WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label CERITA SUKA-SUKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA SUKA-SUKA. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 05, 2014

EDISI RAYA : KETUPAT RENDANG DAN SEWAKTU DENGANNYA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari . Rasanya baru je mula puasa 1 Ramadhan, tup-tup, 1 Syawal mengetuk kembali dengan sambutan Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan buat umat islam dan tentu yang berjaya melalui puasa dan dahaga dengan erti kata sebenar seperti yang dituntut oleh Islam sungguh bertuah. Insyallah.

Jumaat lalu , dua hari lagi sebelum Syawal menjelma, aku meninggalkan teratak ku menuju ke KL. Kalau kebiasaannya penduduk kota berpusu meninggalkan kota raya, aku pula menuju ke sana . Kampung halaman isteri ku terletak di ibu kota. 

Tiada lagi kemanisan suasana raya di kampung halaman ku sendiri kerana kedua orang tua ku telah kembali mengadap ilahi. Hanya pusara mereka yang tinggal untuk aku ziarahi .

 
rendang ayam tengah mendidih dalam kuali


Molly, Teddy serta Penny aku angkut sekali balik KL. Mereka tidak dihantar ke Hotel Kucing . Aku masukkan dalam satu carrier besar letak kat tengah-tengah tempat duduk belakang kiri-kanan anak-anak aku. Anak dua, anak kucing tiga dan bini satu, sarat bonet kereta lembu aku hahaha

Bawak keta malam dalam bulan puasa kurang sikit mengantuknya berbanding siang. Siang rasa nak lelap je mata, karang lelap terus ke gaung ketanya hehehe

Semua dah senyap terlena , cuma Penny je lagi tadi mengiaw . Carrier yang bawak tiga ekor tu besar dan luas muat untuk tiga ekor. Tapi biasalah, mesti Molly nak duduk kat depan carrier tu mengadap depan yang buat Penny tak puas hati .

JB-Air Hitam macam biasa agak banyak kenderaan malam tu . Sikit jalan kena brek. Lepas Air Hitam baru clear . Kat area Seremban kat kul 1 pagi jugak, aku lihat kereta banyak berpusu2 menuju selatan. Kereta banyak namun aku lihat ada sesetengah pemandu yang aku gelar "tak faham bahasa" dan ingat jalan ni dia yang punya sorang. Dahlah keta banyak , lepas tu beam lampu tinggi suruh orang ketepi nak cepat  motong .Lihatlah situasi kalau nak high beam lampu tu suruh orang ketepi  , kalau semua keta dok berderet beratur panjang, maknanya jalan tengah sesak . Itu pun tak boleh fikir ke. 

Lainlah yang jenis khayal bawak 80 km sejam kat lorong kanan highway yang lengang, bolehlah high beam mereka. Tapi biasanya aku tetap tak highbeam pemandu macam tu, just bukak signal yang menandakan aku nak memotong. Tapi kalau dah seminit jugak dia buat tak tak tahu syok sendiri, baru aku highbeam sekali je .


belum siap masak lagi rendang ayam ni


Tiba KL kat pukul 2.00 ++ pagi jugak . Aku kalau penat dan tidur dah terlepas time nya, memang liat sikit mata ni nak lelap. Kemas itu ini, angkat itu ini, kul 3 lebih baru aku lelap . Dapat sejam dua pun jadilah . Lepas subuh nanti boleh sambung balik . 


Malam Raya.

Biasalah , bini aku anak sulong. Jadi tetiap tahun sibuklah dia bersilat kat dapur dibantu oleh adik2nya .Ibu mertua aku pun dah tua dan tak berapa sihat . Memang dah 5-6 tahun , tak kasi dia ke dapur . Malam raya, ketupat dan rendang semua dah siap masak. Ketupat palas pun ada dimasak sekali manakala lemang macam biasa, adik iparnya bawak .Lodeh dengan sambal kacang nanti sebelum subuh baru masak.Memacam dimasak sebagai juadah dengan ayam masak merahnya, rendang campur yang terdiri dari daging lembu dengan hati , paru dan bahagian dalamannya dicampur sekali.

Kalau kat kampung , sibuk dengan marhaban yang biasanya hari ke 2 syawal. Kat KL ni malam raya, sibuk dengan kumpulan yang akan datang dari rumah ke rumah bertakbir dan bertahmid. Lagi satu raya area KL ni, malam raya memang bising dengan dentuman mercun dan bunga api di sana-sini. Sini senang banyak stok mercun rasanya.

1 Syawal .
Macam biasa , Masjid Nur Saadah yang menjadi tumpuan setempat. Kat tepi masjid tu ada padang bola. Aku lihat Nepal dan Vietnam rupanya dok lawan bola . Heran aku, dia orang ni mesti main dari subuh hehehe

Masjid ni dah tak dapat menampung lagi limpahan jemaah . Toleh kiri-kanan, kekadang rasa macam kat Bangladesh pun ada, kat Indonisia pun ada kerana masjid ni menjadi tumpuan mereka yang bekerja mancari rezeki dan tinggal disekitarannya.

8.30 pagi solat sunat aidilfitri bermula, tapi pukul 10 lebih jugak baru sampai rumah yang tak jauh pun kerana pagi ni tok khatib baca khutbah hari raya panjang sekali lebih sejam .  

Pagi raya macam biasa, anak-anak buah dok beratur salam sambil collect duit raya .Kemudian aku dok setting tempat untuk sessi fotografi setahun sekali.


lodeh not londeh ya




OK, rasanya masih belum terlewat lagi buat aku membuat ucapan buat rakan-rakan maya sekalian . Aku tak layak buat ucapan kat surat khabar kerana aku bukan perantau hehehe

Kesempatan ini , aku bapak itam @ SCP serta ahli keluarga  ingin memohon ribuan ampun dan maaf andainya ada penulisan aku yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua kerana aku hanya seorang hamba Allah yang terlalu kerdil dan banyak kekurangan dan tak lepas dari kesilapan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jom jemputlah jamu juadah yang terhidang tu
tapi jamu mata jelah


rendang ayam

aku suka gaul sekali ketupat rendang dengan kari lembu


kuah kacang kalau takda tak sah
tapi biasanya kuah kacang akan habis dulu



Ahad, Julai 06, 2014

DAH 8 RAMADHAN HARI NI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dah 8 Ramadhan hari ni diam tak diam, cepat betul masa berlalu. Adakah Ramadhan kita tahun ini masih menjadi pesta makanan.Apa kata kita ubah menjadi pesta ibadah .

Ketika Ramadhan menjelma, bazar ramadhan terdapat di mana-mana yang menjual pelbagai juadah. Namun kami  lebih suka menikmati makanan berbuka terus dari dapur . Berbuka secara sederhana dengan nasi menjadi juadah sementara bersahur pula dengan roti atau quaker oat sudah memadai.

OK, jap lagi  kat hujung Tanah Melayu ni nak berbuka dah.

Selamat berbuka buat semua .








Isnin, April 21, 2014

INDAHNYA DHUHA DI BLACK WATER

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dah hampir berbelas tahun rasanya aku tak ke sini. Itulah pekan Black Water a.k.a Air Hitam yang terkenal dengan tembikar dan pasu bunga serta sayur-sayuran suatu ketika dulu. Terkenang aku berbelas tahun dahulu apabila aku menaiki bas untuk ke JB, pasti bas akan singgah di pekan ni untuk seketika .

Kemudian berkejaran deretan penjual sayur-sayuran mendekati kita untuk menjual hasil tanaman mereka yang segar terus dari ladang. 

Semasa lebuh raya PLUS belum siap, pekan Air Hitam "hidup" dan "meriah" kerana ia merupakan tempat perhentian atau R and R tak rasmi yang menjadi pilihan pemandu untuk berhenti dalam perjalanan ke Johor Bahru. Kalau hari raya, pekan ini terlalu sibuk dengan kenderaan hinggakan 2-3 jam masa diambil hanya untuk melepasi lampu isyarat di persimpangan besar samada hendak ke Kluang atau ke Batu Pahat atau ke Johor Bahru.

Namun kini semua tinggal kenangan.


Alhamdulillah

Tempohari , kami menjejakkan kaki lagi di bumi Air Hitam . Singgah sebentar di Masjid Jamek Air Hitam atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ibrahim. Masjid ini tersergam indah dan gagah di atas bukit .Permandangan pekan Air Hitam dapat dilihat jelas dari sini.

Ternyata suasana pagi begitu indah di sini tanpa hiruk-pikuk begitu menenangkan . Usai selesai urusan di sini, menuju terus ke destinasi tujuan utamanya hantar "son of gun" aku ke IPG Batu Pahat untuk ujian bertulis dan ujian kecergasan bagi pengambilan baru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mana setahun untuk persediaan manakala 4 tahun lagi baru untuk mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama  4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti.  



Sebenarnya kami memberikan kebebasan untuk anak2 kami memilih sendiri bidang yang mereka minati . Sebagai ibu bapa, kami hanya memberi panduan dan galakan sahaja. "Son of Gun" aku lebih berminat untuk mengikut pengajian peringkat ijazah dalam bidang undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan islam kerana ia lepasan SMK Agama . 

Jadi pilihan pertama, kedua dan ketiga semasa mengisi UPU tempohari adalah berkaitan dengan bidang undang-undang. Sementara keputusan UPU belum keluar lagi, maka mencuba rezeki dulu untuk menduduki ujian kelayakan  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ni dulu.

Kita sebenarnya tak tahu rezeki yang Allah akan tentukan buat kita. Mana satu nanti yang Allah S.W.T tetapkan, itulah nanti yang akan menentukan hala tujunya nanti buat 4-5 tahun yang akan datang.

Selebihnya nanti, biar ketentuan Allah yang menentukan.

Insyallah.

Jumaat, September 27, 2013

MENGENALI KEPERLUAN TAYAR KERETA ANDA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


255/35 R18 90 Y
255 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter dan jarak diukur dari sisi ke sisi. 

35 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Makin besar nombornya, kira makin tinggi tayarnya .Huruf R merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 18 pula merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.Maka kalau rim 18 , kenalah gunakan tayar 18 jugak.

Nombor 90 pula melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu dan berapa laju tayar tersebut boleh menampung maksimun kelajuan kenderaan tersebut . Sebagai contoh, nombor 90 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg) Huruf Y terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan Y bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan fungsinya jika kelajuan mencapai sehingga 300 km/j. Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad. 

S – 180 km/j 
T – 190 km/j 
U – 200 km/j 
H – 210 km/j 
V – 240 km/j 
 Z – melebihi had laju 240 km/j 
W – 270 km/j 
Y – 300 km/j 

Pernah terjadi seorang hamba Allah ni dia ganti tayar jenis "U" sedangkan top speed kereta dia boleh cecah 250km/j.Tayar "U" maksimun kelajuan ialah 200km/j dan lebih dari tu dia akan gagal berfungsi. Maka suatu hari dia bawak laju lebih 210km/j dan bila dia brek, habis pecah tayar tu .Nak jimat sikit ganti tayar, dah dengan rim2 kereta semua pecah.Senang cite, kita sesuaikan keadaan tayar dengan kenderaan . Kalau proton pusaka aku yang aku sayangi sangat tu, tak payah pakai yang ada kod "S" pun pasal kereta antik yang aku suka bawak pi noreh tu paling laju aku bawak 100 km/j je pasal dah tua dah umurnya hehehe

Ok,sambung sikit lagi kelas tayar ni
Tarikh tayar tersebut diperanakan boleh dilihat seperti simbol di atas yang tertulis 1811 yang membawa maksud ia diperanakan pada minggu ke 18 tahun 2011. Minggu ke 18 kira minggu ke  2 bulan Mei 2011.



Jadi sebelum nak ganti tayar, kita kenalah tahu serba sedikit ilmu ni dan jangan serahkan bebulat pada kedai yang jika kita tak biasa dan bukan pelanggan tetap, pasti kena kelentong je nanti.

Wokeyyy,ini kira cerita dan foto2nya tahun 2012 kalau tak salah aku dalam bulan Mei  kerana masa tu apabila aku perlu ganti tayar tongkang aku tu yang dah berusia hampir 3 tahun lebih dan telah menunjukkan tanda2 kehausan . Tapi tayar aku tu depan belakang tak sama saiz kerana sistem suspensinya ditala dengan M Sports Suspension dan ikut spec yang disyorkan oleh kilang pembuatnya.

Belakang dia pakai   : 255/35 R18 90W (RFT)
Depan dia pakai : 225/40 R18 88W (RFT)

Masalahnya lagi hanya 1-2 buah pusat pengantian sahaja yang ada alat untuk bukak dan pasang tayar ni di JB kerana tongkang aku pakai RFT yang bermaksud Run Flat Tyre. Memang kena pakai RFT kerana memang takda tayar spare dalam kereta dan memang semua jenis tongkang ni mcm ni . RFT membawa maksud yang kereta boleh dipandu walaupun tayar bocor dan pancit kerana jenis RFT ni ada kepingan keluli yang melingkari tepi kiri kanan tayar dalam getah tu.

Aku pun emaillah ke sebuah kedai di KL dan ni depa kasi reganya jenis Bridgestone

REAR   : 255/35 R18 90W RE050A (RFT) RM3,189/sebiji
FRONT : 225/40 R18 88W RE050A (RFT) RM2,895/sebiji



Alamak, rega yang depa kasi nak sembelih aku dah hehehe 
4 bijik dah 12K

 
  CIQ

dah nampak benang besi tu

Kat JB pun lebih kurang juga reganya. Jadi aku email kat sebuah pusat tayar di Temasik yang aku dapat maklumat mengenainya masa aku gugel kat sebuah forum berkaitan kereta lantas depa balas email aku dengan harga yang tak sampai separuh pun rega kat Tanah Melayu.

Masa tu tukaran wang tak salah aku RM 2.30 =SGD1.00

For Bridgestone RE050 Runflat tyres, our current offers are:
225/40/18 Bridgestone (made in Europe) 88W RE050 (RFT)
- $630 per tyre nett

255/35/18 Bridgestone (made in Europe) 90W RE050 (RFT)
- $755 per tyre nett
Jadi kalau dah convert untk 4 biji RM 6371.00

Alternatively we can offer Pirelli P Zero Runflat tyres at:
225/40/18 Pirelli P Zero (made in Europe) 88Y (RFT)

- $440 per tyre nett
255/35/18 Pirelli P Zero (made in Europe) 90Y (RFT)
- $505 per tyre nett
 kalau dah convert 4 biji dalam RM 4347.00
All prices quoted are on the condition for the purchase of a set of 4 tyres, and inclusive of all relevant taxes, installation, and balancing. We also provide free tyre repair, nitrogen refill and rotation every 10000km for the lifetime of the tyres purchased.

Maka cerita banyak pun tak guna. Di suatu hari yang indah Mei 2012 , aku pun ke sana setelah buat temujanji . Memang azab aku tengok depa nak bukak dan pasang tayar ni walaupun gunakan mesin khas kerana RFT memang keras kebatun kiri kanannya kerana ada kepingan plet besi dalam tu dan sebiji ambil masa 1/2 jam hanya untuk bukak dan pasang . Masa dia bukak tayar belakang, baru perasan yang dah nampak benang kerana sepanjang 3 tahun lebih aku memang tak pernah rotate tayar tu kiri ke kanan dan tak dibuat aligment pun kerana aku jarang bawak tongkang ni dan ia hanya bawak untuk "long distance" je.Bayangkan hampir 4 tahun , perbatuannya baru dalam 40 000 je.Kira setahun aku bawak dalam 10 000 km je.

Aku pilih Pirelli kerana getahnya lebih lembut dan kurang bising sikit berbanding Bridgstone dan walaupun dibuat di Italy, reganya lebih murah sikit dari Bridgestone yang dibuat di Jepun. Jadi untuk 4 biji tu ,dalam 4K lebih je berbanding kat Tanah Melayu hampir 12K reganya . Alhamdulillah, tak payah nak buang duit gitu .Pejam mata dan gesek je cc. Balik nanti ,aku geseklah lebih sikit kat batang pokok getah cover balik hehehe

OK, hanya sekadar bercerita je dan berkongsi sikit pengetahuan dalam mengenali keperluan tayar kenderaan kita yang aku rasa rata2 pasti kita punya kenderaan yang perlu diganti tayarnya apabila tiba masanya .Kan bagus kalau kita hidup mcm zaman Flinstone yang tayar keretanya guna tayar batu hehehe

Lagi pun sekarang aku tengok rega tayar kereta kat Tanah Melayu melambung dan naik macam tak masuk dek akal pulak sedangkan kita antara pengeluar getah utama berbanding negara lain yang pokok getah pun takda hidup sebatang pun kat negeri dia orang, tapi rega tayar mereka lebih murah hampir separuh tak kira apa jenis tayar pun.

Entahlah .........
 

Rabu, Ogos 28, 2013

JALAN INI MERBAHAYA BAGI PARA BLOGGER SERTA BAGI ANAK-ANAK YANG NAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN JUGA GURU-GURU YANG SEDANG BELAJAR OUT CAMPUS

ALHAMDULILLAH

pekan Sg Rengit
kira persimpangan sebelum ke Pekan Pengerang




Dalam seminggu , pasti sekali aku akan ke area Pengerang untuk menghantar getah beku yang dipesan oleh pelanggan aku . Aku ada 5 customer di area Pengerang tu . Tapi sejak akhir-akhir ni , semenjak dua menjak projek Rapid Pengerang sedang giat dilaksanakan, aku terpaksa mengambil masa yang panjang dalam 45 minit juga untuk sampai di kawasan penghujung Pengerang berdekatan Tanjung Pengelih . 

Ini disebabkan keadaan jalan raya di sini sungguh sibuk sekali dengan deretan treler panjang, lori besar, kato, tractor,bajak, tongkang dan entah apa-apa lagi yang boleh diangkut  yang menyebabkan perjalanan sering terganggu . Depa ni jenis besar2 dan bawak muatan berat pula ke tapak projek . Tu belum lagi yang jenis bawak batu kelikir yang menyebabkan aku sering menjarakkan dari mengikuti mereka kerana kalau terpelanting sebutir kat cermin , tak berbaloi apabila pecah berderai. 

Selalu bila selisih je, aku berserah je pada Allah agar takda yang terpelanting ke arah kenderaan yang aku naiki . Kerana lori-lori dan seangkatan dengannya, keadaan jalan sekarang menghala ke Pengerang agak teruk sekali kondisinya. Lubang dan  pecah sana-sini .Kalau dulu kemalangan jiwa di sini boleh kira dengan jari , tapi sekarang jalan ni dah banyak makan nyawa wooooo

Bulan lepas ketika aku ke sana, masa tu jerebu hebat sedang melanda terutamanya negeri Johor dan kawasan Pengerang ni pun tak terkecuali menerima tempiasnya kerana seberang Pengerang je tu dah Temasik dan depan sikit dah boleh masuk ke Perairan Indonesia.

Kalau tak jerebu, kapal2 besar yang melalui perairan depan tu kelihatan jelas , tapi laaaa ni masa tu, tak nampak apa pun di lautan. Ini pasti membahayakan kerana mereka bisa berlanggar antara satu sama lain kerana jarak penglihatan yang begitu terhad.

Aku bab-bab jerebu ni tak takut kerana jerebu pasti akan berlalu pergi . Yang paling aku takut ialah apabila melalui jalan kat dalam gambar bawah ni kerana ia tetap akan berada di situ selagi ada bulan dan bintang , sepatutnya.....

Aku tetap kena menempuhinya untuk sampai ke Pekan Pengerang dan setiap kali aku melaluinya, aku pasti BUNTU hehehe

Memang unik namanya iaitu Kg. Sungai Buntu. Tapi sedikit masa lagi, pasti semuanya hanya tinggal kenangan di sana dan kawasan sekitarannya apabila perkampungan di sekitar situ akan ditelan dek pembangunan Rapid Pengerang dan semua tanah di sekitaran situ diambil untuk dimajukan manakala semua penduduk akan di pindahkan ke sebuah petempatan baru di sekitar Batu Layar. 

Rasanya akibat terlalu kerap lalu jalan ni semenjak dua menjak, maka aku tengah dalam kebuntuan untuk menulis semula macam kebiasaannya di SCP ngeh,ngeh,ngeh

Tu sebab aku hanya asyik merayau je ke beberapa rumah orang lain dan membaca hinggakan ada yang aku dah khatam setiap n3 mereka dari awal mereka menulis hingga sekarang hehehe

Harap lepas ni aku tidak akan merasa buntu lagi hehehe

Buntu kalau lalu sini woooo

Rabu, Ogos 07, 2013

SALAM AIDIL FITRI BUAT RAKAN SEMUA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dengan rasa rendah diri
saya Pak Itam  a.k.a Bapak, tuan punya SCP
serta anggota keluarga saya ingin memohon
ampun dan maaf 
zahir dan batin
andai kata terkasar bahasa
andai kata tersilap tutur kata
atas apa jua kesilapan 
samada disedari atau tidak
sempena Hari Raya Aidil Fitri
yang bakal menjelma Khamis ini

Yalah, kitakan manusia 
kekadang ada tulisan kita yang mungkin mneyinggung hati orang
tanpa kita sedari
Kekadang ada komen kita yang gayanya bergurau
tapi salah dimengertikan 

Semoga kedatangan Shawal ini
akan membawa sejuta kebahagiaan
akan membawa sejuta keriangan
buat kita semua

Dalam kita bergumbira
ingatlah insan-insan yang serba kekurangan
semoga kedatangan Shawal ini 
akan menjadikan kita insan yang lebih baik
dari hari yang sebelumnya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Selasa, Julai 09, 2013

FINAL FA CUP 2013 : BERAKHIR SEBUAH IMPIAN

ALHAMDULILLAH

Tiupan trompet oleh pengadil malam itu menandakan sepak mula Piala FA yang menemukan JDT dan TRW bermula secara rasminya. Kelancaran jentera penyerang JDT  tersekat sama sekali malam itu sejak minit-minit awal lagi akibat kegagalan jentera tengah yang sepatutnya dijana oleh midfield yang boleh kita anggap sebagai perancang utama atau jenderal dalam padang dalam menentukan hala tuju permainan telah gagal sama sekali berfungsi. 

Begitulah sebenarnya dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang ketua tak kiralah dalam sesebuah organisasi atau dalam sebuah keluarga. Kalau pincang dan gagal kita dalam merencanakan apa yang telah kita rancang, maka akan berantakan jadinya. 

Akibat dari itu , TRW telah mendapat gol awal dalam minit ke 15 lagi perlawanan . Derita JDT ditambahkan lagi dengan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain utama di awal-awal lagi permainan menyebabkan TRW terus gasak dan mengasak pertahanan JDT untuk menambahkan lagi jaringan.








Separuh masa kedua dengan kedudukan JDT ketinggalan satu gol tidak mematahkan semangat mereka untuk memperbaiki kelemahan dan terus melawan. Beberapa pemain simpanan yang dibawa masuk oleh JDT telah merancakkan lagi serangan JDT untuk mendapatkan gol penyamaan .

JDT terus mengasak habis-habisan pertahanan TRW melalui Mat Yo yang berkerja keras malam itu hinggalah tiupan trompet oleh pengadil perlawanan menandakan TRW telah dinobatkan sebagai Juara Piala FA musim 2013 secara rasminya dengan kemenangan hanya satu gol.

Begitulah adat permainan dan perlawanan. Pasti ada pemenang yang perlu dicari. Dalam kehidupan juga sebegitu. Tak semestinya apa yang kita idamkan akan kita gapai kerana keputusan akhir di tangan Allah.


anak sapa la dikalangan penyokong TRW yang bawak mercun tu
berdentum satu SNBJ



Penyokong JDT malam itu begitu sporting. Walaupun tewas, mereka masih menerimanya dengan hati yang terbuka. Mereka masih meraikan suasana final malam itu walaupun pasukan mereka tewas. Perlawanan malam itu berakhir dengan baik samada atas padang maupun di luar padang . Kedua2 penyokong masih boleh bersuka ria antara satu sama lain dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Tamat sahaja perlawanan , penyokong mula membakar suar dan memeriahkan lagi suasana . Dah macam malam 7 likur je gamaknya dalam SNBJ malam tu. Aku mula simpan semua kelengkapan DSLR dalam beg dan mula nak beredar namun kerana ramai penonton yang mempunyai tiket yang tak dapat tempat duduk dan duduk di tangga pejalan kaki , maka lepas 30-40 minit juga baru kami dapat meninggalkan tempat duduk kami .

Nak turun tangga ke luar satu hal lagi kerana terpaksa berhati2 akibat plastik2 minuman yang menimbun disepanjang jalan dan tangga. Kalau siapa pernah merasai dari Jamrah ke Makkah berjalan kaki melalui terowong selepas melontar, lebih kurang macam tu keadaan jalannya yang dipenuhi dengan sampah dan plastik yang menimbun. Tapi kat SNBJ baru 5/1000 dari keadaan di Makkah .





Lepas azab turun tangga, nak keluar dari SNBJ lagi satu hal pasal hanya beberapa pintu je dibuka untuk keluar sedangan puluhan ribu penyokong sedang keluar . Memang malam tu aku lihat , banyak perkara2 penting yang mereka terlepas pandang atau saja buat2 tak pandang . Itulah jika tanggungjawab yang diamanahkan kita ambil sambil lewa, jadilah begitu. 

Dalam hidup juga begitu, jalankan dengan sebaik mungkin tanggungjawab yang Allah amanahkan buat kita , insyallah selamat kita dunia dan akhirat.

Keluar pintu pagar SNBJ, satu lagi masalah timbul kerana semua ruang pejalan kaki dipenuhi dengan deretan gerai2 yang didirikan berselerakan sana sini macam takda pengawasan langsung. Jadinya puluhan ribu penyokong juga terpaksa melalui di celah-celah gerai yang bersepah dan kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya . Lepas tu kena berhati2 sikit kerana hampir 99% longkang yang agak besar disitu semua ternganga tanpa penutup dan hanya menunggu mangsa je. Mujur semua penyokong berdisiplin dan bergerak perlahan-lahan .

Aku lihat kalau macam nilah, kita masih jauh mencapai standard untuk menganjurkan Piala Dunia .Anjur Piala FA yang hanya 87000 penonton je kelam-kabut dari segi tiket dan logistik , inikan pula nak anjur Piala Dunia. Negara Afrika Selatan yang kita boleh katakan sebagai Negara Dunia Ketiga yang mundur pun tahu bagaimana nak mengelolakan sesebuah kejohanan yang besar Macam Piala Dunia 2010 yang lalu masa aku menyaksikan dulu.

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Aku bercakap atas dasar pengalaman aku . Aku bercakap bukan untuk menjatuhkan, aku berkata sebagai kritikan membina demi kebaikan semua . Tapi siapalah aku "semut kecil" yang pasti suaranya takkan dipedulikan oleh sesiapa pun.





Azab paling sukar apabila menghampiri jambatan kecil untuk menyeberang ke sebelah sana kerana macam n3 terdahulu, semua penyokong JDT diletakkan di Teknologi Park Malaysia melalui denai dan belukar dalam 2-3 km jaraknya. 

Ada ramai peniaga yang berniaga di tempat pejalan kaki hinggakan sejam juga masa diperlukan untuk melintasi jambatan maut tu. Tengah jalan dah terberhenti kerana terpijak kuali lah, terpijak dapur lah hinggakan tong gas pus ada yang dibiarkan peniaga macam tu je kerana sudah pasti keuntungan yang mereka raih malam tu berpuluh kali ganda dengan harga-harga peralatan yang mereka tinggalkan begitu sahaja.

2 jam masa diperlukan hanya untuk keluar dari kesesakkan tersebut . Memang ia suatu pengalaman yang kekadang melucukan, kekadang menyebabkan rasa marah pun ada . Semua berjalan dalam kegelapan malam melalui belukar kecil hinggalah ratusan deretan bas terlihat di depan mata dan maka bermula episod ngeri sekali lagi kerana dalam kegelapan dan keadaan yang sungguh tak terurus sekali, mana mereka nak cari dan ingat bas yang mereka naiki. Kalau 10-20 bas je kira ok, ini jumlahnya ratusan bas menjadikan mereka hilang punca. Gelap pulak tu.

Aku dan mak itam pun hilang punca juga hingga tak tahu kat mana tadi kereta yang kami naiki diletakkan hahahahaha

Pusing sana , pusing sini dalam kegelapan menyebabkan kami pening . Dahlah talian hp semua "yellek" kerana biasalah "Malaysia Boleh" hehehe

Alasannya pasti  pengguna ramai sangattttt hahaha
Ada "line" penuh tapi tak boleh buat panggilan.

Aku tak mati akal , aku bukak GPS kat HP aku dan cari mana kedudukan Petronas dan McD yang lepas keluar dari Tol Sg Besi tu menghala ke KL. Kami ikut GPS tu dan Alhamdulillah menunggu di sana nanti kereta yang kami naiki tadi .

Sejam jugak kami menunggu kat McD  kerana hanya satu2 je jalan keluar dari Teknologi Park tu sedangkan ribuan kenderaan semua nak keluar dari punca yang sama. 

Alhamdulillah, 
Kami tiba ke penginapan hampir jam 3 pagi juga . Walaupun sungguh memenatkan, namun kami gumbira kerana semua pengalaman tu menjadikan kami menjadi insan yang lebih bersyukur dan menghargai nikmat kesenangan dari apa segi pun  yang Allah kurniakan .

Namun berakhirnya sebuah impian untuk JDT bergelar juara.
Takpe, semuakan yang berlaku telah tertulis sejak azali lagi dan Allah tak terlepas pandang sekecil zarah sekali pun apa yang berlaku dan yang akan berlaku di alam yang Dia ciptakan ini.

Alhamdulillah