WARGA SCP

Isnin, Ogos 24, 2009

DAY 15 29/11/2007 KHAMIS


Kawasan Miqat Terdekat Masjid Tanaim






Suasana Setiap Kali Selepas Waktu Solat Di Luar


Tawaf merupakan salah satu rukun dalam mengerjakan umrah dan haji iaitu mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dimulai dari sudut atau penjuru Hajarul Aswad. Kalau 4-5 tahun dahulu , terdapat satu garisan yang memanjang menandakan permulaan tawaf, sekarang kerajaan Arab Saudi telah memadam garisan tersebut . 

Ia dipadam kerana untuk mengelakkan kesesakkan di sepanjang garisan tersebut apabila jemaah yang hendak memulakan tawaf dan jemaah yang tiba di situ selepas tamat setiap pusingan berhenti menyebabkan berlaku kesesakan yang boleh mendatangkan mudarat. Sekarang jemaah hanya berpandukan pada lampu hijau sebagai panduan sahaja. 

Pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi untuk memberi keselesaan kepada jemaah yang bertawaf. Pada asalnya , kawasan tawaf hanya batu kerikil sahaja sehinggalah sekarang menggunakan batu marmar dingin (cold marmar) . Pintu masuk ke telaga air zam2 juga telah ditutup utk kelancaran tawaf.

Gambar beberapa lalu sebelum kiswah kaabah dinaikan

2-3 hari ini suasana kawasan tawaf sungguh meriah dan sentiasa dipenuhi jemaah. Situasi semasa bertawaf juga agak mencabar dan memerlukan kesabaran . Kebiasaannya selepas sahaja rukun Hajarul Aswad, akan berlaku kesesakan sehingga pusingan tawaf akan terhenti kerana terdapat jemaah yang berada dan berhenti di Multazam dan di Makam Ibrahim sehingga menyebabkan kesesakan. 
Kelihatan jemaah2 yang agak kecil tubuh badan, yg telah berumur dan jemaah wanita tersepit di celah2 jemaah lain. Pusingan tawaf ibarat "domino" dan "gelombang" kerana kita terpaksa mengikut ke mana "arus" nya apabila berlaku kesesakan yang teruk. Pergeseran dan persentuhan tubuh badan tidak dapat dielakkan. Ada jemaah2 wanita yang tiba2 akan memegang bahu kita , yang belakang pula akan "menyondol" belakang badan kita dgn perut mereka dan bermacam2 lagi. Kalau tidak sesak, 30 - 40 minit sahaja diperlukan utk melakukan tawaf. Tapi dgn jumlah jemaah yang semakin ramai, 1 jam lebih juga diperlukan utk menyelesaikannya. "Peak hours'' utk bertawaf ialah sebelum subuh, selepas asar dan magrib. 
Terdapat jemaah yang melakukan tawaf di tingkat 2 dan tingkat 3 tetapi jarak setiap pusingan lebih jauh . Berbagai2 perangai dapat kita lihat dan kita temui semasa melakukan tawaf. Bagi jemaah yang kurang berdisplin, mereka tidak mengikut arus tawaf dan cuba memotong jemaah yang di hadapan boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini. Itu belum lagi "keretapi india" iaitu mereka melakukan tawaf 4-5 orang dgn cara memegang kedua belah tgn mereka ke pinggang rakan mereka seperti gerabak keretapi yang bersambung . "Kepala keretapi terlepas, belakang yang ketinggalan cuba mengejar sehingga melanggar orang lain"

Banyakkan Minum Air Zam-Zam

Pagi ini , mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz di hotel. Hari ini ia membincangkan tentang wajib dan rukun umrah serta haji sebagai ulangkaji dan memantapkan diri dgn ilmu dalam mempersiapkan diri sebelum tiba hari wukuf nanti. 

Kemudian diikuti dgn ceramah kesihatan oleh doktor . Beliau menasihatkan kepada kami semua agar menjaga kesihatan sehingga menjelang hari wukuf yang merupakan kemuncak haji. Kami juga diberitahu bahawa penyakit paling popular yang mudah merebak dan berjangkit ketika di Mekah ialah batuk ,selsema dan demam. Bagi mengelakkan , sentiasa memakai "mask" utk mereka yang menghadapi masalah kesihatan berkaitan pernafasan. 90 % dari para jemaah akan dijangkiti batuk, demam atau selsema , cuma cepat atau lambat sahaja .

Terlena Kepenatan

Bunyi batuk sentiasa bersahut-sahutan di dalam Masjidil Haram. Kami juga diminta agar tidak membeli makanan dari luar yang dijual secara terbuka krn ditakuti tercemar. 9.00 mlm, kami bertolak ke Tanaim untuk berniat dan melakukan umrah sunat. Kami diberikan kemudahan pengangkutan untuk melaku umrah sunat sebanyak 7 kali secara berselang sehari . 

Jarak ke Tanaim yang lebih kurang 7 km memakan masa 1 jam lebih kerana kesesakan lalu lintas. Masjid Tanaim juga dikenali Masjid Sayyidah Aisyah merupakan sempadan tanah haram dgn tanah halal yang paling dekat. Solat sunat tahyatul masjid dan solat sunat ihram . Memohon kepada ALLAH agar mempermudahkan pekerjaan kami kerana jumlah jemaah yang semakin ramai dan padat terutama semasa tawaf. Hampir pukul 12.30 pagi , semua rukun umrah dapat diselesaikan dgn sempurna dan pulang ke hotel hampir 1.00 pg dan berehat sebentar sebelum ke Masjidil Haram pukul 3.30 pg sebelum menunggu solat subuh.

Sedikit panduan, Elakkan dari terjatuh, atau mengambil sesuatu di lantai semasa bertawaf kerana kita akan dirempuh dan terpijak oleh jemaah lain yang tidak perasan kerana orang terlalu ramai. Kebiasaannya akan menyebabkan kemalangan jiwa. Nanti saya sambung lagi cerita dan pengalaman bertawaf yang sentiasa manis dlm ingatan yang kadang kala membuatkan saya tersenyum apabila mengenang kembali.
ALHAMDULILLAH


Saat Menunggu Waktu Solat

9 ulasan:

  1. As Salam..

    Subhanallah.. gambar2 yang tuan sertakan menceritakan kehidupan di Baitullah & Madinah.. 2007 juga memori saya ada disana.. belum sempat khatam semua tulisan.. tapi gambar2 semua dah habis khatam.. InsyaAllah ada masa terluang boleh baca pengalaman tuan ketika mengerjakan haji..

    elok juga tuan buat blog yang sebegini.. buat tatapan anak2 dan saudara seislam..

    Noor - Naib pengerusi GPK (pas nie misti pengerusi GPK lak yang mai singgah.. he he)

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaOgos 24, 2009

    Salam En Zain,

    hanis juga minta izin menjadi pembaca blog en zain...

    bila lihat gambar org terlena tu...terus teringat pada ayah hanis..pon slalu tertido camtu....huhuhu...

    BalasPadam
  3. Salam Noor @ N/P GPK
    tk kerana sudi singgah, sebelum ni catatan ni terperap kat PDA dan forum cari. Baru ni terbuka hati nk buat blog utk kenangan di hari tua nti , insyallah.
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Salam hanis,
    hanis salah alamat ni ,tertulis nama en zain.sahur tk mlm tadi Anyway tk krn sudi jenguk rumah saya ni.
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaOgos 24, 2009

    salam,

    hahaha....malunyeee En rezeki...hhahahahha...nie penangan pak zain laa ni..kalau pak zain perasan sat lg...saheh gelak meleleh air mata lg tu....

    BalasPadam
  6. teringin sngt2 nk pegi..untung sngt2 abng kt sne..bile la agknye sy dpt smpi sne.huhu...

    BalasPadam
  7. Salam syahbandar87
    Insyallah, tanamkan niat berserta usaha, Allah akan makbulkan samada cepat atau lambat.
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  8. mengamit memori...rindu padaNya

    BalasPadam
  9. Salam Imran,
    memang mengamit kenangan yg akan kekal sepanjang hayat dan berdoa akan dpt lagi mengunjunginya. Balik je awal 2008 terus mendaftar balik dgn anak2 kat TH dan gilirannya insyallah 2020. Semoga diperkenankan ALLAH akan niat kami itu.
    Alhamdulillah.

    BalasPadam