WARGA SCP

Ahad, Ogos 30, 2009

DAY 26 10/12/2007 ISNIN

Saat waktu solat hampir masuk, ada yg masih bertawaf

Jemaah yg padat dlm Masjidil Haram

Cantik baju kurungnya . Seragam utk jemaah dari Guinea
supaya mudah dikenali.


Alhamdulillah, 3.50 pg telah sampai di Masjidil Haram utk solat subuh yang masuk kira2 pukul 5.20 pagi. Terus menuju ke laman kaabah utk melakukan tawaf sunat. Perjalanan menuju ke laman kaabah begitu mencabar kerana terlalu ramai jemaah pada pagi ini dan ramai juga jemaah yang duduk di tangga dan tempat pejalan kaki. 20 minit juga baru sampai setelah melalui di tepi jemaah2 yang duduk di tempat pejalan . 

Bagi jemaah2 dari negara lain yang agak kasar dan kurang bersopan, kelihatan mereka melangkah di atas bahu dan dan kepala orang lain utk ke hadapan. 2 pusingan terakhir agak mencabar kerana pada masa itu pusingan tawaf seringkali terhenti dan terpaksa menahan diri dari jemaah yang menolak dari belakang. Kawasan tawaf pada pagi ini memang terlalu padat dgn jemaah .

Untuk minggu2 terakhir sebelum tiba hari wukuf, beginilah senarionya. 1 jam lebih juga diperlukan utk menghabiskan 7 pusingan tawaf akibat kepadatan manusia dan memerlukan kesabaran krn terdapat pelbagai ragam manusia . Aku sentiasa berhati2 agar niat ku utk bertawaf tidak berubah dan sentiasa memastikan bahu kiri ku tidak beralih dari kaabah yang merupakan salah satu syarat sah tawaf. Kedua2 belah tangan terpaksa digunakan utk melindungi kedua2 belah bahagian rusuk kiri dan kanan dari dihimpit oleh jemaah lain yang boleh menyebabkan kesukaran utk menarik nafas.

Apabila telah terlalu ramai , persentuhan sudah tidak dapat dielakkan.Namun seperti yang diajar dan telah diputuskan dalam "muzakarrah" oleh Ulama dan Mufti dan boleh digunapakai terdapat 3 pendapat dalam mazhab Shafie,

1. Pendapat pertama , jika tersentuh antara bukan muhrim, maka terbatallah wuduk kedua-duanya.

2. Pendapat kedua, jika tersentuh , maka org yang menyentuh batal wuduknya dan orang yang disentuh tidak batal.

3. Pendapat ketiga, tidak terbatal wuduk kedua-duanya jika tersentuh dalam keadaan tidak timbul rasa syahwat.

Jadi kami jemaah haji dari Malaysia dinasihati agar sentiasa mengguna pakai pendapat yang ke tiga itu yang telah diputuskan oleh ulama dan mufti . Salah satu lagi syarat sah tawaf ialah menutup aurat . Bagi wanita aliran ahli sunnah wal jamaah dan berfahaman imam Shafie, auratnya keseluruhan badan termasuk kaki kecuali 2 tapak tangan dan muka. 


Bagi mahzab Hanafi dan Hambali, kaki bukan diantara aurat. Jadi mereka tidak memakai stokin semasa tawaf. Keadaan orang yang terlalu padat dan ramai semasa tawaf menyebabkan seringkali berlaku persentuhan . Cuba bayangkan sekiranya kita jemaah lelaki seringkali terbatal wuduknya semasa tawaf akibat persentuhan. kemungkinan 2-3 hari pun tidak akan selesai tawaf. Itulah kelebihan agama Islam yang sentiasa ada jalan penyelesaian terhadap hambaNYA yang kita perlu pelajari dan ketahui.

Alhamdulillah , hari ini aku telah khatam Al-Quran di Masjidil Haram dan terus mengulangi kembali bacaan ku dari mula. Pagi ini kami mengikuti ceramah agama di hotel penginapan berkaitan wukuf di Padang Arafah. Ustaz menyentuh tentang amalan2 yang boleh dilakukan semasa wukuf nanti . Wukuf di Arafah merupakan kemuncak bagi musim haji dan salah satu rukun

8 ulasan:

  1. salam Rezeki..

    alhamdulilah..khatam quran di da;lam masjidil Haram..besar ganjarannyer..

    waslam

    BalasPadam
  2. Salam CL,
    Alhamdulillah ,mmg itu hajat saya dan Allah telah makbulkan .

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Info yang diberi bgitu baik sekali. macam buat penyelidikan. keep ur good track

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Info yang berguna buat kami yang tk p lagi...

    BalasPadam
  5. Salam CZ,
    mmg seblm pegi cuba menghayati sebaik2nya konsep,pengertian dan apa yg tersurat & tersirat dlm pekerjaan haji krn buat haji bukan selalu peluangnya dpt bg kita melainkan CL yg alhamdulillah rezekinya telah tertulis oleh ALLAH dan kita tumpang gembira.
    Alhamdullilah

    BalasPadam
  6. Salam Atikah,
    semoga membantu,
    alhamdulillah

    BalasPadam
  7. Rezeki...pelikkan, apa saja yg kita hajatkan, segala yg terdetik di hati semuanya dimakbulkan di Tanah Suci....saya cukup hairan lagi ajaib.

    Err...Rezeki minat ke kain baju kurung jemaah Afrika tu....apa kata buat baju melayu raya tahun ni...ok tak;)

    BalasPadam
  8. Salam IP,
    Itulah kekuasaan Allah,
    "Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, Maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" lalu jadilah ia."
    Surah al-baqarah ayat 117-118
    Alhamdulillah

    IP , mereka buat dan pakai baju tu suapaya senang dikenali dalam jemaah yg terlalu ramai. Cantik, apa kata kita buatkan utk Presiden PKDM dan AJKnya hihihi

    BalasPadam