WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label MAKANAN MINUMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN MINUMAN. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 27, 2015

NASI LEMAK ROYALE ALOR STAQ

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Kalau dulu2 , cakap pasai nak pi Utara Tanah Melayu, aku dah bayangkan suatu perjalanan yang jauh memandangkan aku kan duduk kat penghujung selatan Tanah Melayu.

Aku dulu2 puluh tahun sudah hanya dua kali je sampai kat Utara Tanah Melayu ni masa pi hantar rombongan kakak aku ada satu tahun tu masa dia pi kawin dengan orang area sana , maka sampailah aku ke Pengkalan Hulu . Kemudian ada satu tahun tu pulak sampai Baling masa adik aku pi menikah dulu.

ni mamak bendahara

Tu cerita lama dah, masa tu hidup aku kira cukup2 makan dan pakai je kami sekeluarga . Tapi kami simpan duit sesikit masa tu lebih jual getah ojol nak buat duit minyak masa tu nak pi utara.

Puluh  tahun berlalu , bila sekarang son of gun bubuk maknya menyambung pelajaran di utara , aku rasa kami ke utara agak kerap sangat . Jenuh rasanya memandu berejam2 lamanya. Kalau drive kat US ke atau Europe tak rasa sepenat begitu berbanding drive kat Tanah Melayu ni, entah kenapa boleh jadi macam tu. Mungkin betul juga ada seorang ulama cakap, Allah dah mula tarik keberkatan kat bumi kita ni . 

bebek a.k.a itik masak merah
heavan

Moga-moga kehidupan kita semua diberkati Allah walaupun Allah dah mula menarik sikit demi sikit keberkatan buat Tanah Melayu. 

OK, berbalik cerita negeri utara ni khususnya Kedah, aku suka pi sini. Pilihan makanannya sedap2 belaka dan kena dengan tekak kami serta yang paling best, pada aku murah bebeno . Kalau sekali makan nasi lemak Teratai yang orang kata terkenal kat area JB ni, bangsat-bangsat untuk sorang nasi lemak + telur goreng+ayam gereng seketul kecil goreng berempah serta sambal sotong sikit RM10.50 tak masuk air lagi tu . Kena bertiga dengan air dah dekat 37-38 ringgit sekali makan.

lembu lembu masak itam
manis dan berperisa

Tapi bila kami pi makan nasi lemak royale yang femes kat sebelah Alor Staq ni , makan berempat siap laut bebek masak merah, daging lembu masak itam , telur dan sotong serta minuman , kira punya kira, baru 27-29 ringgit je . Terperanjat berok aku kali pertama makan kat sini dan suruh dia kira lagi sekali pasal takkann makan berempat macam tu tak sampai 30 ringgit dengan lauk bagai. MURAHHHHHH 

Itulah kelebihan di sebelah utara, walaupun tiada pembangunan yang mencanak , tapi bila aku bual2 , kos hidup di sana ada rendah. 
tu nasi lemaknya warna kubing
setimbum seperiuk beso 

Mula2nya aku pun tak kenai Nasi Lemak Royale, aku pilah wassup kat Uncle Shahrir mana makan sedap kat belah Alor Staq ni pasai diakan kira Tok Penghulu sini dulu, dia yang cadangkan aku pi pekena Nasi Lemak Royale ni . 

Kalau biasa kita nasi lemah putih, dia punya nasi lemak warna kuning dan tak muak . Lauk dia pun memacam dah macam lauk nasi kandar . Itulah keistimewaan Nasi Lemak Royale ni.

Tak salah aku kat Alor Staq ni ada 2 tempat Nasi Lemak Royale ni. Satu kat tengah pekan Alor Star . Tapi yang kami biasa pi kat tepi highway menghala Kepala Batas a.k.a Titi Gajah .

Yang cawangan sini depa bukak kul 5.00 petang sampai malam . Dia kira meniaga macam kat sebuah food court kecil dan ada gerai2 lain yang jual menu yang berlainan. Tapi paling penuh dan ramai peminat pastinya Nasi Lemak Royale ni.

OK , kekawan selamat berbuka.

Apa menu kami sekeluarga magrib ni , tak lain tak bukan adalah nasi ambang yang tengah dimasak oleh mak itam kat dapur bawah bangsal tu. Lauk nasi ambang takda ayam masak kicap tak sah, itu yang aku tadi penat berlari pakai kain pelikat gombang pi beli kicap manis cap kipas udang kat kedai runcit . Botol kecil dah 6.15 siap GST. Dulu baru berapa je kicap ni, sekarang harga dah macam tu, nasib baik masa berlari balik bawah kicap tu, tak terlurut kain pelikat ke bawah  tadi terperanjat pasal kicap dah jadi barang mewah siap gst lagi hahahahahahahaha

Isnin, Mei 25, 2015

LAMB MANDY BEST IN TOWN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Wussssssssss,
Lama betul tak update SCP. Allah dah tarik sikit masa dan nikmat untuk berblogging. Memang sekarang ni semenjak waktu noreh kat selatan tanah air ni berubah , aku masih tak dapat nak adjust lagi .

Tambahan pulak sekarang kena kuatkan lagi usaha menoreh seiring dengan cabaran kehidupan masa kini yang semuanya semakin mencabar . Tu yang tak sempat nak bercerita kat SCP sama seperti dulu walaupun banyak yang boleh dikongsikan bersama .

Insyallah, kalau mood aku dah stabil balik untuk terus membebel kat SCP, aku akan cuba update walaupun tak sekerap dulu dan nanti bolehlah aku cerita apa yang aku nak cerita sepanjang pertapaan aku menulis kat SCP selama ini.

Aku nak kongsi salah satu aktiviti yang aku paling suka sejak dulu lagi, iaitu MAKAN hehehe

Minggu sudah ada keja sikit kat area JB berkaitan penjualan hasil susu getah. Lepas dah settel semua , barulah aku pi cari makan. Ni kira lunch merangkap dinner kerana dah hampir pukul 5.30 petang dahhhhh.

Last sekali  aku jamah makanan adalah quaker oat yang bini aku sediakan lepas subuh sebelum gi noreh. Jadi bila lunch merangkap dinner, kena cover heavy sikit. Pilihan kami, Restaurant Wadi Hana ni yang berdekatan dengan Plaza Angsana kat Skudai. Kepala chef dari atas sampai bawah semua orang sana , cakap orang putih dgn bahasa melayu sesikit je tau, tapi pelayan budak melayu kita .

Best Arabic Menu in Town . Aku kerap juga ke sini . Tu sebab aku berani kasi 5 bintang. Pasti tak mengecewakan .Lebih power dari Hadramawt kat area jalan Ampang tu . Al Rawsa pun tak boleh lawan dia. Aku berani cakap pasal akukan kaki ranjau bab makan ni hehehe.

Pilihan kami Lamb Mandy serta Arabic Tea . Dia punya lamb banyak serta punyalah lembut serta juicy , Allah saja yang tahu . Aku tak bohong , nikmat dunia rasanya.

Lawan pulak dengan soup dia serta entah apa aku nak sebut sos dia 

Penutup kami dengan UMM ALI. apa benda ni , gogellah sendiri. Tapi sapa dah rasa Umm ALI ni, pasti nak lagi hahaha

Ok guys,
see u again , Insyallah
ـــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Selasa, Ogos 05, 2014

EDISI RAYA : KETUPAT RENDANG DAN SEWAKTU DENGANNYA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari . Rasanya baru je mula puasa 1 Ramadhan, tup-tup, 1 Syawal mengetuk kembali dengan sambutan Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan buat umat islam dan tentu yang berjaya melalui puasa dan dahaga dengan erti kata sebenar seperti yang dituntut oleh Islam sungguh bertuah. Insyallah.

Jumaat lalu , dua hari lagi sebelum Syawal menjelma, aku meninggalkan teratak ku menuju ke KL. Kalau kebiasaannya penduduk kota berpusu meninggalkan kota raya, aku pula menuju ke sana . Kampung halaman isteri ku terletak di ibu kota. 

Tiada lagi kemanisan suasana raya di kampung halaman ku sendiri kerana kedua orang tua ku telah kembali mengadap ilahi. Hanya pusara mereka yang tinggal untuk aku ziarahi .

 
rendang ayam tengah mendidih dalam kuali


Molly, Teddy serta Penny aku angkut sekali balik KL. Mereka tidak dihantar ke Hotel Kucing . Aku masukkan dalam satu carrier besar letak kat tengah-tengah tempat duduk belakang kiri-kanan anak-anak aku. Anak dua, anak kucing tiga dan bini satu, sarat bonet kereta lembu aku hahaha

Bawak keta malam dalam bulan puasa kurang sikit mengantuknya berbanding siang. Siang rasa nak lelap je mata, karang lelap terus ke gaung ketanya hehehe

Semua dah senyap terlena , cuma Penny je lagi tadi mengiaw . Carrier yang bawak tiga ekor tu besar dan luas muat untuk tiga ekor. Tapi biasalah, mesti Molly nak duduk kat depan carrier tu mengadap depan yang buat Penny tak puas hati .

JB-Air Hitam macam biasa agak banyak kenderaan malam tu . Sikit jalan kena brek. Lepas Air Hitam baru clear . Kat area Seremban kat kul 1 pagi jugak, aku lihat kereta banyak berpusu2 menuju selatan. Kereta banyak namun aku lihat ada sesetengah pemandu yang aku gelar "tak faham bahasa" dan ingat jalan ni dia yang punya sorang. Dahlah keta banyak , lepas tu beam lampu tinggi suruh orang ketepi nak cepat  motong .Lihatlah situasi kalau nak high beam lampu tu suruh orang ketepi  , kalau semua keta dok berderet beratur panjang, maknanya jalan tengah sesak . Itu pun tak boleh fikir ke. 

Lainlah yang jenis khayal bawak 80 km sejam kat lorong kanan highway yang lengang, bolehlah high beam mereka. Tapi biasanya aku tetap tak highbeam pemandu macam tu, just bukak signal yang menandakan aku nak memotong. Tapi kalau dah seminit jugak dia buat tak tak tahu syok sendiri, baru aku highbeam sekali je .


belum siap masak lagi rendang ayam ni


Tiba KL kat pukul 2.00 ++ pagi jugak . Aku kalau penat dan tidur dah terlepas time nya, memang liat sikit mata ni nak lelap. Kemas itu ini, angkat itu ini, kul 3 lebih baru aku lelap . Dapat sejam dua pun jadilah . Lepas subuh nanti boleh sambung balik . 


Malam Raya.

Biasalah , bini aku anak sulong. Jadi tetiap tahun sibuklah dia bersilat kat dapur dibantu oleh adik2nya .Ibu mertua aku pun dah tua dan tak berapa sihat . Memang dah 5-6 tahun , tak kasi dia ke dapur . Malam raya, ketupat dan rendang semua dah siap masak. Ketupat palas pun ada dimasak sekali manakala lemang macam biasa, adik iparnya bawak .Lodeh dengan sambal kacang nanti sebelum subuh baru masak.Memacam dimasak sebagai juadah dengan ayam masak merahnya, rendang campur yang terdiri dari daging lembu dengan hati , paru dan bahagian dalamannya dicampur sekali.

Kalau kat kampung , sibuk dengan marhaban yang biasanya hari ke 2 syawal. Kat KL ni malam raya, sibuk dengan kumpulan yang akan datang dari rumah ke rumah bertakbir dan bertahmid. Lagi satu raya area KL ni, malam raya memang bising dengan dentuman mercun dan bunga api di sana-sini. Sini senang banyak stok mercun rasanya.

1 Syawal .
Macam biasa , Masjid Nur Saadah yang menjadi tumpuan setempat. Kat tepi masjid tu ada padang bola. Aku lihat Nepal dan Vietnam rupanya dok lawan bola . Heran aku, dia orang ni mesti main dari subuh hehehe

Masjid ni dah tak dapat menampung lagi limpahan jemaah . Toleh kiri-kanan, kekadang rasa macam kat Bangladesh pun ada, kat Indonisia pun ada kerana masjid ni menjadi tumpuan mereka yang bekerja mancari rezeki dan tinggal disekitarannya.

8.30 pagi solat sunat aidilfitri bermula, tapi pukul 10 lebih jugak baru sampai rumah yang tak jauh pun kerana pagi ni tok khatib baca khutbah hari raya panjang sekali lebih sejam .  

Pagi raya macam biasa, anak-anak buah dok beratur salam sambil collect duit raya .Kemudian aku dok setting tempat untuk sessi fotografi setahun sekali.


lodeh not londeh ya




OK, rasanya masih belum terlewat lagi buat aku membuat ucapan buat rakan-rakan maya sekalian . Aku tak layak buat ucapan kat surat khabar kerana aku bukan perantau hehehe

Kesempatan ini , aku bapak itam @ SCP serta ahli keluarga  ingin memohon ribuan ampun dan maaf andainya ada penulisan aku yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua kerana aku hanya seorang hamba Allah yang terlalu kerdil dan banyak kekurangan dan tak lepas dari kesilapan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jom jemputlah jamu juadah yang terhidang tu
tapi jamu mata jelah


rendang ayam

aku suka gaul sekali ketupat rendang dengan kari lembu


kuah kacang kalau takda tak sah
tapi biasanya kuah kacang akan habis dulu



Rabu, Julai 23, 2014

EDISI RAYA : CIK TAT DATANG LAGI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Diam tak diam dah nak habis puasa dahhh. Hanya tinggal beberapa hari je . Insyallah senin dah raya. Cepat betul masa berlalu , semoga Ramadhan kali ini, kita semua dapat meraih pahala secara maksimum dan dapat melakukan ibadat yang wajib dan juga yang sunat secara optimum. 

 


Anggaplah seolah2 Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita kerana kita tak tahu samada kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan. Itu akan menjadi satu motivasi untuk kita buat yang terbaik .Insyallah.

Memang sepanjang Ramadhan ini , aku agak tidak banyak menulis di SCP. Begitulah juga aktiviti aku sepanjang ramadhan ini yang tak pernah langsung setakat ini pergi beli kuih kat bazar Ramadhan kerana lebih senang berbuka dengan nasi serta lauk yang dimasak oleh bini aku. Adalah sekali tu aku beli kuih, itu pun kat depan rumah makcik tua dekat rumah aku kat pekan HC apa melewati rumahnya . Aku rasa makcik tu lebih jujur dalam menyediakan kuih-muih jualannya berbanding sesetengah peniaga yang hanya timbul bulan Ramadhan je.



Berbuka di luar . Takde sekali pun tahun ni .Corum tak cukup utk kami berbuka di luar pasal son of gun aku yang kuat jugak makan tu takde kat rumah study kat utara. Lagi pun hari2 biasa kami kat teratak tepi hutan ni je . berbuka kat rumah pun tak kurang meriahnya . Alhamdulillah, bini aku masak setiap hari macam biasa tak kira bulan puasa ke atau sebaliknya. Itulah kelebihan yang Allah berikan berbanding yang isteri mereka yang bekerja dan memang tak sempat nak masak . Memang masak "di dapur orang " le gamaknya mereka itu.Nak buat macammana, rezeki memasing.

Cerita berbuka di luar, tak salah nak berbuka di luar sekali-sekala jika berkesempatan .Yang salah bila buka macam nak runtuh, tapi solat magrib entah ke mana ghaibnya. 

Opsss, satu lagi tanda raya dah dekat apabila saf malam terawih semakin "menipis", maksudnya raya dah nak dekatlah tu. Itu kebiasaan kat mana2 . Dan apabila Cit Tat mula menelefon bertanya khabar, itu juga tandanya raya semakin hampir.



Cerita pasal kuih raya ,
untuk yang dah berkeluarga , takde tak boleh, banyak sangat pun membazir jugak.
Jadi belilah ikut keperluan dan jangan ikut nafsu.

Aku macam biasa belilah 5-6jenis , sebotol setiap satu . Pasal anak jantan aku dah cakap yang dia nanti nak balik ke kolej lepas balik cuti hari raya . Mau dia punya 1-2 botol bawak balik buat jamu kekawan kat kolej nanti.

Macam biasa rega kuih makin naik , tapi jangan pula kualiti dan rasanya semakin menurun. Tak baik kalau macam tu ,mana rezeki nak berkat.

Macam banyak yang aku baca yang kualiti dan rasa kuih muih dan lauk pauk yang mereka beli kat bazar ramadhan kekadang sangat menyedihkan. Ingatlah, dalam perniagaan pun bukan hanya keuntungan semata2 yang hendak diraih, paling penting keberkatan dan kepercayaan pelanggan.



Ok guys,
"sun" raya dah nak sampai . Walaubagaimana pun situasinya, kita sebagai orang islam dituntut untuk meraikan aidilfitri , cuma caranya sahaja berbeza samada sederhana atau sebaliknya. Aku macam biasa, bersederhana sahaja .

Buat yang berada diperantauan, aku hanya dapat jamu kat mata kalian je kuih raya ni. Tu je yang aku dapat tolong buat  kurangkan rindu kalian pada kuih raya dan suasana raya .

Alhamdulillah. 



Isnin, November 25, 2013

GULAI PATIN TEMPOYAK

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Ada orang tak makan "ikan darat" kerana ikan darat ni kalau tak kena gaya basuh dan masaknya, akan berbau hanyir. Alhamdulillah, kami ikan laut , ikan sungai dan ikan darat kami makan. Kalau ada ikan udara pun kami makan hehehe

Ikan darat ni lebih kurang ikan sungai jugak. Nak basuhnya leceh sikit . Nak kena pakai limau dan entah apa dah aku tak pasti sangat. Aku yang pasti adalah makan je hehehe

Sabtu semalam, kami dok 3 beranak pi lah ke pasar tani kat JB macam biasa. Kak Long balik dari Shah Alam pasal dia nak tengok anak "kambing" dua ekor tu.



Kebetulan pagi sabtu tu hujan. Jadi pasar tani pagi tu tak berapa nak ramai lagi . Sementara mak itam dok pilih ikan laut kat gerai lain, aku pun pi pilih sekor ikan patin ni kat  gerai yang jual ikan darat. Orang takda, maka tak payah nak beratur-ratur, tunjuk mana yang hendak dalam bekas air tu pasal ikan ni semua hidup segar bugar lagi. 

Timbang nak dia pi ketuk kat kapla ikan ni kasi pengsan sikit dan terus siang je. Semalam pasal musim tengkujuh dah mula laaa ni, harga ikan memang tinggi. Terubuk punya rega dah 45 hengget sekilo . Ikan kembung dah 15 hengget sekilo. Tapi semua "fresh" lagi . Stok seminggu kami macam biasa daaaa.

Pasal minggu lepas ke Shah Alam, jadi minggu ni kami menyinggah kat warung buruk kat pasar Kg Melayu lepas berpasar tani pekena roti tampal goyang a.k.a dangdut . Aku macam biasa pekena 2 keping . Mak itam belikan roti tampal untuk bungkus banyak jugak dan nanti hantar kat anak bongsu kami kat asrama yang tak boleh balik hinggalah selesai SPM nanti. Boleh depa makan reramai dengan kekawan nanti.



Tadi tengahari Ahad pula, abang dok telepon kata nak balik rumah jap pasal last sekali balik masa raya haji dulu. Jadi pukul 9.00 pagi,mak itam dah dok kat dapur mengerjakan menu kami tengahari nanti . Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Ikan Bilis Goreng, Sayur Goreng serta Sotong Goreng Tepung.

Lepas kul 12.00 tengahari, berdesup aku ke JB jap pi ambik abang kat asrama dan berdesup aku balik HC balik . Tak jauh mana HC ke asrama abang. 20-30 minit dah sampai . Lepas zohor, maka berperanglah aku atas meja melayan Gulai Patin Tempoyak ni . Aku paling suka kalau ikan patin ni kat bahagian isi tengah tu yang bawahnya ada terkumpul lemak ikan ni yang rasanya Masyallah, Tuhan je yang tahu . 

Ikan patin ni kalau nak beli yang best jangan kecik sangat dan jangan besar sangat. Sedang elok dalam beratnya 1 1/2 kg . Cerita banyak tak guna, kekawan layan jelah cik patin yang aku sempat tembak tadi sebelum dia melompat masuk dalam perut aku .












Rabu, November 06, 2013

ASAM PEDAS KEPALA MAYONG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH

Salam ceria semua buat kekawan semua. Sekarang dah dah masuk waktu makan tengahari. Bagi yang berkerja, pasti kedai, atau warong atau restoran serta kantin yang akan menjadi destinasi bagi mengisi perut yang kosong bila waktu rehat tengahari tiba nanti.

Laaaa ni semenjak dua menjak dan kos hidup semakin meningkat, pasti untuk makan tengahari tak cukup 4-5 hengget lagi berbanding 5-6 tahun dulu .

Aku pasti kekadang makan tengahari dan kira sekali dengan minuman melebihi 7-8 hengget . Kalau rasa ok kira sepadan laa dengan harga. Ni kekadang rasa entah hapa-hapa.

Nak buat macam mana kan yang jenis keja kat pejabat atau keja kat kota besar . Terima dan hadapi la dengan hati yang redha dan terbuka .

Aku bersyukur kerana walaupun aku ni tinggal kat tepi hutan yang kira jauh dari pembangunan dan hulu , namun aku tak payah nak pening2 kepala kerana aku tak perlu nak makan kat kedai atau warong yang pusing-pusing lauknya sama je setiap hari. 

Aku cuma perlu pastikan bekalan bahan mentah kami ada dan mencukupi yang kami perolehi dari pasar tani seminggu sekali.

Balik motong gotah je, mak itam dah masakkan dan sediakan untuk santapan tengahari kami . 

Kepala mayong ni kebetulan kami jumpa kat pasar tani dan tak cerita banyak terus rembat je dan lepas tu kenalah beli sekali seikat "cik som " untuk dimasak bersama .Kalau "cik som" takde, mana ada kick asam pedas kepala mayong ni.

Nikmatnya menyedut celah2 kepala ikan mayong ni tak boleh aku nak gambarkan. Allah je yang tahu .

Ok, selamat menjamu selera buat kekawan semua tengahari ni. Ingat sunnah Rasullulah , "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang".