Suasana Dalam Masjid Nabawi
Seni Bina Islam Yang Indah
Menunggu Waktu Solat
Suasana Selepas Solat Subuh
Di Perkarangan Luar Masjid Nabawi
Hotel Dihadapan Masjid Nabawi
Dalam Masjid Nabawi
Pulang Ke Hotel Di Madinah Movenpick
Suasana Dalam Masjid Nabawi
Kawasan Luar Masjid Nabawi
Depan Babul Salam
Ziarah ke perkuburan Baqi
Bersama ahli kumpulan
Suasana subuh di Masjid Nabawi
16/11/2007 JUMAAT (Day 2)
Hari ke 2 berada di kota suci Madinah. Kota yang aman dan tenteram seperti yg disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kota yang menjanjikan 1000 pahala bagi setiap amal kebaikan yg kita lakukan. Kami akan berada di sini lebih kurang 8 hari dan cuba solat berjemaah di Masjid Nabawi 40 waktu kerana pahalanya sgt besar tapi hukumnya sunat. Alhamdulillah dgn izin Allah kami dpt bersolat berjemaah di sini 41 waktu sehingga hari keberangkatan kami ke kota suci Mekah.
Di sini azan subuh dilaungkan 2 kali, pukul 3.45 pagi utk kali pertama dan apabila masuk waktu solat subuh sekali lagi. Ini sebagai peringatan dan persiapan sebelum masuk waktu subuh yang sebenarnya. Ke masjid 30 minit selepas azan pertama. Banyak yang boleh dilakukan dimasjid sebelum masuk waktu solat subuh sebenarnya seperti solat sunat tahajud, solat sunat taubat memohon keampunan atas dosa2 yang yang telah kita lakukan sama ada kecil atau besar, disedari atau tidak sebelum kita menunaikan fardhu haji nanti agar diri kita benar2 insaf dan diampuni, solat sunat hajat seperti meminta agar diberikankan segala kemudahan dan kesihatan yg baik dalam kita mengerjakan haji nanti dengan sempurna kerana kita tidak tahu apa yang akan kita hadapi nanti semasa kita mengerjakan haji nanti, bertadarus dan macam2 lagi .
Sedar tak sedar 2-3 jam berlalu dgn pantas. 45 minit sebelum masuk waktu subuh, setiap ruang masjid telah dipenuhi dgn ratusan ribu jemaah yang masuk melalui kesemua pintu masjid
Sayu dan syahdu mendgr kelunakkan muazzin melaungkan azan subuh. Pagi ini imam membaca surah "sujjadah" yang mana selepas habis surah tersebut , terus sujud dan bangun semula dan baru masuk rakaat pertama. Ramai jemaah yg tidak mengikutinya yang mana terputuslah ia dengan imam. Satu lagi di sini imam tidak membaca doa qunut dan doa selepas solat .
Kebiasaannya selepas setiap solat fardhu akan diikuti dengan solat sunat jenazah . Beruntung sesiapa yang meninggal dunia di kota suci Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi' kerana umat yang mula2 akan dibangkitkan dari kubur di Padang Masyar kelak selepas hari kiamat ialah dari perkuburan Baqi' diikuti perkuburan Maala di Mekah dan barulah yang lain2.
7.00 pagi , mengikuti program "ziarah dalam" yang dianjurkan oleh THTS (Tabung Haji Travel & Services) diketuai oleh seorang ustaz dgn melawat perkuburan Baqi' di mana keluarga Nabi dan para sahabat dikebumikan. Kemudian masuk melalui pintu Babus Salam utk menziarahi makam baginda . Terlalu ramai jemaah , ada yang meraung, ada yang menangis dan bermacam2 lagi .
Terlihat berbagai bidaah berlaku di sini antaranya ada yang menyapu tepi2 pagar makam Nabi dgn tangan dan kain lalu menyapu ke muka terutamanya jemaah dari india dan pakistan. Tanpa disedari air mata mengalir semasa memberi salam kepada Baginda dan menghadap kiblat untuk berdoa dan teringat sabda Baginda antara lain berbunyi " Barang siapa menziarahi makam ku, seolah dia menziarahi ku semasa aku masih hidup dan akan mendapat syafaat ku." Beberapa langkah ke hadapan adalah makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang turut diziarahi.
Terus ke Raudah yang merupakan di antara "Taman-Taman Syurga" yang mana di antara tempat berdoa yang paling mustajab. 10 minit juga berdiri di dalam sana sementara menunggu mendapat sedikit ruang utk solat sunat dan berdoa kerana terlalu ramai jemaah yang berada disitu yang menjadi idaman setiap orang yang berada di Masjid Nabawi .
Alhamdulillah dgn keizinan ALLAH, mendapat ruang utk solat sunat dan berdoa . Menghabiskan masa hampir 45 minit di Raudah dgn berdoa dan bermunajat kepada ALLAH. Bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu ALLAH sedangkan ramai lagi yang masih tidak berpeluang ke sini walaupun ada wang yang banyak, tetapi kalau belum lagi diizinkan oleh ALLAH menjadi tetamunya, maka tidaklah ia dapat sampai ke sini. Ada yang kembali ke rahmatullah sebelum sempat sampai ke sini. Berdoa agar kami sentiasa diberikan segala kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan diterima menjadi haji yang mabrur dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang kami di sini dan dipelihara apa yang telah kami tinggalkan.
Jemaah wanita pula memasuki Raudah mengguna pintu yang dikhaskan dan terpisah dgn jemaah lelaki. Terlalu ramai jemaah yang menunggu untuk masuk ke sana yang dikawal ketat oleh pegawai masjid . Berlaku insiden yang tidak diingini dimana sekumpulan jemaah yang ramai telah merempuh dan terpijak jemaah yang lain dan mengikut sumber yang boleh dipercayai seorang jemaah wanita indonesia dan jemaah wanita kita yang telah berumur mendapat kecederaan sehingga meninggal dunia.

0 comments:
Catat Ulasan