WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH DISEMBER 2011 : SINGAPURA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA DI BUMI ALLAH DISEMBER 2011 : SINGAPURA. Papar semua catatan

Ahad, Januari 08, 2012

KOTA SINGA PART 13 : GYM AT HARD ROCK HOTEL

ALHAMDULILLAH

Selain kolam renang dan pantai buatan di HRH, di sini juga terdapat sebuah gym yang besar serba lengkap dibuka 24 jam untuk kemudahan penginap . Aku tak lepaskan peluang menggunakannya semaksimun mungkin semasa aku berada di sini.

Pagi ni lepas subuh , aku masuk lalu berbasikal selama 20 minit juga sampai naik kebaslah jugak montot aku yang comel ni . Menjejes peluh memercik , tapi tak perlu risau kerana tuala2 kecil banyak disediakan, tapi lepas pakai jangan lupa campak dalam bekas yang disediakan .

Cerita pasal bersenam ni , ingatan berputar berpuluh tahun dahulu masa tengah gila main takraw. Aku bawa balik bola sebijik . Masa tu bola cap jengking atau lebih dikenali bola scorpion . Aku ikat dengan tali kat dahan pokok rambutan tepi rumah dan mulalah aku melibas bola tu hingga kekadang bola tu libas aku balik . Manakan tak, bola tu aku ikat dengan tali . Tulah keja aku petang lepas balik sekolah .


Masa tu mana ada gym2 macam ni . Jadi aku buat buat beg pasir dari kain , dalamnya letak pasir dalam sekilo dua lalu diikat kat betis dan buat jogging tetiap hari , tu yang sampai sekarang betis dan peha aku besar hehehe

Tapi hujung tahun 1995 kalau tak salah aku , kecederaan teruk lutut sebelah kanan menyebabkan aku terpaksa melupakan aktiviti sukan ku , 6 bulan pertama lutut aku langsung tak boleh dibengkokkan, tetiap hari ada orang datang rumah urut .

Aku terus pencen dari main takraw dan kebetulan pula aku masa tu meniaga air kat cafe disebuah pusat peranginan terkenal di HC. Salah buat air je, aku telan air tu pasal takmo membazir , mana tak kembung perut aku kalau hari2 yang terlalu sibuk sampai 6-7 gelas salah order.

Akibat daripada tidak dapat langsung menjalankan pelbagai aktiviti sukan yang dah sebati dengan diri ku , maka kadar metabolisme badan aku menurun dengan drastik sekali menyebabkan badan aku pun naik dengan drastik sekali bagai dipam-pam hehehe

Kalau perempuan mengandung 9 bulan dah lahirkan anak, aku ni mengandung tak beranak2 , kira bunting gajah le ...

Sampai aku pun dah tak kenal bentuk badan aku sendiri bila pandang cermin, nasib baik bangun tidur aku tak menangis bila tak nampak ................ hahahahaha
Kalau aku rendah , kira macam bongsai la gamaknya, syukur ketinggian ku hampir 6 kaki.


Akibatnya , maka tahun 2007 sebelum aku pergi haji, penyakit darah tinggi mula dapat dikesan kerana faktor kenaikkan berat badan hingga dah mula nak masuk peringkat obesiti . Sebelum pegi haji , aku dah mula sikit2 jogging dan balik haji pula, aku mulalah tingkatkan aktiviti ringan beriadah dan bersukan dengan jogging pelan2 dalam 20-30 minit sehari , tukar gaya pemakanan dengan mengambil oat setiap pagi dan minum susu tepung nesvita yang boleh mengurangkan kolestrol .

Alhamdulillah, semua usaha itu dengan diiringi doa agar dipermudahkan Allah membuahkan hasil walaupun memakan masa hampir 4-5 tahun juga dan kini dah mula dapat BMI yang ideal semula . Yang paling seronok selesa sungguh nak duduk antara dua sujud mcm 4-5 tahun dulu.

Aku lakukan semua ini bukanlah kerana aku nak nampak muda atau nak nampak slim, tapi demi menjaga kesihatan ku dikemudian hari nanti dan takut akan menyusahkan pula ahli keluarga ku sendiri yang terpaksa menjaga ku pula bila penyakit 4 serangkai dah menyerang seperti darah tinggi, kecing manis, jantung dan buah pinggang. Memang semua penyakit datang dari Allah, tapi agama kita mengajar kita agar tahu menjaga kesihatan .Selebih tu kita serahkan pada urusan Allah.

Jangan terperanjat kalau aku kata aku berjaya menurunkan berat badan dalam 30 kg dalam masa tersebut . Semuanya sebenarnya dengan izin Allah jua . Terima kasih pada mak itam yang menyediakan sarapan oat aku setiap pagi . Kini tekanan darah aku dah mula normal kembali sejak setahun dua dan aku tak makan lagi ubat darah tinggi .

Kini kebanyakkan seluar2 masa aku mengandung 4 tahun sudah tak boleh pakai pasal terlondeh dan sekarang agak senang aku nak beli seluar kerana ada saiz aku berbanding dulu .

Terima kasih Allah kerana semuanya berlaku dengan izin mu jua
Terima kasih Mak Itam kerana sediakan aku sarapan berkhasiat setiap pagi

Namun aktiviti makan2 kami hujung minggu tetap macam biasa dan asam pedas tetap aku balun kalau ada depan mata tetiap hari hehehe

Tu kat bawah , asam pedas ikan tenggiri sedang dimasak mak itam buat hidangan kami berdua tengahari ni hehehe

Alhamdulillah
Allah menghindari diri ku dari penyakit2 kronik dan merbahaya , cuma sakit belakang dan pinggang ni je kena berhati2 kerana ia tetap datang kembali bila angkat barang berat hingga lupa dunia hehehe


Jumaat, Januari 06, 2012

KOTA SINGA PART 12 : MISTERI JALAN LAMA , ADA YANG NAK MENUMPANG

ALHAMDULILLAH

Tempohari masa aku ke sini, sempat juga aku naik bas takde bumbung ni mengelilinggi persekitaran Orchard Road . Bayarannya hanya 10 dollar untuk lebih kurang 30 minit. Kalau nak menikmati cahaya lampu yang menerangi Orchard Road, inilah cara yang terbaik berbanding naik kereta. Cerita takde bumbung ni, mungkin masa kami naik, tentu sekali ada yang "menumpang sama" kerana takde bumbunglah katakan.

Dalam jam 11.00 malam juga baru kami beredar meninggalkan Orchard Road melalui Tuas . Tersangkut dalam 1/2 jam juga kerana terdapat kemalangan berhampiran KIK Tuas menyebabkan sebuah kereta plet Malaysia yang melanggar dinding kongkrit tepi jambatan lalau terbakar manakala dua buah kereta plet singapore tak sempat mengelak lalu menyondol sesama sendiri .

Alhamdulillah, masa tu pihak bomba dah siap2 alihkan kereta , kalau baru berlaku, mau 2-3 jam tersangkut.




Melepasi jambatan dan masuk ke lebuhraya di kawasan Gelang Patah, aku berhenti seketika di R&R, cuci muka dulu takut mengantuk lalu berdesup dalam 180 juga krn dah hampir pukul 12 tgh malam juga. Mak Itam dan anak aku dah lelap, aku je kalau lelap sama , karang ke parit.

Tetiba tengah highway yang lenggang, berdenting warning di paparan aku menandakan pintu sebelah kiri mak itam terbuka . Sapalah pulak yang buka tengah2 malam buta ni dalam gelap kat tengah lebuhraya sedangkan sepatutnya dia dah terkunci secara automatic . Aku tanya mak itam , dia kata dari Orchard Road lagi , dia tak buka pintu langsung.

Aku takda syak lain, mungkin ada yang nak menumpang ni kat tengah2 kegelapan malam di kawasan lebuhraya di Gelang Patah tu. Tu yang dia main bukak je tanpa beri salam atau ketuk pintu.Kalau tak rapat dari tadi, pasti warning dgn bunyi sekali keluar "pintu tak tutup,pintu tak tutup....."

Lagi satu dulu kawasan ni memang hutan belantara dan tempat kapalterbang jatuh dulu kat area Tg. Kupang, Gelang Patah.

Alhamdulillah,
Allah sentiasa melindungi kami kerana telah menjadi amalan ku dari dulu, bila naik je kereta kebal, aku dahului dengan doa dulu lalu Ayatul Kursi dan Al Fatihah.

Aku tak panik lalu teruskan perjalanan sampai tol Perling dan berhenti kat tepi , mak itam tolak pintu sebelahnya memang sah bukan tutup tak kuat, malah seolah2 tak tutup langsung mcm ada benda yang bukak pula.

Tutup balik dan aku buat dek je teruskan pemanduan ku kerana aku mahkluk Allah dan benda tu pun mahkluk Allah, jadi tak perlu takut padanya kerana yang berkuasa adalah Allah S.W.T jua

Alhamdulillah





Selasa, Januari 03, 2012

KOTA SINGA PART 11 : SEKADAR GITAR USANG

ALHAMDULILLAH

Aku capai dslr aku lantas turun ke hadapan pintu masuk utama HRH ketika malam mula merangkak . Aku sempat merakamkan beberapa keping foto di sini dalam kegelapan malam . Gitar yang tersergam indah namun kaku segera mengembalikan ingatan ku hampir 22 tahun lalu ketika aku pertama kali menjejakkan kaki ke "tepi hutan" di mana ketika itu bekalan elektrik masih belum ada lagi .

Hanya generator rumah Pak Dollah yang menyinari malam kami . Tapi hanya dari pukul 7.00 malam dan akan dipadamkan sebelum jam 12 malam dengan bayaran 20 ringgit sebulan . Pagi nanti dari subuh hingga jam 7 nanti, akan bernyawa kembali generator usang itu.

Tiada hiburan malam ketika itu walaupun sebuah peti television . Hanya radio transistor buruk kekadang menemani kami yang tinggal bujang serumah bersama Baba dan entah sorang lagi aku pun dah lupa namanya . Yang pasti namanya bukan Syaban, Syawal atau Ramadhan.

Apabila bateri eveready merah yang memberi nyawa pada radio usang itu mula lemau, maka hanya bunyi cengkerik dan riang-riang sahaja yang menjadi santapan halwa telinga . Itu lebih baik dari bunyi sang kelembai yang mengilai di waktu malam.



Untuk menghilangkan kebosanan malam ketika mata bujang belum lagi mengantuk, lantas aku akan melayan sebuah gitar kapok usang menyanyi lagu2 puisi nyanyian Ebiet g Ade dan Zubir Ali . Itulah hiburan kami ketika itu bukan seperti anak2 bujang sekarang .

Apabila lampu terpadam sendiri kerana cukup tempoh seperti perjanjiannya dengan pak Dollah , maka mulalah kami melabuhkan tubuh diatas tilam span nipis . Mata terpejam , namun mulut masih bercerita hinggalah suasana senyap begitu sahaja sambil masing2 melayan hati dan perasaan masing2 hingga mata terpejam.



Itu cerita aku masa muda belia dulu dan walaupun dah berpuluh tahun aku tak memegang gitar , namun cord2 minor dan major masih aku ingat seperti mana aku tidak dapat melupakan asal usul ku serta perit jerih mencari rezeki di tepi hutan belantara yang kini sedang pesat membangun merubah wajah asalnya dulu yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian.

Dunia pasti berubah dan begitulah juga kehidupan kita yang semestinya berubah ke arah kebaikkan kerana dunia hanya sementara , akhiratlah yang kekal buat kita selama2nya seperti firman Allah S.W.T dalam Surah Maryam ayat 39 :

"Dan berilah peringatan kepada mereka berhubung hari penyesalan, iaitu ketika kesemua perkara telah diputus dan mereka selama ini berada dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman"



Jumaat, Disember 30, 2011

KOTA SINGA PART 10 : INDAH MALAM YANG MENGASYIKKAN

ALHAMDULILLAH

Foto ini dirakamkan dari jendela bilik penginapan kami . Rasanya dalam hampir 11 malam ++ juga ketika mak itam dan anak bongsu kami telah nyenyak tidur . Aku memang tak bawak lappy kali ni , tu yang abang tidur awal . Lagi pun dah kepenatan mereka aku ayak ke hulu ke hilir menaiki SMRT .

Suasana indah yang sempat aku rakamkan dalam keheningan malam tanpa hiruk pikuk amat aku syukuri . Lupa seketika masalah duniawi apabila aku leka memetik lensa ku.


Macam aku cakap tadi , kalau aku bawa lappy sekali, tentu abang tgh mengadap FB . Cerita pasal FB, aku sampai sekarang entah kenapa kurang berminat . Tentu sesetengah individu mengganggap aku ketinggalan zaman . Aku account FB pun takdak hehehe

Sebenarnya setiap teknologi atau alat yang dicipta mempunyai kebaikkan dan keburukkan . Terpulanglah kepada penggunanya samada utk kebaikkan atau sebaliknya . Kalau di salah gunakan , tentu akan memberikan kesan yang tak baik . Tapi kalau digunakan untuk kebaikkan tak kiralah blog atau FB atau Twitter atau Skpe, maka baiklah kesudahannya.

Cerita pasal FB ni , baru2 ni seorang yang aku kenal yang sudah agak berumur juga baru berpisah dengan isterinya akibat cinta terlarang isterinya di FB dengan bekas kekasih lama yang dapat dihidunya . Aku geleng kepala kerana kalau budak2 umur 20 han sebegitu , tentu akalnya boleh kita kira belum "masak" sepenuhnya. Ini dah berumur dan beranak pinak serta usia perkahwinan bukan setahun jagung , tapi masih boleh lagi terperangkap dengan perkara2 sebegitu.

Ambil perkara2 sebegini sebagai iktibar dan pengajaran agar kita tahu batas2 pergaulan walaupun dalam FB dan juga di alam maya kerana benda alah bertanduk dua tu sering membisikkan kata2 indah agar terjerumus ke kancah sebegitu.




OK , kita tinggalkan bebelan ku tadi kerana aku memang asyik leka memandang lampu di atas bumbung serta balkoni yang akan bertukar warna setiap beberapa minit menjadikan kawasan persekitaranya begitu indah,indah dan mendamaikan .

Kejap dia tukar oren, kejap dia tukar purple, kejap dia tukar entah apa2 warna yang menyebabkan banyak juga shots aku malam ni .

Nasib baik kolam renang tu tak 24 jam beroperasi, kalau tak tentu aku dah terjun dari balkoni bilik aku ni hehehe



Selasa, Disember 27, 2011

KOTA SINGA PART 9 : CRANE DANCE


ALHAMDULILLAH

Crane Dance

Suatu pertunjukan animatronik yang setinggi 10 tingkat. Ia direka oleh pemenang 4 kali anugerah Emmy , Jeremy Railton . Mengisahkan tentang sepasang kren yang jatuh cinta dan mendoakan kemakmuran untuk para tetamu.

Bertempat di Water Front dalam kompleks RWS bermula jam 9 malam. Pada mulanya aku pun tak tahu apakah bentuk pertunjukkannya . Kami mengambil tempat disebelah tepi kerana ditengah2 telah dipenuhi oleh penonton . Pentas terletak di tepi gigi air dengan tempat duduk ala stadium mini terbuka manakala benda alah tu kat tengah2 air . Pertunjukkan ini percuma kepada para penonton .

Tepat jam 9 malam , maka bermula pergerakkan kren jantan diikuti kren betina dengan diiringi muzik latar . Memang menakjubkan kerana pancaran cahaya berwarna warni diikuti dengan semburan air seiring dengan muzik dan tema cerita percintaan kren jantan dan betina gamaknya. Takkan nak dua2 kren jantan , itu gay namanya yang sekarang gejala tersebut semakin menular di kebanyakkan negara termasuklah negara kita sendiri.Ditakuti Allah menurunkan bala bencana macam yang diturunkan pada kaum Nabi luth.

Asy-Syu’araa’ 160-168
“Kaum Luth telah mendustakan rasulnya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”.

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

Mereka menjawab “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir”.

Luth berkata ‘Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ‘.”


OK lah , layan jelah foto-foto yang sempat aku rakamkan malam itu dalam pertunjukan yang mengambil masa hampir 1/2 jam juga. Tak larat nak berceloteh kerana hari ini aku dan isteri temankan anak ku puasa nazar dan tadi kami balik ke teratak tepi hutan yang dah lama tak balik. Rumput dah tinggi pinggang , kalau ada ular pun tak nampak lalu aku capai mesin rumput lalu zapsssssss . Satu sessi sebelum zohor dan satu sessi lagi sebelum asar dan nak hampir siap. Tapi keletihan punyalah terasa . Ni aku asyik togak air kosong je dah 4-5 gelas .

Good night everybody.
Sweet Dream.

Wasalam










semburan air dengan suluhan lampu berwarna-warni
diiringi muzik latar menjadikan pertunjukkan begitu menarik dan hebat