WARGA SCP

Khamis, Oktober 15, 2009

PERTH, AUSTRALIA

PERTH, AUSTRALIA

Sebuah dari bandar yang terletak di WA (Western Australia)
Melarikan diri seketika dari kesibukkan kerja hanya bersama isteri. Anak-anak tinggal.
Paknye dan Maknye nak pegi honeymoon.
Cuma "short vacation" 4 hari 3 malam
Sengaja pilih Perth kerana jarak perjalanan tak lama.
Lagipun bandar Perth merupakan bandar yang tenang dan tak sibuk
berbanding bandar-bandar lain di Australia.

Seperti biasa, bertolak melalui Changi Airport, Singapura
dengan penerbangan Qantas Arlines.
Steward dan stewerdess agak berumur juga,
tapi layanan yang diberikan sangat memuaskan.

Segala penginapan telah diuruskan di Perth Travelodge .
Printout berkaitan bandar ini telah diambil dari internet.
Tiada tempat spesifik untuk kami tujui,
hanya nak rilex, santai dan rehat je.

Merupakan kunjungan kali ke 2 . Kali terakhir pada 2001
Memang banyak perubahan yang dapat di lihat.

Setibanya di sana, alhamdulillah segala urusan imigresen berjalan lancar.
ETA visa dah stanby bersama pasport .
Imigresen Australia terkenal dengan kawalan ketatnya.
Segala jenis buah-buahan dan produk tenusu tidak dibenarkan
dibawa masuk.
Terus menggunakan "green lane" .
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Cuaca dan suhu ketika kami sampai agak nyaman.
Lebih kurang 16-18 darjah celcius.
Keadaan airport agak lengang.
Terus mendapatkan kenderaan dan transfer ke
Travelodge Hotel,
417 Corner Hay Street and VIC
Perth 6000, Australia

Travelodge Perth terletak di bandar Perth dan hanya beberapa minit
perjalanan ke pusat bandar (CBD) dan pusat perniagaan.
Apa yang menarik, di depan hotel ini terdapat stesyen bas yang memberi
perkhidmatan secara percuma ke seluruh bandar Perth yang dikenali
sebagai Red CAT, Yellow CAT, Blue CAT
CAT bermaksud (Central Area Transit)

Beroperasi setiap hari dengan kekerapan bas setiap 5-10 minit.
Perkhidmatan bas percuma ini bermula dari 6.50 am - 6. 30 pm
Percuma dan hanya perlu pandai baca "map" saja.


Permandangan kota Perth
dari atas




















Setiba di hotel, check in,
rehat-rehat dan aktiviti bermula
ronda Perth naik CAT


2 ulasan:

  1. Salam CR,

    Jauh perjalanan luas pandangan, sure CR seorang yang hartawan, bila nak ajak ayahzain turut serta dalam penerbangan, menungkah awan di langit yang tidak berkesudahan.

    BalasPadam
  2. salam az,

    takdelah hartawan, cuma ada rezeki lebih sikit .
    Rasa2nya hujung tahun ni tak kemana .
    Cuma baru plan next bulan 6/2010, Afrika Selatan(Durban), nk tengok world cup . Itu pun jika diizinkan Allah SWT.

    BalasPadam