WARGA SCP

Isnin, April 29, 2013

PART 35 TANAH SUCI MAKKAH : IHRAM


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH


Larangan Ihram bermula dari saat melafazkan niat 
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
  “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku dengannya  kerana Allah Ta’ala.”
 hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan atau pantang larang semasa berihram ihram seperti berikut:

Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya) 

Memakai minyak rambut pada kepala termasuk 
 janggut bagi lelaki

Menggunakan dan memakai  bau-bauan pada badan , kain ihram 
serta pakaian 

Memakai sarung tangan 

Memotong kuku 

Memburu atau membunuh binatang darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal

 Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di dalam kawasan Tanah Haram 

Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain 

Bercumbuan dan mukadimmah persetubuhan serta melakukan persetubuhan

 TAMBAHAN LARANGAN IHRAM JEMAAH LELAKI

 Memakai pakaian yang bersarung sama ada berjahit atau pun tidak yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, stokin , songkok dan sebagainya serta  menutup kepala atau sebahagian daripadanya. memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki. 

 TAMBAHAN LARANGAN JEMAAH WANITA 
 Menutup muka 
Jika sekiranya seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah menutup mukanya dengan
kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada
mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.


Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir & taqdir).


Seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah dibenarkan memakai penutup hidung dan mulut (mask) 
kerana sesuatu keperluan.
Tetapi dia diwajibkan menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir) dan dia tidak berdosa. 

Seorang wanita yang berada dalam ihram umrah boleh menutup muka dan hidungnya dengan tangan untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulutnya itu tanpa wajib
menyempurnakan dam.


Bagi kanak-kanak  yang sudah akil baligh yang mengerjakan umrah,mereka  bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.Tapi kalau tak punya duit
untuk membayar dam tersebut, kenalah minta kat apak atau amak. 



disunatkan berittiba' ketika tawaf semasa dalam ihram
buat jemaah lelaki

ketika solat
tak perlu berittiba'
boleh pekena ais cream lepas sempurna umrah


cuba lihat selipar tu
dalam banyak2 selipar yg depa pakai
cuma satu je yang nampaknya menutup bahagian jari hadapan tu
kira telah melanggar larangan ihram jika masih dalam ihram

Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah, memakai pakaian yang dilarang dalam
kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan
segera apabila dia tersedar atau diberi peringatan oleh orang lain.

Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam takhyir dan taqdir.

Dam takhyir dan taqdir boleh dipilih antara 3 perkara berikut mengikut kemampuan :
1. menyembelih seekor kambing di Tanah Haram Mekah yang sah dibuat korban, atau
2. bersedekah kepada enam orang fakir miskin di Tanah Haram Mekah. Setiap seorang dua 2 cupak makanan asasi Mekah, atau
3. berpuasa tiga (3) hari.


kalau dah sempurna semua rukun umrah
selimutlah semua , tak apa
kalau masih belum sempurna, tak boleh dan kena dam


sesetengah mazhab
kaki wanita bukan sebahagian dari aurat, jadi mereka tak tutup dan pakai stokin
bagi kita yang berfahaman Imam Shafie dari Ahli Sunnah Wal Jamaah
kaki wanita adalah aurat dan pastikan gunakan stokin yang tak menampakkan kaki

ihram wanita

Jumaat, April 26, 2013

PART 34 TANAH SUCI MAKKAH : DOA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Abu Hurairah Radhiaallahu ‘Anhu meriwayatkan bahawa 
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Para haji dan mereka yang melakukan umrah adalah wakil-wakil Allah. Apabila mereka berdoa kepadaNya, Dia menjawab doa-doa mereka dan apabila mereka memohon keampunanNya, Dia mengampunkan mereka”.
(Riwayat Ibnu Majah)

Doa merupakan senjata umat Islam dan merupakan pendinding dan perisai  serta pelindung manusia daripada segala bencana dan musibah yang datang tentunya dari Allah juga.


Ia merupakan satu perbuatan beribadah yang mulia dan bukan hanya dipanjatkan kepada Allah SWT setiap kali selepas menunaikan solat, tetapi hendaklah dilakukan pada setiap masa dan keadaan tanpa mengira situasi .


Namun seringkali kita sebagai manusia yang lalai dan alpa serta seringkali terlupa untuk memanjatkan doa buat Allah S.W.T dan apabila terjadinya sesuatu musibah yang datang ketika itulah kita tidak putus-putus berdoa ke hadrat Allah.

Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
“Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 

Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
 Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, 
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, 
“Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
 “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

Hadith dari Abu Hurairah, 
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Antara tempat mustajab berdoa  di Makkah ialah :
1. Di Multazam
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” 
Hadis Riwayat Ahmad 

2. Di bawah Pancuran Emas dan Hijir Ismail
Diceritakan dalam kitab Fi Rihaabil Baitil Haram bahawa suatu hari Nabi Ismail menyampaikan keluhan kepada Allah SWT tentang panasnya kota Makkah. Kemudian Allah A.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi Ismail AS, 
“Sekarang Aku buka Hijir mu salah satu pintu surga yang dari pintu itu keluar hawa dingin untuk kamu sampai hari kiamat nanti”.
Tempat yang terletak antara rukun Syamin dan rukun iraqi ini dipercaya menjadi salah satu tempat mustajab untuk berdoa. 
Di sinilah Nabi Ismail A.S pernah tinggal bersama ibunya, Siti Hajar,   Hijir Ismail dipagari oleh tembok rendah yang disebut juga dengan Al-Hatim berbentuk setengah lingkaran dan merupakan sebahagian dari Kaabah.

3. Di Bukit Safa dan Marwah
Diriwayatkan dari Jabir dari Abdullah bahwa Rasulullah S.A.W pergi menuju Safa hingga melihat Ka’bah, lalu mengucapkan kalimat tauhid, tahmid, dan takbir sebanyak tiga kali, kemudian berdoa sesuai dengan apa yang beliau kehendaki.
 Hadis Riwayat An Nasa’i  

4. Di belakang Maqam Ibrahim
Dalam kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahwa “di antara keutamaan Maqam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan disana”.

Marilah kita membanyakkan doa pada Allah untuk sebarang urusan kita.  Hanya Allah sahaja untuk kita sembah dan tempat memohon pertolongan.












Rabu, April 24, 2013

PART 33 TANAH SUCI MAKKAH : WAJAH-WAJAH KOTA MAKKAH

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH

 Aku sering ketemu dengan tuan empunya wajah ini
saban waktu kerana ia bertugas membersihkan dan menyapu
jalan sekitar hadapan Al Massa
Ketika aku meminta izin darinya untuk merakamkan potretnya sedang ia menyapu,
lantas ia meletakkan penyapu usangnya di tepi tiang lalu persis berdiri tegak  dihadapan aku
seperti untuk mengambil gambar pasport pula.
Aku tersenyum lantas merakamkan beberapa keping potretnya. 
Memang sporting sungguh tuan empunya diri foto ini.

Tuan empunya foto ini aku rakamkan 
di sekitar Hilton Hotel ketika kami sedang
mencarikan kopiah buat anak jantan aku 
di kedai tempat empunya foto ini bekerja



Tuan empunya foto ini aku rakamkan di hadapan Al Massa.
Memang selalu aku ketemu dengan pemuda ini yang sering berulangalik
dengan Harley Davidson Makkah ni dan sering meletakkan motornya
di tepi Al Massa lantas aku minta kebenaran darinya untuk memberikan satu pose istimewa
buat aku sebagai kenang-kenangan


 Tuan empunya potret ini aku temui sedang ia asyik merakamkan panorama Masjidil Haram
dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Aku mohon keizinan darinya untuk memberikan satu pose buat SCP
sebagai kenang-kenangan.

Tuan empunya potret ini adalah Ismail yang merupakan salah sorang
pemandu peribadi kami semasa di sini.
Kami jarang berkomunikasi kerana Ismail tidak memahami bahasa Inggeris
namun ia sorang yang sangat baik dan menjalankan amanah dan tanggungjawab
yang diberikan sepanjang kami di sini.


Tuan empunya potret ini sentiasa dapat kita temui kerana tugasannya membersihkan dan menyapu
di jalan sekitar tepi Hilton menghala Misfala.
Potretnya aku rakam ketika waktu pagi sedang menyapu lebihan jagung yang dibeli
oleh para jemaah yang diberikan kepada merpati di sana.


Tuan empunya potret ini aku rakamkan semasa sedang memunggah 
bagasi2 besar keluar dari hotel.
Merupakan porter yang bertugas di Al Massa .


Tuan empunya potret-potret ini aku rakamkan di waktu pagi dalam pukul 8 lebih juga
ketika mereka baru keluar dari Al Haram setelah menyelesaikan umrah mereka.
Aku minta keizinan dari mereka untuk dirakamkan potret mereka untuk koleksi SCP







Tuan empunya potret ini semua bertugas menjaga kebersihan di hadapan Al Massa
yang mengadap Istana Raja yang sempat aku rakamkan di waktu pagi dari kejauhan.

Selasa, April 23, 2013

PART 32 TANAH SUCI MAKKAH : INDAHNYA DHUHA DI AL HARAM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH


suasana pagi yang indah
dengan langit yang membiru


memasuki pintu utama King Abd Aziz


Aku cukup bertuah sekali kerana aku bisa menghabiskan waktu dhuha dengan solat menghadap Baitullah saban pagi . Macam biasa nanti lepas sarapan pagi selepas pulang suboh , aku akan memasuki Haram semula untuk menikmati Baitullah dengan perasaan yang tenang dan mendamaikan .

Langsung takda rasa jemu sambil melaksanakan solat dhuha di lantai Kaabah.


tangga ni tempat kesukaan 
jemaah lepak mengadap Baitullah

Memang suasana ketika itu macam biasa tidak terlalu sesak berbanding malam hari. Ramai yang berjaga sepanjang malam akan tidur disebelah paginya . Itu menyebabkan keadaan setiap pagi di situ akan begitu tenang dan mendamaikan menyebabkan aku takkan melepaskan peluang untuk berada di sana.

Dari Abu Hurairah R.A yang meriwayatkan 
sabda Rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah, nescaya
akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah sekali pun dosanya sebanyak buih di lautan"

penjuru rukun yamani

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat sekali dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: 

“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan iaitu puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.” 

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” 
 (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) 



Sabda Nabi Muhammad SAW : 
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” 
 (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) 

Solat sunat Dhuha boleh dilakukan pada ketika waktu matahari sedang naik.  Anggaran  masanya adalah 28-30  minit selepas waktu syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.20 pagi dan ditambah 28-30 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 7.50 pagi hinggalah sebelum zohor nanti. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik dalam tinggi segalah  atau kiraan 7 hasta yang bersamaan  3 meter, lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.


  
 “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba', di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; 
 “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” 
(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Antara surah-surah yang dianjurkan untuk dibaca bagi yang bersolat Dhuha 2 rakaat ialah ayatul kursi sebanyak 10 kali pada rakaat pertama diikuti surah Al ikhlas sebanyak 10 kali juga di rakaat ke 2 .

Bagi yang hafal surah As Syams , bolehlah dibaca mengantikan Ayatul kursi tu tadi dan dikuti dengan surah Ad-Dhuha di rakaat ke dua atau Surah Al Lail di rakaat pertama dan surah Al Isyirah di rakaat ke 2.  

Solat dhuha  ini boleh kita lakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ialah lapan rakaat. 





 1.27 tengahari waktu Malaysia
8.27 pagi waktu Mecca
sedang elok waktu dhuha 

Sedikit perkongsian dari aku  utk semua  yang tak seberapa kerana dulu-dulu , aku pun tak dapat istiqamah dan sering mengabaikan amalan-amalan sunat yang disangat-sangat dituntut  masa aku muda .

Namun Alhamdulillah sejak beberapa tahun lalu selepas aku pulang dari mengerjakan haji 6 tahun yang lalu, Allah telah memberikan aku masa dan kelapangan serta kekuatan buat aku untuk terus istiqamah melakukannya .

Aku sungguh bersyukur kerana Allah masih beri aku masa, peluang  dan umur serta usia  dan kesihatan untuk aku melakukannya berbanding ketika aku muda-muda dulu dan Allah bagi aku peluang untuk aku memperbaiki diri serta dapat mengamalkan amalan yang sangat dituntut yang jarang aku lakukan ketika usia muda ku.

Aku mohon keampunan dari Mu Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Amat Menyayangi