WARGA SCP

Rabu, September 02, 2009

DAY 35 19/12/2007 RABU ARAFAH-MUDZALIFAH/MINA

Kelihatan bas ulangalik dari Mudzalifah ke Mina

Lihatlah lautan manusia

"Nak cari batu, nak cari batu,nak cari batu........."


19/12/2007 RABU (Day 35) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH

Alhamdulillah, selesai sudah salah satu rukun dalam ibadat haji. Kami masih dalam keadaan berihram lagi. Jemaah mula bertolak ke Mudzalifah menaiki bas mengikut giliran yang ditetapkan .Pada tahun ini , sistem at-Taraddudiah (ulang-alik) diperkenalkan utk membawa jemaah . Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 malam . Jarak perjalanan dari Arafah ke Mudzalifah 8 Km memakan masa hampir 1 jam juga . 

Kira-kira jam 10.00 kami telah tiba di Mudzalifah, satu kawasan padang pasir yang memanjang yang menempatkan berjuta-juta jemaah . Bermalam (mabit) di Mudzalifah bermaksud berada di bumi Mudzalifah sepanjang malam sehingga pagi atau berada di bumi Mudzalifah seketika selepas tengah malam dan waktunya ialah pada malam 10 Zulhijjah. Ia merupakankan salah satu hokum wajib haji .
                                      Ada yang berehat, ada yg berzikir, ada yg mencari batu


Tiada khemah di sana . Hanya kanvas besar yang diletakkan di atas padang pasir yang kering kontang dan beratapkan langit Mudzalifah yang indah dgn disinari oleh lampu limpah . Di kiri kanan kami ialah lebuhraya yang dipenuhi dgn lautan bas yang tidak putus-putus. 

Kami di tempatkan di kawasan bagi jemaah haji Asia . Kelihatan kumpulan jemaah dr Zahafiz Travel, Rayhar dan byk lagi pakej haji swasta . Kami mengutip 7 anak batu sebagai persiapan utk melontar di Jamratul Aqabah nanti. Kemudian terus melakukan amalan2 sunat yang dituntut semasa berada di Mudzalifah seperti berzikir, berdoa dan solat sunat.

Keletihan mula terasa . Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi , namun pergerakan jemaah dari Mudzalifah ke Mina menaiki bas terlalu perlahan. Ada yang terlalu kepenatan tertidur dgn beralaskan khemah, berbantalkan beg dan beratapkan langit. Keadaan ini berterusan sehinggalah hampir masuk waktu subuh. Diam tak diam, hampir 7 jam kami telah berada di Mudzalifah. Apabila waktu subuh tiba, kami menunaikan solat subuh berjemaah di sini dgn membentangkan tikar2 plastik yang dibawa. Hampir pukul 6.00 pagi barulah tiba giliran kami utk menaiki bas dan bertolak ke Mina.

Kami difahamkan bahawa masalah pengangkutan dan kelambatan ini berlaku kerana bas yang diperuntukan kepada jemaah haji Asia telah “diculik” oleh jemaah haji negara lain yang menawarkan wang tunai yang lumayan kepada pemandu-pemandu bas yang kebanyakkan diimport dari negara luar. Kemudian masalah ini diburukkan lagi dgn kesesakan lalulintas menuju Mina . Namun semua kepayahan ini sebagai satu dugaan dan cabaran yang kecil dari ALLAH jika hendak dibandingkan semasa Rasulullah dan para sahabat mengerjakan haji dahulu.Kumpulan jemaah haji Malaysia yang terakhir bertolak dari Mudzalifah ke Mina lebih kurang pukul 12.00 tgh . Kasihan sungguh kerana matahari ketika itu berada di atas kepala . Seorang dari jemaah wanita telah meninggal dunia setibanya di Mina.

7.30 pagi Eid MUBARRAK atau HARI RAYA KURBAN ,kami tiba di Camp 88 yang menempatkan jemaah dari kawasan maktab 104 dan 105 sejumlah hampir 4000 orang. Camp 88 terletak berdekatan dgn Terowong Muassim yang menghala ke kawasan Jamrah. Khemah kami terdiri dari 44 orang jemaah dari hotel yang sama semasa di Mekah. Kerana terlalu keletihan , apabila tiba di khemah dan meletakkan beg mengikut nama yang di tampalkan di tilam kecil , ramai antara kami terus melelapkan mata .


Tertidur kepenatan setelah sampai dr Mudzalifah


Kawasan khemah THTS di Mina


Khemah di atas gunung


Keletihan setelah berada hampir semalaman di
Mudzalifah

Kemudahan tandas dan bilik air sgt terhad . Barisan yang panjang kelihatan setiap masa menunggu giliran utk menggunakan tandas. Kesabaran dan sikap bertimbangrasa sangat penting dlm menghadapi situasi sebegini. Itu semua aku anggap sebagai pergorbanan dan mengajar aku dan juga jemaah lain agar sentiasa sabar . 

Begitu juga ketika utk mengambil makanan dan minuman. Tua atau muda,miskin atau kaya , datuk atau golongan yang tiada gelaran, semuanya sama di sini , tidur di dalam khemah yang sama, beratur semasa ke tandas dan menggunakan tandas yang sama . Semasa berada di tandas juga perlu berhati-hati kerana masih dalam ihram .


Keadaan menuju terowong Muasim

Suasana di luar kawasan Camp 88 yang dipagari dgn jalan utama sungguh meriah dgn para jemaah yang tidak putus-putus menuju ke Jamrah melalui terowong Muaasim. Mereka akan melakukan lontaran di Jamratul Aqabah atau Big Jamrah utk Tahallul Awal pada hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Nahar.





Beg tidak boleh di bawa ke kawasam jamrah

Waktu paling afadal utk melontar ialah pada waktu zohor. Namun jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak pergi pada waktu tersebut kerana dijangka berjuta jemaah yang bermazhab Hanafi dan Hambali akan melontor pada waktu tersebut. Kalau mengikut sejarah tahun-tahun yang terdahulu, seringkali terjadi malapetaka ketika melontar pada waktu tersebut akibat kesesakan yang terlalu dahsyat menyebabkan ramai jemaah yang menemui ajal akibat terpijak dan dirempuh di kawasan jamrah. Waktu melontar bagi jemaah haji Malaysia ialah selepas pukul 11.00 mlm nanti.

Aku menggunakan masa yang terluang ini utk melakukan amalan-amalan sunat yang dituntut semasa berada di bumi Mina, bumi yang penuh keberkatan ini.
Ketika berada di sini, kelihatan Haji Zainal Abidin Rawop (pengulas berita sukan) , Haji Irfan Bakti (jurulatih bola sepak) dan Hj Mubin Moktar (bekas pemain bola sepak ) yang mengerjakan haji dgn pakej THTS dan berada di Camp yang sama.


Menuju Jamratul Aqabah (Big Jamrah) utk kalli pertama

Pukul 11.00 mlm , kumpulan jemaah haji kami mula bertolak dari Camp 88 diketuai oleh seorang guru agama menuju ke jamrah yang jaraknya hampir 3.5 km dgn melalui terowong Muaasim. Dengan laugan takbir dan talbiah kami bergerak perlahan-lahan secara berkumpulan besar sambil membawa 7 biji anak batu. 

Hanya ALLAH saja mengetahui bagaimana perasaan ku ketika ini. Dalam hati sayu, gembira dan bermacam-macam lagi semasa menuju ke kawasan jamrah dgn diiringi laugan takbir beramai-ramai. Kawasan menuju jamrah bermula dari permulaan terowong Muaasim sentiasa dikawal ketat oleh anggota tentera bagi mengelakkan berlaku tragedi seperti tahun-tahun terdahulu yang meragut banyak nyawa akibat rempuhan dan terpijak. Mengikut sejarah, 4 tahun lalu, seramai beratus nyawa terkorban semasa tragedi Muaasim akibat rempuhan dan terpijak. 

Kami langsung tidak dibenarkan berhenti walaupun seketika kerana jemaah sentiasa bertali arus . Segala beg galas , kerusi roda dan sebagainya tidak langsung dibenarkan melepasi kawasan jamrah. Kumpulan kami terus menuju ke kawasan jamrah yang berada di tingkat 2 lalu terus ke Jamratul Aqabah atau Big Jamrah di hujung sekali .

Antara syarat melontar di Jamratul Aqabah atau Kubra ialah :
1. Melontar selepas separuh malam 10 Zulhijjah
2. Lontaran anak batu tersebut hendaklah ditujukan kea rah takungan Jamrah.
3. Hendaklah dilakukan dgn gaya melontar
4. Anak batu yang dilontar hendaklah masuk ke dalam takungan Jamrah dgn yakin
5. Hendaklah melontar dgn anak batu atau jenisnya
6. Hendaklah melontar dgn tangan
7. Hendaklah melontar anak batu satu persatu , bukan beberapa biji secara serentak
Aku dan isteri ku mencari tempat yang sesuai dan betul-betul di kawasan hadapan menghadap jamratul Aqabah dan dgn laugan takbir terus melakukan lontaran satu persatu sehingga 7 kali ke dalam Jamratul Aqabah.

Alhamdulillah

8 ulasan:

  1. salam,

    ER...hanis tetiba terasa sayu membaca entry nie...terutama ketika menuju ke jamrah..

    "Tua atau muda,miskin atau kaya , datuk atau golongan yang tiada gelaran, semuanya sama di sini"....hanis cukup suka ayat ini....bayar laaah semahal mana...tetap menggunakan laluan yg sama & berasak2 ramai2 ke jamrah...dalam pakaian yg sama...ihram...tiada bezanya di sisi Allah...yg membezakannya amalannya sahaja.

    BalasPadam
  2. Salam Hanis,
    Itulah hakikat kita di sisi Allah nti apabila sampai waktunya , tapi ramai lagi yg tak sedar . ini buat peringatan utk diri saya dan org lain juga. hanya amalan kita yg di bawa nti, tingal pangkat, tinggal gelaran , tinggal semuanya.

    BalasPadam
  3. As Salam..

    ketika cheq disana.. kami melakukan lontaran selepas waktu maghrib.. diwaktu ini.. jemaah dari negara lain kurang sikit.. kita melontar guna batu 7 bijik.. namun ada juga jemaah dari negara2 lain selepas melontar dgn batu.. siap sambung lontaran dgn selipar.. emosi sungguh dia org.. the best part.. saya dapat saksikan 'bulldozer' masuk kekawasan jamrah dan angkut batu2 lontaran dan dibawak kluar utk dimasukkan kedlm lori.. dgr crita drpd uztaz yg mengiringi kami.. batu2 tsb akan dihantar balik ke mudzalifal.. Wallahualam..

    memang betul CR.. dikala ini pangkat dan harta tidak membezakan kita.. namun resmi manusia.. masih ada yang terus merungut.. kalu ikut darah muda belia cheq.. mahu saja cheq tonyoh2 mulut mereka.. tapi cheq sabarkan diri dengan membuat muka poyo.. tapi seorang ibu yang melahirkan cheq dapat menangkap perubahan air muka anak nyer.. berkatalah beliau.. biaq pi lah depa.. kadang2 bila depa mai.. depa tak sempat belajaq bagi perabih.. ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  4. CR....saya teringat betul waktu pertama kami berjalan ke Jamrah...jutaan manusia berjalan berasakan melalui terowong sambil melaungkan Labaikallahhumalabaik....tetiba dada saya berombak2 perasaan berasakan menahan sebak, air mati mengalir deras...ntah kenapa...saya mencari sebab dan alasan. Mungkin mengenangkan pengorbanan Rasulullah dan ramai lg umat Islam sblm kita yg dtg melunaskan urusan jamrah, mungkin mengenangkan akan lucutnya ihram selepas bertahalul di jamrah, mungkin terlalu bangga melihat begitu ramainya umat Islam yg dijemput menjadi tetamuNya, mungkin juga mengenangkan tragedi muasim yg mengorbankan ramai tetamu Allah (yg tentunya kematian mereka bukan sia2 malah memberi kebekatan kpd kita utk ke jamrah dgn lebih sistematik dan teratur). Pelbagai rasa becampur baur...saya menulis komen ini pun airmata terus berada di tubir mata...ALLAHUAKBAR...rindunya aku pada MU

    BalasPadam
  5. Salam Rezeki,

    Tqvm kerana N3 yang very informative.

    InsyaAllah dpt djadikan panduan untuk perjalanan haji saya dan suami pada tahun ini.

    Syukran dan salam perkenalan.

    BalasPadam
  6. Salam Noor,
    mmg rasa seronok sgt lepas dapat lakukan semua lontara tu, satu kepuasan yg hanya Allah je mengetahuinya disamping mengambil iktibar dan pengajaran dari cetita nabi Ibrahim yg melontar syaitan dgn batu tu.

    Kalau kita tengok mat2 arab, punya semangat semasa melontar spi saya jumpa seorg tu berlari dari belakang mcm nak baling bola baseball serentak dgn jeritan Allahu Akbar . Terus naik semangat kita.

    Sebenarnya byk juga jemaah yg berkedudukan di malaysia ni yg mana pergi ke Makkah tittle tu dia bawak sama , dia yg asyik merungut , "itu tak betul, ini tak kena ." Semoga sesiapa bakal2 haji dan hjh nti , kalau ada gelaran atau apapun pangkat , kalau pegi makkah, tinggalkan benda2 kat rumah, kalau mati pun bukan nak bawak masuk kubur, semuanya tinggal. Yang dibawa hanya amalan sahaja.
    Banyak sebenarnya yg saya jumpa dan temui, namun biarlah, Allah maha mengetahui

    BalasPadam
  7. Salam IP,
    mmg mudah betul airmata kita jatuh di bumi penuh keberkatan ni. Tanpa kita sedari dan ia spontan. Bukan lakonan dunia. Kita sentiasa menginsafi diri .Kita sgt2 menghendaki agar haji kita ini diterima dan menjadi haji mabrur kerana tiada balasan selain syurga bagi haji yg mabrur,

    Alhamdulillah, keadaan di jamrah semakin baik. Terowong muassim pun dah 2 hala . Satu masuk, satu keluar. Tapi masa zaman kedua org tua dulu, keadaannya semasa utk melontar jamrah seperti pergi yg tidak pasti akan kembali kerana jamrah yg kecil dan jutaan jemaah yg mengguna satu laluan saja. Terjatuh je boleh menyebabkan mati terpijak.

    BalasPadam
  8. Salam Normala,
    salam ukhwah. Yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sampadan .
    Alhamdulillah

    BalasPadam