WARGA SCP

Rabu, Oktober 28, 2009

AMSTERDAM, BELANDA

Amsterdam adalah ibu negara dan bandar terbesar di Belanda.
Dengan populasi penduduk sekitar 1.36 juta dan terletak di utara Belanda.
Nama Amsterdam berasal dari Amstel Dam diringkaskan,jadilah ia Amsterdam.
Kalau dulu hanya sebuah perkampungan nelayan,
tapi sekarang merupakan sebuah pelabuhan yg tersibuk di dunia.

Antara tarikan utama di sini ialah terusan-terusan yang dibina
melingkari segala ceruk rantaunya kerana Belanda adalah sebuah negara yang terletak di bawah aras laut.

Terdapat sebuah muzium yang menempatkan koleksi teragung iaitu Van Gogh Muzium, Anne Frank House, Red Light District dan Cannabis Coffe Shops.











Kincir air zaman tok kaduk
lambang kebangaan orang Belanda

Lihatlah deretan kontena sentiasa memenuhi lebuhraya di sini
untuk di bawa ke pelabuhan




Kebanyakkan hasil dibawa menggunakan sungai dengan tongkang













Kereta yang bertali arus

Setelah mengharungi perjalanan yang panjang,
alhamdulillah, kami sampai ke destinasi kami dan bermalam di sana.
Check in di Mercure Amstel, Amsterdam.

Kepenatan mengharungi perjalanan yg jauh terasa.
Malam ni, aktivitinya menikmati suasana malam bandar Amsterdam
Suasana waktu malam di Amsterdam kalau musim sejuk
agak kurang sibuk berbanding musim panas.
Agaknya mereka malas nak keluar rumah . Sejuk.
Beberapa lapis pakain dan jaket kulit dipakai.
Glove juga tidak ketinggalan.
Suhu sekitar 7-9 darjah celcius.

Menikmati river cruise mengelilingi bandar Amsterdam
melalui terusan yang melingkari bandar.
Apa yang menarik ialah rata-rata , basikal menguasai bandar Amsterdam
Ini merupakan pengangkutan utama bagi mereka .
Teringat pulak aku pada basikal yang mempunyai palang di tengah
masa kecik-kecik dulu. Orang kampung panggil "BASIKAL JANTAN"
pasal ada palang.

Tram pula berselirat ditengah bandar . Merupakan pengangkutan awam
yang popular .Namun tak berkesempatan pula aku mencubanya.


Dari jendela tingkap bilik hotel .
Terdapat terusan di situ







Tram

Jalan-jalan naik basikal





Red Light District

jeng-jeng-jeng
Apa yang tersembunyi di balik langsir tuuuuuu

21 ulasan:

  1. salam rezeki
    err... tu kami panggil akuarium huhuhu
    dah selamat tiba di Glasgow tengahari tadi. Mode=mengantuk zzzzzzzzzzzzzz

    BalasPadam
  2. salam hj rezeki..

    alhamdulilah saya dah selamat sampai armsterdam ari sabtu pagi...14 jam atas flight.tp tak apa..bila tgk pemandangan..terus ilang rasa penat....

    hahaha saya tahu jawapan di sebalik lampu merah dan langsir tu...

    byk sungguh gadis duduk dlm cermin kaca tgh tunggu pelanggan....
    sekarang 8 to 11 celcius..insyallah ntisaya blk,saya email gambar2 percutian saya&family khas utk hj rezeki..

    BalasPadam
  3. cantiknya gmbr2 amsterdam
    hj rezeki sewa bicycle tk?

    BalasPadam
  4. Salam en rezeki

    alhamdulillah khairyn tu dah sampai pun ke scotland...

    request ni..en rezeki ada tak gambar bunga tulip...???teringin nk tengok.

    BalasPadam
  5. salam khairyn,

    alhamdulillah dh sampai, mesti jetlag.

    take a rest .

    tu akuarium ada ikan betina je, ikan jantan takda ngeh,ngeh,ngeh

    masyallah, dunia akhir zaman .

    BalasPadam
  6. salam olive,

    happy and enjoy your trip.

    nti jgn lupa email gambar trip ke sana tu

    BalasPadam
  7. salam olive

    tertinggal satu, tak sempat nak menyewa basikal ronda kat town . maybe lain kali jika berkesempatan ke sana

    BalasPadam
  8. salam cm

    minta maaf le bebanyak, wrong timing ke amsterdam. winter , tulip takda

    kalau pegi mac,april,mei mmg tgh musim bunga.
    suasana landskapnya di sana mmg sangat cantik dgn tulip

    BalasPadam
  9. Salam rezeki,
    saya baru nak minta benda yang sama ngan Mas, tengok dah Rezeki jawab tak de...kalau tak mesti best tengok bermacam-macam kaler....
    apa yang best kat amsterdam?

    BalasPadam
  10. cantiknyeee tulip tuuuu...nak sekuntum.....

    sedihhhh nie..asyik kene tinggal ajeee.... :-(

    BalasPadam
  11. Salam CR,

    kenapa susah betul nak komen kat n3 awak nih.

    Tulip tu mmenag cantik sungguh lah Hanis kan? ayahzain teruja. Tulip itulah yang az bagi kat mrszain semasa di Perth 4 tahun dahulu.

    BalasPadam
  12. Salam CR,

    Kat amsterdam masih ada basikal hitam berpalang tu?... berbasikal mengelilingi kota amsterdam mesti seronok kan...

    Hanis.. tu ler.. sehari tak masuk umah CR dah rasa banyak ketinggalan...

    Az, betul ler susah betul nak hantar komen ... nie kali ke 4, tak tahu dpt or tak...

    BalasPadam
  13. salam saudara Rzeki..

    wahh puas dia berjalan jalan..jauh pandangan luas pengetahuan...ye lah takda gambar bunga tulip sedih jugak lah..ternanti natikan masa duk scroll tadi..

    waslam

    BalasPadam
  14. Mama dpt nama sdr dlm blog CL,menarik,mama minat creta travel ni..mama masukkan sdr dlm kawan maya mama..tak marahkan?Johor kat mana?,Mama kat Rengit,batupahat.

    BalasPadam
  15. salam datin,

    tulah pasal , bagi masa winter, batang tulip pun takda kat ladang. ngeh,ngeh,ngeh

    cite psl amsterdam, mcm-mcm ada, tapi tu semua syurga dunia bagi mereka yang sukakannya yang boleh menjerumus ke arah neraka . Kita ambil iktibar sebagai pengajaran dan sempadan melihat ketamadunan manusia barat di akhir zaman.
    insyallah.

    BalasPadam
  16. salam hanis,

    tulah, kan dh kata konci jam tu, hanis punya umah pun dh lama berabuk dan bersawang psl sibuk dgn kerja ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  17. salam hanis,

    mcm-mcm jenis basikal dan sewaktu dengannya ada kat sini. mmg seronok tgk , basikal adalah raja kat amsterdam.

    BalasPadam
  18. salam az,

    agaknya susah nak masuk psl hari tu kan dia kena penyakit h1n7 (sawan buaya) menjangkit dari cm ngeh,ngeh,ngeh

    dah kasi ubat antibiotik, tapi rasa belum pulih sepenuhnya.

    BalasPadam
  19. salam cl,

    tulah psl , pegi masa winter , landskapnya lain. Maha suci Allah yg mentadbir seluruh sekalian alam.

    kat ladang terbuka mmg takda tulip musim ni.
    ada pengeluaran dan penanamnya , tapi kat dalam rumah kaca. tapi tak banyaklah dan tak berkesempatan nak pegi.

    BalasPadam
  20. salam mama ju,

    thanks, you are welcome. johor kat high castle

    BalasPadam