WARGA SCP

Jumaat, Oktober 30, 2009

RHINELAND-GERMANY

Perjalanan dari Amsterdam , Belanda ke Rhineland ,Germany
lebih kurang 434 km(271 batu)

Menyusuri lebuhraya melalui bandar Utrecht , Arnhem, sehingga ke Koln(Cologne), Germany.

Berhenti di R  and R







Kami singgah di Cologne, untuk makan tengahari.
Bandar ke 4 terbesar di Germany

Poning palo den , apo nak makan
Akhir sekali , kami pegi Mcdonalds.
Kamikan vegetarian, order Fish Burger dan fries.
Berserah kepada Allah SWT
semoga makanan yang kami makan ini halal lagi suci
dan tidak digoreng bersama bahan lain.

Apa yang menarik di sini, kita mudah berjumpa dengan pemuda-pemuda
berambut punk berfahaman neo-nazi.
Ini dapat dilihat dari segi penampilan dan pakaian mereka.
Memang ganas-ganas

Di Cologne ini juga terdapat sebuah catdheral lama dikenali Colonge Cathederal
yang berusia ratusan tahun tersergam.
Rupa senibinanya amat menakutkan pada
pandangan ku.
Dikategorikan di bawah World Heritage oleh UNESCO.
Dibina pada tahun 1248 tetapi siap sepenuhnya pada tahun1880
tertangguh hampir 600 tahun.

Pernah menjadi binaan tertinggidi dunia pada 1880.
Ketinggiannya mencapai 145 m dgn 2 buah menara.
Pelancung yang berminat boleh memasuki dan menaiki
anak tangga ke atas.
Tapi keadaan rupa bentuknya memang mengerikan.
Keadaan binaannya yang kehitaman.

Kami tidak masuk ke dalam . Hanya berlegar-legar dan bersiar-siar di hadapan bangunan ini.

Terdapat banyak deretan gerai menjual cenderahati.
Seperti biasa, my mrs dengan hobinya mengumpul gelas-gelas kecil
dan comel berbagai aneka bentuk dan corak.

5 biji gelas berharga 5-10 euro bergantung pada bentuknya
Terdapat pemuzik jalanan di sini.
Terhibur dengan persembahan pemuzik jalanan
yang mencari rezeki di sini.





Kalau rasa nak sumbang , ada beg atau bekas di situ

Perjalanan di teruskan lagi melalui bandar Bonn sehingga ke Rhineland
Menikmati panorama sepanjang perjalanan, menyusuri lebuhraya
di sepanjang sungai Rhine.




Senibina rumah di germany agak berbeza dengan UK dan Belanda
Berwarna-warni lagi catnya.

Yang pasti bagi rumah lama , serombong asap mesti ada.
Tapi sekarang zaman dah moden, mereka dah tak pakai kayu api lagi
Semua dah pakai heater yang dijana gunakan gas











Dilereng-lereng bukit itulah, anggur di tanam.
Tapi sekarang winter, jadi nampak tanah je lah.
Anggur di sini sangat terkenal di seluruh eropah
untuk industri pembuatan wain.



Serombong bagi loji elektrik tenaga nuklear


Di Rhineland, kami akan menaiki "river cruise" menikmati panorama
sepanjang sungai Rhineland yang terkenal dengan penanaman dan
pengeluaran anggur yang terkenal .


Marksburg Castle
Sebuah kota lama yang telah dijadikan hotel penginapan
bertaraf 6 bintang
Khabarnya untuk satu malam berpuluh ribu euro.


Pasangan dari South Afrika
Eugene Sieber dan Anna Marie Sieber
Agak berumur , tapi minat mereka mengembara masih kuat

Deretan rumah di sepanjang sungai Rhine





Menyusuri Sungai Rhine sambil menikmati
panorama indah ciptaan Allah SWT
dalam kedinginan yang terasa



sejuk-sejuk boleh kena kopi kat dalam
"mai secawan"





Hari mulai gelap. Biasalah , siangnya pendek dalam musim sejuk.
Kedinginan mulai terasa. Suhu jatuh mendadak dibawah 10 darjah celcius.
Kuasa bateri camcorder juga mula menurun dengan cepatnya.
Tak tahan suhu sejuk rasanya.
ngeh,ngeh,ngeh

Hang kebun mulalah beraksi dengan "gloves".
Siap pakai songkok "ala-ala raihan"
yang ku beli di Makkah dgn peniaga Turki.

Memang lalulintas di sg. Rhine sangat sibuk
dengan deretan tongkang yang membawa segala hasil
kerana sungai Rhine ini merintangi kebanyakan negara Eropah.
Dari hasil pertanian hinggalah kepada kenderaan yang diangkut.
Sesungguhnya mereka menggunakan segala kejadian Allah SWT
selagi memberi manafaat.

Di sini, terkenal dengan sebuah lagenda
LORELEI
Merupakan sebuah batu besar di tepi tebing sungai Rhine.
Menurut sejarah, merupakan seorg wanita yang cantik yang sering
mendendangkan nyanyiannya.
Akibat cinta yang tak kesampaian,
ia telah membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
Rasa seram pulak apabila melalui batu tersebut dalam
keadaan yg mulai gelap












Seperti biasa, lalu lintas di sini sibuk dgn tongkang









Dah tak tahan sejuk, semua pakat-pakat masuk dalam








Rhineland sebenarnya terletak di barat Germany.
Sungai ini melingkari beberapa buah negera eropah seperti France, Luxembourg, Belgium dan Belanda.

Itulah sebabnya, ia merupakan salah satu jalan perhubungan
yang digunakan utk membawa barangan menggunakan tongkang.

Dipanggil Rhine di Jerman,Rhein di Belanda, Rijn di France,
Rhin di Romania, Rain di Itali merupakan sungai yang terpenting
di Eropah sepanjang 1,320 km
Sesungguhnya sungguh indah ciptaan
Allah SWT di muka bumi ini

11 ulasan:

  1. salam rezeki,
    next time meronda ke Eropah, cuba guna mode keretapi pula. Walaupun mungkin agak mahal (blh beli tiket europass) pemandangan kampung lebih cantik, rasanya lebih berbaloi dari tengok jalanraya jer hehehehe. Tahun 2001 kami naik keretapi jelajah lebih 10 bandar utama. Sangat cantik esp dari Germany ke Austria, melalui jalan lereng gunung. Pemandangan perkh! Subhanallah! Memang cantik alam ciptaan Allah.

    BalasPadam
  2. salam khairyn,

    good idea, nak juga rasa naik keretapi pusing europe. Last sekali naik keretapi dah 20-30 tahun lps rasanya ngeh,ngeh,ngeh

    tapi nak kena rancang betul2 tu.

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki,
    Saya asyik melopong je tengok gambar-gambar ni..share le sikit, bila kat setiap tempat tu "1 thing that I learned from my journey in Germany etc." rezeki ni memang nak saya belajar..nak tak jadi cikgu saya?

    BalasPadam
  4. salam datin,

    jadi cikgu , takut salah ajar pulak ngeh,ngeh,ngeh
    lulus setakat spm je, mcm mana nak jadi cikgu pada datin.ngeh,ngeh,ngeh


    sebenarnya byk yg saya pelajari erti kehidupan, ketamadunan, kebudayaan etc dalam "suatu catatan perjalanan " dalam meneruskan kehidupan saya . Setiap yg baik saya jadikan teladan dan motivasi diri dan cuba adaptasikan dan setiap yang buruk saya jadikan teladan dan sempadan.

    Proses pembelajarankan berlaku selagi kita bernyawa dan saya pun masih terus belajar.
    Nanti kalau dh khatam, baru saya boleh jadi cikgu datin . ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    walah walah walah, sumo tompek ekau dah poe ni, abih kat mana laei az nak ajak ekau poei jenjalan cari makan nih

    BalasPadam
  6. salam,

    ayahzain....ayahzain kene ajak CR p jalan2 cari makan kat shah alam, dengkil, & damansara....rasenye CR tak penah sampai kawasan2 tu lg....

    BalasPadam
  7. Dear Rezeki.
    Cerita2 Rezeki mengingatkan saya sewaktu muda trang tang2 dulu...Rhine dan Seine River merupakan kawasan ladang anggur yang terbaik untuk dibuat minuman tersebut. Ini disebabkan faktor tanah dan cuaca.

    Perjalanan melalui keretapi memang mengasyikkan. Seperti kata Khairyn, you should buy the europass. Ada package2 menarik including accommodation and they are affordable too! Tell us more about your journey!

    BalasPadam
  8. salam az,

    tak khatam lagi byk tempat, ngeh,ngeh,ngeh

    satu je kalau dapat , dh tak payah pegi memana, syurga firdaus yg menjadi impian semua org islam.

    BalasPadam
  9. salam hanis,

    ya tak ya, rasa lama bebenor tak gi situ
    ngeh,ngeh,ngeh nti lah kalau balik kl

    BalasPadam
  10. salam uncle,

    sekarang pun uncle masih nmpk muda lagi ngeh,ngeh,ngeh
    masa uncle pegi dulu mesti lebih adventure

    sebenarnya dh tiba london, baru terasa nk ronda europe, tu yg last minit plan. Ambil jln mudah,pegi trafalgar dan booking

    mmg ada tersimpan hajat di hati nk cover beberapa negara kat europe naik train, tapi kena plan bebetul . Mungkin next trip
    Insyallah.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum..

    Aku cuma tengok je.. tak terlintas akan sampai ke sana. Haji pun belum pergi lagi ...Syabas kerana berjaya dalam hidup.

    BalasPadam