WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 16, 2011

PI RONDA-RONDA

Sabtu , aku tak pi motong,
jadi dapat pi ronda2 pakai moto estet

pi mana
esok nanti aku cerita
pasal gambar2 tempat yang aku pegi tu
tengah peram, esok lusa masaklah ia

ngeh,ngeh,ngeh




Isnin, Mac 14, 2011

PANTAI PENGERANG

"jacket" pelantar minyak dan kapal2 besar
di tengah2 tu

ALHAMDULILLAH

Persisiran pantai Pengerang merupakan laluan perkapalan yang sangat sibuk. Merupakan laluan masuk ke pelabuhan Singapura dan juga pelabuhan Tg. Pelepas. Di sepanjang pantai ini , terdapat beberapa pos kawalan tentera kerana sering berlaku aktiviti penyeludupan manusia yang mana merupakan pendatang tanpa izin dari Indonisia krn jarak antara kepulauan Batam, indonisia hanya 30 minit sahaja dgn menaiki bot.

Masuk dan keluar tanpa dokumen perjalanan yg sah di waktu malam , namun banyak juga berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.


Sempat bapak berhenti seketika ketika pulang dari Tg. Pengelih utk mengabadikan beberapa foto dalam format RAW dan proses ke Jpeg ikut ikut citarasa bapak.

Sebenarnya pantai ini langsung tidak sesuai utk mendi manda kerana berlumpur . Seringkali berlaku pencemaran di sini krn berlaku proses pemindahan minyak hitam terpakai di tengah laut yang merupakan satu kesalahan mengikut undang2 maritim kita.

Itu sebabnya , seringkali kita baca di dada akhbar, pihak APM (Agensi Penguatkuasaan Maritim) dapat mengkap ketika mereka melakukan pemindahan tersebut.




Khamis, Februari 17, 2011

BATU LAYO JOMBATAN BOSI it means SAILING ROCK METAL BRIDGE

#1 The Original Sailing Rock still there

ALHAMDULILLAH

Batu Layo Jombatan Bosi
Tuai Padi Tigo Tangkai

hehehe

Yesterday, around 5 pm after asar, we take our retired horses "Ah Chem and Ah Choom" at bangsal kuda and start riding to near beach . Around 30 minit riding , we arrived .

They called it Batu Layar but Nine State people called it Batu Layo and Melaka people also Muar people called it Batu Layau .

Maybe its get the name from the rock like a "layar"

#2

#3

Parking and ikat our stubborn horses at tree . While mak itam play a buai yang diikat di dahan pokok like old-old stories , bapak take some picture for my collection . Petik punya petik, around 60 shots juga .

Here a few picture at Batu Layo .

Enjoy it hehehe

which picture do you like it
please choose one and give me the reason and comment in english because today is a english day hehehe

#4

Selasa, Januari 04, 2011

SEJENAK DI TEROWONG BINTANG 3

ALHAMDULILLAH

Bapak berkesempatan merasai sejenak pengalaman berada di dalam terowong Bintang 3 semasa kunjungan bapak ke PD tempohari.

Terowong2 sebegini sebenarnya telah lama wujud sejak semasa zaman komunis dulu yang dibina berselirat di dalam tanah. Pelbagai kelengkapan sebenarnya terdapat di dalam terowong ini . Pada waktu malam, kebanyakkan ahli bintang 3 ni akan berada di dalam2 terowong ini agar tidak dapat dikesan. Patutlah askar2 kita dulu memakan masa bertahun2 lamanya untuk menghapuskan mereka kerana mereka amat cekap dalam taktik peperangan gerila ni.

Jom layan perjalanan bapak ke dalam terowong ni yang agak panjang juga

layannnnnnnn

semua bahan ni dah berpuluh tahun usianya
hasil rampasan dahulu
pelbagai ubatan seperti morfin dll dalam bentuk asal

antara senjata mereka yg pernah digunakan

bahan2 risalah dan propaganda serta kitab2 rujukan mereka

bilik pembedahan ditepi jalan utama terowong

tempat tidur mereka

motosikal yg pernah mereka gunakan

bilik mesyuarat

antara ribuan anggota bintang 3 yang berjaya
dibunuh

Rabu, Disember 22, 2010

MENGUKUR JALAN

bapak dah keletihan dan berehat di bawah pokok
di R&R entah lupa dah sebelum meneruskan perjalanan
KOG kita kira sedara ya
cuma bapak Rimau Oren Gemok hehe

ALHAMDULILLAH

Seminggu ni dari minggu lepas, bapak kerjanya hanya mengukur jalan dari HC-JB-Muar-KL-Muar-PD-KL-JB-HC-Penggerang

Bapak punya urusan penting buat pembantu rumah yang menjaga ibu bapak yang uzur. Kebetulan pasportnya hampir mati. Jadi bapak perlu membawanya ke Kedutaan Besar Indonisia untuk memperbaharuinya. Perancangan masa perlu dilakukan sebaik mungkin krn sementara itu, kakak bapak perlu menjaga segala keperluan ibu yang ditinggalkan dari segi makan pakai dan berak kencingnya sementara waktu. Tak boleh tinggalkan lelama kerana kakak bapak juga bukanlah berapa sihat .

Jadi bapak mula mengukur jalan pada hari rabu lagi . setelah siapkan beberapa kerja disebelah paginya, perjalanan bapak bermula , namun terpaksa berhenti di beberapa premis kerana banyak lagi urusan di JB yg perlu dibereskan. Pukul 6 ptg juga baru sampai ke Muar.

Selepas magrib dalam keadaan hujan lebat, kerja mengukur jalan diteruskan . Hampir jam 12 malam juga baru sampai ke KL . Pagi khamis pula dengan bantuan kakak bapak , hingga selepas asar , barulah segala urusan memperbaharui pasport selesai selepas terpaksa mengharungi banyak karenah birokrasi berkaitan dokumentasi dan beberapa peraturan baru . Sekarang setiap pembantu rumah akan ditemuramah secara berasingan bagi memastikan beberapa perkara utama seperti gaji yang diberikan serta cuti sehari seminggu seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Indonisia.

Selepas isyak pula , sekali lagi bapak mengukur jalan dari KL-Muar untuk menghantarnya kembali. Ngantuk dan penat mmg penat, tapi nak buat macammana kan, hanya sekelumit pengorbanan buat ibu berbanding pengorbanannya membesarkan bapak .

Esoknya pula sekali lagi bapak mengukur jalan Muar-PD utk menziarahi seorang lagi kakak bapak yang baru selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut . Selepas solat jumaat di Masjid RAMD , kerja2 pengukuran jalan diteruskan dari PD-KL pula .

Dan isnin tadi diteruskan pula KL-JB-HC tanpa henti kerana banyak kerja2 yang tertangguh selama beberapa hari terpaksa dilakukan .Sempat menyelesaikan 3-4 kerja di JB sebelum sampai di HC.

Dan sekarang bapak dan isteri macam orang lepas mengharungi satu penerbangan yang jauh. Badan tersangat letih mcm jetlag pula.

Namun letak ketepi semua keletihan itu kerana tadi , bapak sekali lagi mengukur jalan dari HC-Pengerang pula selepas subuh tadi kerana menyelesaikan segala temujanji yang tertangguh.

Itulah sebabnya bapak "menghilangkan diri" buat seketika di alam maya kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.Bapak juga tak sempat membalas semula komen2 kalian dlm n3 bapak terdahulu dan juga bapak tak berkesempatan merayau2 di rumah kalian semua.

Alhamdulillah
semua urusan pengukuran jalan berjalan seperti yang dirancang dengan izin Allah,
selesai semuanya.

Sabtu, Disember 04, 2010

HENING MALAM DI THE LEGEND INTERNATIONAL WATER HOME


ALHAMDULILLAH

Suasana malam di TLIWH agak menenangkan. Tiada hiruk pikuk .
Yang kedengaran hanya bunyi deruan ombak yang memecah pantai. Kekadang macam dirasakan TLIWH seperti tidak berpenghuni kerana jarang bertemu kelibat penginapnya.
Tapi melihat kenderaan yang diletakkan diruang letak kereta , menunjukkan sebaliknya.

Mana pergi semua pengunjungnya.

Sebenarnya rata2 mereka banyak menghabiskan waktu mereka di bilik. Nak berenang pun tak payah pegi pool besar ni, bukak baju dan berdebus dlm pool dalam bilik tu

Tadi malam, anak ku bercebur sampai kul 10 mlm juga.


Jarak antara bilik penginapan dgn lobby agak jauh juga. Mujur segala beg kami dibawa dengan buggy dan kami juga pun boleh menaikinya sekali. Tapi akhirnya kami lebih suka berjalan kaki keran sambil menikmati keindahan alam , dapat beriadah secara tak langsung.

TLIWH bersebelahan dengan The Legend Water Challet. Yang membezakannya ada kemudahan kolam renang di setiap bilik. Terdapat hampir 300++ bilik ditawarkan di sini dgn pelbagai variasi seperti Skypool, Garden Pool dan lain2.

Bapak juga berkesempatan dibawa untuk meninjau dari tingkat 9 dari sebuah bilik yang terletak di tower TLIWH oleh seorang staff . Sempat merakamkan beberapa koleksi foto buat simpanan koleksi ku .

Memang sungguh indah alam ciptaan Allah dan aku mensyukuri nikmat yang dikurniakan olehNYA.

Bapak sempat merakamkan beberapa koleksi foto disebelah malam yang indah ini mengguna "night landscape" tapi memerlukan sedikit ketelitian kerana tangan tak boleh bergetar langsung.Apabila menggunakan mode "night landscape" tiada bantuan "flash camera" dan hanya bersumberkan cahaya semulajadi . Kalau tak bergerak sedikit pun, gambar yang dihasilkan akan kabur. Penyelesaiannya ialah menggunakan tripod. Tapi malas nak ambik tripod kat bilik. Akhirnya dslr diletakkan atas meja dan tiang kayu yg statik .

Inilah beberapa hasil "tembakan" sebelah malam yang bapak dapat kongsikan bersama.

Alhamdulillah, malam yang dicipta oleh Allah memang indah .



Jumaat, Disember 03, 2010

BAPAK ITAM HASNI AWANG

ALHAMDULILLAH

kalau lihat iklan dalam asteruk arena, pelumba trek handalan kita yg kata untuk berjaya , kena berlatih kuat, malam di gym , siang di atas trek.

Rasa2 dalam 50 tahun lagi , kalau panjang umur le
akan lahirlah seorg lagi pelumba trek handalan Pak Itam Hasni Awang hehehe

Setiap pagi , pak itam akan menggunakan pakaian sukan dan memasuki gym yang disediakan
Set level yang sampai 15, tapi bapak set level 5 je
masa 20 minit dan mulalah berkayuh macam nak rak
tapiiiiiiiiii
nak sampaikan 20 minit tanpa henti
semputttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt hehehehe
pasal
makin lama makin berat kayuhannya
tamat je 20 minit
analisis kalori yang dibakar dalam 500 kalori juga
lepas tu makan tgh nanti sampai 1000 kalori
mana nak fit badan hehehe

lepas tu masuk sauna pulak
menjejes2 peluh jantan keluar
dan kemudian terus terejun ke swiming pool pulak

memang sah lah
lepas ni malaysia akan mempunyai seorg lagi atlit
Bapak Itam Hasni Awang
ngeh ngeh ngeh


adoi lenguh tgn ni hehehe

Khamis, Disember 02, 2010

BLUE LAGOON

ALHAMADULILLAH

Kalau 30 tahun dulu sebut sahaja Blue Lagoon, mesti kepala ingat Brooke Sheild. Tapi itu cite Blue Lagoon ada unsur XXX

Petang tadi bapak berkesempatan ke Blue Lagoon yang terletak di Tanjung Tuan menghala jalan lama ke Kuala Linggi.

Cadangnya memula nak pi tgk Rumah Api Tanjung Tuan, tapi pasal dah petang, puannya tak kasi naik , jadi kami pun melepakkan anak beranak di tepi pantai Blue Lagoon.


Kerana bukan hari minggu, jadi pengunjung di sini tak berapa ramai. Tapi boleh tahan jugalah. Tapi kalau hujung minggu sabtu dan ahad, PD akan menjadi sesibuk kota New York dgn kenderaan yang bertali arus , memenuhi keseluruhan jalan di sepanjang pantai.

Tapi kebetulan sekarang tgh cuti sekolah, rata2 kesemua hotel di sepanjang jalan di PD yang bapak rasa banyaklah juga menerima pengunjung yg ramai menginap. Manakan tidak, dengan melihat deretan kereta yang diletakkan di dalam kawasan hotel2 tersebut membayangkan jumlah penginapnya .


Kami mmg suka duduk tepi pantai melihat keindahan alam ciptaan Allah, tapi sekadar duduk je. Jarang kami duk berkubang kat laut. Entah kenapa, sejak dari dulu lagi.Agaknya pasal dulu bapak dah puas berkubang kat laut dan parit besar agaknya

Bapak lihat Blue Lagoon ni masih terpelihara mcm dulu juga , Kalau dulu takde gerai, sekarang telah dibina sebuah pusat menjamu selera setempat yang agak cantik dan teratur,

Teringat dulu masa bapak kecik2 masa jadi hero, bapak pernah bercamping di PD ni . Kami menaiki bas henti-henti dari Muar ke Melaka ke Lubuk Cina ke Pengkalan Balak hingga tiba di PD. Bekalan makanan dan minuman semua dibawa dalam beg galas askar tu beserta khemah .

Tapi duit poket hanya cukup2 utk tambang je. Dulu bukan mcm sekarang. Sekolah sekarang sering menganjurkan rombongan. Dulu kalau nak pegi, pandai2 sendirilah.Beruntung bebudak sekarang ni kan.

Rabu, Disember 01, 2010

KATIL SAIZ RAJA

ALHAMDULILLAH

Bapak meninggalkan kebun pisang bapak lebih kurang pukul 9.00 pagi. Harap2 beruk2 mat yeh yang bapak amanahkan untuk menjaga buah2 pisang yang hampir masak dapat menjaganya dari dimakan monyet hehehe

Setelah sepurnama, bapak sampai ke tempat yang dituju.
Agak2 apa nama tempat ni ya, kalian tekalah

Kali ni, anak2 bapak dalam bilik yang sama yang menyediakan 2 katil saiz raja , sesekali takpa pasal bapak dan emaknya lama tak golek2 bermanja dan bergurausenda bersama anak2 dan tidur sama2 mereka. Bapak nak gunakan masa cuti ni seberapa baik yg boleh dgn anak2. Bilik yang besar boleh menempatkan 4 orang .

Sebenarnya dalam perjalanan tadi bapak telah berjumpa dengan seekor harimau yang merempit dengan motosikal, tapi esok2 nanti ceritakan ye

2 katil saiz raja(king saiz)

kolam renang kat dalam bilik ni

Chalet ni sebenarnya terletak atas laut dan lengkap kemudahannya seperti microwave dan ruang dapur. Jadi mak itam tak lupa bawak mini traveller rice cooker. Masak nasi dan lauk pauknya telah dimasak sebelum bertolak.

Asam pedas dan sayur goreng campur kami makan di tepi swimming pool yang terdapat dalam bilik tu juga. Lepas makan , apa lagi kami berceburlah bersama

Lagi satu, kemudahan wifi tersedia bagi setiap bilik yang membolehkan bapak update blog dari masa kesemasa ketika bapak di sini.

Suasana di sana yang aman dan mendamaikan menyebabkan bapak tak lepaskan peluang merakamkan foto2 alam yang menarik mengikut kreativi bapak menggunakan pelbagai teknik. Inilah hasilnya bapak abadikan buat tatapan kalian semua.

teknik menggunakan filter
dengan converter wide lens
dan sentuhan HDR (High Density Range)

dari menara tingkat 3

setiap bilik ada kolam renang sendiri

Selasa, November 09, 2010

SRI MERSING dan HANTU WAGON BURUK

semua gambaran dari atas bukit dari kawasan masjid jamek
sebahagian bandar mersing

menara masjid
ALHAMDULILLAH

Lagu Sri Mersing tetap segar sehingga ke hari ini.
Aku sempat ke pekan Mersing ni masa aku melarikan diri jumaat lepas
sebenarnya Mersing ni sebuah daerah membentuk negeri Johor
tapi sebuah bandar kecil yang pada ku masih belum tercemar dan terpelihara
boleh diibaratkan bagai anak dara sunti

Namun begitu setiap hari minggu atau hari kelepasan umum
pekan Mersing akan dibanjiri oleh kenderaan luar
kerana ia merupakan pintu keluar bagi yang berhajat ke Pulau Tioman
begitu juga terdapat banyak pantai peranginan dan perkelahan seperti Air Papan dan Penyabong

Sekarang dah banyak kereta lalu lalang menggunakan jalan Kota Tinggi - Mersing , walaupun selepas magrib agak lengang dan berbahaya kerana takut apa2 hal berlaku , payah juga kerana kebanyakkannya kiri kanan masih hutan . Mcm baru2 sebuah lori terbalik kerana merempuh gajah yg melintas di waktu malam.

Kekadang kalau memandu sebelah malam , dekat 10-20 minit juga baru bertemu dengan kelibat kenderaan lain .

Aku teringat kembali peristiwa 20 tahun dahulu masa aku bujang, aku pun start motor dan saja -saja ke Mersing dan aku bertolak balik dah dekat nak magrib juga dalam keadaan hujan rintik2.Dalam remang2 senja , aku telah memotong sebuah kereta wagon buruk yg dipandu perlahan berwarna hijau di kawasan jalan Mersing-Kota Tinggi yg agak lenggang dan hutan kiri-kanannya.

rasanya sekolah ni

Tak sampai 5 km aku memotong, tetiba , aku dapati ada sebuah kereta yang seakan2 sama dengan kereta yang aku potong tadi , aku buat tak peduli je dan memotongnya sekali lagi

Namun sekali lagi selepas lebih kurang 10 km, aku bertemu lagi dengan kereta yang seakan-akan sama, masa tu aku dah perasan lain tapi aku buat tak tahu je
bila pulak masanya kereta ni memotong aku sedangkan keadaan buruk dan dipandu perlahan

lalu aku pun cepat2 potong dan terus laju tak cakap apa2 pun hehehe
apabila aku bertemu dengan sebuah lori yg sama menghala ke Kota Tinggi ,
aku pun follow je dari belakang ,
perasaan takut masa tu tak sangat,
tapi meremang juga bulu tangan , kaki , hidung dan tengkuk hahaha
aku tanya pada rakan ku, perasaan tak yang kita memotong 3 kali kenderaan buruk yg dipandu perlahan. Dia pun perasan juga tapi tak berani nak cakap hehehehe

Kebetulan hari tu hari khamis malam jumaat keliwon hehehe
rasanya Allah nak uji aku dengan pertemukan aku benda2 mcm tu
dan lagi satu orang tua2 kan selalu dah pesan
kalau nak mulakan perjalanan , jangan dah dekat magrib
kerana masa tumasa peralihan antara siang dan malam
hantu dengan syaitan tengah berkeliaran berpesta nak menyesatkan anak cucu adam
dan rasanya aku malam tu jumpa "hantu wagon buruk"