WARGA SCP

Isnin, Oktober 19, 2009

PERTH

Hari ini, kami keluar menghirup udara segar,
mengelilingi bandar Perth dgn CAT bus. Habis ketiga-tiga laluan
CAT kami pergi. Turun mana nak turun.
Pergi cari "naughts" kat kedai utk di bawa balik.
Lepak sebentar kat Swan Bell dan jeti berhampiran yg digunakan utk ke Rothnest Island dan Fremantle.

Rasa malas nak ke King's Park.
Tengahari kami pergi ke Harbour Town , makan kat Ispa Kebab.
Selepas zohor, lepak kat Hay Street Mall






































Keluar sekejap ke Hay Street . Tengok dan beli apa yang
patut untuk di bawa balik.
Beg dah kemas . Hanya sebuah beg sahaja yang kami bawa.
Setiba di airport, setelah dibuat timbangan, terpaksa mengeluarkan
beberapa buah buku yg beli oleh mrs kerana
mengikut peraturan antarabangsa, sesebuah beg tidak dibenarkan
melebihi 32 kg, kerana akan mendatangkan kemudaratan
kepada pekerja lapangan terbang kerana beratnya.

Urusan check in berjalan lancar.
Tapi seorang pegawai di sana berbangsa india yang menurut katanya berasal dari Pontian
dan telah menjadi warga Australia banyak pulak "songehnya"
Mrs dipilih utk ujian rambang mengesan "bahan letupan".
Mungkin kerana dia bertudung.
Habis "diselet" dan "disapu" dengan sehelai kain yang disepit menggunakan
penyepit ke jacket yg dipakai.
Kemudian kain tadi dimasukkan ke dalam sebuah mesin khas

Hasilnya "negatif" ngeh,ngeh,ngeh





Flight yg akan membawa kami pulang
sedang di isi dgn barangan

bye,bye Perth



6 ulasan:

  1. Salam CR..

    dah 'tammat' pengalaman kat Perth.. next N3 tempat manalah pulak ek.. seronok dapat p jalan2 kat tempat2 cam nie.. kalu cheq ada rezeki lebih pun cheq nak p jugaklah.. tapi masalah nyer cakap 'omputeh' pun tak lepas.. kang jadik 'badak' masuk kampung.. opps rusa dah tukar jadik badak.. macam tak relevan je ngan saiz cheq..

    ngeh ngeh ngeh

    psst.. cheq ngan cikgu sampai ari nie tak makan nasik.. pasai makan 'on behalf' banyak sangat.. result terkini.. kami dah take over 8kg & 7kg yang CL & CR turun.. uwaaaaaa

    BalasPadam
  2. Alamak CR...byk nak kena khatam ni...dah lama tak jenguk...as my sms to u earlier...saya bz gila skrg ni. But I appreciate ur mesej just now....terus terpanggil utk tgk2 blog kawan2 saya.

    Eh...nak tanya CR di UTM Skudai ke...saya ada sedara di sana....mungkin CR kenal. Lg 1, nak gak tanya....mana dpt no hp saya (saya tak kisah pun....happy lagi ada) CR TQVM for keeping in touch

    BalasPadam
  3. salam noor,

    bukankah cheq noor dulu SPM bi dpt a1 ngeh,ngeh,ngeh

    mau2 sepurnama takyah mkn nasik tu
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  4. salam IP,

    alhamdulillah, dpt dgr berita dr IP, risau juga, manalah sahabat sorang ni sepi tanpa berita.
    alhamdulillah.

    sms yg u send kat i tak masuklah IP , mungkin sangkut kat lautan hindi tak , ngeh,ngeh,ngeh

    lama dh tak ke UTM, dulu selalu hantar anak ikut bengkel UPSR dan SPM anjuran berita harian je.

    i minta no. hp u dari CL. Itulah berkat PKDM dgn izin Allah.

    Ok, keep in touch .

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    Aduhai Perth, kau mengimbau kenangan aku 4 tahun dahulu, ingin ke sana kembali bersama kekasih hatiku yang dicintai. Adakah 9 Dis 2005 berulang kembali di Perth?

    BalasPadam
  6. salam az,

    kalau dh pegi perth, bawa pula mrs zain ke bahagian lain di australia . Brisbane & Gold coast also not bad .

    BalasPadam