WARGA SCP

Rabu, Oktober 07, 2009

HONG KONG - VICTORIA PEAK

Destinasi pagi ini Victoria Peak

Terletak 554 meter dari aras laut dan menjadi satu tempat
tarikan pelancong.Juga dikenali dengan nama Mount Austin.
Tapi penduduk Hk memanggilnya The Peak.
Di atas , kita dapat menikmati permandangan bandar HK dan sekeliling pulaunya.

Kira-kira 7 juta pelawat setahun mengunjunginya.
Untuk naik ke atas, perkhidmatan tram disediakan. Ada juga bas atau teksi utk ke atas.
Bagi tujuan riadah, boleh menggunakan jalan lama ke atas secara berjalan kaki.

Lepas sarapan , terus keluar dari hotel menuju stesyen MTR Shatin yang
terletak dalam shopping kompleks yang bersambung dengan hotel.

Di HK, kemudahan MTR sangat efisien dan menyambungkan ke serata
tempat yang ingin kita tujui . Cuma baca arah tujuan kita kat
peta dan beli tiketnya dari mesin yang tersedia.

Penduduk HK sentiasa menggunakan kemudahan MTR dengan
semaksimanya.

Setibanya di sana, kami membeli tiket "combo"
iaitu tiket untuk "peak Tram" , sky terrace dan dan maddame tussaud.

Di dalam Peak Tower terdapat deretan kedai, restoran, muzium lilin (maddame taussaud), dan menara atau tingkat peninjau (sky terrace)

Waktu yang paling sesuai utk menikmati permandangan di atas ialah pada hari siang yang tidak hujan dan berkabus.
Suasana di atas amat menyamankan. Tiupan angin yang agak kuat membuatkan kadang-kala mengigil satu badan .
Menikmati sepuas-puasnya permandangan di atas. Ramai juga jurufoto profesional yang berada di atas yang sedia merakamkan foto, tapi sedialah dengan bayarannya.
Selepas menikmati permandangan yang indah di "sky terrace" kami bersiar-siar disekitar kompleks . Lepak di starbuks kena capuchino sebelum kami memasuki Maddame Tussaud.
3-4 jam jugalah kami di The Peak.

Dalam MTR menuju The Peak

MENUJU PUNCAK











SKY TERRACE


























KOMPLEKS THE PEAK













PERJALANAN TURUN













8 ulasan:

  1. salam CR,

    hanis nak nyanyi lagu jalan2 cari makan tak boleh...jd JALAN-JALAN, AMBIL GAMBAR..

    BalasPadam
  2. salam CR ..
    kalau ummi dgn 'suatu perjalanan ' banyak cerita yg dlm M'sia aje ler ,
    tp kalau CR dgn ' suatu catatan perjalanan ' tu yg dpt catat satu perjalanan antarabangsa , alhamdulillah dpt kami nompang tengok gambar pun jadi ler .

    BalasPadam
  3. Salam CR,
    Wuiii...naik bukit, turun bukit, naik menara, turun menara...seronok nyer....semua kawan-kawan Nija ni beruntung sungguh dengan rezeki Allah...Cik Lie...rezeki tinggal di Mekah, Rezeki berjalan keliling dunia....teringat-ingat surah Ar-Rahman...rezeki yang manakah yang engkau dustakan?

    BalasPadam
  4. salam hanis,

    ngeh,ngeh,ngeh tapi jln-jln cari makan tetap best

    BalasPadam
  5. salam ummi,

    alhamdulillah,
    sementara dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan oleh Allah SWT , masa inilah nak lihat dunia, tak terfikir pun sebelum ini dapat keliling dunia

    BalasPadam
  6. salam datin,

    setiap baik dan buruk dari Allah diterima dengan redha dan penuh kesyukuran,
    Dia yg berhak menentukan segalanya
    dunia hanya pinjaman, akhirat yg kekal abadi

    alhamdulillah

    BalasPadam
  7. salam rezeki...

    sya tak naik pun Victoria peak..sebab Fobia tinggi ..heheheheh..berani jugak Rezeki yer...alhamdulilah


    wasalam...

    BalasPadam
  8. salam CL,

    tapi rasanya sekrg penyakit fobia cl tu dah berasur hilangkan, psl cl dan panjat bukit dan gunung kat makkah ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam