WARGA SCP

Sabtu, Oktober 24, 2009

PULAU PINANG

Rasanya dah hampir 15 tahun tak ke Pulau Pinang .Terus buat tempahan dan dr JB ke Penang menyelusuri lebuhraya.
Jam 2 ptg dh sampai Penang.
Check in. Diperkenalkan dengan private butler utk kami sekeluarga
sepanjang kami menginap di sini.

Stay kat E&O. Dah 15 tahun tak pegi sana, terperanjat juga psl byk kenderaan terutama motosikal. Tengah hari kena nasi kandar dan ptg tu kena pasembur & char kuey teow kat Gurney Drive. Cuma satu je, nk cari parking kat sini sangatlah sukar.
Percutian ini agak santai.
Banyak masa dihabiskan kat kolam renang, gym dan sauna.
Memilih bilik menghadap taman dan pantai.
Alhamdulillah, walaupun resort ni peninggalan kolonial,
tapi kolam renangnya membenarkan penggunanya memakai
seluar bagi menutup aurat.
Alhamdulillah

Keesokan harinya
Sempat juga pegi Balik Pulau pekena durian.


Ikutilah "SUATU CATATAN PERJALANAN" kami ke Penang

















10 ulasan:

  1. Salam sahabatku tuan ismet

    amboi dia seluruh dunia dia dah pi,penang dah 15 tahun tak jengok,tang ni cikgu sejarah nk bising ni,...

    pssst:penoreh getah yg jelita tu asal dari penang tau,keturunan mamak penang tu,..cuba risik sedara mara dia ada kat sana...

    BalasPadam
  2. Salam CR..

    E&O tu otel apa ek.. cantik & damai.. cheq kan, kalu p penang tak pernah nak berasa dok otel.. tak mampu sehh.. (correction: kalu p dok otel, sat lagi ada yang tak mengaku cheq nie anak menakan depa)..

    cheq dari kecik sampailah SPM.. time cuti skolah je slalu kena pos balik penang.. naik kretapi sorang2 (dulu2 tak de kes culik menculik nih, cuba sekarang mak bapak pos anak2 cam tu.. abih di'sesah' dek org2 yang berhati binatang.. opss teremosi lak).. sampai naik 'cemuih'.. Glugor, Balik Pulau, Batu Uban, 'Bukit Botak' (hanya org glugor je tau tpt nie) tu kira tempat cheq main batu sremban & polis sentri.

    psstt.. bukit botak tu pun kalu tak silap tempat 'Uncle from Al-Safwah' dok main tembak2.. tapi masa cheq main polis sentri dulu tak pernah lak jumpa dia.. heh heh

    BalasPadam
  3. Dear Rezeki.
    Hotel tu memang cantik. Kalau nasi kandar kat Gurney Drive, mungkin Mustaffa kot yang mengadap laut tu...Uncle dari Penang jadi Uncle dapat bayangkan semua lagi...kat mana berlari, kat mana jatuh, kat mana cari buah pala...

    Dear Noor...Uncle ada....Uncle dok main kat padang Brown Garden!

    BalasPadam
  4. salam CM,

    tabik cikgu sejarah. mmg lama betul, last masa hantar akak kawin dulu sampai la ni dia dh anak 4.ngeh,ngeh,ngeh

    nti saya risik2 ya , anak mami ya ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  5. salam noor,

    Eastern & Oreintal kat lebuh farquhar.

    Kira anak mami la ni ngeh,ngeh,ngeh

    makan pesembur ptg tu kat gurney drive mmg sedap , then esok mkn kat padang kota lama , kurang sikitlah. yg paling tak best belum duduk dh meluru semua pakat2 tarik pi gerai mrk ngeh,ngeh,ngeh

    tapi masa pegi balik pulau , kena tahan traffic psl katanya motong double line. Padahal lori tu ketepi kasi jalan, last setelah diberi penerangan dan tgk keta plet johor, dia lepaskan ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  6. salam uncle,

    yup , nice hotel & service AAAAA
    la , uncle org penang rupanya.
    ni satu kapal dgn noor la ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. salam rezeki,

    saya terjumpa blog ni semasa blog walking..
    nice blog on catatan perjalanan...saya suka baca dan tgk gambar..
    keep writing yea..

    catz

    BalasPadam
  8. salam catz,
    thanks, saja suka2 kongsi citer dgn kekawan di alam maya ngeh,ngeh,ngeh

    insyallah, jika ada citer yg nk dikongsi

    BalasPadam
  9. salam che rezeki,
    hmm sy ada lalu E&O hotel tu masa g penang bulan 8 aritu..
    hmm g balik pulau lalu jalan yg sempit n bengkang bengkok tu ka?

    BalasPadam
  10. salam che pit,

    tulah psl gi balik pulau jalan yg mcm ular kena palu tu. lepas kena durian dan nasi kandar kat situ, kami jalan lagi entah smpi mana yg highway tgh buat tapi tak siap , nmpk tiang je , saya tanya depa knp tak siap, jawab mrk tu project kerajaan dulu, sekrg kerajaan lain , jadi faham2 lah . politikkan

    BalasPadam