WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 17, 2014

BANYAK MAKAN WANG A.K.A WANG MAKAN BANYAK

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

 jahat makna kat dalam logo tu hehehe

Pasti setiap kita mempunyai kenderaan . Tak kira apa jenis sekali pun, matlamatnya adalah untuk memudahkan kita ke destinasi yang dihajati. Dunia semakin moden seiring juga dengan teknologi kenderaan masa kini. Kalau dulu tiada istilah ABS, DSC, Air Bag dan banyak lagi , sekarang ini hampir kebanyakkan teknologi terkini telah ada dalam kenderaan masa kini.

Namun kegunaan seharian , yang aku suka tunggang ialah sebuah motobot kepunyaan ku keluaran kebangaan negara kita yang boleh aku kategorikan sebagai antik kerana telah memasuki usia mencecah 24 tahun yang tak punya apa2 teknologi atau istilah yang aku sebutkan tadi , tapi masih berfungsi walaupun tidak 100 %,  tetap tidak memerlukan penyelenggaraan yang banyak. Cukup sekadar menukar minyak hitam dan oil filter. Itu pun entah berapa tahun lalu aku tukar, aku pun dah lupa hehehe

Manakan tidak, dari teratak usang aku di tepi hutan ke kebun getah hanya sepelaung je. Jadi sehari , tak lebih 1-2 km je dia digunakan. Namun aku masih sayang akannya walaupun bila pagi lepas subuh aku nak pi noreh dalam gelap, aku terpaksa hidupkan lampu kecemasan pasal biasalah benda antik. Dah pulas suiz hidupkan lampu, nak kena tarik2 dengan tangan wayar yang berselirat bawah stereng tu . 

Nasib baik, hiduplah lampunya, kalau tak , tak lah hidup lampunya.Nak bukak pintu pun kena keluarkan tangan kat tingkap dan bukak dari luar . Tapi aku tetap sayang dengan dia pasal dia sentiasa mengingatkan aku siapa aku suatu masa dulu .Ia banyak berjasa pada kami dan dialah motobot pertama yang kami beli hasil keringat dan airmata 24 tahun yang lalu . Aku tak pernah rasa malu pun hingga kini nak tunggang benda antik ni walaupun sesetengah orang yang tak kenal aku pandang dan toleh dengan senyum kambing lagi hehehe

5 tahun 8 bulan yang lalu, entah macam mana aku pi lah gatal tangan "test drive Banyak Makan Wang" ni lalu aku pun belilah. Orang kata kereta melambangkan prestij, tapi bagi aku tak pun. Sama je fungsinya . Nak berlagak kat dunia yang sementara ni, apa yang kita dapat. Esok lusa mati ,masuk lubang tanah juga . Aku beli kerana pada aku Allah S.W.T dah takdirkan aku merasai sedikit kenikmatan di dunia yang Allah pinjamkan buat aku. Tak lebih dari itu . 

Tu sebab  aku tak kisah dan jarang bawak "Banyak Makan Wang" ni . Senang bawak motobot antik aku atau motobot yang isteri aku selalu bawak tu  yang usianya jugak dah masuk tahun ke 9 apabila aku pi jual getah beku aku luar kawasan. Nak bawak motobot antik tu, takut jugak dia buat hal tengah jalan sekarang ni hehehe

Barang antik, tapi sesekali aku belasah jugak sampai JB , lencun peluh pasal aircond dia tak hidup daa.Alhamdulillah, aku ni kira jenis yang cermat dan sentiasa memastikan kondisi semua  motobot  dalam keadaan baik dan mendapat penjagaan sepatutnya. Jadi bolehlah tahan lama sikit usia mereka .

Cerita Banyak Makan Wang ni pun dah nak masuk usia yang ke 6 tahun, namun "miles" atau perbatuannya masih dikira rendah dalam 50 000 ++ km je. Maknanya aku bawak dia setahun hanya dalam 8 333 km  je dan sebulan dalam 700 km je . 3 tahun pertama a.k.a 60 000 km atau yang mana datang dulu, semua urusan servis termasuk alat ganti di bawah tanggungan pengilang . Sesen pun tak perlu keluar ongkos. 

Biasalah , teknologi masa kini untuk motobot moden yang semua pakai elektronik dan komputer. Sebelum habis tempoh edah 3 tahun, ada 3-4 jugak alat ganti letronik yang mengalami kerosokan seperti speed sensor yang mengawal ke empat-empat tayarnya telah diganti percuma. Sebiji lampu LED signal yang terbakar pun menyebabkan dia gantikan keseluruhan set termasuk kiri-kanan walau yang kanan tak rosak pasal dia datang dalam kotak kiri-kanan sepasang. F.O.C.

Masuk tahun ke 6 usianya, Allah nak uji aku. DSC Hydro Pump dia telah mengalami kegagalan berfungsi a.k.a kira rosak le .Hantar buat diagnosis,cucuk ECU kat komputer,  keluar code 5df0 (pump unit faulty) dan code 5df1(pump unit plug faulty). Semua alatannya dikawal secara elektronik dan dikawal oleh unit pusatnya secara kawalan komputer. Aku complain kat Head Quaters Banyak Makan Wang ni kerana aku cakap benda tu rosak ketika miles aku pun baru 50 000 je. Aku dalam pada tu gugel kat internet pasal benda alah ni . Masalah satu dunia rupanya pasal banyak kena benda yang sama kat mana2.

Someone told me that it is commom error for the pump module 07 E9x cars and its coast a fortune to replace around USD 2 000.00

Kerana kegagalan DSC Pump ni berfungsi,maka keluarlah warning sign kat dashboard ,  maka fungi RFT , ABS dan Auto Cruise terbabit sama gagal sama sekali. Semua fungsi tu penting . RFT yang bermaksud Run Flat Tyre paling aku risau pasal motobot ni takde tayar spare. Tu sebab tayar motobot ni mahal pasal kalau pancit dia masih boleh jalan dalam 100-200 km perjalanan sebelum kita pi tampal.Tapi mesti pastikan kelajuan di bawah 100 km/jam. Dia akan mengeluarkan amaran yang menunjukkan salah satu tayar kita pancit.Tapi kerana DSC Hydro Pump je gagal berfungsi, maka fungsi RFT ni pun terbabit sama. ABS atau Anti Brake System jugak sama .Bahaya kalau bawak terlaju dan tetiba kena lakukan emergency brake. Boleh berguling motobot ni .

Bincang punya bincang punya bincang dengan pihak pengurusan tertinggi Banyak Makan Wang ni , kerana aku sorang pelanggan yang setia dan masih menghantar motobot aku ni ke sana untuk servis rutin. Depa setuju kasi aku discount 30 %. Tapi masalahnya rega DSC Hydro Pump ni hampir 12 000 henget . Depa kat sana takde main repair2, depa punya polisi , rosak terus ganti . Labour charge dan lain-lain dalam 700.00 hengget depa kata depa tanggung. 

Dah discount 30% pun masih dalam 8000 jugak nak kena keluar.Sebenarnya benda ni kat luar negara murah je macam jugak harga kereta kat sana, tapi negara kitakan banyak cukai itu ni kena bayar menyebabkan rega  benda ni berlipat ganda reganya. 

Pada aku buang duit sampai 12 ribu , baik buat benda lain.12 000 boleh buat kami pi umrah berdua.  8 000 pun pada aku masih tinggi dan tentu ada jalan penyelesaian lain. 

Biasalah, tempat aku mengadu adalah Tuhan Pencipta Sekalian Alam Yang Maha Esa , Allah S.W.T. minta petunjuk darinya .

Dalam pada tu aku gugel sebuah forum pemilik Banyak Makan Wang ni , ada satu nama workshop kat KL area Subang Jaya yang banyak dah selesaikan masalah ni . Aku pun terus call towkey dia dan dia kata boleh buat, cost 2 500 je . Buat appoiment dan suatu hari yang indah dua bulan lalu dah, aku shoot ke KL dan esok paginya aku pi workshop tu pepagi dan siap tolong bukak sekali workshop tu. Masa aku datang tu, melambak semua motobot continental dalam dan luar workshop tu . Porshe , Audi termasuklah beberapa bijik Banyak Makan Wang , banyak tersadai tunggu nak dirawati. Pasal aku datang jauh, dia terus buat aku punya .Bukan besar mana pun Hydro Pump tu, adalah besar penumbuk . Pekerja dia bukak, tapi towkey dia sendiri yang settelkan, bukak dan gantikan mana benda lektronik dan apa lagi yang rosak dalam tu.

Sebelum jumaat, dah siap pasang balik DSC hydro Pump tu, dan kena buat beberapa adjusment seperti masukkan cecair brake baru serta kena reset semula sistem komputernya .

Lepas solat jumaat , dah siap pun dan alhamdulillah Banyak Makan Wang ni dah berfungsi 100%.

Patutlah kenapa orang gelar dia Banyak Makan Wang pasal sekali bikin memang Banyak Makan Wang kalau tak kena gaya.Walau pun aku terbalikkan logo tu dari Banyak Makan Wang menjadi Wang Makan Banyak , sama je tetap kena keluar dari poket ongkosnya. 


Setiap yang berlaku , semuanya berbalik kepada Pencipta kita yang mentadbir sekalian alam dan tak terkecuali satu apa2 darinya.

Alhamdulillah,
Aku redha dan syukur , hanya ujian kecil dari Allah S.W.T buat aku.

Hakikatnya,  kehidupan kita memang penuh dengan dugaan dan ujian. Tanpa ujian dan dugaan,  hidup kita yang cuma sementara sahaja ni di dunia yang fana' pasti hambar. Sesungguhnya apa sahaja yang Allah S.W.T takdirkan menimpa diri kita, pasti mengandungi dan mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tertentu. Hikmah itu pula kekadang kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung kita tak ketahui sehingga mati.


Sabda Rasulullah s.a.w.  :
‘Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah’.

Pengajaran yang boleh diambil dan jadikan pedoman buat aku, keredaan Allah bergantung pada bagaimana kita menerima segala ujianNya. Kalau kita reda , pasti Allah akan meredai kita dan akan menunjukkan laluan yang mudah untuk kita. Akhirnya, kita akan dibimbing dalam menyelesaikan segala kesulitan dan kesukaran yang dialami dengan penuh ketenangan dan kebijaksanaan.

Sebaliknya kalau kita rasa marah atau kecewa dan tidak redha dengan apa yang telah diduga apa yang menimpa kita, kita sebenarnya  sesungguhnya telah menyebabkan Allah murka kepada  kita. Tanpa disedari, kita sebenarnya telah mencampakkan diri kita ke dalam lembah kebinasaan. Tanpa keredaan Allah dalam kehidupan, bagaimanakah kita dapat melayari bahtera kehidupan ini dengan sebaik-baiknya. Apatah lagi untuk menghadapi segala musibah dan dugaan yang juga datang daripada-Nya. Yang pasti, jiwa kita jadi tak tenteram dan gundah gulana, langkah kita akan menjadi semakin pincang dan hidup kita secara keseluruhannya, macam orang hilang arah. Mulalah kita salahkan itu ini tapi hakikatnya Allah S.W.T dah tetapkan ia sebegitu. Kalau kita jaga macammana sekali pun, kalau Allah dah kata dia nak rosak, maka rosaklah ia. 

Namun sebelum tu , pastikan konsep tawakkal kita aplikasikan dulu dan selepas tu kalau nak rosak atau ditimpa musibah yang lain, kita serah je pada Allah.


Abdul Kadir al-Jailani r.h. berkata kepada anaknya:
Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, taqdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai.”

Alhamdulillah,
sekadar sedikit perkongsian dari aku insan biasa je tanpa darjat dan pangkat serta ilmu yang cetek ,  setiap apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya dari Allah S.W.T  jua.

Sebagai penutup, ingatlah,  setiap kali solat angkat takbir dan kita baca doa Iftitah yang membawa pengertian yang besar sebenarnya :

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. 
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. 

Dan maha suci Allah siang dan malam. 
 Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. 

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. 
 Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .

Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Khamis, Ogos 07, 2014

KENTUNG TUNG,TUNG,TUNG,TUNG ...

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

kehijauan masih menyeliputi

Kehidupan ku masih diselubungi suasana kekampungan di teratak buruk ku tepi hutan yang merupakan tempat aku berteduh sejak 25 tahun lalu ketika aku menjejakkan kaki ku ke sini. Embun jantan pagi masih menitik di sini lagi sambil kokokan ayam jantan bersahutan antara satu sama lain berlawan-lawanan menunjukkan kejantanan mereka hampir setiap pagi.

Telur sebiji, riuh sekampung masih praktikal di sini di mana sekor ibu ayam bertelur, maka akan riuhlah sekampung yang mana menganggu rehat ku di dinihari kerana biasanya ia bertelur kat celah2 pasu bunga yang terdapat di sekeliling rumah.


Dulu kalau nak makan ayam kampung, tak perlu beli kat pasar. Cukup hanya malamnya berbekalkan lampu suluh dan jaring . Mengendap dan menyuluh mata mereka dan serkup dengan jaring . Mereka tidur di atas pokok keliling rumah.

Kalau 25 tahun dulu , kemudahan asas di sini tiada,letrik guna generator, air kena angkut, jalan tanah merah,  tapi kini telah berubah sama sekali. Namun yang tak berubah-ubah hingga kini  ialah penunggang motorsikalnya di sini yang punya "lesen agong". Keluar dan jalan sesuka hati dah sebati dengan keadaan di sini dan kepala mereka semua keras hingga tak perlu pakai helmet hahaha

kelihatan teratak usang aku dari kebun aku noreh

Hampir 100% peratus islam, sebuah masjid jamek tersergam di atas sebuah bukit di samping 4 buah surau yang agak besar untuk 4 buah kampung yang terletak di sini. Tok Imam bagi setiap surau di sini akan bergilir bertugas pula selang seminggu seorang di masjid jamek tersebut dan akan bertukar giliran setiap selepas solat jumaat nanti saban minggu.

Ketika aku bersiap2 menyarung celana ku untuk keluar menoreh selepas subuh tadi, kedengaran bunyi kentung , tung,tung,tung,tung,tung ....... yang diketuk berirama berbelas kali sayup2 kedengaran dari sebuah surau di kampung berdekatan. Aku tahu bahawa seorang lagi orang kampung telah kembali mengadap ilahi. Selepas itu pengumuman dibuat melalui pembesar suara tentang kematian "si polan bin si polan" serta meminta seluruh penduduk kampung agar dapat sama2 datang menziarahi dan menguruskan jenazah tersebut. Jenazah akan diuruskan bersama2 secara gotong-royong.

Suasana ini berbeza sekali dengan di bandar yang mana pengurusan jenazah yang menjadi fardhu kifayah telah mula menjadi sumber pendapatan yang lumayan hinggakan sehingga 700-800 ringgit diminta atas nama upah untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Itu belum lagi 300-400 ringgit untuk upah menggali liang lahad.

israk yang indah , kubah masjid jamek samar2 di atas bukit tu


Pasti bunyi kentung tung,tung,tung,tung yang panjang ini bukan sesuatu tanda yang menggembirakan tapi kematian itu pasti seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Ali Imran :185
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Al Jumu’ah: 8. 
"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".

Hanya di kampung je dengar bunyi kentung ni, kalau kat tengah KL kedengaran bunyi kentung ni , pasti kejap lagi ada yang buat report polis atas alasan ganguan hehehe 

Al Fatihah .

Ahad, Jun 01, 2014

PENGGUNAAN ALKOHOL SEMASA SOLAT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970 

Keputusan: 

Menurut maklumat yang di terima, alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu: 

 i)Alkohol kayu (methanol) 
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol) 

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH. Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman. 

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras. Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. 

Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.

Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan. Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan. 

Sumber : JAKIM

Islam itu indah .
Islam itu mudah selagi kita memahami dan menghayatinya . Sebagai contoh kes baru2 ini melibatkan DNA babi dalam coklat. Bagi sesetengah yang tetiba jadi gila babi sampai nak samak perut,mulut bibir dan tukar darah , cubalah bukak dulu kitab dan janganlah terus nak jatuhkan hukum.

Aku hairan kerana apabila sebut babi, dia punya "gila babi" terus menggila tanpa menyelidiki hukum-hukum yang Allah telah gariskan melalui Al Quran dan Al Sunnah sekiranya kita menghadapi situasi sedemikian. Tapi bab2 haram dan dosa  lain macam tak solat, tak puasa, rasuah serta banyak lagi yang kalau nak tulis , "mereka pandang sebelah mata je" 

Begitu jugak dalam penggunaan minyak wangi yang terdapat alkohol di dalamnya kerana hukumnya HARUS . Begitu juga apabila kita makan tapai yang mana proses pembuatan akan menghasilkan alkohol sebenarnya.

Sebagai peringatan terutamanya buat diri aku yang lemah ni , kalau aku tak tahu , aku pi "mengaji" dulu , tanya para ulama dan bukak kitab2 yang berkaitan , kemudian barulah aku buat kesimpulan.

Sedikit perkongsian dari aku yang tak belajar agama tinggi pun  sebagai menjawab sebuah komen dari seorang "Anonymous" dalam sebuah n3 aku :

Tanpa Nama Mei 31, 2014
syukur syukur jugak...alkohol kan haram..

Sebagai penutup,
No heart feeling, hukum tetap hukum.
Hanya sekadar perkongsian.

Wasalam.
 

Khamis, Mac 14, 2013

USA PART 58 : BEAUTÉ DANS LA PLUIE

ALHAMDULILLAH

Sesekali  nak jugak kecek french
BEAUTÉ DANS LA PLUIE a.k.a Beauty In The Rain

Setelah hampir sepurnama aku berada di bumi Uncle Sam, inilah kali pertama hujan rahmat dari Allah membasahi bumi San Francisco. Memandangkan ketika ini musim sejuk menghampiri kemuncaknya,maka kedinginan akibat hujan yang turun bukan kepalang lagi.

Memang bukan rezeki ku untuk merasai salju yang memutih di sini . Sebelumnya apabila aku bergerak meninggalkan Grand Canyon  tempoh hari, keesokkan harinya pula salji mulai turun di sana.Takda rezeki aku nak berguling atas salji .

Itulah dinamakan konsep rezeki sebenarnya yang kita tak tahu adakah ia akan menjadi rezeki kita atau sebaliknya . Seumpama sesuatu makanan yang dah masuk mulut kita dan cuma belum telan sahaja. Kalau Allah dah tertulis bukan rezeki kita, mau makanan tu akan tersembur atau terkeluar dari mulut kita sebenarnya

aku suka bokehnya

  


Memang takda rezeki aku sebenarnya untuk memahatkan foto kota raya San Francisco dari atas The Twin Peaks ni kerana hujan yang turun mengakibatkan kabus melindungi dan meliputi sebahagian kota San Francisco. Namun untuk tidak menghampa hasrat ku ,aku tetap panjat juga jalan yang berliku dan berputar 360 darjah ni untuk sampai ke puncaknya.

Puncak Twin Peaks ni hampir 992 kaki dari aras laut menjadikannya satu tempat tumpuan orang ramai untuk menikmati panaroma indah kota San Francisco  tak kira siang ataupun malam.

Puncak di sebelah utara lebih dikenali sebagai Eureka Peak manakala  Noe Peak untuk puncak di sebelah selatan pula. 

Jika cuaca baik pasti aku dapat merakamkan foto seperti di bawah , tapi jika sebelumnya aku takda rezeki dan berguling atas salji di Grand Canyon, kini Allah dah tulis yang aku takda rezeki nak merakamkan panorama indah dari atas puncak Twin Peaks San Francisco ni pula. 

 foto ehsan cik gogel


Cerita pasal rezeki ni, sebenarnya konsepnya mudah sahaja sebagai seorang islam dalam kehidupan seharian kita . Namun ramai individu yang kurang memahami apa yang tersirat disebaliknya apabila menyangka bahawa rezeki yang diperolehinya saban hari dan waktu adalah hasil titik peluhnya sendiri , sebagai contohnya seorang pekerja yang memperolehi kenaikan gaji adalah semata-mata kerana usahanya melakukan pekerjaan yang secara tak langsung menidakkan dan terlupa bahawa Allah S.W.T yang sebenar-benarnya yang menentukan punca rezekinya.

Satu lagi contoh mudah  , aku ni sorang penoreh getah dan penjual getah beku yang perlu sering mencari pelanggan . Aku berusaha dan puaslah cuba menjual getah beku aku dengan  Pak Akob ni hingga naik berbuih mulut berejam2 namun dia tetap tak mau beli dengan aku . Itu namanya takda rezeki setelah aku lakukan usaha yang terbaik. 

Namun tetiba aku mendapat panggilan telefon dari  Pak Amid yang aku tak pernah berurusan dengannya yang tetiba nak beli 15 tan getah beku aku, itukan rezeki dari Allah.

Sebagai menyokong hujah ku ini, kalau benar2 semua itu datang dari usaha dan keringat sendiri, tentu semua manusia di dunia ini tak kira siapa sahaja yang berkerja dan memerah keringat pasti semua dah senang lenang menikmati rezeki yang melimpah ruah sedangkan hakikatnya kita boleh lihat ada yang manusia yang berhempas pulas memerah keringat dan usaha yang berterusan, namun masih gagal berjaya . Itu menunjukkan bahawa bukan usaha sebagai penentu ,tapi sebenarnya semua itu dari Allah S.W.T semata-mata.

Ini berlaku kerana mereka agak kurang memahami hakikat sebenarnya yang semuanya itu sebenarnya datang dari Allah , namun sebelum itu Allah meminta kita berusaha dahulu untuk mengapainya dan setelah itu menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menentukannya.

Kesimpulannya , rezeki adalah semata-mata dari Allah S.W.T dan tidak dari yang lain . Namun sangat menyedihkan kerana akibat kekeliruan  memahami konsep rezeki dalam islam, ramai yang beranggapan bahawa usaha dan titik peluh mereka sendiri yang memberikan rezeki hingga membelakangkan Allah S,W.T . tanpa kita sedari .

Terima kasih Allah kerana sentiasa membuka mata dan minda ku untuk berfikir dan sentiasa menyedarkan aku agar tidak alpa dan lalai dengan rezeki yang Kau kurniakan dan sentiasa mensyukurinya  kerana apa jua yang ku miliki dan juga yang tidak aku miliki hari ini adalah datang dari Mu jua 
  
Apa jua yang ku kecapi hari ini dan juga yang tidak ku kecapi hari ini juga datang dari Mu jua . 

Semua hanyalah pinjaman .

Alhamdulillah

 
aku gagahkan diri bawah hujun renyai
sebagai melepaskan hajat nak rakamkan panorama indah
kota San Francisco dari sini

Walaupun berkabus dan hujan renyai
namun pada ku masih indah
kerana banyak yang tersirat dari tersurat
BEAUTÉ DANS LA PLUIE



ini namanya takda rezeki


laaa ni rezeki aku Allah bagi dah 3-4 hari ni
back pain datang kembali 
aku dah macam org dalam pantang pulak
pasal pakai bengkong hahaha

Alhamdulillah
    

Khamis, Mac 07, 2013

USA PART 55 : WARNA-WARNI KEHIDUPAN

ALHAMDULILLAH

Sesungguhnya hidup kita ini sebenarnya sungguh indah kerana sentiasa diserikan dan diwarnai dengan pelbagai warna-warni kehidupan .

Ada yang hitam,
Ada yang putih,
Ada yang kelabu taik anjing,
Ada bak warna pelangi yang indah.







Paling best jika semua warna kehidupan yang kita pernah rasai dan kecapi yang juga telah membentuk jati diri sendiri. Pasti kita semua pernah merasai peristiwa pahit dalam kehidupan yang semesti kita sama kan pula dengan warna hitam dalam kehidupan.

Apabila kita merasai sesuatu yang indah pula, pasti kita samakan dengan warna putih kehidupan.

Kalau yang kelabu pula pasti kita samakan dengan kehidupan yang kita lalui kira tak putih dan tak hitam dan macam "blur" je.

Aku dah rasa semua nikmat warna-warni kehidupan .

Aku rasa seronok sangat menikmati warna-warni kehidupan yang Allah kurniakan pada ku dari dulu hingga sekarang . Menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran walaupun kekadang sebagai manusia yang penuh kekurangan dan kelemahan , terasa akan keperitan hidup ini dengan serba kekurangan dan kelemahan suatu ketika dulu .

Aku pernah merasai dihina dan dipandang sinis , namun kehidupan harus diteruskan . Adakah kita harus mengalah dengan hanya hinaan dari sesama manusia kerana kita serupa je di sisi Allah .

Begitu juga sebaliknya, adakah kita merasa bangga diri dengan pujian yang melambung dari  sesama manusia yang juga sama pada pandangan Allah. 

Duniakan hanya sebuah pentas opera. Tapi terpulang pada kita nak corakkan samada opera tu "opera cina" yang sinonim dengan bunyi "tungggggg. tingggggg" atau "opera melayu" yang penuh dengan sifat hasad dengki yang dah tersemat sejak zaman si kitul lagi semasa Melaka jatuh ke tangan penjajah dulu.






Semua warna kehidupan yang Allah kurniakan pada kita pasti mempunyai hikmah dan rahsia yang tersembunyi yang perlu kita renungkan dan fikir-fikirkan.

Namun itu tak pernah memadamkan hati dan perasaan aku untuk terus menikmati kehidupan mengikut apa yang Allah kurniakan pada ku ketika itu kerana prinsip kami berdua, kalau sikit gitu Allah bagi, sikit gitu jugalah kami manafaatkan dan raikan dan begitulah sebaliknya. Yang pasti, warna-warni kehidupan yang Allahh kurniakan kepada kita , kita raikan dengan sebaik mungkin dan tidak melanggar batas2 dan prinsip islam.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan dan mengurniakan kepada kami warna-warni kehidupan dalam pelbagai warna .





Sebagai tanda terimakasih kita pada Allah yang menyinari kehidupan kita sebagaimana ia menyinari bumi dengan limpahan cahaya mataharinya, apa kata sama-sama amalkan solat sunat israk di pagi hari selepas matahari naik lebih kurang segalah sebagai amalan harian.

Apa kata kalau kita selalu mulai aktiviti pagi kita dengan update blog atau atau update status kat FB dan apa jua pun yang kita update, kali ni kita ubah sikit selepas matahari naik segalah, kita updated amalan kita dimulai dengan solat sunat israk pula.

Memang memula tu pasti agak sukar , tapi percayalah, lama-kelamaan pasti ia menjadi terapi dalam memulakan  pagi yang indah dengan kilauan warna-warni kehidupan.

Bukan lama pun dalam 2-3 minit je kita luangkan masa untuk tu serta 2 rakaat je . Kalau kita memandu kereta dan berblog 2-3 jam boleh, takkan lah 2-3 minit kita tak boleh luangkan untuk amalkan solat sunat israk ni dan berdoalah nanti seperti disarankan :






JOM LAYAN BEBERAPA LAGI KEPING FOTO
WARNA-WARNI DISNEYLAND PARADE 
NI SEBAGAI TERAPI MATA

SEMOGA KEHIDUPAN KALIAN HARI INI
DIWARNAI DENGAN WARNA-WARNI KEBAHAGIAAN
INSYALLAH







Isnin, Mac 04, 2013

PART 53 USA : IKUTLAH SALURAN YANG BETUL DAN DIBENARKAN

ALHAMDULILAH

LGBT adalah singkatan untuk Lesbian, Gay, Bisexsual and Transgender.

Senang cerita maksudnya semua boleh kot

Tak kira lelaki sesama lelaki ke atau wanita sesama wanita ,atau lelaki pun boleh dan wanita pun boleh ,  lobang depan atau lobang belakang sama je dan  takda beza.

Lobang tu kawan dia punya pun dia boleh "sesah" sesama dan ramai2 kongsi .

Suatu hari aku rasa bila depa kepingin lobang di hidung, mau dia tutuh juga.

Maaf sekiranya bahasa yang aku gunakan agak kasar .

Sebenarnya masalah ini telah wujud sejak zaman Nabi Allah Luth lagi hinggakan Allah menurunkan bala bencana yg amat dahsyat ketika itu hingga melenyapkan kaum tersebut.

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah "Al-Anbiyaa" ayat 74 dan 75 , surah "Asy-Syu'ara" ayat 160 sehingga ayat 175 , surah "Hud" ayat 77 sehingga ayat 83 , surah "Al- Qamar" ayat 33 sehingga 39 dan surah "At-Tahrim" ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya sedangkan suami mereka adalah Nabi .



ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًۭا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ٱمْرَأَتَ نُوحٍۢ وَٱمْرَأَتَ لُوطٍۢ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَٰلِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًۭٔا وَقِيلَ ٱدْخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّٰخِلِينَ

Surah At-Tahrim, Ayat 10 

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

Adakah kita mahu menafikan permasalahan ini sedangkan ia telah tercatat dalam kitab suci kita selama ini agar diambil perhatian, ikhtibar serta pengajaran daripadanya.


Sebenarnya banyak peninggalan sejarah untuk kita renungi dan mengambil ikhtibar darinya antaranya keruntuhan dan lenyapnya dari muka bumi kota Pompei yang Allah turunkan bala bencana yang amat dahsyat ketika itu hinggakan dapat kita lihat peninggalannya dalam bentuk benda maujud antaranya  manusia yang dah jadi keras dan kejung mcm patung sedang syok dok tutuh belakang kawan dia semasa bala bencana tu berlaku. 

Sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita dan kita ambil ikhtibar darinya. Allah turunkan bala bencana ketika itu akibat perbuatan maksiat terlampau yang berlaku secara terang-terangan dan berleluasa.

Apabila Allah turunkan bala bencana, semua pasti merasainya tak kira kaki bontot ka,lesbian ka, tok imam ka waima tok kadi maupun bloggers.


Perbuatan dan maksiat yang dilakukan oleh penduduk Kota Pompei ketika itu seakan sama dengan perbuatan maksiat yang melampaui batas yang dilakukan oleh penduduk Sodom dan Gomorah.  

Maksiat sudah menjadi suatu yang lumrah pada masa itu di Pompei seumpama meneguk segelas air dan ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan yang sangat mengejutkan dari keruntuhan kota Pompei yang ditemui semula oleh para arkeologi .Kota Pompei akhirnya hilang dimakan dan ditelan bumi. 

Maukah kita juga menerima nasib yang sama???
Tepuk dada, tanya selera ....



Di Los Angeles sendiri di kawasan Down Town Hollywood kelihatan bendera bagi kaum LBGT ini yg boleh kita kenali dengan corak warna pelangi berkibar megah menandakan kehadiran mereka yang mendiami kejiranan tersebut tanpa perlu berselindung lagi.

Di sini juga "Gay and Lesbian Centre" melambak untuk mereka menjalanlan aktiviti secara sah kerana undang2 California membenarkannya.
 

Sebenarnya corak pemerintahan dan pengubalan undang-undang di US agak berbeza sama sekali dengan negara kita kerana di US setiap negeri yang berjumlah 50 buah semuanya mempunyai kuasa mutlak terhadap pengubalan undang-undang mengikut kehendak mereka masing2 tanpa memerlukan kelulusan kerajaan pusat di bawah pemerintahan Mr Presiden.

Ada negeri di America seperti California   menyokong aktiviti songsang ini dan meluluskan undang2 yang menghalalkan perkahwinan sejenis buat golongan ini manakala ramai juga negeri dan majoriti penduduk America sendiri pun membantah dan menghalang kerana ini semestinya telah menyalahi peradaban manusia yang pasti akan mencipta keruntuhan bukan sahaja dari segi akhlak, malah lebih dari itu.

Namun ketika ini walaupun undang2 perkahwinan sejenis telah diluluskan di California, namun Mahkamah Persekutuan America sedang melakukan proses undang-undang menurut kapasiti mereka untuk membatalkan undang-undang tersebut. Ini menunjukan bahawa perkahwinan sejenis ini mendapat tentangan sebenarnya dari pihak majoriti.
  
Sebenarnya bukan hanya agama islam menentang perbuatan dan aktiviti perkahwinan sejenis, malah agama-agama lain seperti kristian dan lain2 juga membantah keras kerana ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama memasing .



Golongan ini cuba menghalalkan aktiviti ini atas dasar "hak individu" sendiri tanpa perlu orang lain campur tangan. 

Kalau di San Francisco , sebuah petempatan yang tidak asing lagi dikenali sebagai The Castro District di Eureka Valley merupakan sebuah petempatan yang sah bagi golongan ini.
 
Jangan terperanjat jika kita bisa ketemu pasangan sesama jenis jalan berpimpin tangan ,berpeluk-pelukan malahan berkucupan sesama sendiri dan ramai antara mereka bukan calang2 orang kerana ramai yang berkelulusan tinggi dan bekerja secara profesional. Kalau lihat susuk tubuh mereka yang lelaki, pasti kita tak sangka mereka cenderung kepada hubungan sejenis. Yang perempuan pun begitu .
  

Tu sebab aku mengatakan jika Kota Vegas menjadi pusat perjudian yang terkenal seantero dunia, namun bagi aku Kota San Francisco sentiasa dilaknat Allah kerana aktiviti maksiat yang terlampau ini berlaku secara terang-terangan kerana undang2 di California membenarkan perkahwinan sejenis.

Kerana ramainya golongan ini di kota San Francisco, maka tak hairanlah pada setiap tahun dapat disaksikan LGBT Parade antara yang terbesar di dunia diadakan saban tahun. Yang lelaki akan berpakaian seksi seolah2 perempuan dgn hanya bercoli dan berseluar dalam perempuan manakala yang perempuan pula dari golongan lesbian sebaliknya .

Kini kebanyakkan kota2 besar di dunia mula menjadikan perarakan ini suatu acara rasmi hinggakan kota Sao Paulo pernah diiktiraf dalam Guinness World Record sebagai penyertaan paling ramai golongan LBGT sempena perarakan kali ke 13 melibatkan hampir 2.5 juta pengamal LBGT. Angka ini sungguh menakutkan kerana di sini terbukti ramai sebenarnya yang terlibat dalam permasalahan ini.

Kat San Francisco ni , semua yang bermula dengan perkataan Gay seperti Gay Shopping Mall, Gay Cafe dan bermacam-macam lagi merupakan tempat tumpuan dan pertemuan golongan ini dan kini telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang kebanyakkannya  golongan LGBT untuk datang ke sini terutamanya di Castro District. 

Dunia semakin menuju akhir zaman.
Dunia semakin menuju keruntuhan akhlak dan peradaban.

Mungkinkah Tanah Melayu  bakal  menerima nasib yang sama???
Aku katakan demikian kerana perkara ini telah menular di kalangan masyarakat kita sebenarnya tanpa kita sedari betapa seriusnya masalah ini dikalangan anak-mudi kita.

Pengkid, gayboy bersepah di mana2 sekarang tanpa ada rasa segan silu.

Sesuatu harus dilakukan sebelum Tanah Melayu menerima nasib yang serupa

Marilah sama2 kita berusaha dan berdoa agar masalah ini yang mula menjadi masalah global tidak menjadi barah dalam masyarakat kita.

Moga golongan yang telah terpesong dan tersesat ini diberi taufik dan hidayah agar kembali kepada peradaban manusia yang sepatutnya dan juga kembali kepada fitrah alam dan fitrah kejadian manusia .

Insyallah  

Khamis, Februari 28, 2013

USA PART 52 : SELAMAT TINGGAL ALCATRAZ

ALHAMDULILLAH

Tadi sebelum aku naik ke atas sel The Rock, sebenarnya aku sempat melayan hampir 1/2 jam dengan sekor burung ni yang nampak jinak . Tapi bila aku nak menghampirinya, dia lari .

Lalu aku pun tembaklah ia dari jauh je 

Aku pun tak tahu burung apa ni.









Suasana menjadi semakin dingin menjelang tengahari di Alcatraz. Kemungkinan besar akibat tiupan angin yang semakin kencang menbadai Teluk San Francisco.

Aku meninggalkan sel utama The Rock  dengan sejuta kenangan dan pengalaman yang sukar dilupakan. Walaupun ia hanyalah sebuah binaan usang yang pernah menempatkan para penjenayah yang hebat di zaman mereka, namun apa yang dapat aku simpulkan adalah segagah2 kita di dunia , sehebat-hebat kita di dunia, kehidupan kita pasti berakhir nanti di sebuah persimpangan di akhirat kelak . Hanya ada 2 persimpangan sahaja ketika itu samada ke persimpangan ke syurga atau persimpangan ke neraka.

Ketika itu sudah pasti, kita tidak akan boleh berpatah semula untuk memperbaiki kesilapan masa silam semasa kita dipinjamkan oleh Allah S.W.T "sekeping nyawa" . Segala amalan dan perbuatan kita ketika hidup dulu akan dihitung dan ditimbang dengan seadil-adilnya tanpa ada sebarang "penyelewengan" ketika itu kerana yang pastinya kedua malaikat yang berada di kiri kanan kita ketika kita hidup pasti tidak terlepas mencatatkan apa saja perbuatan yang kita lakukan.

Ketika itu akhirat atau hari pembalasan telah tiba yang mana Allah S.W.T telah mengambarkan dalam kitab suci Al Quran dengan pelbagai nama seperti :

• Yaumul Barzah - Alam kubur
• Yaumul Zalzalah - Hari Kegoncangan
• Yaumul Mizan - Hari Penimbangan
• Yaumul Hisab - Hari Penghitungan
• Yaumul Qariah - Hari Keributan
• Yaumul Din - Hari Agama
• Yaumul Akhir - Hari Penghabisan
• Yaumul Ba'ats - Hari Kebangkitan
• Yaumul Jaza' - Hari Pembalasan
• Yaumul Fahel - Hari Keputusan
• As-Sa'ah - Masa
• Al-Ghasiyah - Penyelubungan
• Yaumul Hasyir / Yaumul Mahsyar - Hari Berkumpulnya manusia di Padang Mahsyar
• Al-Waaqi'ah - Peristiwa Kiamat


Walau macam mana kehebatan yang diperkatakan oleh manusia beratus tahun sudah tentang Alcatraz, namun pasti tidak terlawan walaupun sebesar zarah sekali pun walaupun dengan  Yaumul Barzah, inikan pula dengan Al-Waaqi'ah.

Ketika itu ,sesiapa pun yang pernah diberikan kehidupan oleh Allah termasuklah kita dan juga para banduan tegar yang pernah terpenjara di Alcatraz pasti bertemu dengan hakikat sebenarnya ketika itu suasana hari pembalasan yang maha hebat berbanding terpenjara di Alcatraz ketika itu.

Selamat tinggal Alcatraz.
Sayonara .



rumah mayat menempat banduan yang mati
depa kunci dan seal dari luar
hanya boleh jengok kat lubang kecil je










ada berani night tour