WARGA SCP

Sabtu, September 05, 2009

DAY 38 22/12/2007 SABTU

























Jamaah haji indonisia menuju jamrah









ramai golongan yg tidak bernasib baik








kem kami di Mina



aircond kat khemah



Tertidur kerana lambat basnya sampai












Menuju jamrah


BERSAMAAN 13 ZULHIJJAH-Hari Tasyrik

ALHAMDULILLAH, 

Diberikan kesihatan yang baik . Merupakankan malam terakhir sebelum meninggalkan bumi Mina, bumi penuh keberkatan . Suhu turun dgn mendadak pada malam ini . Kedinginan malam ini sangat terasa. Aircond dalam khemah telah dimatikankan . 

Namun kediginan masih terasa sehingga ke tulang hitam. Selepas subuh, kami terus ke kawasan jamrah untuk menyempurnakan ibadat melontar untuk hari 13 Zulhijjah dan sempurnalah segala pekerjaan haji bagi kami . Hari ini merupakan hari terakhir bagi semua jemaah haji yang berada di Mina .

Setelah selesai melakukan lontaran di ke tiga-tiga jamrah , pulang semula ke perkhemahan dan mula mengemaskan beg utk pulang semula ke Mekah. Giliran kami menaiki bas dijangka pada pukul 10.00 pg . 


Semua jemaah di camp 88 akan bertolak ke Mekah secara berperingkat-peringkat. Jarak ke Mekah lebih kurang 7 km dijangka memakan masa hampir 3 jam kerana masalah kesesakan lalu lintas Sedih meninggalkan bumi Mina dan tak pasti bila lagi akan dapat menjejakkan kaki ke sini . Banyak kenangan semasa kami disini semasa mengerjakan ibadat haji . 

Kami sangat bersyukur ke hadrat ALLAH kerana kami telah dapat menjalankan ibadat umrah dan haji dengan sempurna tanpa sebarang halangan dan dugaan yang besar. ALLAH telah memakbulkan doa kami supaya diberikan kesihatan dan segala kemudahan dan dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna. Hanya satu lagi sahaja ibadat yang perlu kami lakukan, iaitu tawaf wada atau atau selamat tinggal yang hanya akan dilakukan sebelum pulang ke Malaysia.

SELAMAT TINGGAL MINA, PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DGN KEIZINAN ALLAH AKU AKAN SAMPAI KE SINI LAGI

Sampai di kota Mekah hampir pukul 1.00 tgh . Jalan yang menuju ke Masjidil Haram masih di tutup kerana baru selesai solat zohor . Terpaksa menunggu seketika sebelum bas kami dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Alhamdulillah , akhirnya kami sampai ke hotel penginapan. 

Bagi jemaah yang belum menyempurnakan tawaf haji dan saei haji perlu melakukannya kerana mereka masih belum menyempurnakan lagi pekerjaan haji dan masih belum lepas 3 lagi pantang larang dalam ihram. Kami telah menyempurnakan tawaf dan saei haji tempohari dan telah selesai hampir 99 % melainkan tawaf wada sahaja sebelum meninggalkan Mekah nanti.

4 ulasan:

  1. salam CR,

    Alhamdulillah...dr awal haji ke akhirnya CR & isteri diberi kesihatan yg baik....sronoknyee baca cerita CR nie...banyak memberi gambaran pada hanis suasana & bagaimana process mengerjakan haji...terima kasih CR

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Rezeki, kalau kau tak cetak buku memnag rugilah. Buat buku bergambar, bagus untuk orang2 nak g haji. Kalau u malas, serahkan kat saya. Mana tahu impian menjadi kenyataan?


    Huh anis no satu di mana-mana

    BalasPadam
  3. Salam Hanis,
    setakat demam dan batuk tu lumrahlah kat sana.
    Sangat,sangat bersyukur krn hajat dan doa kami setiap kali lps solat diberi kesihatan dan kemudahan dlm mengerjakan haji dgn sempurna dimakbulkan oleh Allah, selebihnya kami berserah pada Allah agar mengurniakan kami haji mabrur yg tiada balasan selain syurga.
    Alhamdulillah , objektif tercapai sekiranya perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kpd bakal2 haji dan hajjah.
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Salam AZ,
    Az tgklah mana yg patut. Jika itu dapat membantu golongan bakal haji dan hajjah dan memberi kebaikan kpd semua.

    BalasPadam