WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH 2011 : ISTANBUL MADINAH MAKKAH UMRAH DAN ZIARAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH 2011 : ISTANBUL MADINAH MAKKAH UMRAH DAN ZIARAH. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 10, 2011

UMRAH DAN ZIARAH 2011 : Last Episod : ALHAMDULILLAH, SEMUA DALAM PERLINDUNGAN DAN KERAHMATAN ALLAH JUA


Penerbangan pulang dijadualkan pukul (2325) =11.25 malam waktu Istanbul. Alhamdulillah kami tiba di Kamal Attarturk International Airport ketika waktu magrib baru masuk di Istanbul. Kemudahan seakan2 sebuah masjid kecil di yang disediakan di sini memudahkan pengunjung untuk solat .Sungguh selesa sekali berbanding lapangan terbang lain. . Selesai semua urusan dengan Allah, lantas terus memasuki ke bahagian pemeriksaan keselamatan sebelum melepasi pemeriksaan imigrsen pula.

Pemeriksaan keselamatan di sini memang agak ketat berbanding di Jeddah. Untuk mengelakkan alat pengesan berbunyi, semua ku letakkan dalam bekas yang disediakan. Hari ni aku hanya mengenakan seluar trek lembut dan selipar sahaja kerana penerbangan memakan masa hampir 11 jam lebih nanti. Jadi lebih selesa nanti hendaknya.

Aku berlenggang kangkung sahaja kerana semua bagasi telah didaftar masuk sejak dari Jeddah lagi , yang ku bawa hanya bagpack ku yang mengandungi DSLR dan beberapa aksesorinya . Suasana di lapangan terbang boleh tahan sibuk juga. Sementara ada waktu yang terluang , sempat juga aku menjengah ke sebuah dua kedai bebas cukai di sini.

Yang menarik perhatian ku terdapat barangan di sini yang dijual menggunakan mata wang turkeye dan juga euro kerana kira lapangan terbang ni kalau tak salah aku terletak dan terbahagi dalam benua eropah dan benua asia. Memang sungguh unik sekali .

Namun tak de apa pun yang menarik perhatian untuk dibeli .

aku dah mcm burung jampuk
orang bangun aku tidur, orang tidur aku bangun
dah padam lampu dah hehehe


Alhamdulillah,

akhirnya kami selamat terbang menuju ke destinasi seterusnya, Changi International Airport, Singapore dengan pesawat TK66. Nak kata penuh flight tak juga, tapi bolehlah tahan kerana Turkish Airline ni code sharing dengan SIA.

Aku mcm biasa menyelesakan diri ku dan cari bantal kecil serta selimut dan tidur . Bangun jap tengok screen kat mana dah sampai, alamak jauhnya lagi. tu jelah keja aku . Tidur , bangun, tidur, makan ,tidur , tengok screen.

Dalam pang-pang alang aku nampak "estimated arrival time 15.30" dan ......

Aikk, napa pulak kat screen ni aku nampak macam asam pedas . Gosok2 mata ,

laaaaa .

asam pedas ke apa hehehe

Laaaaaaaaa,
Lautan hindi rupanya hahaha

rupanya aku dah rindu asam pedas orang rumah aku hehehe
adatlah , aku juga manusia biasa yang tak hilang dari sifat rindukan masakan orang rumah pasal aku dah dua puluh tahun lebih semenjak kahwin, air tangan orang rumah aku yang menjadi santapan setiap hari .Ni dah lama tak kena asam pedas,
tu yang terbayang2 asam pedas kat screen depan aku ni

Cerita, cerita jugak

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana perjalanan kami sentiasa didalam kerahmatan dan perlindunganNYA


Kami rasa "enjoyed" berada di sana,
kami rasa "enjoyed" beribadat di sana
senang cerita,Allah dah permudahkan kami di sana tanpa ada insiden2 yang tidak diingini


Allah telah memakbulkan segala doa dan harapan aku

Kesihatan kami semua terpelihara, segala amalan kami dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan apa yang dihajati telah Allah penuhi

Aku berdoa dan berserah agar segala amalan kami diterima Allah,
Aku berdoa dan berserah agar doa2 kami dimakbulkan Allah,
Aku berdoa dan berserah agar kami diberi peluang menjejakkan kami ke sana lagi.




15.30(3.30pm) sabtu waktu Singapore, kami selamat mendarat . Terus ke ke tempat mengambil bagasi , aku nampak dah tempat tu becak semacam je, apa hal laa pulak

Biasa tak mcm gini

rupa2nya hampir kesemua tong air zam yang dibawa berjumlah ratusan tong juga mengalami "nyah mampatan udara' semasa penerbangan begitu teruk sekali hingga tong jadi kecut pula hingga menumpahkan isi yang sangat berharga di dalamnya.

Alhamdulillah , 3 tong air zam2 kami hanya terjejas sedikit sahaja dan satu lagi dah hilang suku . Kesemua yang tumpah tu kira terperangkap dalam bungkusan plastik keselamatan tong2 tersebut.

Manakan tidak, tong2 tu dari Jeddah ke Istanbul dan tukar pulak kapalterbang lain ke singapore pula dan berejam2 lamanya .

Takpelah , nak buat mcmmana .

itu semua kerja Allah.
Kesian pulak lihat ada yang tong dia tinggal suku je pun ada.

Pemandu airport transfer telah sedia menunggu di balai ketibaan.Terpampang besar nama aku dia pegang kad sekeping kotak Itam bin Utih. Tak mau lengah2 kerana takut berlaku kesesakkan di pintu masuk sempadan di CIQ Woodlands dan CIQ Tambak Johor kerana hari ni hari sabtu. Biasalah kalau hari sabtu petang dengan kesesakkan lalulintas pekerja2 yang kerja di Singapore dan juga rakyat singapura yang masuk ke JB.

Alhamdulillah , kami sampai juga ke teratak kami di HC dalam pukul 6 petang juga . Apa2 hal rehat2 dulu sebelum pulang semula ke tepi hutan ahad nanti.



3 jam lagi nak mendarat
aku dah mula resah

Sebelum aku mengakhiri episod SCP ku di bawah label ISTANBUL MADINAH MAKKAH UMRAH DAN ZIARAH 2011, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 sekalian yang sudi mendoakan kesejahteraan kami sepanjang kami di sana pergi dan balik.

Juga kepada pembaca2 sekalian yang mengikuti siri ini dari awal hingga ke titik noktahnya hari ini sebanyak 114 entry juga selama beberapa bulan. Pengkongsian aku ini tidak sekali-kali berniat untuk berasa riak ,bangga diri atau nak kata aku ni bagus ke atau sebaliknya.

Tetapi niat ku untuk berkongsi pengalaman , berkongsi suasana dan kegembiraan di sana, berkongsi koleksi foto2 peribadi ku dan paling penting sebagai satu cara aku berdakwah dengan cara ku sendiri melalui foto2 yang diselitkan sekali penceritaan serta iktibar dan pengajaran yang aku lalui sendiri .

Semuanya ini dengan izin Allah jua .
Ribuan ampun dan maaf sekiranya sepanjang siri pengembaraan ku kali ini, andai terdapat kata2 atau penulisan ku yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua.

Aku tidak berniat mengajar kalian semua kerana aku bukan guru besar atau ustaz

Aku hanya insan biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan

Aku gembira sekali kerana dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan kalian semua.

Yang baik kita ambil sebagai iktibar dan pengajaran
Yang buruk kita jadikan sempadan dan teladan

Insyallah
ALHAMDULILLAH
SEMUA DALAM PERLINDUNGAN DAN KERAHMATAN ALLAH JUA

The End


Sabtu, Oktober 08, 2011

MAKKAH : JEDDAH - TURKEYE : ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA

hening pagi dibumi Turkeye

Hampir pukul 2.00 pagi juga baru kami dibenarkan masuk ke balai perlepasan . Hampir 2 jam setengah lagi sebelum kami terbang yang dijangka 4.50 pagi dari Jeddah . Namun mata ni langsung tak boleh tidur dan lelap .

4.30 pagi aku dah bersiap ke bilik air lantas mengambil wuduk. Aku hanya berserah pada Allah kerana sekejap lagi azan subuh akan berkumandang .

Alhamdulillah, aku sempat mengimamkan solat subuh dengan beralaskan kotak2 sahaja kerana sejadah tidak mencukupi dan selepas sahaja memberi salam, berebut pula kerana panggilan untuk menaiki bas transit yang disediakan ke kapalterbang telah berbunyi di corong pembesar suara.

Selamat tinggal Jeddah.

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Attarturk jam 8.35 pagi bersamaan hari jumaat , penghulu segala hari. Sepanjang perjalanan tadi aku tidur dengan nyenyak sekali dengan bersandar ke tepi tingkap . Flight dari Jeddah ke Istanbul penuh sekali .

Kami dijangka terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi lebih kurang pukul 11.25 malam nanti waktu Turkeye, bermakna ada 15 jam lagi. Kerana itu pihak Turkish Arline telah menawarkan kami penginapan sementara di hotel berdekatan kerana masa transit melebihi 8 jam .

Alhamdulillah,
kami tidak terbiar menunggu kat airport berbelas jam. syukur kepada Allah kerana memberikan keselesaan kepada kami semua.





Setelah selesai segala urusan di kaunter Turkish Arlines, terus bertolak ke hotel berhampiran yang bersedia menerima kami seramai 40 orang dan terpaksa menyediakan 20 bilik serentak. The Gunes menjadi pilihan .

Sampai je dan check in, terus bersihkan diri. Sehelai dua pakaian hanya dalam hand luggage kerana segala beg2 besar kami terus check in ke singapore nanti tanpa perlu di bawa turun.

Apa2 hal dulu, kita tidur dulu pasal hari ni barulah terasa segala keletihan yang amat sangat setelah hampir lama juga berkelana dan bermusafir.





Pukul 12 tgh, aku dah terbangun, perut terasa lapar pula . Kami pun apa lagi pegilah ke McD yang terletak berdekatan . Kenapa tah aku rasa Big Mac kat McD dia sedap sungguh .

Hari ni hari jumaat, takkan tak solat jumaat pulak walaupun aku ni bermusafir, lalu aku tanya kat orang mana masjid yang berdekatan. rupa2nya tak jauh dari hotel kami je .Itulah yang aku suka dengan negara Turkeye ni kerana masjid berselerakan di mana2 ceruk.

Aku dua beranak tak lepaskan peluang berjemaah solat jumaat di sana walaupun aku sepatah haram tak faham khutbahnya.Penuh jemaahnya dengan sebilangan besar pemuda2 yang kelihatan berpakaian kemas kerana hari ini hari bekerja di sana.

Syukur ke hadrat Allah, kami tak terlepas solat jumaat, kira ni kali ke 2 kami solat jumaat di bumi turkeye.

Jam 6.30 ptg kami dah checkout hotel . Penerbangan dijangka jam jam 11.25 mlm akan memakan masa hampir 11 jam juga. Aku dah terbayang betapa kebas nanti bontot ku .

Namun timbul sikit masalah bila nak checkout , petugas di kaunter hotel mengatakan beberapa air tin dan kek dari peti sejuk di bilik dibilik ibu mertua ku telah di makan .

Sebenarnya tak usik langsung peti sejuk tu , dan bayaran yang dikenakan dalam TL 20(Rm 38) utk 2 tin coke dan kek tu. Aku malas nak bertekak dan bayar jelah.

Sebenarnya sebelum tu aku banyak terbaca tentang "scam" atau penipuan yg sering dialami oleh pelancong di Turkeye di forum Trip Advisors , tapi sepanjang kami di sana tak jumpa pulak peristiwa sebegitu.

Tu yang aku ada berkata pada mak itam, mungkin itu hanya agenda2 barat nak burukkan sebuah negara islam.

Tapi , Allah nak tunjukkan betul2 kat aku yang sebenarnya "scam" atau penipuan tu berlaku di mana2 sebenarnya waima di Kota Suci Makkah sekali pun, inikan pula di Turkeye.

Dan yang penting sekali , Allah nak tunjukkan pada ku yang Dia Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas di hati kita sebenarnya dan dia "dah tunjukkan dan makbulkan"

"BUKAN SAJA DI TANAH SUCI, TAPI DI MANA2 KALAU ITU YANG ALLAH MAHUKAN"

Hari terakhir di dalam Suatu Catatan Perjalanan ku sebelum pulang ke tanah air,
Allah tunjukkan, namun aku bersyukur .

Malas nak kecoh-kecoh, bayar jelah .
Yang silapnya masa check in ke bilik, kami tak check pun peti sejuk tu samada ada isi atau tidak kerana kami diberikan dua bilik yang berasingan.

Kekadang ada pengemas bilik yang tidak jujur pi ambik air atau makanan dalam peti sejuk tu, kalau satu bilik dia kebas dalam 1-2 tin x beberapa bilik, sebulan dah berapa dan benda2 depa jual semula di luar sebagai duit poket.

Takpelah, nak buat mcm mana, dah tertulis yang aku yang akan jadi mangsa.





pagi yang ceria

hujan ketika menuju airport

Jumaat, Oktober 07, 2011

MAKKAH : SELAMAT TINGGAL BAITULLAH

ribut pasir melanda di pertengahan jalan

Alhamdulillah,

Perasaan aku hari ni ,
sedih,sayu, gembira dan pelbagai lagi timbul di hati
tidak dapat digambarkan

Sedih dan sayu kerana hari ini aku akan meninggalkan juga kota suci Makkah

Gembira kerana niat ku untuk mengunjungi dua kota suci ini termakbul sudah selepas kali terakhir aku melakukan tawaf wada' dan berdoa pada tanggal 28/12/2007 bersamaan hari Jumaat , empat tahun yang lalu yang terus terpahat dalam lipatan kehidupan ku.

Cuma masa tu semasa aku bertawaf , jutaan ribu jemaah juga sama2 bertawaf , tapi petang ini, keadaan dan situasinya berlainan sungguh kerana agak lapang .


Perjalanan hampir empat tahun sudah telah banyak mencorak kehidupan ku selepas itu untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah dari hari2 yang sebelumnya.Aku sentiasa cuba memperbaiki diri ku setiap hari agar menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari semalam yang berlalu .

Hari ini nanti selepas solat asar , sekali lagi perpisahan ku secara fizikalnya dengan Baitullah akan berlaku dengan diiringi tawaf wada' nanti.
akibatnya, berlaku kesesakkan lalu lintas

Sejak dari semalam lagi , beg2 kami telah dikemas rapi. Tiada beg yang beranak . Selepas sarapan pagi selepas subuh terakhir tadi, kami sempat ke Hudaibiyah , salah satu tempat untuk bermiqat .

Hari ini angin bertiup agak kencang di kota Makkah. Ku lihat habis sampah2 berterbangan dan begitu juga ada tong2 sampah yang tergolek terlentang di sana sini. Angin yang kuat juga membawa bersama debu2 pasir halus .

Selepas usai solat asar di Masjidil Haram , kami terus melakukan tawaf wada' .Ketika itu perasaan ku dah mula sayu , hati ku dah mula menangis .

Hati ku terasa seakan2 kosong seketika bagai tidak mahu meninggalkan Baitullah yang tersergam indah dan hebat di hadapan ku .

Tanpa diundang dan diduga, air mata ku gugur tiba-tiba apabila aku melafazkan ayat terakhir dalam doa ku ,
"Ya Allah, ya Tuhanku,
Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba mu ini sebagai kali yang penghabisan di BaitullahMu.
Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali penghabisan
aku mengunjungi Baitullah Mu,

aku pohonkan kepada Mu Ya Allah,
syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau

ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".

Aku berjalan perlahan2 meninggalkan Baitullah dengan linangan air mata dipipi tanpa sebarang esakan. Ku biarkan saja begitu di pipi dan kering sendiri dek tiupan bayu kota Makkah yang terlalu kencang dan kuat petang itu.

Macam biasa , tiada satu gambar pun yang aku rakamkan dari tadi dan aku hanya menanti ketibaan bas yang akan tiba nanti untuk membawa kami ke terminal haji Lapangan Terbang King Abdul Aziz , Jeddah.

Azan magrib akan berkumandang tak lama lagi di kota Makkah. Ku lihat berduyun2 jemaah melintasi di hadapan ku menuju ke Masjidil Haram. Perasaan ku meronta-ronta untuk turut serta tapi apakan daya, perpisahan secara fizikal dengan Baitullah dan kota suci Makkah tetap akan berlaku.

Ketika magrib hampir menjelang , rombongan kami mula meninggalkan Kota Suci Makkah . Kami berhenti seketika sebelum memasuki bandar Jeddah untuk menikmati makan malam yang di sediakan oleh sebuah katering . Terasa berselera sekali makan malam ini hingga dengan bekas2 makanan tu aku rasa nak kunyah sekali .

Sebenarnya perjalanan malam ini terganggu sedikit kerana kesesakkan lalu lintas begitu tenat akibat ribut pasir yang melanda . Padanlah tadi angin bertiup kencang di sekitar Makkah.

Inilah kali pertama dalam hidup ku merasai bagaimana suasana ribut pasir di sini. Semuanya atas kehendak Allah jua, Dia Maha Berkuasa.



Terminal haji lapangan terbang Jeddah ketika kami sampai malam itu lenggang sungguh. Solat jamak takhir magrib-isyak didahulukan . Selesai sahaja solat, rupanya kami menghadap ke arah bertentangan kiblatnya kerana dalam ruang2 terbuka tempat solat tu tiada menunjukkan arah kiblat.

Ya Allah, ampunkan lah kami atas kesilapan ini.


SELAMAT TINGGAL MAKKAH
SELAMAT TINGGAL BAKKAH
SELAMAT TINGGAL UMMUL QURA

SELAMAT TINGGAL AL BALLAD
SELAMAT TINGGAL HARAMAN AAMINA
SELAMAT TINGGAL WAAD GHAIRU DZII ZAR'IN



Alhamdulillah
Allah telah permudahkan .

Khamis, Oktober 06, 2011

MAKKAH : BUAH TANGAN


ALHAMDULILLAH

Malam tadi selepas isyak, baru kami berkesempatan ke Kompleks Al Safwah yang bersebelahan dengan Hilton Tower yang menempatkan pelbagai gedung dan kedai .

Sempat juga kami minum segelas caramel berdua sambil mula berbual kosong merancang untuk kunjungan kami yang akan datang ke tanah suci jika dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur . Sambil tu kami dah terbayang-bayang lagi 9 tahun je lagi jika diizinkan Allah untuk mengecapi saat2 yang begitu indah semasa musim haji nanti. Namun kami serahkan semua pada Allah samada adakah lagi kami masa tu. Masa tu nanti menurut perancangan, kedua anak kami akan pergi bersama.

Semoga niat kami dimakbulkan Allah.

Niat kami malam ni adalah untuk mencari dan membelikan sedikit buah tangan seperti yang diminta oleh ibu mertua ku buat anak cucunya serta menantunya . Kerana keadaannya , kami menasihatinya agar tinggal di bilik sahaja .

Dapatlah juga mencari apa yang dipesannya seperti kopiah buat anak menantunya serta jubah2 kecil buat cucunya.

Untuk ku pula hanya sepasang gutra serta sepasang songkok aji buat kenang-kenangan sepanjang aku di kota suci Makkah, begitu juga buat anak bongsu ku yang nanti katanya nak pakai di asrama untuk ke surau .

Akhirnya kami sampai juga ke kedai di Hilton Tower kerana kami berhajat untuk mencari CD bacaan Al Quran dari imam2 Masjidil Haram yang lunak merdu suaranya

Alhamdulillah,
hanya itulah sedikit buah tangan yang kami bawa pulang dari Kota Makkah nanti selain sedikit buah tamar yang telah dibeli di Madinah tempohari.

Khamis petang malam jumaat, kami akan bertolak pulang ke tanah air.

Saat perpisahan yang pasti memilukan dengan Baitullah dan Kota Suci Makkah yang penuh dengan keberkatan.

Insyallah.


MAKKAH : حارة صغيرةالحديبية