KEKAWAN SEMUA

Sabtu, Februari 04, 2012

KURAU MASIN KUKUP LAUT

ALHAMDULILLAH

Hari tu masa ku ke Tg Piai, dalam perjalanan pulang sempat aku korner lipat moto roda tiga ku ke pekan Kukup Laut. Terperanjat aku kerana di penghujung jalan menghala ke jeti tu, punyalah sesak kenderaan mengalah jalan Bukit Bintang.

Kalau nak parking pun, mau kena menapak dalam 2 km juga. Penghabisnya aku bawak moto cabuk ku hingga ke hujung dan aku tunggu kat motor je sementara mak itam pi tengok hasil laut yang dijual di deretan kedai kayu berdekatan.

Hasilnya, dapatlah dia beli sikit ikan kurau masin serta udang kering dan ikan bilis yang masih "fresh" lagi dan harganya katanya murah lebih kurang kat Kota Kinabalu yg mmg terkenal dengan hasil lautnya.

Mana tak murah kat Kukup Laut ni karena hasilannya dari laut depan je tu.

Inilah hasilnya setelah digoreng utk santapan tengahari , ikan kurau masin goreng dengan lada kering dan bawang besar.

Sedap tau hehehe

Alhamdulillah

OK, selamat bercuti buat semua sempena sambutan Maulidur Rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan semoga kita dapat menghayati perjuangan Baginda .

Lagi satu hari cuti hari Thaipusam yang pasti kita sebagai umat islam tidak meraikannya , tapi kita kira cuti umum, maka kita pun cutilah juga hehehe



Jumaat, Februari 03, 2012

TETAMU TAK DIUNDANG

ALHAMDULILLAH

Kalau ada butang ni kat rumah kan seronok, jadi bila kita tidak bersedia menerima tetamu, maka kita tekankan je suis sebelah kiri tu . Jadi sesiapa yang kita tak kenal pasti teragak2 nak tekan loceng kat pintu pagar , lepas tu kalau rumah bersepah je, tekan pula loceng sebelah kanan, dah ada pembantu datang tolong kemaskan hehehe

Tapi rumah aku kat tepi hutan ni mana ada pagar , kira terbuka kepada sesiapa dan lagi satu kami memang takda pembantu rumah , jadi ada loceng tu pun tak berfungsi hehehe

Lepas tekan loceng tu, kemudian sendiri datang dan sendiri kemas hahaha

Apa yang aku nak kongsikan untuk bahan hari ini ialah tentang ibu ku yang tinggal berdua dengan penjaganya a.k.a pembantu rumah di kampung.

Semalam lepas pembantu rumah mak aku mandikan ibu ku lalu tengah nak keringkan rambutnya di atas kerusi roda , tetiba terjonggol sorang anak dara dengan seorg wanita dengan anak kecil yang katanya ibunya kat kerusi luar beranda rumah.

Kira dia masuk dalam kawasan rumah yg berpagar tanpa diundang. Katanya nak cari rumah rumah Jamilah . Dalam pada tu wanita yg berumur tu nak tumpang bilik air dengan anak kecilnya lalu anak dara yg tak diundang tu pula menemankan ibu ku yg berada atas kerusi roda.

Dengan perasaan belas ibu ku yang sudah tua yang melihat seorang muslim yang nak tumpang bilik air , dia membenarkan lalu ditemankan oleh pembantu rumah sementara anak dara keparat tu menemankan ibu ku di beranda .

Tak semena2 disorong ibu ku masuk ke dalam tanpa disuruh,
ibu ku bertanya,

"nak buat apa sorong makcik"

Kemudian melalui sms yg dihantar oleh anak dara keparat tu, tetiba muncul lagi 2 orang lelaki pula berparang lalu mengancam nyawa pembantu rumah ibu ku .

Pasti smsnya berbunyi "line clear"

Dalam kekecohan , sedikit berlaku pergelutan antara pembantu rumah menyebabkan luka2 juga namun mereka terus meninggalkan rumah setelah gelang tangan di tangan ibu ku diragut serta gelang tangan pembantu rumah juga.

Alhamdulillah
Allah melindungi ibu ku dan pembantu rumah dari ditetak dengan parang.

Tapi yang aku tak sangka penjenayah yg terlibat ialah sorang anak dara, sorang wanita yg berumur serta anak kecil dan dua orang lelaki yang sedia menunggu dalam kereta dan masuk apabila menerima isyarat sms dari anak dara keparat tu.

Kita kena redha kerana semua tu ujian dari Allah dan masuk ni dah 3 kali ibu ku mengalaminya dengan modus operandi yang hampir serupa. Aku pesan kat dia agar pastikan pintu pagar kecil tu sentiasa dimangga dan kita berdoa pada Allah .

Insyallah
hanya kepada Allah aku memohon dan Allah Maha Mendengar akan permintaan hambaNya yang teraniaya.

Semoga dengan izin Allah, penjenayah keparat tu tertangkap sebelum dia bermaharajalela di kampung yang pastinya ramai orang2 yang sudah tua menjadi mangsanya dan sebelum ada yang mengalami kecederaan dan dikhuatiri berlaku pembunuhan.

YA ALLAH
KAU PELIHARALAH KAMI SEMUA DARI SEBARANG MALAPETAKA DAN BENCANA SERTA MUSIBAH

YA ALLAH
KAU TUHAN MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA

AMIN

Khamis, Februari 02, 2012

TG. SEDILI

ALHAMDULILLAH

Tg. Sedili, itulah destinasi ku dalam program ku dalam segmen jalan-jalan. Sebuah perkampungan lama tradisional dan perkampungan nelayan yang terletak lebih kurang 30 KM dari bandar HC. Ia terletak dalam mukim Sedili . Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Kiranya ketika foto2 ini dirakamkan, ia di sebelah Sedili Kecil sementara Sedili Besar terletak di seberangnya.




Jika dahulu, penduduk yang hendak ke Sedili Besar terpaksa menggunakan bot penambang yang tambangnya dalam 50 sen, kini dah hampir setahun lebih, semenjak pembinaan jambatan merentanginya, bot2 penambang semua telah mulai dilupakan dan akhirnya hilang begitu sahaja kerana arus permodenan. Semuanya tinggal kenangan.

Kalau dulu guru2 yang berkhidmat di SK Sedili Besar perlu menyabung nyawa bila tiba musim hujan dan musim tengkujuh utk ke sekolah, tapi kini tidak lagi. Kini mereka tidak lagi mendapat elaun kritikal sebanyak RM500.00 sebulan kerana kemudahan jambatan dan jalanraya telah tersedia.

Pembinaan jambatan ini telah memendekkan jarak perjalanan hampir 80 km juga kerana jika tiada jambatan tersebut, kenderaan yang hendak ke Sedili Besar perlu ke Sg. Ara dahulu lalu melalui Felda Tenggaroh 1,2,3,4,5,6 dan Tenggaroh Selatan hanya untuk ke Sedili Besar jika menaiki kereta.

Jambatan Mohd Lazim



Sebuah pekan kecil yang jauh dari arus pembangunan, namun aman dan tenteram dengan deretan bot2 pukat tunda laut dalam yang menangkap ikan sekitar laut China Selatan dan semuanya tersadai dan berhenti ke laut apabila tiba musim tengkujuh seperti sekarang ni.Kebanyakkan ikan2 di sini dihantar ke JB dan juga Singapura dan sungguh segar .

Aku pernah merasai suasana di sebuah pengkalannya di sini beberapa tahun lalu ketika menanti kepulangan bot ini yang biasanya akan keluar selama seminggu dua sebelum pulang ke pengkalan dengan deretan puluhan tong2 biru yang penuhi ikan2 segar yang telah disejukkan sementara bot pulang ke pengkalan nanti.

Di persekitaran perkampungan di Sedili ini juga, kita bisa ketemu dengan masyarakat kaum orang asli yang antara kerja mereka ialah menangkap hasil laut secara tradisional dan juga membuat atap2 dari daun nipah kerana aku pernah berurusan dengan salah sorang dari mereka bila salah sebuah sekolah sebagai pelanggan ku mengkehendaki atap nipah dengan jumlah yang banyak bagi tujuan pembinaan rumah cendawan mereka .




penghujung jalan di perkampungan ini
inilah pusat bandar pekan Sedili yang masih mengekalkan
kedai2 usang kayu

Rabu, Februari 01, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) : SINGGAH SEKETIKA DALAM PERJALANAN KE TG PIAI

ALHAMDULILLAH

Kami keluar dalam jam 9 am juga untuk ke Tg Piai dari HC. Masuk E22 di Ulu Tiram dalam 20 minit++ dah sampai ke JPO. Singgah sebentar kerana mak itam nak cari beg kecik buat simpan duit kecik . Dulu masa ke Aussie, aku belikan dia beg kecik bulu kanggaro kalau tak salah aku dalam AUD5.00 masa tu. Lama juga ia pakai hinggalah baru2 ni pin penutupnya patah .

Takkan nak beli beg kecik harga AUD 5.00 tu nak pegi aussie pulak . Jadi carilah kat JPO ni . Kebetulan ada kat butik Braun Buffel dan ia berkenan pulak. Aku pulak capailah satu jugak beg kecik comel tempat letak lesen dan cc kerana aku lagi dulu memang tak suka bawa wallet .

Tu yang lesen serta cc aku letak dalam poket begitu je , jadi bersepah2 bila balik. Lepas tu mak itam hadiahkan aku satu brand fossil , bertahun-tahun aku pakai hingga cukup masa rabak dah . Kenalah beli satu jugak. Ada alasan nak beli satu yang baru hahaha



Dapat apa yang dicari, aku lepak sorang2 kat Coffee Beans pekena Caramel Latte sementara mak itam melayan karenah dua orang anak bertuah aku tu. Sambil tu, sempat aku skodeng dari jauh merakamkan gelagat pengunjung ke sini.

Itulah untungnya pakai lens 18-200 ni. Kekadang orang tak perasan , gambar mereka telah diabadikan dalam lensa aku dan tup2 terkeluar pulak kat blog SCP .

Kalau nak ke JPO, lebih baik awal sikit pasal senang nak cari parking dan orang pun belum ramai lagi. Kalau dah pukul 12 ke atas terutama hujung minggu atau cuti umum, tempat ni sesak sangat . Al maklum lah, tempat baru umpama barang baru .

Esok lusa dah lama sikit, pasti kalau hari biasa lengang mcm juga kat outlet2 di luar negara tu . boleh bilang dengan jari pengunjungnya .

nampak tak buih tu kat gelas yg dah hilang
dia dah melekat pulak kat misai aku hehehe

aku dok skodeng dari sini

Cerita pasal minum kat Coffee Beans ni, entah kenapa aku suka akan minumannya berbanding dengan Starbucks. Aku tanya budak keja tu, ramai orang tak 2-3 hari ni, dia kata boleh tahan sampai lepak. Aku senyum je dalam hati kerana dulu masa aku meniaga air kat sebuah pusat peranginan di HC, aku dah rasa semua tu diserang gerombolan pengunjung yang kehausan dan kelaparan diwaktu pagi bila gate besar tempat tu di buka.

Sekali aku ambik order dekat 40-50 pelanggan sampai tak menang tangan, kami semua bersilat kat depan dan kat dapur tak berbunyik pun. Tapi pelanggan yang terlambat sikit tak berani nak cegel mata dengan aku kerana lihat misai aku yang tebal melintang hehehe

Kena pulak kalau macam Tahun Baru Cina, mau mengigil kepala lutut pasal dari pagi hingga tengahari sampai petang tak surut2 pelanggan . Susu FN tin 1 KG tu habis 2 kotak dalam berpuluh tin juga, gula pasir, air batu dll jangan cakaplah.

Tapi paling best bila nak balik kira hasil jual air je untuk satu hari dapat ribu-riban . Tu baru air yang segelas masa tu dalam seringgit dua je. Kalau kat Coffee Beans ni , mau dekat 10 ribu income dia sehari kalau ramai kerana paling murah je dah 9-10 ringgit segelas.




deretan kasut di outlet Nike











Selasa, Januari 31, 2012

INDAH UNTUK DIABADIKAN


ALHAMDULILLAH

Ketibaan ku ke kawasan persekitaran Tg Piai Resort disambut oleh beberapa ekor monyet yang menjadi permastautin tetap di sini. Kelihatan deretan kenderaan memenuhi ruang letak kereta di sini.

Pasti resort Pak Atan ni semalam penuh. Kalau ramai dari kalangan mereka mengusung joran serta batu ladung, aku pula memikul tripod kerana tanpa tripod, agak sukar mengaplikasikan teknik long exposure atau slow shutter.

Sebenarnya takda pun rancangan nak ke sini. Bangun lepas subuh , ilham ke sini digerakkan oleh Allah. Keluar pukul 9 pagi juga, namun sebelum tu aku sempat melencong ke JPO kerana ia kira satu jalan menghala ke Tg Piai. Lepas zohor juga baru keluar dari JPO dan terus ke Tg Piai.




Terus ke restoran di resort pak atan . Kira resort ni dibina di atas air . Jadi dari darat ke resort boleh tahan juga nak kena menapak dan kalau nak ke bilik penginapan yang terletak dihujung sekali, mau 2 KM juga dari darat.

Menu dibuka, lalu memesan tea o ais limau , limau pulak habis, anak mintak carrot susu, carrot pulak habis , senang cerita kebanyakan makanan dan menu ala carte tu kehabisan stok bahan mentahnya . Tentu semalam penginap di resort yang ramai makan di sini kerena nak keluar bukan dekat . Alhamdulillah, murah rezeki Pak Atan.

Pengabis layan jelah nasi goreng cina masuk islam serta sup ayam stail kampung dengan telur mata lembu yang kuningnya dah tak dangdut a.k.a goyang hehehe

Syukur kepada Allah . Sementara pesanan kami sampai, tu yang aku dok dari atas pelantar resort ni melayan jeti usang di sebelahnya .

Bukak tripod, pasang filter dan cari angle yang baik lalu mula menembak .



around 30 second setting for shutter speed

Untuk mendapatkan setting terbaik menggunakan ND Filter ni agak sukar kerana filter ni memang gelap betul cerminnya kerana tugasnya ialah untuk menapis cahaya apabila shutter yang dibuka nanti mengikut saat yang dikehendaki . Jadi kalau lihat kat lubang kamera tu nampak samar2 je macam meraba dalam kegelapan malam yang pekat.

Jadi kena cuba dulu utk 2 atau 3 saat rakaman, lihat samada angle yang dikehendaki dah "masuk secukup rasa" atau belum, kalau tak , kena betulkan lagi kedudukan kamera yang dah melekat kat tripod tu . Selain dari itu, tugas ND Filter ni ialah untuk memperlahankan alunan air atau ombak apabila dirakamkan nanti .

ND filter ni adalah singkatan untuk Neutral Density.
ND filter can be a colorless (clear) or grey filter. An ideal neutral density filter reduces or modifies intensity of all wavelengths or colors of light equally, giving no changes in hue of color rendition.

The purpose of standard photographic neutral density filters is to allow the photographer greater flexibility to change the aperture, exposure time or motion blur of subject in different situations and atmospheric conditions.


Lama tak kecek orang putih , ni nak yang nak kena pi London bulan Jun nanti
hehehe

Kira berbaloilah jugak aku beli filter ni
yang reganya RM295.00
kerana aku suka lihat hasilnya
Insyallah
aku cuba perkemaskan dan mendalami ilmunya yang berkaitan
untuk koleksi peribadi ku dan dapat dikongsi dengan rakan2 ku sekalian.

Terima kasih Allah
kerana sememangnya alam ciptaan Mu sungguh indah untuk diabadikan.

reverse Black & White blend with Dyanamic HDR

gambaran dari atas darat