WARGA SCP

Selasa, Oktober 06, 2009

HONG KONG - LADIES MARKET









Destinasi seterusnya
LADIES MARKET

Ladies Market merupakan salah satu tarikan terkenal di HK.
Terletak di tengah-tengah Mongkok di Tung Choi Street
antara Tung Choi Street dan Dundas Street .

Seakan-akan Petaling Street di Malaysia , merupakan pasaraya
jalanan yang besar dan panjang di mana anda boleh membeli pelbagai barang berjenama
yang ditiru seperti jam tangan rolex,
beg tangan berjema Hermes, LV dan bermacam-macam lagi.
Barang tiruan tersebut dijual dengan beberapa gred.
Gred yang paling baik AAAA, AAA,AA mengikut harga.

Kedai menjual cenderamata juga banyak terdapat di sini.
Petua membeli di sini, tawar lah 1/2 dari harga yang diberikan.
Namun kebanyakkan dari penjual kurang fasih berbahasa Inggeris.
Jadi kalkulatorlah menjadi perantaraannya.

Ada sesetengah pekedai yang hanya mempamerkan sahaja
gambar atau katalog barangan tersebut, kerana menjual
barangan tiruan merupakan satu kesalahan di HK.

Namun setelah dipersetujui,
mereka akan membawa anda ke premis ayau stor menyimpan
barangan tersebut di bangunan berdekatan untuk
melihat sendiri barangan tersebut.

Suasana di Ladies Market ini sungguh meriah sekali.
Dibuka dari 4.00 ptg hingga 12 tghmalam setiap hari.
Namun berhati-hati kerana terlalu ramai pengunjung
yang bersesak-sesak. Pastikan keselamatan barang-barang
berharga yang kita bawa.

Kami pulang ke hotel penginapan setelah magrib 
hampir menjelang.
Terus ke stesen MTR di Mongkok East dan pulang 
ke hotel penginapan.
Penat berjalan, kaki pun dah lenguh.Perut pun dah lapar balik

Malam ini menu kami .....

Bag yang penuh dgn makanan pun dibuka.
Malam ni Mrs masak kari lembu brahim's.
Semua gunakankan mini rice cooker.
Masak semua lauk yang hendak dimasak dahulu,
akhir sekali baru masak nasi.
Sambal ikan bilis goreng dan serunding tak ketinggalan.
Alhamdulillah

Psss Masak dalam bilik hotel, tapi kena berhati2,
pasal banyak smoke detector dalam bilik hotel tu,
takut munyi ngeh,ngeh,ngeh

Tapi masa kat Hollywood Hotel , Disneyland
tak perlu risau , psl rasanya semua pelawat yg beragama islam
masak kot kat bilik , krn ada ruang disediakan dlm bilik,
lagi pun masa lalu kat koridor ,
bau sardin ada, rendang ada kat tepi2 bilik tu
ngeh,ngeh,ngeh



12 ulasan:

  1. As Salam CR..

    jauh perjalanan luas pemandangan, itu untuk CR sefamily.. tapi untuk cheq & the geng yang lum pernah p.. tak yah jalan.. dok atas kerusi sambil ngadap pc@lappy, scroll atas.. scroll bawah.. dalam 2/3 hari satu HK kami jelajah guna mata je.. nyambil2 kunyah kueh raya yang dah mula tinggal serbuk.. tercekik kalu bleh minum ayaq sirap.. he he.. jimat2, betul kata CM.. tak yah kluar duit & tak yah renew passport yang dah expired..

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  2. banyak shopping tak kat ladies market? lega rasanya...makan senang...solat pu senang...
    tapi dok tengok sini je lah...tak yah gi pun tak per...macam Noor cakap...lagi jimat...(itu cakap orang tak der duit la Rezeki noh...ngeh...ngeh..ngeh...)

    tukaran duit camner?

    ps: Rezeki ni kat JB ke, saya selalu gak buat seminar kat JB, kat Hotel Mutiara, suka makan kat Restoran ZnZ ngan singgah selalu yang kat Danga Bay...mee rebus gear box...makan bawak pokok memang terangkat...(Noor baca ni pun mesti tergolek dari kerusi...)

    BalasPadam
  3. salam noor,

    cite psl paspot, tahun depan dh nk kene renew ngeh,ngeh,ngeh

    bak kata mrs, kalau pasport tu tak cop setiap tahun , tak sah ngeh,ngeh,ngeh

    alhamdulillah, masa ada rezeki lebih sikit , bolehlah pegi cuti, penat keje nk realease tension juga, esok lusa kalau dah takde , duduk diam-diam jelah ngeh,ngeh,ngeh

    semoga Allah SWT sentiasa memanjangkan rezeki kami. Utk kawan2 juga , saya doakan .

    BalasPadam
  4. salam datin,

    hanya beli beberapa barang yang berkenan je sebagai kenang-kenangan.

    suka ronda2 kat ladies market tu utk merasai "atmosfera" di situ

    RM sekali ganda dengan HK , dalam 100HK bersamaan RM48

    kalau pi jb, kami suka mkn kat singgah selalu, kena lamb cop dan berbagai menu , sedap dan selesa.lagi satu kat singgah selalu ada surau, senang nak solat. tak payah terkejar2 ,

    BalasPadam
  5. Salam CR,
    Wow, shoping sakan tapa gaban tak mrsCR kat LS tuh. Shoping jangan tak shoping. Biar menyesal shoping jangan menyesal kalau tidak shoping

    BalasPadam
  6. salam rezeki...

    kat pasar tuh depa nih semua nyer sombong belaka...nak mintak harga murah pun takleh..boring aar...takmacam peniaga kita disni peramah dan mesra..

    waslam

    BalasPadam
  7. kalau bab shoping ni yg lemah , hubby ummi x suke nya , minat dia dgn kamera jer mana pergi gambar jer ler .
    untung mrs CR dpt shoping sakan . lepas ni kalu CR melancong mesti kena beli kami cenderamata tauuuuu .he he he

    BalasPadam
  8. salam az,

    takde shoping sgt kat ladies market tu, saja cuci-cuci mata tgk "inviroment" kat situ, tapi memang havoc

    BalasPadam
  9. salam CL,

    mmg peniaga kat situ kasar2 sikit, tak mcm kat makah kan, kat sana mengikut review , kalau dah tawar spi habis, jgn tak beli , budaya org cina rasanya.

    BalasPadam
  10. salam ummi,

    kan shopping tu salah satu minat org pompuan,
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  11. salam CR,

    waaa..bahaya p tpt camnie...hanis!!!!pejam mata...

    BalasPadam
  12. Salam hanis,

    pejam hanis, jgn tak pejam ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam