WARGA SCP

Ahad, Oktober 18, 2009

HARTA YANG PALING BERHARGA

Tiada harta yang lebih berharga di dunia buat diri ku
selain
isteri ku dan kedua anak-anak ku dan kedua ibu bapa kami.

Catatan perjalanan hidup ku menghampiri 42 tahun.
Menumpang di bumi Allah.
Pejam celik, diam tak diam , kedua-dua anak ku
membesar dengan begitu cepat .

Kini kami hanya tinggal berdua sahaja.
Apa yang kami harapkan,
kedua anak-anak ku menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara
menjadi anak yong soleh dan soleh
dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya

Segala didikan dunia dan akhirat telah kami berikan.
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keberkatan,kerahmatan, kemudahan
kepada kami sekeluarga
dalam menempuh perjalanan hidup ini
sehingga bertemu titik noktah.

Mengimbas kembali gambar anak bongsu ku ,aku tersenyum sendirian.
Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga
mengerjakan umrah pada tahun 2005.

Pada masa itu , ia baru darjah 3
Tengah "terlompat-lompat" lagi.
Kami panggilnya "kanak-kanak riang"
Sungguh gembira apabila aku membelikan sehelai jubah
untuk dipakai di sana.
Taulah budak-budak. Selepas sahaja membuat umrah,
terdengar keluhan
"mama, kaki lenguh, betis sakit"
terpaksa mamanya memicitnya.
Setiap kali lepas selesai umrah, upahnya ayam golek .
Alhamdulillah, dapat juga dia menyelesaikan 3 kali umrah
diusianya sekecil ini
Selepas bertahalul, aku mencukur kepala ku botak untuk kali pertama
dalam hidup ku,aku memujuk sikecil sekali. Akhirnya dia bersetuju.
Kami ketawa apabila memandang antara satu sama lain.
Dah jadi "anak jin dgn bapak jin"
Botak licin kedua-duanya

Tapi semuanya tinggal kenangan
buat kami,

Mereka semakin membesar.
Si kakak sedang menuntut di KL, si adik pula tinggal di asrama.

SEMOGA CATATAN PERJALANAN HIDUP
MEREKA SENTIASA DIBERKATI,DIRAHMATI,DIPERMUDAHKAN

juga doa buat anak-anak kita semua


















12 ulasan:

  1. salam CR.. kalu diblog CL mana mampu , ummi jadi ratu pecut kan .
    dalam banyak2 N3 CR ,cerita begini yg paling menusuk kalbu ummi selain cerita haji tempohari . suka ummi tengok anak CR pakai jubah tu,teringat anak bujang ummi pakai jubah solat sunat hariraya yg lepas . dia yg minat sendiri minta beli jubah baru .
    mohon copy gambar kenangan disana tu yer.

    BalasPadam
  2. salam CR

    aduuh sejuk yer hati tengok si bujang mu,kata orang like father like son,cam tu agaknya wajah sahabatku CR ni,encemmm ni!!!!,bilanya tabir tu nk terbukak wahai mr K???hehehe i tahu ur name,...noor pun tahu,kitaorg chek kt JPN.hehehe

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki
    Nak tahu gak...nanti saya chek kat JPN juga...terus sekali chek kat income tax...sibuk je CM nak tahu ropa...dia bukan main nyorok lagi ropa dia...tapi akak pernah ternampak Mas dalam mimpi, masa tu tengah naik keta cik rezeki buat lawatan ke estet Noor, jalan pusing-pusing, tapi tak sesat pulak tu, sebab pakai GPS...sampai sekarang terngiang-ngiang bunyi GPS keta Rezeki...arriving at destination...arriving at destination...caya la mimpi sya tu...

    BalasPadam
  4. salam kak ummi

    semoga mereka menjadi insan berguna dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  5. salam cm,

    pandai je cm meneka ngeh,ngeh,ngeh
    mmg masa kecik2 dulu muka kami hampir serupa ,
    mak saya kata mcm anak angkat cina,

    laaa ni , bapaknya mcm bapak angkat mexico
    harap misai je tebal
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  6. salam datin,

    tulah, cm tak suka "interframe", saya pun sama

    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. As Salam CR.. opsss En K?? Dato K??

    cheq ada 2 cik adik & 1 cik abang.. berselang bunga dan berjarak 3 tahun sorang.. itulah permata hati.. bak kata orang, biar hilang bapak, jangan hilang anak.. 'bisak sewel gue'.. heh heh

    kita sebagai ibubapa sentiasa berdoa dan berharap, agar anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah.. terasa cepat sangat mereka membesar.. Semoga Allah merahmati & memberkati kehidupan anak2 kita.. amin

    Anak-anak ku
    ibu masih belum punya rezeki
    membawa kalian mengelilingi dunia
    ibu masih belum cukup simpanan
    untuk memimpin tangan kalian bertawaf diBaitullah
    namun..
    ibu tidak pernah putus2 berdoa untuk kalian
    disetiap solat2 ibu
    disetiap hembusan nafas ibu
    agar kalian menjadi anak yang soleh & solehah

    aiseymen.. tetulis poem lak..

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  8. Salam

    noor memang sah dah kak,namanya K.misainya tebal ...CR lah Datok K.tuu!!!..ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  9. salam rezeki ,

    alhamdulilah..sya doakan semoga anak anak saudra akan menjadi anak yang soleh serta beriman..insyalah...
    p/s: amboi cm ..kalau orang tuh bukan main dia lagi duk chek..? kalau dia hmmmm sendiri mau ingat...heheheh


    wasalm

    BalasPadam
  10. salam noor,

    alhamdulillah,
    semoga doa kita semua dimakbulkan Allah SWT agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

    BalasPadam
  11. salam cm

    bukan datuk tapi "latuk"
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  12. salam cl,

    tk atas doa saudara.
    cm ni kalau jadi penyiasat persendirian mmg hebat

    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam