WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label FOTOGRAFI DAN TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOTOGRAFI DAN TAZKIRAH. Papar semua catatan

Khamis, Mei 10, 2012

TAK NAK KAH KITA KELEBIHANNYA SEPERTI YANG DIJANJIKAN


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sembahyang berjemaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang.
(Riwayat Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)


Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak".
(Riwayat Bukhari Muslim)


Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam.
(Riwayat Muslim)

Dapatlah dirumuskan di sini, solat berjemaah itu bukan satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut hingga ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Alhamdulillah

Banyak sebenarnya hadis-hadis Rasulullah yang ditekankan dalam mengerjakan solat berjemaah kalau kita perhatikan betul2 . Tentu sekali banyak fadilat dan ganjarannya kerana Baginda Rasulullah kerap kali memperkatakan tentangnya dan menekankannya.

Namun tuntutan kerja hari ini di dunia menyebabkan kita tidak dapat mengerjakan solat berjemaah sepenuhnya.

Sebelum membuka cerita, terlebih dahulu ku mohon keampunan dari Allah S.W.T kerana niat ku bercerita hanya untuk peringatan kepada diri ku dan tidak terniat untuk riak atau sebaliknya .

Seboleh2 aku akan pergi menunaikan solat berjemaah di masjid seperti yang disarankan oleh islam kepada orang lelaki. Namun kekadang akibat tuntutan kerja dan faktor2 yang tak dapat dielakkan, aku kekadang terlepas waktu berjemaah bersama2.


Semalam setelah selesai semua urusan dibeberapa buah tempat di sekitar HC, aku ke JB agak lewat jugak. Waktu asar belum masuk ketika itu. Keadaan lalu lintas yang sekarang begitu kritikal setiap petang selepas jam 4.30 petang di Jalan Pasir Gudang menyebabkan semalam aku begitu resah kerana ketika itu aku belum lagi berpeluang menunaikan solat asar . Nak singgah mana2 stesyen minyak berdekatan, tiada pula kelihatan kemudahan surau di premis mereka .

Aku dah terbayang surau di Jaya Jusco Tebrau City bila sahaja aku dapat keluar nanti dari kesesakkan Lebuh Raya Tak Bertol Pasir Gudang . Namun aku tersekat hampir 1 jam lebih jugak dan bergerak mengesot2 . Hanya aku mampu berdoa agar Allah permudahkan kerana takut bahana sekiranya meninggalkan solat Asar , dosanya sama seperti meruntuhkan Kaabah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Kaabah.Bayangkan betapa kita saban waktu dan masa merindui Baitullah, tapi kita seolah2 meruntuhkannya bahana terlepas menunaikan solat asar .


Akibat kesesakkan yang melampau , berlaku pulak kemalangan akibat jarak yang terlalu rapat antara mereka menyebabkan kesesakkan bertambah teruk . Aku hanya mampu memohon keampunan Allah dah minta dipermudahkan .

Alhamdulillah, aku dapat keluar dari kesesakkan hampir jam 6.30 petang lalu terus memecut ke arah JJ Tebrau City dan hanya dapat mengadap Allah bersendirian di hujung waktu asar dalam 6.45 petang . Aku hanya mampu memohon keampunan dari Allah agar diampunkan dosa kerana lambat menunaikan solat atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.


Memecut kereta kerana jarak perjalanan ke tepi hutan hampir 100 km lagi, memasuki lebuhraya E22 yang akan berakhir di Desaru . Perancangan aku nanti singgah di R&R ketika waktu magrib nanti dan dapatlah solat berjemaah tak kira dengan sesiapa kerana pahala berjemaah melebihi pahala solat bersendirian.

Seperti yang dirancang, berhenti di sana dan terus menuju ke surau yang tersedia di situ, toleh kiri kanan kerana kalau ada sorang je pun , kami dah boleh berjemaah. Rugi sangat aku rasai waktu tu kerana peluang nak tambah pahala dan ganjaran lagi 27 terlepas begitu sahaja sedangkan kemungkinan pahala itu nanti dapat membantu mengimbangi dosa2 yang aku lakukan pada hari itu yang tanpa aku sedari.

Alhamdulillah, niat ku nak berjemaah terlaksana bila aku sampai di tepi hutan hampir memasuki waktu isyak.


Coretan ini adalah peringatan dan berpesan-pesan pada diri aku yang hina dan lemah ini.Tiada niat lain . Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku. Kuatkanlah iman ku dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebenaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.

Jika aku sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kualiti kehidupan di dunia yang sementara, maka aku kena carilah jalan yang sama untuk memperbaiki kualiti kehidupan aku selepas mati kelak kerana di situlah aku akan kekal selama-lamanya seperti janji Allah dan ketika itu pasti semua amalan terputus melainkan tiga perkara sahaja seperti sabda Rasulullah s.a.w :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi manafaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
( Riwayat Imam Ahmad)


Sekali lagi aku mohon keampunan Allah kerana coretan ini sebagai peringatan buat diri ku insan yang lemah dan hina di sisi Allah dalam mempersiapkan diri menghadapi saat2 kembali nanti yang entah esok lusa yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Ya Allah, permudahkanlah hamba mu ini dalam apa jua urusan .


* aku suka sekali walaupun berada seketika di bumi dalam foto2 yang terdapat di atas kerana lihatlah betapa banyakkan masjid yang terletak berdekatan antara satu sama lain yang memberikan kemudahan untuk jemaah menunaikan solat .

Isnin, Mac 05, 2012

BOKEH dan PENYAKIT BOKEH

ni contoh bokeh pada gambar dengan keadaan kambing agak jelas manakala sedikit bokeh
pada latarbelakangnya. Ni kira bokeh pada tahap minimum

fokus pada ranting dan sedikit bokeh pada latarbelakangnya

ALHAMDULILLAH

Bokeh berasal dari perkataan jepun bermaksud kurang jelas atau lebih tepat "blur" . Dalam dunia fotograpi , perkara yang dirujuk sebagai bokeh ialah merujuk kualiti gambaran yang boleh dikategorikan sebagai bokeh yang " not in focus "

Nak buat bokeh ni pun taklah sesukar mana jika kita dah faham konsepnya iaitu:

1. gunakan aperture paling besar
2. gunakan focal length paling tinggi (zoom maksima)
3. rapatkan jarak antara lens dengan subjek
4. jauhkan subjek dari background


Cerita pasal bokeh ni atau blur, kekadang ada harinya kepala otak kita pun "membokeh" secara semula jadi tanpa diminta. Tu yang kekadang pagi nak pegi noreh , ada je lupa benda nak bawak . Dah nak start motor, masuk balik dalam rumah kerana lupa kunci motorlah dan macam2 lagi.

Lepas tu dah tiba kat kebun, bukak beg,
alamak, pisau noreh pulak tak bawak .
Padahal dah jadi rutin tu setiap hari bawak pisau noreh setiap pagi.

Kalau para ibu2 yang kerjanya memasak setiap hari, tanyalah mereka samada kepala mereka pernah membokeh atau tidak. Pasti jawapannya ya kerana kekadang mereka dok termenung depan pintu peti ais yang terngangga kerana "blur" nak masak apa dan nak keluarkan apa dari peti sejuk .

Begitu juga dengan para pendidik yang bila time mengajar datang pulak penyakit bokeh ni sedangkan semua nak diajar dah tulis dalam buku persediaan mengajar dan padahal kejanya tetiap hari dok mengajar benda yang sama bertahun2 juga.Tapi kekadang dia "blur" tentang apa yang nak diajar hari tu.

Pak imam juga begitu tak lepas dari penyakit bokeh ni. Bertahun2 jadi imam, bila datang penyakit bokeh ini, tengah baca surah tetiba "blur" boleh terlupa ayat seterusnya padahal berpuluh tahun dah jadi imam. Tapi selalu pak imam ni dia "blur" bila solat sunat hari raya , lepas takbir ihram , dia terus baca al fatihah dan terlupa takbir yang tujuh kali tu.

Kesimpulannya penyakit bokeh ni tak mengira apa profession kita . Tapi semakin umur kita meningkat , penyakit bokeh ni semakin ketara macam aku juga ni yang kekadang puas mengingatkan kat manalah aku letak kunci .

Ni aku dah seminggu mengingatkan kat mana pen drive aku letak lepas gunakan tempohari kerana penyakit bokeh ni datang hari tu lepas aku gunakan bendalah tu.

Kalau dalam kehidupan seharian, penyakit bokeh ni ada kaitannya dengan tugasan syaitan yang banyak mengganggu kita , jadi kita disarankan supaya mengamalkanlah membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 3 kali pada setiap lepas solat subuh, lepas solat asar dan sebelum tidur. Ini bertujuan untuk melemahkan syaitan yang menimbulkan was-was dalam diri dan memberi kekuatan kepada diri kita.

Cuba kalian tanya pada diri sendiri,
tahap bokeh atau blur kalian semua adakah pada tahap minumum, sederhana atau tahap kronik .

Kalau dah kronik dan bila penyakit blur tu datang, pasti pening macam kat bawah ni.

lagi satu contoh bokeh yang agak "keras" juga

Sabtu, Mac 03, 2012

CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY : MENCARI SESUAP NASI

ALHAMDULILLAH


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."

Riwayat At-Tabrani

"Run,Run,Run"

"mari rasa"

foto ini mendapat tempat kedua dalam satu Photo Challenge di fotomedia.com.my dalam siri
PEOPLE AT WORK

"Pak Supir"

"Fake Jeans in Istanbul"

"Tawar Jangan Tak Tawar"

"Hurry Up"

"Second Hand"

Jumaat, Februari 18, 2011

DRYBOX

peralatan fotografi sesuai dalam lingkungan 45-47 kelembapannya

ALHAMDULILLAH

Semua peralatan fotografi bapak disimpan dalam kotak ni yang dipanggil "Drybox"
Kegunaannya adalah untuk mengekalkan tahap kelembapan dalam sekitar 45 kerana negara kita yang mengalami iklim khatulistiwa, sangat tinggi kelembapannya hingga mencecah hampir 80.

Peralatan ini semua sangat sensetiv terhadap kelembapan yang tinggi yang akan menyebabkan "fungus" atau kulat boleh menyerang komponen2nya terutamanya lens . Apabila dah tumbuh kulat dan berakar, faham2 jelah

Kos untuk membuang kulat tersebut memakan hampir 300-400 ringgit juga . Kekadang lens tersebut yang diserang kulat tidak dapat berfunsi dengan baik menyebabkan gambar yang diambil kurang jelas dan kualitinya.

Jangan pula ingat drybox ni mcm microwave pula krn konsepnya bukan mengeluarkan tenaga dan haba, tapi mengekalkan kelembapan yang sesuai mengikut jenis barangan yang disimpan

Begitu juga dengan hati kita , Kita sebagai seorang islam hendaklah memastikan hati kita tidak diserang kulat2 dalam erti kata lain tidak diserangi dan dihinggapi dengan sifat2 yang tidak baik

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah.
Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya.
Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya.
Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ketika kita diperintahkan untuk menjaga hati, maka kita diperintahkan untuk tidak mengotori hati. Kotornya hati adalah kerana maksiat. Maksiat yang kita lakukan seperti noda yang menutupi hati kita.

Hati yang tertutup noda maksiat ini akan menjadi hati yang sakit, bahkan berpeluang menjadi hati yang mati. Dengan istighfar dan taubat lah noda yang menutupi hati dapat dibersihkan.

Banyakkan beristigfar

Itulah "Drybox" untuk hati kita

Insyallah.

Khamis, Oktober 21, 2010

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

ALHAMDULILLAH

TARIKH : 20102010
MASA : 8.00 PAGI - 9.00PAGI
LOKASI : TEPI HUTAN
SITUASI : KEADAAN BERJEREBU YG TEBAL
PELAKON TAMBAHAN : POKOK PINANG

MATAHARI KELIHATAN SURAM DAN BERSEDIH,
SEOLAH-OLEH MERATAPI SEBUAH PEMERGIAN
PEMERGIAN YANG TAK DIDUGA SAMA SEKALI

TAPI PADA HAKIKATNYA
JEREBU TEBAL YANG MENYEBABKANNYA
TANGAN-TANGAN MANUSIALAH JUGA
YANG MENYEBABKAN KEMUSNAHAN DI MUKABUMI INI

"JEREBU" DI DUNIA TAK SEHEBAT "JEREBU" DIAKHIRAT KELAK
JANGAN LUPA KEKAWAN SEKALIAN,
MARI KITA TAMBAH SEDIKIT AMALAN KITA DENGAN SOLAT SUNAT ISRAK DAN SELEPAS WAKTUNYA PULA DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA.
AGAR HATI TENANG DAN TIDAK BERJEREBU


LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH YANG MENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR










NI PUN JEREBU JUGA
TAHAP TAK SIHAT
INDEKSNYA CECAH 850
KALAU TAK JEREBU
TERANG NAMPAK IKAN TU



Rabu, April 07, 2010

LIHATLAH ALAM TERBENTANG LUAS

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
( Surah al Anaam: 73)



Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas sekali di dalam Al-Qur’an. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".
(Surah Al-Anbia: 30)



"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya
Kami benar-benar meluaskannya. "
(Surah az-Dzariyat;47)




"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Fushilat:11-12)








Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam al Qur’an

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir
(yang telah ditentukan)."

(Surah Al Qamar :49)



SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH
SEMASA KITA MENIKMATINYA,
INGATLAH AKAN KEKUASAAN ALLAH
TERHADAP SEGALA MAKHLUK CIPTAANNYA

ALLAH MAHA BESAR DAN AGUNG


lokasi foto :
Kawasan tepi hutan berhampiran teratak ku di hujung Tanah Melayu .
Dirakamkan gambaran ini dengan rasa penuh keinsafan dan takjub akan kekuasaan Allah.
Mode camera : landscape & silhouette (2 gambaran berbeza)

Selasa, April 06, 2010

TERLALU BANYAK KEKUASAAN ALLAH YG DITUNJUKKAN

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya)

(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.

(Surah Al-Yusuf: Ayat 105)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan­ (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Surah Al-A'raf: Ayat 179)




Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

(Surah Al-Waqi'ah: Ayat 63-64)





Kebesaran dan kekuasaan Allah juga dipertontonkan di alam tumbuhan dan serangga. Setiap jenis tumbuhan mengandungi ciri-ciri yang tersendiri dan jenis-jenisnya juga saling berbeza di antara satu dengan lain. Terdapat perbezaan pada jenis batang, daun, bunga, buah, warna, rasa dan bau bagi setiap jenis tumbuhan.

firman Allah SWT:

Dan di bumi ada beberapa potong tanah Yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang berumpun dan Yang tidak berumpun; semuanya disiram Dengan air Yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya Yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

(Surah Al-Ra'd: Ayat 4)



Sungguh indah ciptaan Allah kepada kita semua . Nikmatilah dan jagalah ia dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah dengan setiap kurnianNYA


p/s : foto yg diambil masih "panas lagi" baru keluar dari sd card . Di ambil dipersekitaran ku berada . Sungguh indah sekali ciptaan Allah