WARGA SCP

Jumaat, Oktober 09, 2009

HONG KONG - DISNEYLAND


Pagi ni, selepas sarapan, kami check out Royal Park Hotel.
Transfer ke Hollywood Hotel & Resort Disneyland , HK
Sebiji Alphard dah pun menunggu kami utk ke sana.
2 hari akan di habiskan di Disneyland HK.
2 day pass telah dibeli.
Sampai kat hotel, belum boleh masuk bilik lagi. Di depan hotel, tersedia
sebuah khemah utk menyimpan beg dan perlu di gantung tag.
Semua beg akan dihantar ke bilik oleh potter apabila dah boleh check in.
Sungguh mudah dan efisien.

Jadi kami ambil keputusan utk terus ke Disneyland Theme Park.
Bas pengantara ke sana disediakan setiap 5-10 minit.
Banyak betul basnya .
Tidak perlu berjalan kaki.

Untuk 2 day pass, boleh masuk ke theme park bila2 masa saja,
Dibuka dari 10.00 am - 10.00 pm
Jadi ikut sesedap rasa la.

Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk.
Beg akan diperiksa, tetapi setakat biskut , makanan ringan dan air meneral, tiada masalah.

Anak-anak 2 org tu seronoklah, saya dgn mrs duduk menunggu kat luar je.
Dah berumur ini, rasa malas nak naik rides yg canggih2 tu.
Sebenarnya takut nak naik
ngeh,ngeh,ngeh






















Terdapat 4 buah park yang terdapat di sini,
Fantasyland, TommorowLand, Adventureland, Main Street USA
2 buah hotel penginapan di sini ialah Hong Kong Disneyland Hotel dan
Disney Hollywood Resort Hotel.
Kedai menjual cenderamata berkaitan Disneyland juga banyak.
Rambang mata dibuatnya .

Disneyland ini sebenarnya terletak di Penny's Bay, Lantau Island.
dibuka secara rasmi pada 2005.
Bahasa yang digunakan semasa pertunjunkan atau semasa menaiki"rides" ialah
inggeris dan cina.
Jadi kalau salah pilih masa jadual "rides" tersebut,
ngeh,ngeh,ngeh dengar jelah penerangan dalam bahasa china.

Pada satu-satu masa, park ini hanya boleh memuatkan hanya 34,000 pengunjung
Semenjak dibuka pada 2005 hingga sekarang,
telah menerima pelawat sebanyak 15 juta orang.















Terjumpa pulak dgn "kungfu panda"
rupa2nya dia dah sampai ke disneyland




















10 ulasan:

  1. As Salam CR..

    Disneyland HK nie memang menjadi tarikan kanak2.. one of my tokey estet baru p tahun lepas.. setiap penjuru dia tangkap gambar.. balik mai, dia pakat tunjuk kat kami semua.. perghhh.. ceritera beliau membuatkan kami satu estet dok melopong..

    balik umah, my turn plak tunjukkan semua gambar2 yg cheq copy dari tokey estet tu beserta cerita2 dongeng kat my 3 little 'babeh'.. and now, dia orang nyer turn lak yang melopong.. sib baik depa pakat melopong.. kalau depa pakat tanya bila depa bleh p.. dan dan tu cheq akan terus buat2 pengsan sambil melopong.. pengsan dalam imannn.

    ngeh ngeh ngeh

    psstt.. skali skala panda tukar kerjaya, teringin jadi artis.. barulah glamour

    BalasPadam
  2. salam CR..
    untung anak2 CR dpt ber ceria di Disneyland HK tu..
    anak2 ummi hanya dpt main mirip benda2 gitu hanya kat Genting ajer ler .. tp itu pun pun dah seronok abis ..
    apa2 pun kita patut bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan, betul tak CR.

    BalasPadam
  3. salam noor,

    kik kik kik
    ketawa sesorang baca komen noor.

    nasib baik pengsan dlm iman,
    kalau " semput sepenuhnya" ngeh,ngeh,ngeh
    nasib baik noor buat pembetulan, kalu tidak ...

    BalasPadam
  4. salam ummi,
    alhamdulillah, rezeki dan nikmat Allah buat kami sekeluarga, esok lusa kita tak tahu
    semua hanya pinjaman

    dulu kami pun tak penah terfikir pun, cukup makan, cukup pakai dan dpt beri pelajaran dan didikan yg sempurna kat anak2, jadilah

    tapikan inilah yg dikatakan , Allah SWT yg merencanakan setiap perjalanan utk hambanya
    semoga kita tidak leka dan lalai akan nikmat dan rezeki yg dikurniakan

    insyallah, selamat di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  5. Salam,

    Fuhhh!!!!!!!!!, mengasyikan syurga dunia. Saya lagi terkasima dengan sudut pengambilan gambar yang mempunyai kemahiran hebat,.

    BalasPadam
  6. salam rezeki...\
    nasib baik sya pun tak pengsan gak tegelak baca cerita panda estet tuh..kalau tak dah kena bawak usung dalam Haram ..heheheh

    masa time sya p hongkong dulu disneyland lum siap lagi lah..syang kan...


    waslam

    BalasPadam
  7. salam CR

    panda tu memang pengubat duka lara,next kalau nk jalan perlukan PA nk jaga anak ker masa depa main,angkat beg,uruskan pasport,call jer CM,CM sedia ikut n berkhidmat janji sponsor CM sekali,ngeh,ngeh.ngeh..

    CL pun dah sampai HK yer,nanti pi lg bawak CM yer

    BalasPadam
  8. salam cl,

    mmg tergelak je baca komen cik kak panda kita tu.

    lama betul tu cl ke hk, masa tu rasanya hk bwh inggeris lagi kan

    BalasPadam
  9. salam CM,

    betul tu, mmg pengubat lara. kalau tension2 dan penat, baca cite "panda" tu boleh buat lupa sikit masalah keje.

    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  10. salam az,

    main snap je gmbr tu

    BalasPadam