WARGA SCP

Khamis, Oktober 01, 2009

HONG KONG - REPULSE BAY


Bersarapan di restoran hotel. Nampak gayanya, makan roti , 
telur 1/2 masak ,butter , jem ala english breakfast la.

Menu makanan memang banyak, tapi tidak halal .
Tapi untuk makan tengahari ni , tak perlu risau kerana
kami akan makan di kantin masjid Ammar yang terkenal 
di Hong Kong.

Untuk malam pula, memang terdapat sebuah beg tarik kami
yang penuh dengan makanan siap dimasak dalam pek seperti rendang lembu, ayam Brahim's. Hanya perlu dipanaskan sahaja. "Mini Rice Cooker" pun ada .




Menuju Repulse Bay melalui jalan yang berliku menyusuri 
 tebing curam seakan-akan jalan ke Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kawasan ini merupakan kawasan elit bagi penduduk HK yang mementingkan "Feng Shui"

Harta tanah di sini sangat mahal sehingga mencecah HK 20,000 sekaki persegi.



Inilah yang dikatakan kotak feng shui yg membawa tuah 
kepada penghuninya.

Itu sebabnya , harga pangsapuri, kondo atau apartment di sini
tersangatlah mahal dan menjadi rebutan taikun-taikun di HK.

Biarlah mereka dengan kepercayaan mereka.
Kita sebagai orang muslim mesti percaya dan berpegang
kepada qada dan qadar .



Sekarang bulan disember, musim sejuk di HK.
Itu sebabnya pantainya lengang.
Kalau musim panas, penuh dgn pengunjung .
Tak sesuai untuk kita orang muslim kerana
mereka hanya berpakaian bikini






10 ulasan:

  1. selain masjid Ammar , mudah tak jumpa masjid2 lain kt sana ,seperti mana di Beijing banyak gak yg blh kita temui.

    BalasPadam
  2. As Salam..

    bestlah tn ismet.. dapat p ronda2 Hong Kong ngan family.. HK nie sungguh membangun.. bangunan segala bentuk ada.. mereka amat 'taksub' dengan feng shui.. cheq ada sorang kawan kat sana.. dari kecik cheq kenai ngan dia.. tapi kan yang sedey nyer, mentang2 dia kaya.. dia lansung tak kenai ngan cheq.. kami blajaq kungfu satu guru.. tu yang dapat nama kungfu panda.. kawan cheq lak dapat nama Jackie Chan..

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Cantiknya gambar-gambar ini. SubhanaAllah,

    Ya Allah ya Tuhanku Engkau pertemukanlah penerbit buku menyelusuri blog sahabat ku ini agar catatan ini boleh diterbitkan sebagai buku untuk edaran dan tatapan pembaca umum. Amin,amin, amin ya Rabalalamin.

    BalasPadam
  4. salam

    mr rezeki,saya setuju dgn AZ,boleh dbukukan catatan perjalanan tuan ismet ni..

    BalasPadam
  5. salam ummi,
    terdapat lebih kurang 5 buah masjid besar di HK.
    salah satu terdapat di tengah2 TST( Tsim Sha Tsui) di tgh bandar kowloon selain masjid ammar ni.Kemudahan ruang solat utk lelaki dan perempuan disediakan.

    BalasPadam
  6. salam noor,

    tergelak panjang baca nasib si kungfu panda ni

    kik kik kik kik kik kik kik kik

    apa nak buat nooo , dah nasib badan
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. Salam AZ,

    sekadar suka2 buat koleksi je ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  8. salam cm,

    catatan sendiri sekadar mengisi masa terluang
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  9. salam CR,

    1 of my boss dok sana...mmg business kat sana...tp family dia kat sini..balik setahun tah brape hari aje laaa.....

    BalasPadam
  10. salam hanis,

    cina malaysia ke cina hk?

    BalasPadam