WARGA SCP

Khamis, Ogos 27, 2009

DAY 19/20 03 - 04 /12/2007 ISNIN/SELASA

Bait Al Abraj

Suasana di luar MasjidilHaram sentiasa meriah











Suasana berhampiran jalan tepi Hilton

Jinak-jinak burung merpati di Makkah

Kawasan berhampiran hotel penginapan

2 hari ini, badan agak kurang sihat . Tekak telah mula terasa sakit. Setelah 20 hari berada di Tanah Suci, aku telah dijangkiti virus demam dan batuk . Seluruh badan terasa sakit dan sengal. Aku telah ke klinik tabung haji di hotel bersebelahan. 4 orang doktor yang bertugas dan kami perlu membawa buku rawatan kesihatan yang berwarna putih bersama.

Doktor yang merawat aku juga telah dijangkiti batuk dan selsema. Seperti yang pernah aku katakan, 90 peratus dari jemaah pasti akan terkena jangkitan batuk atau demam atau selsema yang merupakan penyakit paling popular di Tanah Suci kerana orang yang terlalu ramai dan sentiasa berpusu2, berhimpit2, bersentuhan yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang membawa bermacam2 virus.

Aku diberikan ubat batuk, antibiotik , ubat demam, "pain killer" dan ubat selsema. Jadi sepanjang 2 hari ini, aku banyak berehat dan hanya mengerjakan solat yang fardhu sahaja. Aku anggap ini sebagai ujian terhadap hambaNYA di dalam mengerjakan ibadat dgn baik utk mendapat haji yang mabrur.

Alhamdulillah , aku hanya diuji dgn penyakit begini sahaja berbanding dgn org lain yang adakalanya sehingga tidak dapat melakukan ibadat dgn sempurna. Seperti yang diceritakan oleh seorang jemaah yg agak berumur yang aku kenali semasa berbual2 di luar masjidilharam berhampiran KFC. Aku menyapa org tua itu kerana aku memerhatikan ia sangat berselera sekali makan KFC tu. Ia memberitahuku bahawa ia baru saja keluar dari hospital semenjak tiba di Makkah krn masalah jantung. Tiada apa yang dapat ia lakukan dari sejak ketibaannya ke tanah suci kerana ditahan di wad hospital.

Aku banyakkan meminum air zam-zam sambil berdoa agar dikembalikan kesihatan yang baik kepada ku. Semoga aku dapat melakukan ibadat2 dgn baik dan sempurna.Itu saja ikhtiar ku iaitu meminta kepada sang pencipta ALLAH S.W.T yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani selain dari makan ubat . Sesungguhnya kesakitan itu juga satu nikmat ALLAH yang tidak terhingga.

Alhamdulillah

2 ulasan:

  1. salam Rezeki,

    bagusnya sudut-sudut pengmbaran tu. ermm, rindunya hendak ke makkah semula. moga Allah kabulkan permintaanku untuk ke sana.

    BalasPadam
  2. salam CZ,
    saya abadikan setiap hari pengalaman di tanah suci dlm PDA sabagai kenangan yg abadi krn tak tahu adakah lagi umur dan kesempatan utk melakukan pekerjaan haji tu.
    Insyallah Allah akan mengabulkan permintaan hambanya ini krn dia maha mendengar,
    Alhamdulillah

    BalasPadam