WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : KUALA SENIBUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : KUALA SENIBUNG. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 27, 2012

SEPETANG DI KUALA SENIBUNG PART 2 : DUNIA SEAFOOD

ALHAMDULILLAH

Senibung ni asalnya takda apa2 pun suatu masa dulu . Ia terletak di dalam area Pasir Gudang dan menggadap ke Singapura.Kira senang cakap dekat kawasan Permas Jaya . Mula2 dulu hanya deretan kedai2 usang sahaja yang menyajikan hidangan makanan laut.

Dunia berubah seiring dengan kemajuan. Begitu juga Senibung . Kini deretan kedai menjual makanan laut banyak di situ , namun hanya seorang sahaja pemilik asal turun temurun masih meneruskan perniagaan di situ . Yang lain2nya kira orang luar yang mendatang dan membeli tapak gerai asal dari tuanpunyanya lalu membina kembali deretan kedai2 yang boleh dikatakan baru.


Uniknya di sini , kedai2nya dibina kira diatas air . di samping menikmati hidangan yang menyelerakan, kita dihidangkan dengan permandangan yang indah terutamanya diwaktu malam dengan cahaya2 lampu dari limbungan kapal di sebelah Singapura.

Lepas puas menembak, aku pun menembak pula di atas meja. pilihan hidangan malam ini oleh mak itam dengan sotong goreng tepung, lobster entah masak apa aku lupa, kerapu laut stim halia, chili crab dan udang goreng butter serta kalilan ikan masin.

Rasanya alhamdulillah sedap kerana bahan2 yang digunakan segar2 belaka. Harga pun sedap juga dan pada ku berpatutan .


chilli crab

Kira tempat ni dalam suasana kekampungan kerana ia terletak dalam kawasan kampung sebenarnya. Lalu di sini ditubuhkan sebuah koperasi persatuan penduduk untuk mengutip bayaran letak kereta sebanyak RM2 sekali masuk dan kemudahan tempat letak kereta diselenggara oleh ahli2 koperasi .

Penduduk kampung juga dapat imbuhan masing2 hasil darinya dengan kadar antara RM150.00 hingga RM200.00 sebulan . Jangan terperanjat jika aku katakan kutipan tempat letak kereta dalam sebulan mencecah RM20,000++ sebulan dan setiap pekerja sambilannya yang terdiri dari ahli koperasi dibayar elaun secara mingguan sebanyak RM205.00 setiap hari jumaat. Kira sebulan dapat RM800.00++.

Maklumat diatas aku perolehi hasil perbualan dengan salah seorang orang kuat Koperasi tu yg juga kenalan aku. Bagus permuafakatan mereka begitu dan semua penduduk setempat merasa hasilnya. Dengarnya wang terkumpul dalam koperasi mereka dah cecah RM100,000.00 dan mereka juga telah berjaya mempunyai sangkar ikan sendiri di laut depan kawasan tempat makan ni dengan modal melebihi RM40,000 utk sangkar tersebut sahaja.

udang goreng butter

lobster masak apa tah hehehe


udang goreng tepung

Aku suka ke sini di waktu petang kerana masa tu orang tak ramai lagi. Jangan risau jika masuk waktu azan magrib kerana terdapat masjid di depannya . Jadi masuk je waktu magrib, aku tinggalkan sebentar hidangan ku lalu berjemaah bersama, lepas tu sambung balik kunyah satu persatu hidangan yang pada ku cukup menyelerakan.

Suasana malam lagilah "happening" dengan pengunjung bukan dari kalangan orang tempatan sahaja, namun bas2 rombongan dari sejauh kelantan pun ada menyinggah ke sini. Rakyat Singapura jangan cakap lah , pada mereka yang tahu tempat ni, pasti tak lepaskan peluang berkunjung ke sini.

Di sini sahaja terdapat lebih sepuluh buah kedai yang semuanya dibina tempat makannya macam pelantar di atas air. Kita boleh pilih sendiri makanan2 laut seperti ikan, udang atau sotong serta macam2 lagi ikut saiz dan banyak mana , kemudian pilihan masakannya .

Lepas makan nanti, bolehlah ronda gerai2 sekitarannya macam sebuah pasar malam mini atau panggilan moden "uptown" yang menjalankan operasi perniagaan setiap hari.

Burpppppppppp
Alhamdulillah
Kenyang...

OK, sekian sahaja cerita aku buat kali ini
kalau sesiapa yang berkunjung ke JB, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Kuala Senibung.

Sabtu, Januari 21, 2012

SEPETANG DI KUALA SENIBUNG : PART 1

ALHAMDULILLAH

Sepetang di Kuala Senibung
Mana lokasi tempat tu, nanti aku akan ceritakan di masa yang akan datang.

Nampak aktiviti ronda2 ku di cuti CNY dah bermula. Aku cuma pegi tempat dekat je . Semua perjalanan jauh telah ku kansel kerana aku rasa nak golek2 kat rumah je . Kakak semalam balik dari KL dan selasa nanti nak balik semula, adik pula cuti sekolah 3 hari je kerana SMK Agama tempat dia menuntut tak ambil cuti ganti CNY. Jadi nak jalan cuti2 jauh sikit tak sempat .

Sementara anak2 aku ada ni, lusa nanti aku nank ajak depa pi kedai kerana banyak dokumen berkaitan yang melambak tak kemaskini lagi dan belum masuk dalam failnya. Boleh depa tolong nanti sambil belajar serba sedikit selok belok dunia perniagaan.

sephia

Jadi semalam kami sepetang di kuala Senibung. Aku angkut sekali dslr aku dengan tripod dan beberapa filter dan ini kali kedua aku dapat ambil menggunakan teknik long exposure menggunakan ND Filter B&W 10 stops.

Malas nak pacak tripod, pengabis pagar kayu penghadang dari laut tempat kami bersukaria dijadikan tripod kerana utk teknik long exposure ni tak boleh gegar langsung kerana shutter realease memakan masa dari 10 saat atau 20 saat atau seminit bergantung pada kehendak kita.

Semalam aku cuba beberapa seting hanya untuk ambil gambar ni . Beberapa keping foto memakan masa hampir 45 minit juga sedang mak itam dan adik bersuka ria melayan ketam, udang dan sotong .

Inilah hasil yang tak seberapa dari ku untuk tatapan kalian semua
selamat menjamu mata sementara aku nak menjamu selera hehehe


black & white

teknik long exposure dgn ND filter
menjadikan air seolah2 berasap
kalau ada ombak lagi cantik gambaran airnya

ni tak pakai ND Filter
hanya gunakan CPl filter