ALHAMDULILLAHDari penginapan di Sheraton menuju ke Oriental Village sebelum tu , aku dah ternampak Marina kat Burau Bay ni yang buat aku terkedu kerana punyalah cantik keindahan alamnya dengan langit yang membiru menyebabkan aku kata dalam hati, aku mesti singgah kat sini untuk merakamkan foto di sini . Lagi pun tak jauh mana pun dari hotel .
Mata aku selalunya selalu melingas memerhati spot2 yang cantik2 tak kiralah kat mana2 pun kalau aku berjalan , dan kalau ada masa pasti aku akan "return" semula untuk rakamkan dari lensa aku jika berkesempatan . Itu lebih baik dari mata melingas tengok benda yang bukan2 hehehe
Sepanjang perjalanan dari Sheraton, aku melewati beberapa lagi buah resort seperti Tanjung Santuary Resort, The Danna dan juga Mutiara Burau Bay Resort.
Parking yang paling senang dan mudah ialah di stesyen minyak petronas yang bersebelahan dengannya lalu apa lagi , mulalah aku menembak .

Masa tu kalau tak salah aku dalam pukul 11.00 pagi ketika cuaca memang sungguh baik sekali dengan langit yang membiru, ditambah lagi kehijuan air di marina ini menjadikan kerja2 setting camera tak begitu sukar kerana cahaya semula jadi yang sesuai.Cuma kena pandai je cari angle dan komposisi yang sesuai yang pada aku semuanya indah belaka untuk diabadikan.
Memang tenang dan damai di sana . Kebetulan banyak pulak "kapal layo" yang kat marina ni . Cerita pasal kapal layar , aku rasa cikai2 pun reganya mau ratus ribu riban dan tentunya kebanyakkan kepunyaan orang asing yang duit depa tak habis pakai dan makan lalu hobi mereka belayarlah.
Kalau reganya dalam 3-4 ratus je , mau aku beli 4-5 biji parking kat sini buat sewa sapa nak pegi belayo hehehe
Nilah beberapa keping foto dari puluhan foto juga yang aku sempat rakamkan di sini hadiah ku buat tatapan mata kalian di pagi jumaat yang mulia ini .
Nikmatilah .






















































