As Salam..

    seni bina yang sungguh mengkagumkan.. dengan cuaca yang cerah gemilang.. tentu nya seronok berjalan menikmati 'panaurama'..

    CR.. kawan cheq habaq kan.. kalu nak p tempat2 cam nie duit nak kena ada berkepuk paling2 harga rumah murah kat KL.. 42k.. mak aih, sampai bila2 lah cheq tak dapat p.. kalu nak p kena lah cheq jual umah.. pas tu kan balik mai m'sia cheq nak dok kat mana lak.. ngeh ngeh ngeh

    psstt.. cheq ingat mamat yang pakai skirt kat atas tu tn ismet.. pergh.. pakai p terawih pun ok gak.. tapi stokin kena bagi panjang skit.. kasi tutup lutut.. misti org high castle respek giler.. kik kik kik

    BalasPadam
  3. Salam AZ,
    mmg minat dgn bidang fotografi ni, tapi belajar sendiri je. tak sempat nk berguru, tok guru pegi haji tak balik-balik

    ibis kat perth ok , ibis ni dia ada rangkaian satu dunia mcm travelodge juga. kalau nk booking pakai internet pun sonang. jgn iblis punya hotel sudahlah
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  4. Salam Noor aka seketeri kompeni,

    mmg syok tgk "panaurama" tu yg mamai kojap.
    psl belanja tu , jwpn selamat " no. comment" mcm artis pulok ngeh,ngeh,ngeh

    itu semua rezeki Allah pada kami , sgt2 bersyukur . Itu sebab saya suka betul nama rezeki tu.

    Kami pun belajar tak tinggi mana, tgk adik2 dan org lain pegi obersi belajar , kami dapat tgk jelah, tapi kami tak mengeluh pun. Adakali org pandang rendah pd kami . Itu hakikat realiti dunia . Tapi Allah maha kaya, rezeki yang Allah kurniakan pada kami yg memang tak disangka2 melalui perniagaan yg pada mula 19 tahun lalu secara kecil2an berkat hidup bekeluarga , isteri yg sarat mengandung membantu pada mulanya hingga boleh mengaji pekerja dan mengembangkan perniagaan. Sejarah hidup kami sgt panjang , kalau nk cite boleh buat buku motivasi .

    Tapi itu semuakan reta dunia yg akan tinggal. Tapi tak salahkan berbelanjakan dan mengembirakan anak bini dari membelanjakan ke tempat maksiat . Semoga Allah akan sentiasa memberi keberkatan dalam hidup kami dan juga noor serta rakan2 yg lain.

    p/s : kalau pegi terawih pakai tu, mampus kena ligan, kalau abg samad dgn abg aji CL pakai kat Makaah, ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  5. salam rezeki

    siang malam CM teringat kat lelaki pakai skrit tu jer..aduiii

    BalasPadam
  6. Salam CM,

    CM kasih kau telah berubah arah dari abg haji samad ye ngeh,ngeh,ngeh

    tu kalau angin kuat, terselak skirt tu
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. salam CR,

    seronoknye pengembaraan bersama keluarga camnie...Scotland nie nampak bersih, damai & tenang..bandarnya tak sibuk...

    CR, cikgu mengajar ketupat mati...tok guru fotografi p aji tak balik2...abg samad ka org nya tu? ;-)

    p/s: hanis akan menanti cerita 19 tahun yg dulu...

    BalasPadam
  8. As Salam CR..

    Alhamdullilah.. berkat jerih perih berusaha.. akhirnya Allah berikan ganjaran nya.. Semoga kami semua aka kengkawan CR juga memperolehi rezeki yang berkat dari Yang Esa..

    kaya didunia.. kaya diakhirat.. aminnnnn

    psstt.. tak salah aih bawak anak isteri p jenjalan.. bawak bawak.. tapi.. kalu bawak CM, AZ, cheq, dak hanis & pijal.. lagi2 lah meriah rombongan cik kiah..

    ngeh ngeh ngeh

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  9. Salam

    Err.. mohon laluan tuan tanah.

    Hanis,
    Scotland ni tak bersih sangat sebenarnya tapi kat Edinburgh tu dijaga sebab itu bandar pelancong ;p Tiket masuk Edinburgh Castle lah yg paling mahal sekali antara castles di Scotland. Tak silap sekarang £12.

    Puan Noor,
    RM42 tu kira yuran uni saya setahun hehe. Untuk pelajar single macam saya, dok pusing satu Scotland selama 3 minggu, habis dlm £400. Tu pun extra sebab tingkap keta sewa pecah kena bola golf hehehe. Tapi tu kamilah.. orang yang tak tahu bershopping.

    Tak macam England, Scotland tak banyak tempat shopping pun, yang banyak hanyalah alam. Kalau suka outdoor, Scotland highlands memang sangat best. Cadangnya tahun depan kami nak cuba hill-walking pulak.

    Sungguh, selagi saya ada di sini dan kalau ada sesiapa yg nak datang Scotland, boleh aje menumpang di rumah untuk semalam dua. Tapi macam saya beritahulah, rumah pelajar, faham2 ajelah, tak lah sesempurna mana. :)
    Oh, tuan rezeki, InsyaAllah saya habis belajar tahun depan jadi kalau 2012 tu saya tak tahulah di mana pula saya will end up. Either saya kerja sini atau pun saya ke benua lain pula :p InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. Salam Rezeki,
    Best nyer jalan-jalan gini...lebih seronok berbanding kalau guna travel agent kan...freee n easy gitu...untung ada private tour guide..kik...kik...

    Macam Hanis, saya pun nak tah citer Rezeki jadi kayer...hii..akak suka citer kayer-kayer ni...

    BalasPadam
  11. Salam Noor,

    Alhamdulillah,

    nanti kita pegi sesama ia kalau ada rezeki lebih , mcm rombongan cik kiah tu tapi ini rombongan GPK

    kita pegi Wadi Unung

    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  12. Salam Hanis,

    semua tok guru cabut lari ngeh,ngeh,ngeh

    maklumkan , nk ajar murid pemulihan ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  13. salam Khairy,
    alhamdulillah, diam tk diam dh nak habis belajor,

    saya adakali pegi mana2 ni tak plan, psl kena tgk masa saya free, masa pegi tu nampk ramai juga hill walking , panjat gunung yg botak tu
    ngeh,ngeh,ngeh

    mmg scotland bukan utk kaki shopping, kat sanakan nk lihat alam ciptaan Allah. cuma mrs suka kumpul gelas yg comel tu buat collection kalau pegi mana2

    BalasPadam
  14. Salam Asnija,

    mmg pegi diy free & easy lebih selesa psl tak terkejor2 .

    citer lama usah dikenang, jadikan motivasi diri utk maju di dunia dan akhirat je .

    BalasPadam