WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : TG LEMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : TG LEMAN. Papar semua catatan

Rabu, Januari 25, 2012

CATCH OF THE DAY AT TG LEMAN : PART 1

ALHAMDULILLAH

Dalam cuti ni habis semua tanjung bapak pegi
jika tempohari ke Tg Piai yang cerita dan fotonya baru part 1 dan tak tulis n3nya lagi
bapak ke Tg Leman pula dan balik menyinggah pula di Tg Sedili

#1
HDR Version

Esok lusa entah tanjung mana bapak sampai tak tahu lagi
Tanjung Limah, Tanjung Ahmad dan entah tanjung mana lagi
yang pasti bukan Tg Pengharapan kat benua Africa tu hehehe

Kekadang seseorang individu tu memandang benda yang buruk dan usang sebagai
sesuatu yang menyemak dan tak berguna.
Tapi tidak bagi bapak kerana sesuatu yang terdapat di muka bumi ini
sebenarnya ada nilainya .

#2

Terkenang dulu masa bapak meniaga air kat pusat
peranginan terkenal sekitar HC

habis bapak kutip tin2 minuman kosong simpan baik2 dalam plastik hitam
lalu seminggu sekali dah penuh
ambil beluti dan ketok satu2 kasi penyek lalu jual pulak kat tempat besi buruk
se KG masa tu dalam RM 2.50


#3

Dapatlah juga puluh2 ringgit dan buat duit minyak kereta
sekarang ni pun surat2 khabar, buku2 naskah contoh yg tak boleh pakai lagi
dan kotak2 tak pakai menimbun kat kedai
bapak pi jual , dapat juga sekali jual RM200-300 ringgit

Kalau sesetengah orang mungkin malu nak buat benda2 mcm tu
tapi bagi bapak tidak
bapak masih ingat asal-usul bapak dulu mula2 nak hidup
pengajaran yg bapak dapat darinya ialah
selagi sesuatu pekerjaan itu halal dan boleh mendatangkan hasil
selagi itulah kita disuruh berusaha utk mengapainya

#4
Black & White

Macam bapak pernah kata,
pandanglah sesuatu itu dengan mata kasar dan mata hati
Insyallah,
kita dapat melihat dan menilai disebaliknya
begitulah juga dengan kehidupan kita ini.

#5

Setiba bapak memasuki kawasan tempat letak kereta Tg Leman
bapak dah asyik memandang je ke arah
deretan sampan2 dan bot usang ini
yang pasti dulu banyak berjasa pada tuannya

Tentu ada banyak cerita kisah suka duka
disebaliknya
lalu bapak abadikan dan terjemahkan ke lensa bapak ni

Duduk terhendap2 tepi tebingnya
alhamdulillah takde nyamuk atau agas
1/2 jam untuk beberapa shots

Which one do you prefer
catch around 5.30 pm
with AF-S Nikkor Lens 72mm 18-200 1:3.5G-5.6G II ED
+
ND Filter 72mm B+W 10 Stops
+
Photoscape
+
Dyanamic HDR

Gatal pulak lidah ni nak cakap inggeris hehehe
lama bapak tak buat english session hehehe


#6
Horizontal Fade style