WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH 2006 : SCOTLAND. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH 2006 : SCOTLAND. Papar semua catatan

Rabu, September 16, 2009

ISLE OF SKYE KE LONDON


Seekor ibu kambing berbiri yang bulunya sgt tebal
kerana di sini suhunya sentiasa sejuk. Lihatlah kekuasaan
Allah mencipta sesutu yang bersebab.

Asalnya ketiga-tiga anak kambing yg comel ni mengadap
aku, tapi bila nak snap je, semua pusing , last nampak montot je.
segan kot agaknya




Lihatlah cuaca bak kata noor, suam2 kuku kul 10.12 pg tu

Pukul 10.00 pagi kami bertolak dari The Gables , Potree memulakan perjalanan pulang ke Kota London. Destinasi pertama kami ia Skye of Lohash, sebuah pekan kecil selepas jambatan . Menikmati kesegaran udara pagi seketika .


Pekan kecil

Perjalanan diteruskan sehingga kami sampai ke Eilan Donan Castle .Sebuah castle lama yang menjadi persinggahan ramai pelancong . Tempat letak kereta dan bas tersedia.

Pagi tu masa singgah kat sana lebih kurang pukul 11.35 pagi, ramai juga pelancong kerana hujung minggu.Bayaran masuk 4.50 pound.Scottish yang jaga kat pintu masuk siap beri pedang yang dipinggangnya untuk aku bergambar.


Sempat posing 2-3 kali dengan mama ni. Lepas tu kasi sikit tips.



Perjalanan diteruskan menuju Fort William.Suasana seakan-akan gelap dan muram , tapi itulah bumi Scotland. Di kiri-kanan jalan , terlihat ramai kumpulan pendaki yang sedang melakukan aktiviti "Hill Walking "







Aku panggil bukit botak. Tiada tumbuhan tumbuh kerana terletak di kawasan tanah tinggi Scotland dan cuacanya yang sejuk

Lihatlah fenomena alam ciptaan Allah.
Langit macam nak runtuh.Awan kat atas kepala tu.





3.51 ptg

Pukul 4.00 ptg kami sampai ke Loch Lommond. Sebuah destinasi utama bagi pelancong . Terdapat R & R di sini yang penuh dengan pegunjung. Kena secawan "kaporcino" panas terasa nikmatnya dengan cuaca yang dingin. Tu yang bercakap keluar "asap" dari mulut. Ngeh,ngeh,ngeh


Bot persiaran di Loch Lommond

Cantik dan jinak betul itik liar ni, entah apa namanya. Aku panggil itik kepala hijau.

Setiba di Glasgow ,kami singgah sebentar di rumah kenalan "pilot" kami di sebuah flet.Mereka merupakan pasangan suami isteri bersama beberapa orang anak yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat PHD. Sungguh gembira mereka kerana menerima kunjungan kami. Sempat solat dan menjamu selera.

Kerana kesuntukan masa dan perjalanan jauh lagi, kami membatalkan hasrat untuk memasuki bandar Glasgow lalu meneruskan perjalanan ke Kota London.


Melalui Glasgow




6.50 ptg

Dari Glasgow lebih kurang pukul 5.30 ptg kami teruskan perjalanan ke Kota London melalui M 40. Tiba kat Rugby Warwick masuk ke M 1. Ingat dalam perjalanan, nak singgah kat Mancester. Tapi masa tu dah hampir pukul 09.30 malam. Jadi aku tangguh dulu niat aku nak ke sana.

Target boleh sampai London pukul 12.00 malam.Masuk je motorways, menuju London, kami semua dah mengantuk dan kepenatan . Apalagi tidurlah, aku temankan pilot , pilot kami je tak boleh tidur, kalau tidur juga, mmg semua tidur tak bangun-bangunlah jawabnya ngeh,ngeh,ngeh Menuju London, papan amaran yang terdapat di M 1 menunjukkan long delay kat junction 8 - 12. Sistem amaran kat motorway di UK ni sangat efesien dan boleh dipercayai. Terdapat cctv di setiap km di motorway ni. Mereka boleh memantau pergerakan kenderaan kat motorway.

Nak mengelakkan kesesakkan , terus pusing ikut Luton.

Banyak pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang berada di bumiScotland ini. Sebagai panduan ,kalau memandu , pastikan bawa sebotol air dan kain lap cermin kerana terdapat banyak serangga yang melekat kat cermin. Pakai wiper kereta pun tak hilang malah cermin jadi berminyak. Kebiasaannya serangga kecil tu keluar pada musim panas. Masa winter tak ada pula.

Kebanyakkan Scottish yang aku temui sungguh ramah dan mengalu-alukan kedatangan pelancung. Aku kalau menginap kat B&B suka melihat buku pelawat yg disediakan.Dari pelbagai pelusuk dunia yg mengunjungi B&B tersebut akan menulis kata-kata dan menurunkan tandatangan . Apabila teringat B&B , aku terfikir program Home Stay yg dijalankan di negara kita, tapi kenapa kurang mendapat sambutan pelancung asing. Sedangkan rata-rata B&B yang aku kunjungi di sana selalu fully booking.

Hampir pukul 02.00 pagi baru sampai. Hampir 16 jam dalam perjalanan dari Isle of Skye ke London . Terasa penat tapi berbaloi kerana dapat melihat panorama alam semulajadi ciptaan Allah dan mengetahui budaya orang lain . Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali.



Perjalanan dimulakan menyusuri sebelah timur lalu kembali ke London di sebelah barat memberikan pengalaman dalam perjalanan yang berbeza.

Keseluruhan perjalanan mengelilingi Scotland memakan masa 4 hari. Jarak perjalanan sepanjang 4 hari tu hampir 2000 batu . Puas hati kerana dapat sampai ke hampir semua tempat yang menarik.Alhamdullillah, tiada sebarang masalah yang timbul di sepanjang perjalanan.Mereka menerima kedatangan kami sebagai pelancong tanpa prejudis walaupun kita sering digembar-gemburkan tentang keganasan orang islam oleh pihak barat.

 
Perjalanan aku ni free and easy. Tak terikat dengan masa. Boleh berhenti mana-mana yang kita suka.Berkaitan makanan pula, tiada masalah .Rendang dan sambal ikan bilis yang dibawa tak basi walaupun hampir seminggu. Pakaian pula tak perlu basuh kerana tak berbau busuk . Keindahan alam ciptaan Allah dapat aku saksikan sepanjang perjalanan .Bak kata orang tua ,"jauh perjalanan, luas pandangan".Insyallah, jika dipanjangkan umur dan dimurah rezeki, aku akan sampai lagi.

ISLE OF SKYE



2.30 ptg telah sampai kaki kaki gunung dalam perjalanan semula ke Aviemore menuju Isle of Skye. Singgah sebentar menikmati panorama di tasik ini. Subahanallah, indahnya . Keadaan tasik yang berombak dan beralun. Di kaki gunung ni, kesejukannya boleh tahan juga, Apa lagi, kena nescafe panas yang di bawa .Kami park kereta sampai tepi bibir air .

Perjalanan diteruskan menuju Isle of Skye atau juga Isle of Cloud. Dalam slang Gaelic nama untuk the Isle of Skye ialah An t-Eilean Sgitheanach. Perjalanan kami melalui lembah, kaki gunung dan tasik memberikan kami satu pengalaman yang sungguh indah kerana alam semulajadinya .









Isle of skye merupakan sebuah pulau yang terletak di utara Scotland. Merupakan pulau yang terbesar berkeluasan 1656 km persegi. Penduduknya hanya sekitar 9200 orang sahaja. Industri utama di sana ialah pelancongan, penangkapan ikan , dan membuat wiski.







Inilah padang rumput moor


Loch Carron


Kerana terlampau banyak Loch sampai tak ingat yang mana satu, terjumpa masa dalam perjalanan ke Isle of Skye. Terus berhenti di tebingnya. Merakamkan beberapa gambar di situ

Jambatan yang menghubungkan ke Isle of Skye

Kami tiba di Kyle of Lochalsh lebih kurang pukul 7.00 mlm.Menyeberang ke Isle of Skye dengan menggunakan jambatan selain perkhidmatan feri.Perjalanan di teruskan melalui pekan Broadford menggunakan jalan A87 , seterusnya Luib, Sconser, terus ke Potree.



Beginilah fenomena alam di sini. Sentiasa mendung tapi tak hujan. Awan seakan-akan berada di atas kepala . Perjalanan sungguh indah . Susah juga nak jumpa kereta kat jalan. Jalannya menyusuri tepi gunung dan tasik. Gunung-gunung atau bukit dah mula kelihatan gondol. Ini menandakan kawasan tersebut agak tinggi dari aras laut.

Kawasan tanah tinggi, gunung-gunungnya botak-botak belaka







Setiba di Potree, puas juga pusing-pusing cari B&B, Akhirnya , The Gables mempunyai bilik yang kosong lagi, 2 buah bilik ditempah.

Kami menginap di B&B di Potree . Gambar ini diambil dari tepi B and B kami pada pukul 7.11 malam. Magrib lebih kurang pukul 9.30 mlm dan isyak pukul 11.20 mlm



Rumah-rumah penduduk di kaki bukit

B&B The Gables , Potree

Bilik yang kami sewa


Kemudian kami mengambil kesempatan di sana utk memandu dari Potree ke Kilt Rock . Sebuah kawasan tebing yang tegak dari laut bawah ke atas . Sungguh mengerikan. Perjalanan diteruskan ke Staffin hingga hujung jalan. Jalannya muat-muat untuk sebuah kereta sahaja , tetapi disediakan "passing place" dibeberapa lokasi, siapa yang sampai dulu perlu beralah. Tetapi kalau kat Malaysia, lagi dia nampak kita , lagi laju ngeh,ngeh,ngeh

Sesuatu yang perlu dipelajari oleh pemandu-pemandu di Malaysia.







Lihatlah awan di atas kepala

Tebing curam




Sungguh indah betul. Pukul 8.27 malam tu. 
Kambing bebiri dok tengah makan rumput lagi.
Nasib baik takdo kok gotah, kalau tak, mau noreh siang malam ,
cepat naik haji lagi ngeh,ngeh,ngeh




Suasana sebegini adalah kebiasaan di sini. Awan seolah-olah berada di atas kepala . Itu sebabnya ia juga dikenali sebagai Isle of Cloud. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan tanah tinggi di Scotland yang menarik ramai pelancong. Suasana di sini juga sunyi, sesekali je terjumpa dengan kereta di atas jalan raya. Memang tenteram sekali .