WARGA SCP

Sabtu, Oktober 24, 2009

PORTSMOUTH, UK

PORTSMOUTH, BANDAR SELATAN UK

Lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota London. Merupakan sebuah bandar pelabuhan dan terletak di tepi laut.Terdapat sebuah pengkalan tentera laut UK di sana. Dari sana jugalah Britain melancarkan serangan ke Falkland semasa berebut dengan Argentina. Dari Portsmouth jugalah mereka melancarkan serangan semasa perang Normandy.Bandar yang tenang dan tidak sesibuk kota London.


Dalam perjalanan ke Portsmouth

Hari tu tak berapa sibuk. Macam-macam kereta yg jarang dapat di lihat di atas jalan raya kat Malaysia yang aku temui kat motorway. Tapi mereka semua memandu mengikut had laju walaupun mereka memandu porshe.Sepanjang 2 minggu kat sana, aku tak pernah terjumpa pula dengan polis traffik kat motorway atau pun highway. Tapi disetiap kilometer motorway atau highway mereka, terdapat kamera dan papan notis yang menunjukkan terdapat kamera had laju di kawasan tersebut. Teringat aku cerita Mr. Bean.


Singgah kat Whiteley Village Factory Outlet. Lebih kurang 5 batu je ke Portsmouth. Makan sandwich yang dibawa dari rumah. Aku jenguk kat kedai Lilywhites hampir 2 jam.Aku suka kalau shopping kat factory outlet mereka kerana diskaun yang ditawarkan sangat tinggi. Kalau convert pound dgn RM pun masih murah. Barang original lagi.Kebiasaannya kalau hari bekerja, tak berapa ramai orang. Kalau hari sabtu dan ahad, ramai orang dan sibuk.

Memasuki Portsmouth
Sistem letak kereta mereka sangat teratur dan efisien. Terdapat papan maklumat tentang kekosongan tempat letak kereta di dalam kawasan bandar.Sebagai contoh , terdapat 388 petak kosong di tempat meletak kereta di Gunwharf Quays.Ini memudahkan kita sebagai pemandu.Jika signboard yang ditandakan berwarna coklat, itu bermaksud tempat tersebut merupakan tempat tarikan pelancung dan pengunjung.




Destinasi pertama Gunwharfs Quays. Ia terletak di tepi pantai. Spinaker tower terletak kat kompleks tu. Gunwharfs Quays merupakan sebuah kompleks factory outlets. Tempatnya besar dan luas.Terdapat casino kat situ.


Gunwharfs Quay

Factory outlet yang besar dan menarik. Hampir semua jenama yang terkenal terdapat disitu macam Clarks,Timberland dan bermacam-macam lagi.Dari pakaian,pinggan mangkuk ,keperluan rumah dll. Harga yang ditawarkan sangat rendah dari harga asal. Discount yang diberikan sangat tinggi.Convert dgn RM pun masih rendah dan murah. Kat tepi Gunwharfs Quays terdapat pelabuhan untuk kapal persiaran berlabuh. Dari situ mereka boleh terus ke kompleks tu.



Anak sapa lah ni ngeh,ngeh,ngeh


6 ulasan:

  1. Salam CR,

    anda seorang pemberi info yang hebatlah. terasa macam ada pemandu pelancung bila membaca setiap n3. keep it up.

    ps (kalau lepas ni ni, nasib baik lah)

    BalasPadam
  2. Salaam Rezeki.

    Teringin Uncle nak pergi sana. Rugby goods tak ada factory outlet ke? Selalu Uncle beli online kat LOVELL RUGBY. Price is good, macam Rezeki cakap, even after convert dari pounds...masih lagi murah!

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki,
    Ingat Portsmouth US tadik...tak terkejar le pengembaraan Rezeki nih...saya yang jalan terketar-ketar ni, asyik tertinggal je...pernah gi Niagara Falls tak...kalau dah...apa lagi buat le N3 nyer,boleh saya menyampuk...itu kampung saya tuh...

    BalasPadam
  4. salam az,

    alhamdulillah, sekadar info.

    apasal tak lepas az, nak kata ada roadblock, takda pulak ngeh,ngeh.ngeh

    tapi mmg adakala server dia mmg ngong

    BalasPadam
  5. salam uncle,

    ada rasanya kat lilywhites, murah2 lagi
    cuba websites dia http://www.sportsdirect.com/

    macam-macam ada ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  6. salam datin,

    pekena kopi ... mai secawan ngeh,ngeh,ngeh

    ada 2 benua je saya belum sampai, benua amerika dan afrika selatan. dh dalam perancangan ke US tapi bila dikenang2 nak pegi apply visa yg prosedur dia mak datuk a sampai z , tu yg asyik terbantut je perancangan tu
    insyallah, bulan 6 next year ke durban , afrika selatan. nk tgk world cup . tgh buat perancangan . kalau diizin Allah SWT .

    BalasPadam