WARGA SCP

Jumaat, Oktober 23, 2009

MENIKMATI ATMOSFERA PARIS

Pagi lepas sarapan , kami mengikuti 1/2 day tour
di kota Paris. Keadaan bandar agak lenggang lagi. Dibawa melewati semua tempat
tumpuan pelancong di kota Paris.










Lepas tu, kami ambil keputusan balik semula ke hotel menaiki METRO.
Kemudahan keretapi bawah tanah yg sungguh effisien.
Sambung tidur kejap , selepas tu kami keluar semula menuju Kota Paris
menaiki Metro. Pening juga baca petanya.
Hanya mengikut haluan kaki selepas tu.

Ini dia, bapak beg LV

Mak LV, besar sungguh




Smart car, kalau aku naik mau terjongket








Senang betul nak parking






Kabus menyelubungi Effiel Tower






Bus untuk pelancong, melewati semua tempat tumpuan pelancong

















Arc de Triomphe and the champs-Elysees
















Lepak seketika di cafe. Kena kopi secawan dan tuna sandich.
Itu pun puas belek apa kandungannya dan 100% vegetarian.
Sambil tu memerhatikan gelagat orang ramai yg lalu lalang.



Puas meronda, kami ke Galeries Lafayette. Sebuah gedung membeli-belah yang terkenal
di kota Paris. Melihat gelagat sekumpulan pelancong Jepun yg membeli di butik LV
macam beli goreng pisang.

Memang "happening" kerana krismas yang hampir tiba.
Jadi penuh dengan pengunjung yg sedang membeli belah.


cristmas tree menghiasi halaman Galeries Lafayette





Paris Tour hop-on hop-off tour
untuk 2 day pass lebih kurang RM 125.00



 
Lepas tu ronda2 lagi sekitar Paris ikut haluan kaki.
Terjumpa pula dgn sekumpulan kenderaan polis rasanya
Yang tak tahan bunyi sirennya ne,no,ne,no mcm cerita-cerita lama tu
ngeh,ngeh,ngeh


Apa yang menarik tentang kota Paris ialah senibinanya .
Rasanya sukar nak jumpa bangunan melebihi 5 tingkat di sana.
Di sebelah malam, ada dinner di Moulin Rouge.
Tapi kami tidak pergi kerana rasanya tak sesuai .
Faham-fahamlah apa hidangannya di sana .
Jadi kami hanya makan malam di cafe berdekatan hotel.
Itu pun cari cafe pak arab .

Esok pagi-pagi lagi selepas subuh dah check-out.
Perjalanan seterusnya menuju Calais.
Menaiki feri dari Calais ke Dover dan menuju kota London.
Jarak perjalanan lebih kurang 420 km(263 batu)

Menuju lapangan terbang dahulu.
Menurunkan beberapa penumpang di
Paris Charles de Gaulle Airport (CDG)
yang meneruskan penerbangan ke USA




Mercedes kat sini buat teksi je






Feri ulang alik Calais, France ke Dover, UK

Menaiki feri memang menyeronokkan. Segala kemudahan tersedia
di dalamnya. Tiba sahaja di perairan antarabangsa, "duty free shop"
akan dibuka dan apabila memasuki perairan UK, akan ditutup semula.
Menghirup segelas capuchino sambil menikmati permandangan sepanjang perjalanan.

Teringat pengalaman pertama ke Paris dulu pada tahun 2001 menaiki kereta menggunakan
Channel Tunnel sangat mendebarkan.
Manakan tidak, beberapa buah kereta di letakkan didalam gerabak keretapi
yang kemudian ditutup antara satu sama lain.
Langkah-langkah keselamatan sangat ketat.
Takut berlaku perkara yg tidak diingini kerana
merentasi selat inggeris melalui jalan dalam tanah di bawah laut.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa 30-45 minit dalam kegelapan .
Taubat rasanya, ngeh,ngeh,ngeh

Setakat 2 hari di Paris tidak mencukupi untuk menjelajahi kesemua
tempat menarik .
Takpalah . Lain kali boleh datang lagi.
Kalau datang lagi , bolehlah lepak-lepak dengan 
Datuk Bandar Paris (IP)
ngeh,ngeh,ngeh

8 ulasan:

  1. Teringat masa Uncle kat sana dulu tahun 95' masa tu Planet Hollywood was under construction along Champs Elysee, kalau tak silap! It's beautiful isn't it?

    BalasPadam
  2. salam CR..
    akak berziarah disini , menikmati pemandangan dr gambar yg dipaparkan , kerna kami tak mampu nk kesana , hui hui hui ..kalu kesana lagi kirim salam kat Datuk Bandar Paris tu yer . he he he

    BalasPadam
  3. salam uncle,

    lama tu hmpir 14 tahun
    memang kota paris cantik dgn senibinanya.
    mcm sebuah kota lama .

    BalasPadam
  4. salam kak ummi,

    salam ziarah juga buat ummi. jika diizin Allah , insyallah.

    BalasPadam
  5. Tn Ismet....u r most welcome....bg tau kalau nak dtg....

    Byk kiranya gambar yg u ambik,sy dah ddk 3 tahun kat sini pun blm sempat rakam byk gambar mcm CR...kedai LV tu pun tak tau kat mana....kat mana ye...yg saya tau kat Champs Elysess...my wife terbeliak mata tgk kedai LV yg dlm n3 CR ni...tp alhamdulillah, dia bukan jenis gila sgt bebenda tu...

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    Seronok tengok gambar2 nie... tak dpt p pun dah puas hati... tapi kalau dpt p sana lagi puas hati... tapi yang tak tahan tu LV... besar gedabak... he.. he.. he..

    BalasPadam
  7. salam IP,

    thanks, tapi tak tau lah bila ngeh,ngeh,ngeh

    masa tu kami berjalan mengikut langkah kaki.
    tu yg sampai entah ke mana-mana.

    semua gambar tu dari camcorder .

    BalasPadam
  8. salam tikah,

    tu yg ingat nk bawak balik BAPAK segala LV tu,
    tapi tak boleh ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam