WARGA SCP

Khamis, September 03, 2009

DAY 36 20/12/2007 KHAMIS MINA - MAKKAH - MINA

20/12/2007 KHAMIS ( Day 36 ) BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH-Hari Tasyrik

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi pekerjaan wajib haji, iaitu melontar jamratul Aqabah pada Hari Nahar iaitu 10 Zulhijjah. Semuanya berjalan dgn lancar . Jam menunjukkan pukul 12.00++ tgh malam Selesai sahaja melakukan lontaran, kami terus bergerak secara perlahan-lahan sambil membaca doa. Anggota tentera yang mengawal kawasan jamrah tidak membenarkan kami berhenti kerana dikhuatiri mengganggu kelancaran pergerakan jemaah lain. Aku mencari tempat yang sesuai dan mengeluarkan gunting utk memotong sekurang-kurang 3 helai rambut dan bertahalul awal, Sekarang lepas 10 dari 13 pantang larang dalam ihram. Alhamdulillah.

Kami beramai-ramai menuruni jalan yang curam di situ sehingga bertemu dgn 2 persimpangan. Satu utk kembali semula ke Mina tempat perkhemahan kami dan satu lagi di sebelah kiri utk menuju ke Mekah. Seramai lebih kurang 500++ org jemaah termasuk kami dgn diketuai oleh seorang guru agama THTS Tn Hj Abd Razak ,mengambil keputusan utk pulang terus ke Mekah dgn berjalan kaki bagi menyempurnakan rukun haji yang lain iaitu tawaf Ifadah dan saei haji utk tahalul thani dan lepas semua 13 pantang larang dalam ihram, manakala jemaah yang selebihnya belok ke persimpangan sebelah kanan dan pulang ke khemah semula di Mina. Aku terus menyalin pakaian ihram ku di tepi jalan yang aku bawa bersama tadi iaitu sehelai tracksuit dan t-shirt. Jarak perjalanan utk pulang ke Mekah lebih kurang 10-12 km dan jika aku masih memakai kain ihram, nanti dikhuatiri melecet di kedua belah peha kerana perjalanan agak jauh. Faham-faham lah, lelaki pakai ihram tak boleh pakai apa2 pun selain 2 helai kain tu.

Mula-mula kami melalui lebuhraya 2 lorong yang agak besar hanya utk pejalan kaki . Di kiri kanan jalan penuh dgn sampah sarap yang tidak dapat dibayangkan seperti kotak-kotak bekas makanan dan minuman yang disumbang oleh kerajaan Arab Saudi dan orang perseorangan kepada jamaah haji . (SABIL) 


Melihat sampah-sarap di sepanjang perjalanan pulang ke Mekah menandakan betapa jutaan jemaah yang telah melalui jalan ini utk pulang ke Mekah dgn berjalan kaki. Kemudian memasuki lebuhraya melalui terowong bawah tanah seperti terowong Muaasim yang sgt panjang hingga tidak kelihatan penghujungnya . Hati ku gembira setelah penat berjalan apabila terlihat penghujung terowong tetapi itu hanya penhujung terowong tersebut sebelum memasuki satu lagi terowong. 

Segala kepenatan dilupakan. Hampir 2 jam lebih berjalan ,akhirnya kami sampai di penghujung terowong yang penamatnya berhampiran Masjidil Haram melalui tepi kawasan istana Raja yang menghadap Masjidil Haram. Kelihatan ramai anggota tentera lengkap bersenjata mengawal persekitaran Masjidil Haram .

Terus pulang ke hotel penginapan dahulu utk membersihkan diri dan berwuduk lantas keluar kembali ke Masjidil Haram utk melakukan satu rukun haji iaitu tawaf ifadah. Jam menunjukkan hampir 2.45 pagi dan kelihatan ramai jemaah sedang melakukan tawaf.

Hampir 1 jam juga masa yang diambil utk menyempurnakan 7 pusingan tawaf . Pusingan semasa tawaf kadangkala sering terhenti terutama apabila sekumpulan anggota tentera yamg mengepung beberapa orang vvip dalam bulatan utk bertawaf begitu juga semasa mereka solat sunat di belakang Makam Ibrahim. Selepas selesai tawaf, aku terus solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim lantas berdoa .

Mengambil keputusan utk pulang ke hotel penginapan dahulu kerana kerana keletihan . Dalam perjalanan itu, singgah di barber shop utk bercukur. Aku telah membotakkan kepala ku . Bayaran utk bercukur telah naik berkali ganda dari 5 riyal ke 20 riyal . Alasannya musim haji. Tidur seketika utk melepaskan keletihan yang Allah saja yg tahu dan bangun utk solat subuh , dan terus sambung semula tidur.

9.30 pagi bersiap-siap utk ke Masjidil Haram utk menyempurnakan satu lagi rukun haji iaitu saei haji. Kami saei di kawasan tempat saei yang baru bersebelahan tempat saei yang lama . 1 jam juga baru selesai . Tanpa disedari air mata berlinangan kerana bersyukur telah dapat menyempurnakan segala rukun haji dgn sempurna dan ALLAH telah memakbulkan permintaan kami agar diberikan kesihatan yang baik dan segala kemudahan agar dapat menyempurnakan segala pekerjaan haji dgn baik dan sempurna . Tahallul Thani terhasil apabila kami selesai mengerja kesemua amalan iaitu:

- Melontar Jamratul Kubra / Aqabah
- Tawaf Rukun (tawaf Ifadah) dan saei haji
- Bercukur atau bergunting

Alhamdulillah, kami hanya perlu melakukan perkara2 wajib haji sahaja selepas ini utk menyempurnakan ibadat haji iaitu bermalam di Mina dan melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra pada hari Tasyrik iaitu 11,12,13 Zulhijjah.

Selepas zohor kami dgn beberapa orang rakan seramai 10 orang telah berkumpul utk pulang semula ke perkhemahan kami di Mina. Sebuah van sapu telah kami sewa utk membawa kami. Bayarannya 20 riyal seorang . Namun sepanjang perjalanan , pembantu driver van tersebut mengambil penumpang-penumpang lain juga yang hendak ke Mina. Penumpang tersebut tersebut diarahkan duduk di atas van. Bayarannya pula 10 riyal. Dah macam koboi pulak. Ternampak kaki penumpang yang berada di atas bumbung van terjuntai di tepi tingkap.

BIARLAH GAMBAR-GAMBAR INI YG BERCERITA


dalam van sapu ke Mina

Terjuntai kaki tu dgn kasut raya, kaki CL ke, IP ke, AZ ke. kalau kaki CM dan Noor tentunya bukan

Sekitar perjalanan ke Mina



Jemaah haji persendirian yg berkhemah

Atas bukit pun ada khemah jemaah

Sabil

Menunaikan haji sambil berniaga



Mana2 ada sabil








Jamrah masih dalam pembinaan



Jamrah dh nampak dari jauh









Ambil wuduk kat water cooler dan solat ramai2 kat tepi jalan je



Bendera Pakistan di mana-mana, meriah


Lautan manusia


Lautan manusia keluar dari terowong menuju jamrah





Dan akhirnya kami memasuki terowong muassim menuju
ke khemah di Mina hampir ke magrib juga..

12 ulasan:

  1. bila tengok gambar2 disana terasa nostalgia sangat , masa ummi pg dulu , tak bawa kamera , pastu hubby beli kat sana buat ada2 je,yg guna filem lak tu ,hasil nya gambar semua kurang memuaskan.banyak sangat perubahan dr yg ummi nampak dulu

    BalasPadam
  2. Rezeki...saya berjanji pd diri utk tidak membeli belah sehinggalah selesai urusan haji. Di Mekah selama lebih 10 hari saya berjaya kekalkan prinsip ini, tp di Mina saya tewas. Saya membeli - tasbih koka, bbrp btk cincin dan kopiah putih yg saya selalu pakai dlm gambar di blog saya. Saya tewas bukan kerana nafsu tp melihat begitu susah payah org mencari rezeki di bumi Mina....sebak sgt tgk kesusahan dorang ni. Saya tewas mungkin atas nasihat (sms) kakak saya yg kata "tak salah membeli di Mina...org yg berniaga tu susah betul?

    Ada juga kata prinsip saya tu sebenarnya saya kekalkan kerana saya berbelanja selepas hari Arafah...yg dikata HAJI sebenar...wallahualam

    BalasPadam
  3. Salam Ummi,
    kenangan yg indah, alhamdulillah banyak perubahan dalam memberikan perkhidmatan kpd jemaah haji yg semakin tahun semakin ramai. Kalau sekarang ini lagi lah.
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Salam IP,
    saya pun tidak berbelanja sangat ketika di sana,mmg dh niat begitu agaknya. cuma di madinah kurma dan sedikit kacang yg di poskan dahulu, di makah beberapa sejadah yg di beli di "musuem" utk adik beradik. Last utk diri sendiri kopiah dan jubah yg jarang dipakai di sana krn saya gemar pakai kain pelikat dan baju kurung telok belanga sahaja. Mcm kat kampung .

    BalasPadam
  5. salam en rezeki,

    jauhhnye berjalan...how your wife & kaum2 perempuan yang lain? mereka berjalan kaki juga ke?

    hanis tergelak tengok kaki terjuntai tu...hahahhaha...lawak sungguh

    BalasPadam
  6. Salam Hanis,
    Mmg jauh perjalanannya dari mina ke mekah mlm tu, masuk terowong keluar terowong tak sampai2 juga. Allah je yg tahu . Tapi kalau nk dibandingkan dgn nabi dan org2 terdahulu apalah sangat ye. Kalau suami berjalan balik, isteri kena ikut psl mahram. Yg kasihan org pompuan, wife i dlm keadaan yg sgt keletihan . Ada isteri rakan yg spi je kat mekah pagi tu demam panas sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik.
    Masa balik mina pun, kenderaan berhenti di pinggir mina sahaja psl kesesakan dan tak boleh masuk. Rasa2 berpuluh2 km jugalah kami jalan 2 hari tu. Kaki,tumit,betis dan mcm2 lagi Allah saja yg tahu sengalnya.Tapi bagi yg tak berdaya , mrk digalakan utk tinggal bermalam di Mina dan hanya melakukan tawaf dan saei haji apabila pulang dari Mina nti. Kami yg berjalan mlm tu alhamdulillah dh selasai segala rukun haji.

    Tapi itu semua nikmat dalam meengerjakan haji yg terbaik.semoga Allah menerimanya

    BalasPadam
  7. Ya Allah.....kesiannya....dahtu kakak yg kene kejarkan ke klinik pastu tak ke mina semula laa...tp rukun2 haji dah selesai laa kan...syukur pada Allah kerana bg kekuatan pada en rezeki, isteri & yg lain2 masa tu....tu laaa...hanis slalu teringat pesanan papa hanis..."kumpul laa duit dr sekarang...g laa tunaikan haji semasa usia muda & bertenaga....setiap tahun semakin bertambah jemaahnya...bayangkan yg dah tua2 tu...camne berjalan jauh2 & berasak2...kesian depa...papa g tahun 89 (kalau tak silap)...dok dekat aje ngan masjid..kalau berbanding 2006...dah semakin jauh hotel & masjidilharam...azam lah dr sekarang"....terngiang2 lg pesanan papa tu...
    hanis berdoa...hanis dapat g di usia yg muda...kalau diizinkan, moga sebelum 30...

    en rezeki, sebelum mengerjakan haji...pernah ke kerjakan umrah?

    BalasPadam
  8. Salam Rezeki,

    Tahniah. Anda pencatat dan pencerita yang hebat. Very detail. Dah boleh terbitkan buku bertajuk "satu catatan perjalanan" Mesti melatpo macamm tracelog haji. Banyak manfaatnya kepada orang nak mengerjakan haji.

    BalasPadam
  9. Salam Hanis,
    betul cakap papa hanis tu, kumpul duit lagi sekarang , yg penting daftar haji dahulu dgn tabung haji psl waiting list sekrg sgt panjang. sementara hanis sekrg daftar mungkin spi giliran 10 tahun lagi, pejam celik dh spi masanya. Rakan kami tu alhamdulillah selepas kena 2 suntikan , kami bergerak semula ke Mina bersama2 tgh tu. Mmg kesian kalau tgk yg tua2, mungkin rezeki dan wang yg mrk kumpul baru cukup .

    Alhamdulillah, kunjungan pertama ke tanah suci pada 2005 sekeluarga bersama ibu mertua sekali. Masa tu anak yg bongsu tu kecil lagi darjah 3 (masa tgh terlompat2 lagi ). Pujuk dia buat umrah, 1 umrah 1 ayam golek,Kalau tgk gmbr dia pakai jubah masa kat sana, tersenyum psl comel mcm anak cina,

    BalasPadam
  10. Salam AZ,
    Alhamdulillah , catatan asal pengalaman ini terpendam dalam PDA saya berserta gambar2 dan rakaman sejak tahun 2007. Lepas tu saya ada menulis di sebuah forum awam dlm internet. Tak teringat langsung nk tulis dlm bentuk blog. Namun datang petunjuk dari ALLAH,kalau PDA saya rosak dan catatan dlm forum tu terbiar begitu sahaja, maka tiada gunalah segala apa yg saya catat ini kerana tidak dpt dimanafaatkan.
    Tu yg AZ, terus buat dlm bentuk blog sebagai perkonsian dgn rakan2 dan org lain. Yg baik jadikan panduan, yg buruk jadikan sempadan.

    BalasPadam
  11. salam CR,

    hanis dah mendaftar...niat mmg dah ada...terutama selepas membaca buku prof kamil...tp lg kuat bila follow PDKM...tp entry yg membuatkan hanis sebak & terus tekat g mendaftar...n3 cik lie kat Rhaudhah...hanis menangis time tu...sape yg tak pernah ke sana, pasti takkan dapat meluhat gambaran rhaudah tu....so hanis sayu sgt time tu...hanis terus g daftar the next week...CR nak tau, hanis nye tu di jangka bila....tahun 2026.....CR bayangkan lg brape belas tahun???? lg 17 tahun...umur hanis time tu pon dah 4++....hanis memang dah tekat sekrang nie....hanis nak ikut ibu & papa..insyallah 2012...kalau ikutkan 2011..tp adik yg last SPM...cr doakan hanis berjaya kumpul duit tu yaa...

    hanis nak tanya cr...umrah or haji 1st?

    BalasPadam
  12. Salam Hanis,
    berusahalah , berdoa dan bertawakal. Allah maha mendengar dan maha mengasihani
    Alhamdulillah.

    BalasPadam