WARGA SCP

Selasa, Oktober 27, 2009

JURNAL PERJALANAN MENGELILINGI EROPAH - LONDON KE BELANDA

Untuk menikmati sesuatu perjalanan, banyak alternatif yg boleh dilakukan.

Aku sengaja pilih dgn menaiki bas dari London ke Amsterdam dalam mengelilingi beberapa negara eropah .
Setelah mencari maklumat kat internet, kami buat keputusan
untuk menggunakan khidmat Trafalgar .
345 pound seorang utk 8 hari menjejaki beberapa buah negara
meliputi Belanda, German,Swizerland,France.

Bayaran ini termasuk penginapan dan sarapan pagi.
Cuma satu je, kamera terlupa bawak pulak.
Yang ada hanya camcorder beserta beberapa buah tape.
Jadi segala gambar yg diambil hanya dari camcorder
Apa nak buat, kita hanya merancang, Allah yg tentukan.
Tapi akhirnya kami mempunyai koleksi "suatu catatan perjalanan"
dalam bentuk tayangan yg menjadi kenangan kami.

Sepanjang perjalanan, aku dapat menikmati panorama alam
ciptaan Allah SWT
Perjalanan kami bermula dari kota London menuju Dover.
Kami menyeberangi selat Inggeris mengunakan feri
sehingga ke Calais, France

Bertolak dari central London ke Dover selapas subuh.
Sepanjang perjalanan hampir 1 jam lebih terlewat kerana
berlaku kesesakan di lebuhraya akibat kemalangan jalanraya.

Segala urusan imigresen berjalan lancar. Pasport perlu di cop keluar dahulu.
Selepas ni bila dah masuk France, tak perlu lagi urusan imigresen
kerana itulah kelebihan negara EU.




Winter, daun semua dh takda

Sebuah kota lama


Pekan Dover



Kedinginan terasa hingga ke tulang, terutamanya bila ditiup angin.
teringat pula dari Dover ke Calais nilah,
seorg rakyat negara kita berenang melintasi selat inggeris
dengan lautan yang sebegini dan air yg terlalu sejuk.




Setiba di Calais, France


Setiba di Calais, France , sebuah bas telah menunggu untuk meneruskan
perjalanan ke Amterdam merentasi Peranchis dan Belgium.
Jarak perjalanan dari London ke Amsterdam lebih kurang 516 KM
seumpama dari JB ke Perlis.

Jalinan lebuhraya menghubungkan semua bandar di Eropah
memudahkan perjalanan dan memberi keselesaan.
Inilah kelebihan negara maju.
Kebanyakkannya percuma tanpa perlu membayar TOL.
Lori kontena panjang senang ditemui di lebuhraya.
Tapi pemamdu di sini sangat berhemah dan sentiasa
mematuhi peraturan. Inilah sikap mereka yang
perlu kita contohi .

Kalau di UK pemanduan di sebelah kanan,
bila masuk ke negara eropah yg lain, pemanduan disebelah kiri.
Jadi semua kenderaan berat di sebelah kanan
dan ke kiri apabila memotong.










Deretan trailer









Perjalanan lancar walaupun dipenuhi dgn kenderaan



9 ulasan:

  1. Salam CR,

    huhuhu, makin hari makin banyak negari yang az lawati dengan CR nih. agak agak bila le kita boleh g tour sama-sama yer.

    BalasPadam
  2. salam CR
    kenapa yer , bila ummi renung gambar dlm N3 CR yg kali ni terasa sayu , hiba , syahdu n sebak , saling berganti .. betapa indah nya bumi ciptaan Ilahi ... tambah2 tengok gambar pokok tanpa daun tu..( Winter, daun semua dh takda )

    BalasPadam
  3. salam az,

    insyallah jika diizinkan Allah SWT.

    BalasPadam
  4. salam kak ummi,

    alhamdulillah, itulah tanda kebesaran Allah SWT yang menjadikan apa saja disetiap muka bumi itu bersebab yg tidak terlangkau dek akal fikiran kita. Allah maha berkuasa ke atas apa sahaja. Dia Maha Pencipta. Byk kebesaran Allah SWT yang diperlihatkan tanpa kita sedari.

    Dia yang mentadbir seluruh alam.

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    Semakin teruja untuk mengikuti perjalan CR... menikmati keindaahan alam ciptaan Ilahi... Membaca catatan perjalanan CR sudh cukup bagi saya... tak perlu ke sana... TQVM CR...

    BalasPadam
  6. salam tikah,

    welcome.
    Alhamdulillah, nikmat Allah yang mencipta setiap kejadian alam di muka bumi.

    BalasPadam
  7. sangat menarik, terima kasih

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum blh sy dptkn emel utk brtnyakn ttg khidmat trafalgar tu..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalalaikumsalam

      TN boleh dapatkan maklumat terkini servis di http://www.trafalgar.com/gsa kerana saya gunakan khidmat mereka lama dah dulu dan pasti dah tak up to date

      Padam