WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : MELAKA. Papar semua catatan

Rabu, Mac 24, 2010

KALAU ROBOH KOTA MELAKA



Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan

Kiri jalan kanan pun jalan

sama tengah pokok mengkudu

Kirim jangan pesan pun jangan

Sama-sama menanggung rindu

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalau sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan Tuan


kerana pantun nilah, seringkali kita terbaca di dada akhbar , ramai gadis2 kita yang lari keluar dari rumah utk mengikut pasangan hati mereka tanpa memperdulikan hukum hakam dan adat resam, semata2 menurut kata hati

Cuba amati rangkap pertama , baris kedua

Papan di Jawa hamba dirikan

mungkin sumpahannya itulah, ramai anak gadis lari ke lombok kerana Lombok terletak di tanah Jawa. Patut kena tukar sikit supaya mereka tak lari ke tanah jawa
Tanah jawa jauh , susah nak balik nanti
Kita tukar ......
Papan di KL hamba dirikan


Tapi kenapa Kota Melaka
Kenapa tak kota tinggi ke , kota lama ke hehehe

Aku pun tak ada jawapannya

Cerita pasal kota melaka, tempohari dalam perjalanan pulang, aku sempat melencong ke bandar Melaka. Tujuannya nak membawa anak bongsu ku mengenali dan memahami sejarah yang pernah berlaku beratus tahun dahulu dalam membina jatidirinya .

Setibanya di sana, puas juga kami berpusing2 utk ke kawasan Kota Melaka tu, manakan tidak.
Semua jalan dan jadi "sehala" dan kalau dulu boleh lalu kereta kat depannya, sekarang telah berubah sama sekali.


Akhirnya, sampai juga kami ke destinasi yang dituju, tapi masalah "parking" kereta pula timbul.
Sebagai jalan penyelesaian, aku hanya menunggu sahaja didalam kereta di tepi pinggirannya jalan sementara anak ku berserta isteri pergi meninjau didalamnya berbekalkan kamera yang aku berikan kepadanya. Mereka berlumba berdua menaiki bukit St Paul (bukit senpul) dan dan anak ku yang kalah terpaksa menemankan ibunya nanti menonton wayang "Alice in Wonderland" nanti