ALHAMDULILLAH
Kami memang sengaja pilih penerbangan awal dari Durban walaupun SIA hanya akan terbang jam 2.00 ptg dari dari OR Tambo . Bukan apa, takut manalah tahu flight delay ke , tayar pancit ke , nanti kan dah terlepas penerbangan pulang nanti.
Walaupun sekiranya berlaku sedemikian rupa dan kami semua dilindungi oleh insurance yang diambil , kalau boleh tak mau lah begitu
Tapi masalahnya ialah berat luggage kami terlebih 14 kg dari sepatutnya . Sorang hanya 20 kg je. Aku pun ambik keputusan jadikan sebuah beg kecil bersaiz cabin luggage untuk dibawa masuk dalam pesawat nanti . Terpaksa bukak wrappingnya dulu dan keluarkan apa2 yang patut dan bagikan kat beg sandang yang dibawa oleh anak ku . Kerana beg yang dibawa ke dalam cabin tak boleh lebih 7 kg sorang . Jadi hanya 3 beg saja masuk kat dalam perut kapal terbang nanti.
Nak hidup mesti pandai , tapi bukan menipu tau .

Lepas check in luggage dan dapatkan bording pass , terus kami masuk kerana dah hampir 3 jam asyik melilau je dan dah sampai naik bosan di luar . Menuju terus ke Tax Refund Kiosk untuk mendapatkan kembali pulangan wang yang dicukai . Sekali lagi kami diminta menunjukan pasport kami dan resit 2 belian tadi. Aku claim atas nama ku dan mak itam claim atas namanya . Sekali lagi beberapa barang yang dibeli kena tunjukkan pasal claimnya boleh tahan juga .
Aku dah rancang ingat kalau dapat duit cash tuntutan tu , boleh habiskan kat kedai duty free nanti, beli apa yang yang patut .
Tapi rupanya sistem kat sini lain, tak sama mcm kat UK . Kalau kat UK claim GST dapat cash. Kat sini semua masuk dalam sekeping debit kad VISA electron. Dia daftarkan segala maklumat kita dan jumlah tuntutan tu dalam matawang USD . Nombor pin juga diberikan dan hanya boleh digunakan selepas 2 hari bekerja . Kad tu sama fungsi sama macam debit kad .

Sementara menunggu lagi 2 jam terbang, aku pun sempatlah menyopingkan diri di Out Of Africa Duty Free Shop . Memacam ada kat situ. Sempat juga aku sambar topeng kayu , telur gajah dan beberapa sorvenir yg kecil .
Mata sebenarnya dah mula kuyu dan badan dah penat sangat. Bayangkanlah, dari kul 3 pagi semalam dah bangun , hampir 20 jam tak tidur. Cuma satu je, badan tetap wangi pasal tak bepeluh hehehe
Gate perlepasan bukak je , kami tanpa melengahkan masa terus masuk, namun tetiba seorang staff di situ menahan kami di pertengahan jalan dalam aerobridge . Puncanya YABO-YABO yang aku bawa secara hand luggage dikatakan akan menganggu penumpang lain . Sedangkan semasa aku bawa naik domestik flight tadi dengan British Airways , takde masalah pun.
Aku pun apalagi terus menyatakan bantahan ku bila dia berkeras kata benda tu mesti ditinggalkan . Tetiba datang seorang staff lelaki mengatakan bahawa benda alah tu OK dan boleh dibawa ke dalam pesawat dan tak menggangu penumpang lain .
Masuk je dalam flight , aku pun apalagi mula cuba melelapkan mata, badan dan minda ku yang dah berapa minggu penat . 10 jam 45 minit lagi , aku akan sampai ke Changi Airport , Singapore. Cuma dalam kapla otak ku ingat nak makan Asam Pedas Ikan Mayong bila sampai nanti hehehehehehe
N3 ROAD TO AFRIKA YANG BERMULA HAMPIR DUA BULAN LEPAS TELAH SAMPAI KE PENGHUJUNG.
ALHAMDULILLAH,
SEPANJANG KEMBARA KAMI KE SANA,
KAMI SENTIASA DI BAWAH PERLINDUNGAN
DAN
KERAHMATAN ALLAH SWT
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI DI SANA
SESUNGGUHNYA
BANYAK NIKMAT ALLAH
YANG DIKURNIAKAN BUAT KAMI
SEHINGGA KAMI DAPAT
MENJEJAKKAN KAKI
KE BUMI AFRIKA
MENGUTIP SEBERAPA BANYAK PENGALAMAN
DAN
PERKARA2 YANG POSITIF
SERTA
MENJADIKAN YG NEGATIF
SEBAGAI SEMPADAN
DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI
KITA HANYA MERANCANG
ALLAH YANG MENENTUKAN
ADA 2-3 TEMPAT YANG KAMI RANCANG
TAK BERKESEMPATAN UTK PERGI
KERANA FAKTOR MASA DAN JARAK
BANYAK LAGI TEMPAT YANG KAMI TELAH KUNJUNGI
TAPI TAK SEMPAT NAK PAK ITAM CERITAKAN DISINI
KERANA DAH TERLALU LAMA PULAK EPISOD ROAD TO AFRICA NI
MENGALAH DRAMA KOREA KAT CANNEL KBS PULAK
TIADA NIAT APA DISEBALIK N3 ROAD TO AFRICA INI
SEKADAR PERKONGSIAN PENGALAMAN
KEMBARA KAMI INI
INSYALLAH
AKAN BERSIARAN SEMULA
BILA RASA NAK BERSIARAN
DENGAN CERITA2 HANTU TERKINI
DI SCP NANTI
HEHEHE