WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : E&O PENANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : E&O PENANG. Papar semua catatan

Khamis, Januari 09, 2014

PULAU MUTIARA : ANOTHER BLUE HOUR MOMENT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Memang dah namanya nak rehat , nak relax dan nak mengendurkan segala urat serta tulang menulang yang bekerja sepanjang tahun, maka memang aku hanya banyak habiskan masa di persekitaran penginapan.

Alhamdulillah, tahun 2013 yang lalu, pinggang dan sakit belakang aku tak banyak buat kerenah. Jadi segala kerja punggah-memunggah getah ojol dapat aku lakukan . Dulu masa tengah muda belia, masa angkat getah ojol tak ingat dunia dan tak ikut cara yang betul. Main bongkok je dan angkat yang kekadang melebihi berat hampir 40kg. Tapi semenjak belakang aku meragam beberapa tahun yang lalu, aku angkat gunakan teknik yang betul. Duduk dan cangkung dulu, baru angkat dengan kekedudukan badan yang betul.

OK, aktiviti santainya sebelum sarapan kat Sarkies ialah menggunakan kemudahan di gym yang tersedia. Bakar sikit kalori atas treadmeal dan angkat semua besi yang ada kat dalam tu hehehe

Sauna pun ada kat situ. Lepas tu pi kuak lentang dalam pool .






Bercerita pasal kual lentang dalm pool, masa kecil ku kebanyakkannya dibesarkan di kawasan persisiran laut . Arwah bapak aku kan tekong bot kastam . Maka kuarters kastam memanglah berdekatan dengan pengkalan Marin . 

Aku pun kan dilahirkan di Port Swettenham . Masa aku kecik dan tinggal di Kuaters Kastam Tanjung Puteri, berdekatannya terletak sebuah bukit kawasan lapang yang sangat luas . Kira kawasan tu diliputi tanah merah . Kat tengah-tengahnya ada kolam yang cetek. Itulah tempat aku mengasah bakat ku menyelam dan berenang .

Kalau takde buat apa, memang aku berdua ke situ dengan kawan aku bernama Padil. Masa tu aku belum sekolah rendah lagipun. Biasalah budak kecik belum mumaiz, mandi bogel kontang kanting hehehe

Puas belajar menyelam dan berenang ,sarung baju dan seluar baru balik rumah , tu pun pasal lapar. Yang tak tahannya, bila dah kering , habis semua muka dan badan macam tepung kormak.Manakan tidak, kawasan tu memang kawasan tanah merah dan kolamnya penuh selut hehehe

Dah berani dan pandai sikit, barulah aku berani pula pi belajar renang kat pantai Selat Tebrau seberang kuaters kastam tu je .




Ok , kalori dah bakar kat gym dan pool, maka sessi sarapan pagi barulah berselera . Sejam dok ambik breakfast sambil duduk-duduk. Tengahari pula pasal kenyang lagi ,maka petang sikit baru jalan kaki rentas depan tempat penginapan tu  lalu baru pekena makan tengahari yang dah petang pun.Tu kira merangkap makam malam sekali.

Tak jauh dalam 5-6 minit jalan ,Restoran Sup Hameed ada,Nasi Kandar Line Clear ada. Tu yang buat aku suka pi lepak-lepak kat Penang. Sepanjang Lebuh Penang tu,terdapat banyak tempat makan . Aku jenis makan tak kisah, warong ke , restoran ke,bawah pokok ke , asal kena tekak dan sedap serta halal, dah bersyukur sangat.

Memang kunjungan aku kali ini ke Penang tak merayau kat mana pun. Memang nak relax dan rehatkan badan macam aku katakan.Lagi pun sebenarnya masa tu, aku baru baik demam . Alhamdulillah, ada masa aku akan jejakkan kaki lepak-lepak kat Pulau Mutiara ni.

Insyallah


gym lama di Heritage Wing




Selasa, Januari 07, 2014

PULAU MUTIARA : MANA YANG TUMBUH ITULAH DISIANGI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH



MANA YANG TUMBUH ITULAH DISIANGI
Setiap kesusahan dan kepayahan yang timbul haruslah diatasi. 

Itulah maksud bagi peribahasa di atas.Aku pun macam Karam Singh Walia juga, suka akan kiasan maksud dari peribahasa dan simpulan bahasa pusaka turun menurun atok nenek kita yang kalau menegur atau memberi nasihat , lembut bunyinya,tapi dalam maksudnya.

Memang sekarang isu utama yang sedang mengelegak bak air sedang mendidih dan membelenggu kita sebagai rakyat tanah melayu adalah kenaikan  segala atuk ,nenek , cucu ,cicit,piut harga barangan keperluan dan tak terkecuali juga harga perkhidmatan . Kenaikan sekali arong semua tu dalam satu masa pasti memeningkan kepala semua sedangkan pendapatan yang perolehi terutama yang bergaji tetap ,walaupun ada pertambahan tidak dapat menampung semua kenaikan sekali gus.

Pergilah ke pasar dan kita dah tak jumpa ikan kembung yang reganya 10-12 ringgit sekilo. Kalau takda 18 ringgit se kg , jangan cakap la. Ada rasanya yang 10-12 ringgit, tapi mau dah nak pecah perutnya.Kalau setakat sekarang pegi supermarket , kalau penuh troli tu mau dalam 400-500 ringgit berbanding dulu .



Aku jugak tidak terkecuali menerima kesan kenaikkan itu semua. Pertama sekali , aku yang kerap ke sana ke sini menjual getah beku dah terima kesannya apabila ron 95 naik 20 sen hari tu. Kalau biasa motor roda tiga aku yang sekali isi penuh dalam 90-100 ringgit , tapi semenjak ia naik, sekali isi penuh dah dekat 110-115 ringgit. Pertambahan dalam 15-20 ringgit sekali tuang penuh . 

Keta kebal aku tu pulak setiap 3-4 hari memang kena isi penuh . Maka pertambahan kos sebulan untuk sebuah keta kebal tu dah dalam 160-200 ringgit. Keta kebal lagi satu pulak jenis tak boleh pakai ron 95 yang kadar octanenya rendah . Senang cakap ron 95 kurang power dan kurang berkualitilah minyak tu. Ia kena pakai ron 97.

Kiraan kasar, kos untuk kenderaan seperti minyaknya, penyelenggaraannya dan segala berkaitan seperti tayar , bateri dan apa jua berkaitan meningkat dalam 20-30 peratus .

Sebenarnya semua  punca kenaikan adalah dari kesan kenaikan harga petrol ni yang berantaian antara satu sama lain . Namun ada kalangan mereka yang masih menafikan kesan  rantaian dari kenaikan harga minyak ini.

Sebagai penoreh getah kecil-kecilan , semua kenaikan kos perlu diambil kira kerana aku  bukan peniaga besar yang untungnya bilion-bilion setahun . Jadi maksudnya kos operasi aku dah mula bertambah . Belum lagi kos letrik yang biasanya dalam lingkungan 200-230  ringgit sebulan , dua hari lepas sampai bil dah 350 ringgit.Pada 1/2 tahun pertama tahun 2013, aku dah mula menyemak dan mengemaskini harga jualan "getah beku" dan masa tu aku dapat menyerap lagi kenaikan kos.Aku mash mengekalkan harga lama. 

Tapi suku ke 4 2013, apabila pengilang dan pembekal dah mula menaikkan harga akibat kos pengangkutan mereka yang meningkat, maka aku pun terpaksa ikut sama . Awal tahun 2014 ni pula serentak dengan kenaikan tarif letrik, sekali lagi aku terpaksa menyemak dan mengemaskini harga jualan "getah ojol" sekali lagi kerana sekali lagi pengilang dan pembekal telah mula mengemaskini harga baru . Rasanya bila kadar tol naik tahun ni, maka kenalah semak semula sekali lagi dan selaraskan harga baru getah ojol.

Namun aku terus bersyukur dan aku menumpang simpati terhadap golongan yang berpendapatan tetap , mana mereka nak cekau untuk mencukupkan segala keperluan seiring dengan kenaikan kos yang mendadak.Dengan tambang bas sekolah anak-anak naik, dengan harga barangan kering dan basah naik dan senang cerita semua naik.  Nak tak nak, kenalah depa pi pulun overtime pula ,tapi kerja yang jenis takda overtime, bagaimana pula ? 

Maka kesan terhadap kehidupan sosial dan kekeluargaan pasti timbul . 

"Keluar Gelap , Balik Gelap." 

Lalu aku bertanya , sekarang ni MAKAN UNTUK HIDUP KE atau HIDUP UNTUK MAKAN.

Pasti tak sikit banyak pun, apabila dalam kepala  ingat kerja je , maka sedikit demi sedikit corak kehidupan berubah . Waktu solat pasti tunggang langgang. Sedang azan magrib berkumandang, ada yang masih atas kenderaan kerana balik lambat pasal overtime. Dan yang pasti habis magrib ,masih dalam perjalanan pulang dan  isyak pula menjelma, dah terlepas solat magrib. Secara tak langsung maka solat yang menjadi "tiang agama" mula runtuh sedikit demi sedikit. 

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang"
(Al Mudathsir:42,43) 

Sebagai peringatan buat diri ku , barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya yang dijanjikan Allah S.W.T umpama:

Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam

Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 

 Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

 Isyak: Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Sekarang timbul pula fenomena baru dalam kesibukan dengan segala urusan dunia, kekadang kita  lalai, terlupa atau memang sengaja berniat untuk mengabungkan pula waktu solat zuhur dengan asar di mana kita solat zohor  di penghujung  zuhur lagi 4-5 minit dak habis waktu dan diikuti solat asar pula sebaik sahaja masuk waktunya.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya ,maka jawab baginda :

" Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Manakala sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Hakim pula: 


" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". 

Itu satu ujian sebenarnya buat hambanya.
Syukur sesangat pasal aku tak perlu menghadapi semua itu.

أستغفر الله
Moga aku dan kita semua tidak termasuk dalam golongan seperti yang dinyatakan oleh Rasullullah itu tadi.
  


Berbalik aku pada peribahasa di atas :

MANA YANG TUMBUH ITULAH DISIANGI
tentu ada jalan penyelesaian atau jawapan terhadap segala kesusahan dan kepayahan yang kita hadapi sekarang .  Namun jangan sekali-kali kita mengadai agama kita untuk mencukupkan keperluan dunia kita . 

Aku khuatir , pasti indeks rasuah akan lebih meningkat selepas ini kerana tak cukup nak menampung keperluan hidup seperti negara Hong Kong suatu ketika dulu . Kalau nak guna ambulance pun, takda duit kopi, mereka tak mau ambik.Begitu juga di Africa , pernah rakan ku di tahan oleh polis peronda mereka, habis digeledah seluruh kereta dan akhir setelah berpuashati lalu berkata, 

"I am done my job , can you give me some money for breakfast"

Dia ulang berkali-kali selagi tak dapat duit kopi dan buat sibuk periksa semula bonet kereta.

Adakah situasi yang sebegitu juga akan berlaku dalam masyarakat kita ??? Sebagai seorang islam, ingatlah bahawa malaikat di kiri kanan kita yang mencatatkan setiap butir amalan baik dan mungkar tidak dapat kita rasuah. Berpeganglah kita sekuat-kuatnya pada janji Allah dan janganlah kita tewas hanya kerana untuk mencukupkan keperluan dunia.Insyallah Allah akan mencukupi segala keperluan kita.

Moga aku dan kalian semua akan terus-terusan diberikan rezeki dari Allah  dan dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan aman sejahtera tanpa perlu mengadai agama demi kelangsungan kehidupan di dunia yang fana' ini. Semoga segala kepayahan dan kesukaran yang kita tempuhi ini dapat kita selesaikan dan tanggani dengan sebaik mungkin tanpa melanggar batas pegangan islam kita.

Aku sangat bersyukur akan setiap kurnian Mu Allah sebagaimana kau kurniakan malam nan indah dan damai ini untuk aku potretkan , walaupun agak sukar untuk merakamnya tanpa menggunakan tripod, namun sikupod yang kau kurniakan yang menjadi galang ganti.


Sekadar Perkongsian Coretan Insan Kerdil
Eastern and Oriental
Pulau Mutiara
10.45 malam









Isnin, Januari 06, 2014

PULAU MUTIARA : BERPELESERAN DENGAN LADY MARTINA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

"Complimentary Water Limo " pergi dan balik dari jetty E n O ke Straits Quay dengan Lady Martina membawa kami menikmati bayu Lautan Andaman petang itu memang menyeronokkan. Dah macam anak towkey lombong pulak rasanya yang berpeluang bersiar-siar dengan menaiki bot . Kalau nak beli tiketnya RM50.00 per pax. Tapi perlayaran kami ni free.

Lama tak naik bot. Last sekali masa island hoping di Pulau Langkawi. Cerita pasal bot, dulu arwah bapak aku juga tekong bot. Tapi bukanlah tekong laut yang bawak PATI tu. Arwah adalah tekong bot laju Kastam Diraja Malaysia yang menjaga perairan sekitar selat Tebrau dari dicerobohi oleh penyeledup .

meninggalkan jetty di E n O


hitam-hitam setampok manggis
makin hitam dipandang manis

Jarak perjalanan dari jetty E n O ke Starits Quay mengambil masa 25-30 minit .Menyusuri Gurney Drive hingga sampai ke destinasi. Straits Quay ni kalau tak salah aku adalah kawasan yang dibangunkan oleh E n O Property Development. Ia merupakan "Penang First Seafront Retail Marina" yang menempatkan bot-bot atau kapal layar berlabuh . 

Di situ juga terdapat Straits Quay Marina Suites di bahagian atas manakala tingkat bawah pula adalah deretan restoran terkenal pelbagai jenama serta cafe.Pada sesiapa yang suka menikmati kopi dan keharuman roti di Pappa Rich, kat situ ada. Sekali pandang, suasana di situ macam kat Mediteranian . 

Semasa berlayar ke Straits Quay, aku  dok berborak berborak dengan kapten bot ni. Bekas seorang ahli pelayaran yang berlayar dengan kapal besar sebelum ni dan akhirnya "settel down" di negeri kelahirannya dengan memandu Lady Martina pula. Cerita punya cerita , kami punya minat yang sama iaitu "asam pedas johor" yang pekat tu hehehe

Mamak Penang sukan asam pedas johor ni hehehe

Separuh perjalanan, aku diberi kesempatan untuk mengemudi Lady Martina. Syok jugak rasanya walaupun bawak bot ni tak sama dengan bawak kereta pasal dia takde pedal tekan minyak.





Marina Suites at Straits Quay by E n O


Sampai kat Straits Quay, sambil menyusuri siar perjalan kaki sambil menikmati bayu laut yang menyegarkan.Ramai jugak yang berjogging ketika itu . Memang kawasan tersebut sungguh mendamaikan . Terpandang kawasan perumahan elit di situ yang tersusun indah dan terjaga serta berpegawal. Kalau aku dok noreh cari rezeki kat Pulau Mutiara,teringin jugak beli satu hehehe

Lepas tu, bolehlah aku parking bot kertas aku kat marina tu hahaha




tak cukup lagi dalam tabung buluh nak beli bot ni hehehe