WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH 2007 : PERTH AUSTRALIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH 2007 : PERTH AUSTRALIA. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 19, 2009

PERTH

Hari ini, kami keluar menghirup udara segar,
mengelilingi bandar Perth dgn CAT bus. Habis ketiga-tiga laluan
CAT kami pergi. Turun mana nak turun.
Pergi cari "naughts" kat kedai utk di bawa balik.
Lepak sebentar kat Swan Bell dan jeti berhampiran yg digunakan utk ke Rothnest Island dan Fremantle.

Rasa malas nak ke King's Park.
Tengahari kami pergi ke Harbour Town , makan kat Ispa Kebab.
Selepas zohor, lepak kat Hay Street Mall






































Keluar sekejap ke Hay Street . Tengok dan beli apa yang
patut untuk di bawa balik.
Beg dah kemas . Hanya sebuah beg sahaja yang kami bawa.
Setiba di airport, setelah dibuat timbangan, terpaksa mengeluarkan
beberapa buah buku yg beli oleh mrs kerana
mengikut peraturan antarabangsa, sesebuah beg tidak dibenarkan
melebihi 32 kg, kerana akan mendatangkan kemudaratan
kepada pekerja lapangan terbang kerana beratnya.

Urusan check in berjalan lancar.
Tapi seorang pegawai di sana berbangsa india yang menurut katanya berasal dari Pontian
dan telah menjadi warga Australia banyak pulak "songehnya"
Mrs dipilih utk ujian rambang mengesan "bahan letupan".
Mungkin kerana dia bertudung.
Habis "diselet" dan "disapu" dengan sehelai kain yang disepit menggunakan
penyepit ke jacket yg dipakai.
Kemudian kain tadi dimasukkan ke dalam sebuah mesin khas

Hasilnya "negatif" ngeh,ngeh,ngeh





Flight yg akan membawa kami pulang
sedang di isi dgn barangan

bye,bye Perth



Ahad, Oktober 18, 2009

PERTH - HAY STREET MALL

HARBOUR TOWN, PERTH
Sebuah kompleks membeli belah yang besar dan lengkap
menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang lebih murah dari harga biasa
kerana berkonsepkan "factory outlet" dan "tax free"
Lepak-lepak kat sini mmg menyeronokkan
Paling best makan kebab kat ISPA Kebab.
Berbagai-bagai menu kebab disediakan
Untuk 1 set, boleh kongsi berdua.
Lepas tu boleh kena capuchino kat cafe terbuka
yang banyak terdapat di sini.




Sebuah lagi tempat yang menjadi tumpuan di Perth ialah Hay Street Mall
dan Murray Street serta London Court
Menyediakan ratusan arked dan "mall"
Tapi kebanyakkan waktu perniagaan di sini hanya
dari 8.00 am - 6.00 pm sahaja
Tempatnya begitu besar. Kalau masuk semua arked,
rasanya sehari tak sempat.
Cuaca di sini yang nyaman menyebabkan kita tak terasa penat dan berpeluh.
Penat berjalan, banyak "street cafe " di sini.
Banyak juga artis jalanan yang membuat persembahan
di sini .





Ronda-ronda kat London court, terjumpa sebuah kedai menjual barangan
berasaskan bulu biri-biri.



Myer Shopping Compleks



Seniman Jalanan







Lepak sambil kena capuchino