WARGA SCP

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : KUALA ROMPIN PAHANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN : KUALA ROMPIN PAHANG. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 13, 2012

LGB&GR : JODOH PERTEMUAN, AJAL MAUT DAN REZEKI DI TANGAN ALLAH


rezeki mata dengan permandangan yang indah

ALHAMDULILLAH

Keindahan alam ciptaan Allah juga adalah suatu rahmat atau rezeki yang Allah kurniakan pada kita yang mengandungi banyak maksud yang tersurat dan tersirat . Ajal maut, jodoh pertemuan dan apa juga kurnianNYA semuanya datang darinya yang mentadbir seluruh sekalian alam.

Sejak dari bulan disember lagi hinggalah ketika n3 ni ditulis , aku begitu sibuk sekali menguruskan perjalanan hidup dan tidak putus2 Allah mengurniakan rezeki kepada kami . Aku sangat bersyukur kepada Allah dan agar pintu rezeki dan rahmatnya sentiasa terbuka buat kami.

rezeki kucing dengan santapan air kolam renang

Dengan keizinan Allah juga, aku telah dapat menambah beberapa pelanggan baru yang agak besar dari kalangan yang berkaitan dengan agensi kerajaan yang sebelum ini agak sukar untuk menembusinya walupun aku telah mencuba sebelum ini , namun janji Allah itu benar dengan berkat kesabaran aku dan berserah pada Allah setelah aku melakukan pelbagai usaha sebelum ini.

Alhamdulillah
Allah telah buka pintu hati mereka untuk berurusan pula dengan peniaga islam bumiputera macam aku yang satu2nya sahaja sekarang beroperasi disekitar tempat ku kerana faham2 sahajalah, berurusan dengan pihak2 yang berkaitan dengan agensi kerajaan ini memerlukan suntikan modal yang besar kerana pembayarannya lambat kerana peruntukkan yang diterima oleh mereka dari kerajaan lambat sekali tetapi segala bekalan pejabat dan kelas perlu ada sebelum penggal persekolahan bermula . Jadi dari bulan disember lagi macam biasa , segala keperluan mereka telah dibekalkan.

Itulah salah satu puncanya ramai orang2 kita yang kecundang dalam perniagaan berbentuk pembekalan macam ni kerana kekurangan modal pusingan dan akhirnya tersangkut dan mengalah.

Alhamdulillah
Allah masih lagi terus menerus memberikan kekuatan dan ketabahan yang diam tak diam dah berbelas tahun juga dan terimakasih pada isteri ku yang sentiasa berada dibelakang aku diwaktu2 sukar dan senang.



Alhamdulillah
semalam juga "buntat" telah berpindah dari Asrama Sekolah Menengah Agama berdekatan tempat tinggal kami di tepi hutan ke Sekolah Menengah Agama di JB yang satu2nya menawarkan matapelajaran teknikal . Yang paling utama , segala matapelajaran berkaitan agama seperti bahasa arab dll masih ada, begitu juga matapelajaran aliran sains seperti fizik dll serta add math ada dan ditambah lagi dengan aliran teknikal yang sangat diminatinya . Jadi untuk SPM nanti, kalau tak salah aku ada 11 matapelajaran semuanya.

Alhamdulillah
SMKA ni merupakan sebuah sekolah dalam rangking pertama dalam SMKA negeri Johor yang baru2 ini melahirkan hampir 60 orang lebih pelajar dengan keputusan cemerlang dengan 9A dalm PMR baru2 ini.

Siapa tahu satu hari nanti, cita2 untuk menjadi seorang jurutera yang juga memiliki pelajaran agama yang tinggi terlaksana . Paling seronok semalam masa pendaftaran, di sana juga ada kelas tambahan tahfiz yang dianjurkan oleh ustaz2 dan uztazah mereka .

Apa yang boleh kami berdua sebagai ibubapa katakan, belajarlah bersungguh2 , insyallah , segala kemudahan mu nanti akan kami sediakan kerana apabila kami tiada kelak, pelajaranlah harta yang paling bernilai yang hanya dapat kami tinggalkan selain ilmu akhirat yang paling utama.

Untuk kakak juga yang sedang menuntut di KL, teruskan dan tingkatkan usaha dan lulus dengan baik . Bersyukurlah kerana apabila tamat nanti, kamu tak perlu pikir nak bayar pinjaman PTPTN berbanding orang lain kerana rezeki yang Allah bagi ni bukan untuk bapak je, namun ada untuk kamu berdua juga . Jadi tugas kamu berdua ialah untuk belajar dan niatkan kamu belajar kerana Allah dan baru untuk diri sendiri dan keluarga . Selagi kami termampu, insyallah kami akan sediakan.
Nanti dah tamat , uruskanlah nanti perniagaan getah beku bapak ni .
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud:
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis riwayat Tirmizi).

ALHAMDULILLAH

Cerita tentang rezeki juga, semalam mak itam telah menerima sebuah kotak yang mengandungi telefon bimbit Sony Ericsson XPERIA W8 yang berharga ratusan ringgit juga dari sebuah bank kerana terpilih sebagai pemenang . Bukan masuk pertandingan apa2 pun, tapi terpilih secara rawak melalui penggunaan kad kredit mereka ketika di luar negara .

Ni yang aku baca user guidenya pasal ia jenis touch screen dan aku ni manalah tahu jenis2 macam ni . Aku sendiri pakai hp cokia cabuk je . Nak touch2 ni paham2 jelah kerana jari aku bukan kecik dan comel dan dah berkematu hehehe

Kalau susah sangat fungsinya, aku ingat nak buat batu asah pisau toreh getah aku je hehehe

Selasa, Januari 10, 2012

LGB&GR : WAKTU ISRAK YANG SUNGGUH MENDAMAIKAN

ALHAMDULILLAH

Kita tinggalkan sementara kisah Kota Singa kerana banyak lagi koleksi foto dan cerita semasa aku berada di LGB&GR yang tak sempat aku sambung n3nya . Jadi aku sambung semula .

Isteri ku memang suka kalau sebut pantai dan pegi tepi pantai . Dia boleh duduk mengadap pantai sambil membaca buku dan aku pulak macam biasa suka merakamkan keindahannya yang dikurniakan Allah untuk koleksi ku.

Kekadang kami merasakan alangkah indahnya jika kami dapat berumah di tepi pantai , menghirup bayu laut segar setiap hari dan dapat menikmati kala sang mentari pagi muncul dan juga ketika dia melabuhkan tirai siangnya.

Ah, itu hanya angan2 saja kerana telah ditakdirkan aku bukan seorang nelayan yang berumah di tepian pantai.

Kami suka sekali berada di tepian pantai ketika pengunjung tidak ramai dan dalam suasana tenang. Nak kata cari ilham dan mengarang buku tak jugak, tapi aku lebih suka suasana begitu .Jadi kami tak lepaskan peluang untuk berada di tepian pantai ketika kami ke sini.
Lepas sahaja waktu israk ketika sang matahari muncul lebih kurang segalah, kami dah menyusuri pantai berdua dan tinggalkan buntat dan bintat di bilik mereka . Bergurau senda sambil berpimpin tangan sambil kedua belah pipi ditampar manja bayu Laut China Selatan.

Indah sungguh waktu israk ketika itu di sini. Sedikit perkongsian dari ku insan yang hina dan kerdil berkaitan waktu2 ni sebelah pagi yang sering kali diabaikan akibat kealpaan kita . Selepas sahaja waktu subuh akan disusuli pula dengan waktu syuruk di mana dalam lebih kurang 20 minit juga .Ketika itu telah luput waktu subuh dan matahari mula terbit . Waktu itu kita diharamkan untuk bersolat . Kemudian barulah diikuti dengan waktu israk yang tak panjang sangat lalu diikuti dengan waktu dhuha pula.Waktu dhuha luput apabila gelincir matahari .

Janganlah kita biarkan waktu2 tersebut berlalu pergi begitu sahaja kerana kita boleh merebut peluang dan ganjaran yang Allah telah hidangkan kepada kita dengan solat sunat israk dan dhuha yang mana ganjarannya sangat besar di sisi Allah S.W.T. Kita boleh ibaratkan ia sebagai bonus atau saham yang pasti sangat berguna dan berharga disaat2 kita memerlukannya nanti.






Suasana tenang dan damai pagi tu sungguh mententeramkan jiwa.Angin bertiup sepoi2 bahasa .Yang pasti bahasanya bukan bahasa tionghua atau bahasa tamil. Itulah sebenarnya bahasa alam yang sungguh indah bagi sesiapa yang memahaminya.

Kedengaran suara alunan ombak yang memecah pantai macam dalam lirik lagu Alleycats pula merupakan satu nikmat Allah yang tak terhingga menunjukkan kebesarannya mentadbir seluruh sekalian alam.

Ada bidalan yang menyebut ombak dan pantai tak dapat dipisahkan. Sebenarnya ,begitulah juga dengan kehidupan ku dan kita semua yang pasti takkan dapat dipisahkan dengan kisah suka duka , pahit manis , tawar kelat yang boleh kita ibaratkan sebagai ombak yang menghempas pantai yang menjadikan kehidupan yang kita lalui sebenarnya begitu indah .

Aku menikmati dan menghargai setiap detik dan saat dalam kehidupan ku dan dan mengharapkan agar aku tak tewas dek tuntutan dunia . Setiap ujian yang datang dari Allah ibarat ombak yang menghempas pantai menjadi satu motivasi diri untuk menjadi lebih baik dari hari2 yang berlalu.

Segala puji bagi ALLAH yang menjadikan hari ini sejahtera
Dan telah terbit matahari dari tempatnya.

Ya Allah
berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan aku dari keburukkan hari ini.

Ya Allah
terangilah dan sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah Mu
terangilah dan sinarilah kehidupan ku dengan cahaya keimanan Muterangilah dan sinarilah kehidupan ku dengan cahaya ketaqwaan Mu terangilah dan sinarilah kehidupan ku dengan cahaya keberkatan Mu
sebagaimana kau menerangi bumi dengan cahaya matahari Mu
Terus menerus dengan Rahmat Mu .

Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih
Tuhan Yang Maha Pengampun
Tuhan Yang Maha Penyayang.






Rabu, November 30, 2011

LGB&GR : ANAK KURNIAN ALLAH

anak tupai ni tengah terkinja2 kat pokok

ALHAMDULILLAH

Selepas puas aku bercanda petang tu dengan keindahan alam ciptaan Allah yang tak terhingga , kami beredar ke swimming pool kerana putera dan puteri ku sedang berkubang di sana. Nak join sekali rasa malas pulak . Karang kalau aku terejun, mau berkocak air satu pool

Untuk dinner nanti , aku bercadang utk ambil "light meal" je kat coffee house yang terletak depan swimming pool tu kerana kebiasaannya jarang ambik "heavy meal' di sebelah malam.Pilihan ku hanya sandwich .

Sementara tu, kedua anak kami yg tengah membesar tu pekena chicken chop dan nasi goreng d' serai . Kesempatan kerana semua ada kami gunakan semaksimum mungkin kerana al maklumlah, kalau hari2 biasa, hanya kami berdua je di rumah yang kadang kala membuatkan aku dok jeling mak itam, mak itam dok jeling aku dan hari pun malam hehehe




Teringat 3 tahun lalu masa kedua2 anak kami dah nak berpisah dengan kakak belajar di KL dan adik pula ke asrama . Mula2 terasa kehilangan juga kerana rumah yang selalu riuh tetiba sunyi sepi . Tapi lama kelamaan akhirnya hakikat bahawa anak2 takkan selamanya duduk bawah ketiak mak dan ayah dapat diterima.

Tu sebab ada orang tua2 cakap, anak ramai ke sikit ke
cukup masa dan ketika nanti, semua akan tinggalkan kita dengan kehidupan masing2 dan akhirnya tinggal berdua juga

Kekadang ramai kenalan aku tanya

"dua anak je cukup ke"

jawapan ringkas ku mudah,

"tak sempat , pasal sibuk main lastik je "

hehehe

Pada pendapat akulah , cabaran mendidik anak2 zaman sekarang tak sama macam zaman mak bapak dan atuk2 aku dulu

Anak2 sekarang dah terlalu "advance" berbanding kita
Tapi semua berbalik ke ketentuan Allah
Alhamdulillah, aku dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan ,
berbanding individu2 lain yang bertahun2 kawin dan takde zuriat pula

Ada yang berderet beranak tetiap tahun namun semuanya perempuan ,
nak dapat seorang anak lelaki tak dapat2
tu yang tetiap tahun kerjanya beranak je
macam sorang makcik aku , berderet 10 orang anak perempuan
laaa ni , kira tetiap tahun terima menantu

Tapi macam aku katakan semuanya Allah dah tentukan

Tak kiralah anak sikit ke atau ramai ,

yang penting kita berikan didikan agama dan dunia yang secukupnya pada mereka dan kita jalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah Allah dengan sebaik mungkin

Insyallah

ni "imam muda " aku
dok berkubang






Selasa, November 22, 2011

LGB&GR : PETANG YANG MENDAMAIKAN


Kalau takut dilambung ombak ,
Jangan berumah di tepi pantai.

Itulah antara bidalan yang banyak membawa pengertian .
Begitulah juga dengan kehidupan kita yang sementara di dunia yang sementara belaka ini.

Aku dapat melupakan seketika masalah2 kerja dan yang berkaitan dengan perniagaan apabila aku berada di sini. Meniup udara segar petang yang dipinjamkan seketika oleh Allah buat ku.

Bercerita tentang perniagaan, nampak semua cantik di mata orang, tapi hakikatnya segala ombak, onak dan duri yang terpaksa ditempuhi hanya Allah je yang tahu.

Masalah pelanggan yang tidak menjelaskan pembayaran dan yang liat menjelaskan pembayaran dan yang buat2 tak tahu sering menghantui para peniaga dan usahawan sebenarnya . Sedangkan hakikatnya segala barangan serta stok yang diambil dari pengilang perlu dijelaskan mengikut "terms" samada secara tunai, 30 hari, 60 hari atau 90 hari sedangkan ada pelanggan yang ada sampai setahun dua yang tidak menjelaskan langsung .

Itu belum lagi yang dah 3,4,5,6 tahun yang akhirnya menjadi hutang lapuk .


Tapi dah orang tua2 kata,
"kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai"

Aku terima semua itu dengan redha dan menjadi sebahagian asam garam dalam perniagaan.

Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini dengan pelbagai ragam . Kalau semua baik, amanlah dunia ni.

Itulah sebabnya baru2 ni terpampang di dada akhbar yang Tabung PTPTN hampir kekeringan akibat terlalu ramai peminjam yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka menjelaskan hutang pinjaman mereka . Itu belum lagi yang sering aku baca tuan2 punya rumah yang disewakan mengalami masalah apabila ada penyewa yang bukan 2-3 bulan malah hampir setahun tidak menjelaskan sewa rumah yang boleh dianggapkan sebagai hutang .

Ada yang yuran sekolah anak dan tadika anak pun tak bayar , kekadang bukan takda duit kerana kalau kita lihat mereka masih boleh berpakaian kemas dan cantik serta berkenderaan ke sana kemari. Tapi semuanya bergantung kepada sikap dan juga pegangan agama sebenarnya.

Kalau kita yang mengaku sebagai seorang islam yang mengucap dan memegang kalimah :


sedarlah bahawa seksaan Allah itu berat bagi sesiapa yang tidak menjelaskan hutangnya yang akan membuatkan segala amalan kita akan tergantung kelak.


Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menegaskan:

“Sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.”


Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 283:


“Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.”

Islam telah menetapkan bahawa setiap yang berhutang wajib melaksanakan amanah dan bersifat jujur membayar hutang mereka setelah berkemampuan. Bagi sesiapa yang suka melewat-lewatkan atau menangguhkan pembayaran hutang ini, maka maruah mereka menjadi hina, hidup hilang keberkatan dan tidak diredhai oleh Allah , amalan kebajikan tertolak dan tergolong dalam orang yang zalim.







ALHAMDULILLAH

keindahan pantai dan kesyahduannya petang ini dapat menenangkan seketika segala permasalahan kerana semuanya itu adalah suratan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T

Samalah juga dengan ketentuan Allah yang mengizinkan aku datang ke sini dan menghirup udara segar di bumiNYA yang penuh dengan keindahan di mata dan tersembunyi serta terkandung sebenarnya banyak hikmah di dalamnya apabila aku memandang keindahan petang ini dengan mata hati ku.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan lagi sehari kehidupan ini buat diri ku.

Jumaat, November 18, 2011

LGB&GR : MENIKMATI BAYU LAUT CINA SELATAN


Lepas puas bercebor ,naik atas salin track suit pula dan aku ajak Mak Itam ke tepi pantai untuk menikmati tiupan bayu Laut Cina Selatan di petang hari yang sungguh mendamaikan.

Aku galas sekali beg DSLR aku dan juga tripod kerana ada beberapa foto yang terpaksa guna tripod yang aku dah terbayang dari segi angle atau komposisinya . Mak itam mcm biasa bawa buku novel untuk dibaca di tepi pantai sementara aku layan dslr aku.


Kelihatan beberapa pengunjung sedang mandi manda di tepi pantai . Ombak ketika ini tak berapa kuat. Namun aku pesan dengan kakak dan abang agar hanya main di gigi pantai sahaja.

Maklumlah , musim tengkujuh baru bermula dan kelihatan bendera merah tepi pantai pun dah dinaikkan.Akhirnya mereka berdua ke kolam renang meningalkan kami berdua menikmati bayu petang Laut China Selatan.

Aku terjumpa sebatang kayu balak tersadai di tepi pantai. Nampak macam takde apa2 nilai seni pun , tapi sebenarnya aku dah nampak dan terbayang jika kita pandai mengolah komposisi serta settingnya, pasti fotonya nanti akan menceritakan disebaliknya.

Begitulah juga dengan kehidupan kita hari ini yang penuh dengan pancaroba. Kita harus bijak mengolahnya tetapi suruhan Allah jangan sesekali kita tinggalkan manakala larangannya pula kita hindari.

objek yang sama , tapi setting berbeza

puas aku beralih kiri kanan dengan tripod

Pasang tripod dan hampir 20 minit juga aku dok mengadap batang kayu balak ni hinggalah aku benar2 puas hasilannya. Tapi aku bukan jurugambar profesional namun aku ada sedikit ilmu dan idea bagaimana nak mengolahnya agar kelihatan cantik dan berseni.

Ingat nak buat teknik "long exposure" tapi ND Filter takda pulak . Takpa lah, lain kali . Insyallah