WARGA SCP

Isnin, Oktober 12, 2009

STOKE ON TRENT - MANCHESTER - BIRMINGHAM






SUATU CATATAN PERJALANAN
STOKE ON TRENT dan MANCHESTER

Stoke On Trent memang terkenal di seluruh dunia
sebagai tempat pengeluaran pinggan mangkuk
berjenama seperti Wegwood, Asyley,Royal Doultan
yang harganya mencecah ribuan ribu ringgit bila sudah dibawa
ke Malaysia.






2 jam perjalanan dari kota London.Merupakan bandar terbesar dalam Staffordshire.Melalui M1 dari London merentasi Nottingham dan masuk ke A 50.Terkenal dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari tanah liat. Pelbagai jenama terkenal diseluruh dunia dihasilkan di sini seperti Royal Doultan, Wedgwood, Aynsley, Debenhams dll.


R and R
Bandarnya tak berapa sibuk dan agak tenang. Kebanyakkan pengunjung ke Stoke On Trent untuk mendapatkan pinggan mangkuk dan yang sewaktu dengannya kerana
terdapat factory outlet bagi pelbagai jenama
dengan harga yang murah dan berpatutan.
Harga satu set pinggan makan yang dijual di gedung membeli belah di KL berharga RM 2000 boleh diperolehi di sini sekitar 90 pound.

Terdapat beberapa harga bagi sesebuah koleksi di sini dan di gredkan seperti gred 1 atau gred 2 atau gred 3.Kemungkinan terdapat sedikit kecacatan semasa pembuatannya untuk gred 2 dan gred 3 tetapi agak sukar untuk dikesan dengan pandangan mata kasar kita.Harga sebiji mug atau cawan yang beratus RM di KL boleh didapati dengan 

hanya 3-5 pound.










Inilah ketuhar tempat bakar pinggan mangkuk tu








Si bongsu ku dah kebosanan
p/s : Ketika itu dia baru darjah 4, sekarang dh tingkatan 1 dan duduk asrama
kesian bapaknya dah takde geng tukang garukan badan
ngeh,ngeh,ngeh









Entah dh berapa ratus tahun ketuhar tu





Biasalah orang perempuan , mmg salah satu hobinya ialah pinggan mangkuk.
Jadi tak lepaskan peluang untuk membeli 1-2 set sebagai koleksi.




Trent and Mercy Canal. Dulu merupakan jalan pengangkutan utama
untuk membawa bahan mentah ke kilang pembuatan porcelin.
Kita boleh menyusuri terusan ini mcm kat Venice








Terdapat sebuah muzium yang terkenal di sini. Potteries Muzium & Art Gallery.
Ia mempamerkan koleksi-koleksi porcelin terkenal














Ini adalah antara koleksi yang dijual di Stoke On trent

















Dalam perjalanan pulang ke kota London, kami mengambil
peluang untuk singgah ke Manchester .
Sebuah bandar yang terkenal dengan tradisi pasukan bola sepaknya iaitu Manchester United atau singkatannya MU.

Singgah di stadium yang terkenal tersebut, malangnya tidak dapat mengikuti"tour" di dalam stadium kerana sekarang "off season" dan stadium sedang dibaiki
sebelum tiba musim EPL bermula.
 
Jadi melepak kat luar stadium yg pada masa itu ramai pelawat dariluar negeri dan menghabiskan sedikit masa di kedai yang menjualsegala jenis cenderamata dan jersey pasukan MU.


SEKITAR MANCHESTER



















































































Mercu tanda kebangaan MU






Dalam perjalanan balik, singgah di masjid Birmingham utk solat. Azan telah lama berkumandang, tapi jemaah di sana dari kalangan warga Pakistan tidak terus menunaikan solat.

Rupa-rupanya mereka sengaja melambatkan sedikit solat mereka selepas azan bagi memberi peluang kepada jemaah kariahmereka yang baru pulang dari keje utk sama-sama bersolat nanti.
 
Mungkin ini budaya dan terdapat dalam mazhab mereka.

8 ulasan:

  1. salam cik rezeki

    bestnya dpt beli Royal Doultan..sini mahal sungguh....bestnya cik rezeki dan family dah holiday satu dunia...

    nak request ni...ada tak gambar percutian cik rezeki ke amsterdam dan paris,or italy ke...jerman..

    BalasPadam
  2. salam olive,

    kat sana masih murah walaupun dh convert pound ke rm

    n3 akan dtg "europen fantasia"

    BalasPadam
  3. salam cik rezeki...

    tak sabar tunggu entry seterusnya....
    saya nak gi amsterdam end of this month...
    cik rezeki cerita dari a sampai z ok...

    BalasPadam
  4. salam CR ..
    kalu pinggan mangkuk harga dah libu-libu , erm ..tengok gambar kat umah CR nie pun jadi ler..

    BalasPadam
  5. salam CR,

    Ya Allah...jauhnye hanis ketinggalan.....dah habis perjalanan di Hong Kong...p london balik dah...hanis kene tinggal lg...huhuhuuh....

    kak ummi...ye laaa...kita tengok gambar jd laaa...nak beli dah mmg tak mampu...nak pegang pon takur rasanya kan....

    CR...bila CR kate CLL tu jd follower hanis...hanis baru perasan...malu hanis tau...huhuuhuh...poyo tulll...dah la tu gambar seksa mata....camne nak delete dia yeee.....

    BalasPadam
  6. salam kak ummi,

    di sana harganya murah sesangat berbanding kat sini. satu set kat sana dlm 90 pound tapi dah sampai kat isetan KL, jauh sgt harganya lari, ribu riban.
    beli pun pasal murah dan terlanjur ke sana.

    kalau kat kl, tak payah beli lah , ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. salam hanis,

    tulah, kata dh kunci jam loceng ngeh,ngeh,ngeh

    hanis padam je comment tu kik kiki kik

    BalasPadam
  8. salam olive,

    insyallah .

    BalasPadam