HARI-HARI TERAKHIR DI KOTA MAKKAH
Pagi ini di hotel penginapan, dgn bimbingan guru agama THTS, jemaah haji di hotel kami mengadakan post mortem dan checklist perkara-perkara rukun haji dan wajib haji yang telah dijalankan kerana dikhuatiri ada yang belum dilakukan atau belum sempurna sebelum keberangkatan pulang ke tanah air.
Perlu juga memastikan sekiranya ada dam yang perlu dijelaskan sebelum pulang nanti. Kami juga diingatkan agar lebihan batu yang dikutip utk lontaran jamrah ditinggalkan dan pastikan tidak terbawa pulang ke Malaysia.Rutin seharian seperti biasa ke Masjidil Haram . Jemaah yang melakukan tawaf sungguh padat .
Esok penerbangan keluar dari kota Mekah akan bermula untuk jemaah-jemaah yang datang awal dari serata dunia . Kesayuan mula manghambat hati kami. Adakah haji ini merupakan haji terakhir buat ku seperti Baginda Rasulullah yang mengerjakan hari perpisahan sebelum Baginda wafat beberapa tahun kemudian. Namun Baginda Rasulullah sememangnya telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT sedang nasib ku tidak pasti. Hanya Allah yg mengetahui.
Kami yakin dan berpuashati berdasarkan post mortem dan check list , kami telah melakukan segala pekerjaan rukun dan wajib haji mengikut urutan, tertib dan peraturannya. Selebihnya kami hanya pasrah dan berserah kepada Allah agar haji kami diterima.
Insyallah.
0 comments:
Catat Ulasan