WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label BANJIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BANJIR. Papar semua catatan

Rabu, Februari 02, 2011

BANJIR MCM CHOC FAT DI HC

kawasan tgh pekan
1 km je dari kediaman bapak

ALHAMDULILLAH

Banjir kat HC macam choc fat pulak, kejap ada - kejap takda
Kenapa bapak cakap mcm tu, pasal fenomena dah 3-4 hari ni, setiapkali pukul 2.00 pagi ketika air pasang dan terus akan melimpah dan membanjiri sekitar pekan HC sehinggalah ke awal pagi sekitar pukul 10.00 pagi . Nanti petang sikit dia surut kembali ketika air surut.

Esok fenomena yang sama berlaku . Kemungkinan air yang turun dari ceruk gunung dan bukit di kawasan pendalaman HC turun memenuhi sg HC sehingga tidak dapat menampung ketika air pasang. Air yang masuk ke tengah pekan pula jernih dan sejuk , rasanya air loji yg dilepaskan.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakkan yang begitu teruk di jalan2 kerana ada yang perlu pusing kembali kenderaan mereka . Kalau setakat 4wd atau Suv , insyallah. Tapi air tenang jangan disangka takde lubang kerana keadaan jalan kelihatan begitu teruk sekali akibat terendam dan terhakis. Lubang kat jalan tok sah citelah. Batu2 serta sampah sarap kelihatan di mana-mana.

Yang bestnya mcm pesta pula , terdapat gerai2 jualan ditepi2 jalan yang mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengunjung luar yg datang nak tengok banjir .

Semalam, supermarket dan kedai2 hampir 98% yang tutup di tengah bandar.

Namun , alhamdulillah. Doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T agar terhindar dari musibah ini setakat ini dimakbulkan Allah. Moga Allah terus memelihara kami dari musibah ini.


Jutaan terima kasih buat sahabat2 bapak yang sudi mendoakan buat kami dan warga HC amnya. Semoga Allah juga memelihara kalian semua dari sebarang musibah.perserta le tour yang tersalah arah


kenderaan dah stuck kat mana2

ada yg teragak
nak redah ke tak redah
salah redah, naya

mana nak pi tu, awas lobang

jam 9.30 pagi

adik nak pi keja pakai selipar je dan sinsing seluar
ni baru betul mcm banjir

masing2 redah tak ikut law
one way jadi 2 way
keadaan darurat

suv tinggi, insyallah

KFC in Venice

Selasa, Februari 01, 2011

BANJIR : SITUASI BERJAGA-JAGA

kat bawah dah lenggang
aras banjir besar dulu betul2 bawah kipas tu

ALHAMDULILLAH

Kat bahagian bawah dah hampir lenggang mcm baru kena kebas dgn ali baba dan 40 orang penyamun. Tapi minta2 dijauhkan Allah dari semua itu. Faham2 jelah, musim banjir dan orang tengah kecoh sana sini. Macam yang terjadi dulu, orang sibuk banjir tinggalkan rumah, ada penyamun tarbus pula sibuk juga tolong kemaskan juga.

Mana yang boleh diangkat telah dinaikkan kat atas, yang melekat biarkan jelah, kalau nak kena, semuakan ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya kena redha . Itu semuakan ujian dari Allah buat hambanya supaya kita masa susah atau senang sentiasa mengingatiNYA.

laci2 letak kat tempat tinggi

Mengemas ni sebenarnya penat . Pinggang rasa nak patah, tapi nak buat mcmmanakan. Syukur , masih diberi ruang dan masa oleh Allah utk mengemas berbanding mangsa lain yg tak sempat menyelamatkan harta benda mereka. Bapak kemas ni pun sebagai langkah2 persediaan awal . Kalau tak ada berlaku, syukur pada Allah.

Ingat pagi ni nak bawak turun semua barang balik, tapi pukul 2.00 pagi tadi air kembali membanjiri bandar HC dan kebetulan air pasang malam . Pagi tadi bapak jogging ingat nak pi ambik kereta kat busut jantan tu, tapi keadaan beberapa laluan di tengah bandar telah ditenggelami air semula. Menurut sumber2, kemungkinan besar air dari empangan berdekatan telah dilepaskan kerana kalau kita lihat air banjirnya jernih dan sejuk.

Jadi 2-3 hari ni , kami dinasihatkan agar berjaga2 dan berwaspada kerana tak tahu , apakah banjir besar akan berulang lagi seperti tahun 2006 dahulu. Kediaman bapak hanya sepelaung je dari bandar HC, jadi kami diminta sentiasa berwaspada.

Nanti bapak kongsikan gambar lokasi yang sempat bapak ambil suasana banjir pagi tadi jam 8.00 pagi dan sekali lagi bapak ke lokasi jam 12.00 tgh yang keadaannya nampak gaya semakin tidak baik . Moga Allah melindungi kami ssemua dari musibbah ini.

Insyallah


sumbat je mana dulu kat dalam bilik ni

ruang bapak bekerja dan berkarya juga disumbat

Isnin, Januari 31, 2011

BANJIR MELANDA LAGI HC part 1

ALHAMDULILLAH

Hujan yang turun tidak henti2 sejak 3-4 hari tanpa mengira waktu dan ketika menyebabkan HC sekali lagi dinaiki air bermula jam 10 pagi di kawasan tengah bandar . Semuanya kehendak Allah S.W.T yang Maha Berkuasa ke atas segala2nya.

Malam tadi hujannya agak lebat di kala subuh . Namun tiada tanda air sungai akan melimpah. Sejak pagi tadi jam 8.00 , hujan yang turun begitu lebat. Jadi kerja2 memunggah barang yang hendak dihantar pagi tadi agak tergendala sedikit . Lebih kurang pukul 11.00 baru semua barangan dapat dimuatkan lalu bapak pun bergegas bersama seorang pekerja . Namun sebelum tu bapak sempat meronda ditengah bandar .

Kelihatan keadaan lalu lintas sudah tidak terkawal kerana beberapa jalan utama yang menghubungkan HC dengan JB telah dinaiki air dan merbahaya buat kenderaan kecil . Polis trafik dan JPA serta Bomba telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan air akan naik .



Namun bapak teruskan juga perjalanan ke Air Tawar dalam keadaan hujan yg sangat lebat walaupun hati rasa tak sedap . Panggilan telefon dari rakan bapak menyebabkan kami berpusing kembali ke rumah bapak yang terletak tak sampai 1 KM dari kawasan banjir. Bapak terus "cancel" penghantaran tersebut .Kereta wmb terpaksa dikeluarkan dari kawasan rumah sebagai langkah keselamatan kerana sekiranya air naik, maka kawasan perumahan kami umpama pulau menyebabkan kereta tidak boleh keluar. Masa banjir besar melanda penghujung tahun 2006 dan awal 2007, hampir 20-30 buah kereta di kawasan bapak yang tak sempat dikeluarkan dan diselamatkan.

Mak Itam bawak sebuah dan bapak bawak sebuah . Puas keliling cari busut yang agak tinggi sedikit buat meletak kereta tu , akhirnya busut yang agak tinggi yang terselamat semasa banjir besar dulu menjadi tempat parking sementara .



Balik rumah, kenderaan kompeni pula bapak selematkan dan diletak di busut yang sama juga. Sebagai langkah2 awal, bapak bersama pekerja bapak pun apalagi mulalah operasi di rumah. Semua bendaalah yg ada kat tingkat bawah bawak naik atas bumbung ( tingkat 2) hehehe

Sekarang kat bawah dah lenggang , cuma peti sejuk dan mesin basuh serta dapur yg melekat tu bapak biarkan, kalau keadaan semakin buruk dan air semakin naik , barulah bapak angkat naik atas bumbung.

Minta2 keadaan semakin baik kerana sekarang pinggang bapak sakit dan lenguh selepas mengangkat barangan yg besar2 dan berat .

Ya, Allah
Jauhkanlah kami dari bala bencana mu
Hanya kepada Mu aku memohon
Semoga kau lindungi diri kami dan harta benda kami dari segala musibah





SEKIAN LAPORAN TERKINI PERKEMBANGAN BANJIR DI HC
DARI KARAM ITAM WALIA
NEWS @ SCP

Khamis, September 17, 2009

MUSIBAH DAN BENCANA : ALLAH MAHA BERKUASA

Patutnya dah dekat hari raya ni , N3 pun mengembirakan, tapi aku sengaja pilih N3 pasal musibah yang melanda kami sekeluarga bukan sekali tapi 2 kali pada penghujung 2006 dan awal 2007 sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa .

Dalam kita bergembira , jangan lupakan kedukaan org lain. Bersyukur dengan segala apa yang ditakdirkan dalam perjalanan hidup kita.Sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya.


Kenderaan terpaksa diletakkan di Simpang Pasak utk masuk ke KT




Naik bot , bayar RM 10 duit minyak


Surau Simpang Pasak


Seronok budak2 main air


4 km dari bandar


Dah mcm venice


Jabatan laut pun tenggelam





ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)


Shopping kompleks


Jam besar



Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.


Stesyen bas KT


hampir tenggelam setingkat




Pasar besar KT










Tinggal bumbung






Arked mara


Punahlah tilam





















































Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia.

Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya’: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang ?

Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’: 31).

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19).

Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, ‘Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-‘Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)


Ikutilah pengalaman kami menghadapi musibah ini dalam "SUATU CATATAN PERJALANAN"

Alhamdulillah, banjir besar telah melanda Kota Tinggi di penghujung 2006 dan sekali lagi awal 2007. Hampir 40 tahun Kota Tinggi tidak mengalami banjir besar sebegini .Banjir pertama yang berlaku sungguh tidak disangka.Kawasan perumahan kami terletak dalam kawasan bandar KT.

Aku mendapat panggilan telefon dari jiran ku mengatakan air telah mula naik sekitar pukul 2.00 pagi.Namun dia tidak menyangka akan seburuk begitu. Maka kereta yang diletakkan di dalam kawasan rumah tidak dialihkan. Pukul 4.00 pagi air semakin naik, namun mereka tidak sempat menyelamat kereta masing-masing kerana semua jalan keluar dari taman perumahan kami telah dinaiki air . Aku bersyukur dan bernasib baik kerana aku hanya menginap di rumah tersebuthanya pada hujung minggu sahaja.Namun banyak perabot dan harta benda yang tentunya akan rosak. Aku berserah pada Allah kerana dia maha berkuasa.

Banjir pertama telah menenggelamkan bandar Kota Tinggi.Tiada lagi Kota Tinggi, yang ada Kota Rendah . Air naik separas 4-5 kaki . Air surut selepas 5-6 hari. Maka bermulalah fasa selepas banjir. Kota Tinggi mcm padang jarak padang terkukur. Keadaan rumah di taman perumahan ku juga sebegitu.

Lebih kurang 15-20 kereta di situ yg tidak dapat diselamatkan.Keadaan dalam rumah tak usah cakaplah. Ini merupakan sedikit ujian dari Allah SWT. Kami terima dengan redha. Tapi kerja pembersihan perlu dijalankan.Mana yang patut dibuang perlu dibuang. Dalam rumah penuh dengan lumpur yang telah kering. Segala peralatan dan plug letrik rosak .

Setelah seminggu, aku pun mulakan fasa kedua pula, kerja pembaikan. Semua plug dan fius box perlu diganti, dinding yang terkopek di cat semula, Kebanyakan perobot ku dibuat dikilang dan terus dipasang ke dinding.Hampir 2 minggu juga , kerja2 pembaikan dan pengantian dijalankan.






Kawasan perumahan ku selepas 3 hari banjir kalai ke 2. Air belum surut lagi





Namun kuasa Allah , siap sahaja kerja-kerja pembaikan pada malam jumaat itu, hujan telah turun dengan lebatnya. Hati mula risau , namun berserah kepada Allah. Dia maha berkuasa dan maha mengetahui.Keesokannya ,lebih kurang pukul 9.00 pagi, jiran ku menalipon . Air telah mula naik di tengah bandar KT. Aku bergegas bersama seorang pekerja ku ke KT. Kami meletakkan kereta agak jauh dari kawasan prumahan kerana takut terperangkap nanti. Apa yang boleh kami lakukan ialah membuka semua pintu almari dan kabinet kerana kebanyakkan perabot ku melekat di dinding. Oven dan dapur di dry dan wet kitchen di selamatkan. Namun hood dapur ku biarkan kerana beranggapan banjir kali ke 2 ini tentu tidak seburuk yg pertama.
Mana yang patut diangkat ke tingkat atas telah di angkat. Akhirnya bertawakal kepada Allah.

Allah maha berkuasa. Banjir kali 2 lebih teruk . Ada kedai di tengah KT terus nampak bumbung je. Rumah ku juga telah ditenggelamkan hampir 8-9 kaki. Hanya sedikit lagi di dalam rumah hampir ke paras cornice.

Namun , semua yg di cipta oleh Allah SWT ada hikmahnya .Pengalaman yg tidak dapat aku lupakan semasa meredah air banjir untuk ke rumah ku separas dada . Kayu dibawa sambil mengharung takut2, ada ular yg berenang. Sepetang aku bersama pekerja di sana, melihat kerosakan dan kemusnahan sambil menyapu keluar lumpur. Yang paling menyakitkan dan mengelikan hati ialah semasa aku mencuci anak tangga dan terjatuh mengelungsur dari atas tangga .MACAM NANGKA BUSUK.




Air mula surut tapi masih ada lagi di dalam rumah






Hob wet kitchen ni terjatuh ke dalam air kerana ada bot lalu
kat belakang rumah menyebabkan ombak masuk ke dalam rumah


Dry kitchen yg rosak


Lumpur yg perlu dibersihkan


Cat terkopek di sana sini




SELEPAS BANJIR PERTAMA DI KAWASAN BANDAR

























Alhamdulillah, aku terima musibah ini dgn hati yang tenang dan redha. Ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Hasilnya kami bangunkan sekali lagi kediaman kami . Banyak keringat dan penat lelah yg tumpah , namun itu hanya sekelumit dugaan Allah SWT ke atas hambanya . Inilah hasilnya "Rumah Ku Syurga Ku" .














SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI YG BAKAL MENJELMA, KAMI SEKELUARGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN KAMI SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK SEPANJANG BLOG INI BERSIARAN

UNTUK
CL,CM,NOOR,AZ,IP,PIJAL,TIKAH,ASNIJA ,HANIS, KHAIRYN,UMMI,
MSYUK, NORMALA ,DANCING PENA
DAN RAKAN-RAKAN LAIN
SEMOGA HARI RAYA INI MEMBAWA SINAR KEBAHAGIAAN
DAN KECERIAAN BUAT KAMU SEMUA

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
INGATLAH SEMASA KITA SEMUA BERGEMBIRA
ADA INSAN LAIN YANG BERDUKA