WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : TRENGGANU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : TRENGGANU. Papar semua catatan

Rabu, Februari 24, 2010

KUALA GANU : P3

Selalunya bila aku ke Kuala Ganu, aku akan menginap di Primula Beach Resort, tapi kali ni, aku nak tukar angin pulak. Kami menginap di Sumai Aparment Hotel di hadapan Primula tu. Alhamdulillah, hotel aparments ni berkonsepkan islam .

Asalnya syarikat bumiputera ini hanya berpusat kepada perniagaan berasaskan kejuruteraan sahaja , tapi kini telah mula mengembangkan sayap kepada bidang perhotelan pula. Ini satu perkembangan yang baik kepada kemajuan ekonomi umat islam .

Pagi jumaat yang indah, kami menikmati sarapan pagi di restoran. Kena kueh teow goreng bersama daging salai bakar sebagai santapan. Sambil tu menikmati matahari yang mula terbit dari ufuk timur.

Suasana pagi nyaman, tenteram dan terhindar dari bunyi deruan kenderaan .

Malas rasanya nak berkubang kerana dah puas berkubang di Awana Kijal. Jadi aktivitinya hanya bersantai sahaja.

Dalam perjalanan tempohari ke KT, aku terjumpa sebuah gerai yang menjual "ROTI PAUNG" tapi aku tak sempat nak berhenti . Puas aku memikirkan apa benda alah ROTI PAUNG tu, dan akhirnya aku ambil kesimpulan sendiri sebenarnya rasaku dia nak tulis ROTI POUND iaitu roti yang berwarna putih tu yang kemudian dibelah2 dengan pisau panjang , tapi kerana di trengganu maka jadilah ia ROTI PAUNG he he he

Kalau aku silap , sesiapa orang trengganu , boleh tolong betulkan ya

alhamdulillah, kuih teow goreng dgn daging salai panggang

restoran




Selamat Tinggal Kuala Trengganu
Panjang Umur Datang Lagi

Alhamdulillah, sepanjang percutian kami kali ini, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT . Sesungguhnya kepada Allah ku bermohon agar perjalanan kami pergi dan balik dan semasa di sana sentiasa di dalam perlindunganNYA jua dan Alhamdulillah di makbulkan Allah.

Kami bertolak pulang ke HC dengan penuh keriangan . Jarak perjalanan lebih 400++ km dengan tempoh hampir 6 jam juga agak memenatkan juga . Sempat singgah sebentar di Paka untuk menikmati suasana perkampungan nelayan di situ .

Kerana kesuntukkan masa , aku tidak berkesempatan menziarahi kak Nab di Kuantan. Jutaan terima kasih pada kak Nab yang menjemput kami . Tapi tak pa, insyallah, panjang umur, murah rezeki , dan diizinkan Allah, kita pasti bertemu nanti.


pantai batu burok



perkampungan nelayan di Paka

air sungai yang masih terpelihara dari pencemaran

Memang terasa tenang dan mendamaikan berada di tepian sungai Paka

Memang terasa keletihan apabila sampai ke HC setelah memandu dalam jarak yang agak jauh juga. Namun , aku bersyukur kerana selamat pergi dan selamat kembali. Segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT .


ALHAMDULILLAH

Selasa, Februari 23, 2010

KUALA GANU KITE : P2

Selepas asar , kami mula meneroka bandar Kuala trengganu. Alamak , lupalah pulak. Hari ini hari khamis . Esok pula hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu di sini. Jadi , banyak kedai2 di pasar payang telah mula di tutup. Tapi alhamdulillah, kalau ke sini, tak sah kalau tak beli kopok dan kain . Kami dapat membeli beberapa jenis kopok untuk di bawa balik dari Pasar Payang. Seperti biasa, aku minat sungguh dengan kopok yang kecil bungkusannya yang telah disira . Tu kalau makan depan tv, sekali ngap je, habis sebungkus.


Lepas tu biasalah, org perempuan. Banyak himpunan segala jenis kain yang terdapat di pasar payang ni sampai naik juling mata , semua nampak cantik dan menawan . Sehelai dua dibeli sebagai melengkapkan kunjungan kami ke pasar payang.

Aku tak beli sehelai pun baju batik, pasal pak itam memang tak pakai baju batik . Tapi dulu sesekali , pak itam ada juga pakai , tapi pakai kain batik mak itam je he he he

Rasanya kalau kedai semua buka, mau kami berlama-lama di pasar payang untuk menikmati atmosfera suasana di sana yang pada pandangan pak itam amat menyenangkan kerana rata2 kesemua pekedainya dari orang bangsa kita yang boleh berniaga secara aman dan tenteram walaupun kedudukan kedai bersebelahan antara satu sama lain dan menjual produk yang hampir serupa .

Di aras bawah pula, deretan kedai emas dipenuhi ramai pelanggan . Rasanya di sini, mereka boleh membeli emas dan masuk buku 3-5 dan dibayar secara ansuran .


pintu masuk pasar payang
kat bawah penuh deretan kedai emas

naik juling mata tengok kain yang berwarna-warni
penuh keceriaan

singgah,singgah,singgah bang
tengok2 , sapaan pekedai

ingat pak itam kain tu jual dengan patung2 sekali he he


hampir keseluruhan kedai di sini
menerima kad kredit sebagai salah satu
medium pembayaran
dah advanced mereka ni


Hajat kami untuk makan di sebuah restoran terapung di jeti berdekatan tidak kesampaian kerana rupa-rupanya kerja2 pembinaan sedang dijalankan di situ dan akhirnya kami makan di Pantai Batu Burok sahaja.

Suasana kawasan riadah di berdekatan sungguh meriah dengan pengunjung, hari ni kan 1/2 hari bekerja . Di pantai batu burok jangan cakaplah. Gerai menjual jagung bakar meriah sungguh dengan pelanggan yang duk beratur. Jagungnya mak datuk, besar-besar .

masjid berdekatan dari pandangan jendela bilik hotel

suasana perkampungan masih kelihatan di tengah bandar Kuala Ganu

suasana malam di Kuala Ganu
meriah sungguh

Isnin, Februari 22, 2010

KE KUALA GANU KITE : P1

Setelah segala urusan "check out " berjalan pantas , kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Ganu pula utk meneruskan "honey moon" kami lagi 2 hari di sana . Sambil memandu menyusuri jalan di persisiran pantai, melayan lagu dari cd koleksi "Alleycats" yang menjadi halwa teliga ku dan isteri . 

Niat di hati nak cari gerai menjual kuih akok terlaksana apabila terjumpa dengan sebuah warung kecil yang usang di tepi jalan. Sekeping 50 sen dan hampir 10 biji akok juga yang dibeli . Ramai kereta yang berhenti ketika itu utk membelinya . Yang menjadi keistimewaan ialah akok tersebut dibakar menggunakan arang yang menambahkan kesedapannya . Manis, lemak dan memang menyelerakan .

Apa lagi, sebelum meneruskan perjalanan, kami pun menyantap 2-3 biji juga di dalam kereta.


akok yang menjadi pujaan hati ku

Warung menjual akok

Perjalanan kami terhenti seketika untuk menikmati keindahan pantai di Tanjung Jara Resort yang sangat terkenal di kalangan pelancong asing berbangsa eropah . Memang resort ini punya kelasnya yang tersendiri . Lihat sahaja harga biliknya yang mencecah ribuan ringgit semalam . 

Kalau di lihat di kalangan pengunjungnya, rata2 mat salleh dan minah salleh yang sudah agak tua dalam lingkungan 60-70 tahun yang telah bersara dan menghabiskan usia mereka dan wang mereka di tempat2 sebegini yang kadang kala dari 2 minggu hingga sebulan. Dah jadi budaya mereka .

harga bilik di Tanjung Jara Resort
dan senarai anugerah yang dimenanginya
ni baru berbintang2
Top 10 Super Spas - Spa Village Tanjong Jara
Elle UK, 2009
Best Spa Resort
Expatriate Lifestyle, The Best of Malaysia Travel Awards, 2008
Best Hotel Spa in Asia Pacific and the Indian Subcontinent / Listed in “ Best of the Best” World’s Top 26 Spas – ranking number two
Condé Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2008
Five Star Diamond Award
The American Academy of Hospitality Sciences , 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007
Most Innovative Spa
Tatler UK – Spa Awards, 2007
Best Wellness Programme ( Syurga Tujuh )
Malaysia Spa & Wellness Awards, 2007
Best Spa Therapist

Asia Spa & Wellness Awards, 2006
Best Overseas Hotel Spa – Ranked Fifth
Condé Nast Traveller UK – Readers’ Travel Awards, 2006
One of the Seven Natural Wonders of the World
Condé Nast Traveller UK ( March 2006)
Best Spa Therapist – Pak Yahya
Malaysia Spa & Wellness Awards, 2006
Hotel of the Week
The Independent on Sunday, UK – November 27, 2005
One of the Seven Natural Wonders of the World
Condé Nast Traveller UK ( March 2005)
Top Ten in Overseas Hotel Spas- Asia’s category / Listed in the “ 100 Top Spas Worldwide”
Condé Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2004
antara penginapan di tanjung jara

pantai tanjung jara resort



Satu lagi perkara yang menarik perhatian ku, di sepanjang perjalanan, begitu mudah untuk menemui masjid yang tersergam indah akan senibinanya . Ia memberi kemudahan kepada kita yang beragama islam untuk menunaikan solat dan sepatutnya tiada alasan diberikan jika hendak menunaikan solat .

Alhamdulillah, masjid berada di sepanjang perjalanan


Beberapa km lagi untuk sampai ke Kuala Ganu, Noof Arfa Kompleks menjadi perhentian kami untuk meninjau beberapa aktiviti di sana . 

Sebuah kompleks yang besar tersergam indah sebagai salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat dan mengalami sendiri bagaimana proses pembuatan kain batik sutera dihasilkan.

Kompleks Noor Arfa Batik

Demonstrasi mencanteng batik

Peralatan utk proses membuat batik

Blok



Pintu masuk ke Masjid Terapung

Akhirnya hampir pukul 3.00 ptg juga, kami sampai ke destinasi yang dituju untuk bermalam, Sumai Aparment Hotel yang terletak bersebelahan dengan Primula di Pantai Batu Burok. 

Penginapan kami sebuah suite dengan sebuah bilik tidur dan hall yang dilengkapi dengan semua kemudahan termasuk wifi , namun aku lebih suka menggunakan kemudahan broadband ku yang dibawa bersama.

Kerana cuaca yang agak panas, kami hanya merancang akan mengelilingi bandar Kuala Trengganu pada sebelah petang selepas asar .

Alhamdulillah.

sambil rehat2 mengadap lappy, sambil makan kuih akok ,
1 untuk pak itam , 1 untuk CL
he he he

Ahad, Februari 21, 2010

BERBULAN MADU DI TRENGGANU : P4

Alhamdulillah, suasana pagi di tepian pantai dr jendela bilik agak mendung yang sedang berarak di langit.

Rasanya seperti hujan akan turun. Kami turun ke Restoran Kampung untuk menikmati sarapan pagi . Bermacam aneka pilihan makanan , kek dan buah-buahan serta pencuci mulut .

Terlihat nasi dagang lalu membangkitkan selera dan keinginan aku pagi tu utk mencuba akan keenakkan makanan tradisi bagi rakyat trengganu ini. Kena sepinggan dengan kari ikan tongkol betul2 mengenyangkan. Isteri ku pula menjamah lemang dengan serunding daging. Sambil duk berbual, sambil makan .

nasi dagang bersama kari ikan tongkol


Perut dah kenyang, jadi kami pun ambil keputusan untuk berjalan menghirup udara segar mengelilingi resort sehingga ke tepi pantai . Angin bayu begitu kuat sekali menyapa kami pagi itu. Suasana ombak yang kuat menghempas pantai dengan alunan lagunya.Itulah bahasa laut dan pantai yang sungguh menenangkan jiwa .

pandangan dari jalan masuk utama

pengawal keselamatan tgh roll call pagi


entah kenapa aku mmg tak minat utk bermain golf ni sejak dr dulu lagi





pasir putih di sepanjang pantai

Lihat tu tanda amaran , bendera merah tak boleh berenang ,bahaya dan tentunya bagi pasangan yang telah berumah tangga ,pasti tersenyum simpul bila terbayang "bendera merah"tak boleh .... ngeh ngeh ngeh

Seperti biasa, pak itam akan mengabadikan potret landskap kawasan persekitarannya yang menjadi hobi pak itam sebagai koleksi peribadi . Kalau ada DSLR mesti best, tapi yang tak sanggup tu nak mengusung ke hulu kehilir benda alah tu dengan begnya.

Tapi takpa, akan ku fikirkan nanti .










Aku naik ke bilik untuk menukar pakaian , rasa2 nak berkubang kat kolam renang bang sejam dua sebagai satu exercise selepas bersarapan. Memang seronok bila berkubang. teringat dulu2 masa aku berkubang kat parit besar di kampung.

Isteri ku seperti biasa dengan novelnya sementara aku berkuak di dalam kolam renang . Hampir pukul 11.00 pagi baru kami naik ke bilik utk berkemas dan meneruskan percutian kami ini ke Kuala Terenganu pula .