WARGA SCP

Rabu, September 09, 2009

NAK CARI TOILET,NAK CARI TOILET

Pekan Berwick

Lengang , time keje




Dalam perjalanan , sejuk-sejuk ni faham-fahamlah, terpaksa cari toilet . Untuk tips , kalau ke toilet di luar negeri ni, pastikan sentiasa bawa botol kecil 500 ml air mineral. Toilet orang putih, takde paip di dalamnya. Tisu banyak leee.






Sempat juga berhenti kat Berwick Upon Tweed.Cari toilet punya pasal . Pusing 3-4 kali tak jumpa . Kami keluar dari pekan tu dan teruskan perjalanan. Kalau tak, tak sampai ke situ.




Akhirnya , masuk lagi satu pekan kecil Dunbar. Puas pusing baru jumpa public toilet . Satu je yang aku paling respect, toilet dia sangat cantik dan bersih siap dgn perhiasan. 

Kat hotel punya toilet pun kalah. Ada kat dinding mereka tampal sijil yang toilet mereka diiktiraf antara terbaik di Scotland dan memenangi beberapa anugerah .Kalau kat tempat kita mcm ni , alangkah baiknya. Tapi aku tak teringat pula nak ambil gambar kat situ. Nanti kalau aku shoot gambar kat situ, apa pula kata mat salleh pula.Nak “sekodeng” katanya. Kan naya je.

16 ulasan:

  1. salam CR,

    wauuu..lengan jalan...kalau malaysia???walaupon pekan kecil....emmm banyak kereta & moto...

    BalasPadam
  2. Salam Hanis,
    seronokkan kalau mcm tu kat mesia. tak hiruk pikuk

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Toilet kat tempat mat salleh memnag bersih, kita boleh bawa bantal, leh tidor dalam nya, tak rasapun dok dalam toilet. Bila la toilet kat mesia ni nak hjadi macam tu.

    Toilet Kat Beijing pun dah ok hasil revolusi mental untuk olimpik 2008.

    BalasPadam
  4. Salam AZ,
    ada benda yg kita kena belajar dari depa kan.

    BalasPadam
  5. salam rezeki

    tang memikir toilet omputih saya paling letih,kt scotland,yer lah negeri omputih,tapi kt mesia di KLCC,Isetan,Pavolion,byk tempat arr,awatnya tak siapkan air.CM rela dok tahan dr masuk toilet omputih ni...

    BalasPadam
  6. Salam CM,
    tulah yg tak patutnya, kontraktor dan pereka pelan bukan org islam , mrk langsung tak peka tentang tertib mencuci selps berhadas utk org islam. Tak sepatutnya kat mesia mcm tu.Kata negara dh merdeka dan agama islam sebagai agama resmi. Dia org takpe , pakai selet je ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. Betul tu Rezeki,
    Tak taulah kat scotland, lagi satu, bilik airnye tak de lubang air mengalir kan...so, masuk kena jaga air mandi, tutup keliling bath tub dengan curtain, dah le lantainya dari kayu...basement pulak ada rumah orang, kena jaga betul...
    Saya ingat lagi, kalau gi kuliah, mesti bawak cawan plastik letak dalam beg, nak buat basuh...pastu kawan-kawan semua carik saya bila nak pinjam 'gayung'...ye la...kita nak solat, mestilah susah...survive gitu, tapi bila balik Mesia, jadi tak survive balik bila jumpa toilet yang omputih punya...

    BalasPadam
  8. salam rezeki
    Saya plak jadi over-excited bila orang datang bertandang ke kg ke-2 saya ehehehe. Scotland ni penduduknya cuma 5juta saja. Keluar dari bandar besar memang kawan ngan highland coo atau ewe (biri2 - sebutan 'yu') jerlah.
    Kerja saya tiap pagi antaranya menyental toilet la huhuhu.. Memang bersih cuma yg kotor kadang2 tu bila ada hamba Allah yang tersalah aim hehehe.
    Next time nak ke Scotland, singgahlah ke rumah kami di Glasgow. Dapat jimat cost accomodation semalam dua. Tapi tak lah sehebat B&B ye :p

    BalasPadam
  9. p/s - memang kami sentiasa ada botol emergency kat sini :p tapi kalau kat Malaysia, saya sanggup tahan sampai tiba ke rumah hahahaha.. Tak tergamak rasanya nak masuk public toilet di Malaysia

    BalasPadam
  10. Rezeki...n3 yg menguja ramai org berbicara tentang TanSri...ooppss maksud saya TanDas. Kat Msia dah berTAN2 ingatan dah diberi, sudah berDAS2 kritikan disuarakan...tp TANDAS kita masih di takuk lama...napa ye? Takkanlah semua silap aim kot...ntahlah mungkin dah jd budaya. 1 thing about Msian...ramai yg masih kurang hargai harta awam atau harta org...tgk jelah tandas2 awam, taman2 awam dan segala bagai yg awam...semuanya di jaga suam2...sayangkan. Itu kita belum cite penyewa2 Msia yg menyewa rumah....baik di Msia mahupun di luar negara...bila dah perangai tak tau jaga harta org di bawa ke luar negara ni....imej Msia boleh easily flop...

    Rezeki....dah n3 u ni dah jd bual bicara tandas pulak :D

    BalasPadam
  11. Salam CR,

    Teringat semasa di Beijing 2007, mrs zain bawa gelas palastik yang di amnil dari k terbang, ngek ngek, ngek dia kata nak masuk tandas senang. Ayahzain tumpang jer le. Rupanya tandas lelaki tak perlukan gelas plastik, kat sana tandas tempat buang air kecil dan smart. Lepas kencing bergerak sikit, air paip dia kuar, then kita cuci. Senangkan? Lepas tu tak payah guna gelas plastik lagi.



    Ayahzain,

    BalasPadam
  12. Salam datin,
    bilik air mereka mcm tu psl budaya mrk jarang mandi pagi rasanya, mcm p ramle cecah je kat biji mata ngeh,ngeh,ngeh

    Itu "gayung" kalau takde susah hihihi

    BalasPadam
  13. Salam Khairyn,

    betullah, keluar edinburgh, suasana alam ciptaan Allah sungguh mengagumkan , tu dah masuh kategori highland.

    Tk atas jemputan, ada rezeki insyallah.rasanya 2012 spi sana lagi, dh plan nak tgk olympik

    BalasPadam
  14. Salam IP,

    bab kesedaran sivik dan budaya yang sebegitu , kita boleh dari mereka. Kan yang baik kita boleh jadikan pengajaran, yg buruk jadikan sempadan. Mereka tak ada sifat patriotisme sayangkan hartabenda awam atau org lain psl mentaliti mrk " bukan harta aku yang punya"
    tapi kerana segelintir tulah yang merosakkan pandangan org lain.

    BalasPadam
  15. Salam AZ,
    itu smart tandas, china dah jadi negara maju . Tapi ada juga toilet bowl yg siap ada air keluar cucikan, first time guna,kalau tak salah kat hotel movenpick madinah, mengelabah juga kali pertama ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  16. Scotland, my favourite place! Tips for the Muslims, everytime nak pergi ke negara orang, sila bawa tisu basah yang selalunya digunakan untuk mengelap punggung baby ;D It's useful.

    BalasPadam