WARGA SCP

Sabtu, September 05, 2009

DAY 39 23/12/2007 AHAD



Alhamdulillah, hari yang penuh keceriaan dan kegembiraan . Segala pekerjaan haji bagi kami telah 99% selesai. Rutin ke Masjidil Haram diteruskan dan cuba memanafaat segala masa yang ada beberapa hari dan detik saja lagi sebelum pulang ke tanah air dengan beribadat dan berada di Masjidil Haram kerana beberapa hari lagi akan meninggalkan kota suci Mekah untuk pulang ke tanah air. 

Suasana di Masjidil Haram sungguh sesak dgn jemaah yang perlu menyempurnakan tawaf haji dan saei haji terutama di laman kaabah dan kawasan saei.. Selepas sahaja muaazin melaungkan azan , terus diikuti dgn iqamah dan solat fardhu. Tiada ruang masa utk solat sunat . Imam yang mengetuai solat fardhu hanya membaca surah-surah yang pendek sahaja.


Keletihan sangat terasa pada hari ini, segala urat, lutut, pinggang dan apapun anggota badan terasa sangat lenguh. Segala kudrat telah kami curahkan semaksimun mungkin bermula dari hari kami menjejakkan kota suci Madinah, kemudian Makkah dan hari kami bertolak ke Padang Arafah sehinggalah pada hari ini. 

Namun kami berasa puas kerana dapat melakukannya dan merasai sendiri apa yg dilalui oleh umat islam terdahulu yg mengerjakan haji walaupun cabaran tentu tidak sama.


Bukan gelaran haji dan hajjah yang kami kejar dan cari. Tapi kami mencari pengabadian yang hakiki kepada sang pencipta Allah SWT . Berpeluang memohon taubat kepadaNYA secara terus dan semoga segala apa kesalahan dan kealpaan seta kelalaian kami sebagai hambaNYA diampunkan dan agar kami bagai seorang bayi yang baru dilahir tanpa sebarang dosa dan cuba meminumankan apa jua dosa sehingga kami dipanggil menghadapNYA untuk selama-lamanya.


Alhamdulillah

0 comments:

Catat Ulasan