WARGA SCP

Isnin, Ogos 31, 2009

DAY 34 18/12/2007 SELASA WUKUF DI PADANG ARAFAH

Melepaskan lelah seketika selepas subuh kerana
hampir semalam berjaga

Air Cooller yang mendingin sedikit khemah ku

Suasana di luar kawasan perkhemahan kami

BERSAMAAN 9 ZULHIJJAH

Alhamdulillah, Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Setelah menempatkan beg galas di khemah, terus ke bilik air yang terletak berdekatan dgn khemah. Sejumlah 20 buah bilik air lelaki dan 20 buah bilik air wanita ini yang akan kami gunakan utk lebih kurang 2500 jemaah selama 1 1/2 hari ini. Jadi setiap jemaah mestilah bertimbangrasa semasa menggunakannya kerana tandas adalah terhad. Bagi jemaah yang kepenatan, ada yang telah melelapkan mata .
Ada pula yang berehat di khemah sambil berzikir, bertalbiah dan bermacam2 bentuk ibadat . Selama 34 hari aku bersama2 isteri ku, malam ini dan beberapa malam berikutnya kami terpisah kerana jemaah lelaki bersama kumpulan lelaki manakala perempuan pula juga . Kami sebenarnya mengambil pakej untuk 2 orang sebilik suami isteri yang ditawarkan oleh THTS.

Aku mengambil keputusan utk ke surau yang disediakan yang beralaskan permaidani di atas padang pasir yang kontang . Aku mengambil peluang pada malam yang indah ini di bumi yang penuh keberkatan utk melakukan ibadat sebaik mungkin kerana peluang , masa dan kesempatan yang datang ini kemungkinan hanya sekali dalam hidup ini kerana aku tidak tahu sampai bila aku akan bernafas dan berada di bumi ALLAH ini.

Memperbanyakkan solat tahajjud, solat sunat taubat , solat sunat hajat , di samping berdoa dan bermuhasabah diri.Padang Arafah merupakan tempat yang sebaik-baiknya utk bermuhasabah diri, mengenang dan mengingati kembali apa yang telah aku lakukan selama ini .

Adakah aku sebagai hambaNYA telah melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA semasa aku masih hidup dengan sebaiknya ?

Kemudian dgn diketuai oleh seorang guru agama menlakukan Qiamulail sementara menunggu masuk waktu subuh yang dijangkakan 5.29 pagi. Subuh ini kami beramai-ramai solat secara berjemaah. Dinding khemah dibuka bagi menyambung saf-saf dgn imam. Kemudian diikuti dgn tazkirah.

Pagi ini acara bebas bagi jemaah sementara menunggu pukul 10.00 pagi. Aku mengambil kesempatan utk melelapkan mata seketika agar aku segar dan cergas kembali apabila menjelang masa wukuf nanti kerana sepanjang malam tadi aku berjaga.

Menunggu masuknya waktu wukuf

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika . Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia ,tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Para jemaah telah bersiap menunggu masuk waktu wukuf


Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Jemaah dari negara luar yang tidak berkhemah hanya
menantikan berakhirnya waktu wukuf di tepi-tepi

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Pukul 11.00 pg melakukan persiapan diri utk wukuf yang dijangka 12.18 tgh. Menjelang waktu wukuf dgn dipimpin oleh beberapa orang guru agama, acara dimulai dgn talbiah dan zikir serta tazkirah .Masuk sahaja waktu zohor , khutbah pertama dibaca . Setelah selesai diikuti dgn khutbah kedua serentak dgn laugan azan Zohor. Kemudian kami solat zohor dan asar secara jamak takdim tamam .

Khutbah Arafah yang dibaca sungguh meruntun jiwa , menyentuh hati dan perasaan . Dengan nada suara yang merayu dan merintih kepada ALLAH memohon taubat dan keampunanNya Tanpa disedari air mata bergenang dan berlinangan . Ia mengingatkan diri kita sebagai hambaNYA yang kerdil banyak melakukan dosa-dosa , kesilapan dan perkara yang mungkar semasa kita hidup , dosa-dosa yang kita lakukan terhadap kedua ibubapa kita , dosa-dosa terhadap isteri atau suami , anak-anak dan anggota keluarga. Namun masih diberi kesempatan dapat menjadi tetamuNYA dan berpeluang memohon keampunanNYA.

Berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat mustajab dan diangkat terus doa itu ke langit. Kemudian diteruskan lagi dgn Zikir dan Doa Arafah sebagai pengisian wukuf sehingga hampir pukul 5.00 ptg. . Sebelum waktu magrib tiba pada 5.43ptg , aku berdoa secara bersendirian kerana itulah waktu yang paling afdal utk berdoa ketika berada di bumi Arafah. Mengerjakan solat magrib dan isyak secara jamak takdim tamam dan seterusnya bersiap-siap pula untuk meninggalkan bumi Arafah yang penuh keberkatan ini menuju ke Mudzalifah .

10 ulasan:

  1. Saam CR,

    Best la, teringat nostalgia pada musim haji sembilan belas lapan pulu lapan, Bila lagi la aku akan sampai di sini, di bumi Arafah ini.

    BalasPadam
  2. Salam AZ,
    nostalgia yg akan kekalkan AZ, Insyallah pjg umur, murah rezeki dan dgn keizinanNYA sampai lagi kita ke sana buat haji.

    BalasPadam
  3. As Salam CR..

    Arafah.. membawa kenangan yang melimpah ruah.. ketahanan diri perlu kuat.. agar mata tidak mengelat.. kalu nak beradu.. pejamkan mata barang 2/3 saat.. kalu lama2 takut terlepas.. segala peluang untuk membersihkan diri yang tunggang langgang.. berzikir.. bersolat.. sambil memohon keampunan diatas dosa2 silam.. dan merayu pada Yang Esa agar dirahmati dan diberkati hidup yang mendatang..

    berpeluang mengerjakan haji ketika diawal usia 20an.. ketika kudrat bagaikan 'Gaban'.. dikala itu tidak banyak kemudahan namun banyak cabaran.. dari mekah ke arafah.. boleh memakan masa 2/3 jam.. kalu tak kerana org tua bersama.. rasa nak join jemaah negara lain berjalan..

    Hajat dihati nak kesana lagi.. untuk mengerjakan haji.. walau pun ada yang kata cukuplah sekali.. tapi hati meronta tak henti-henti.. biarlah kali ini berpergian bersama sijantung hati.. walaupun selama ini setiap kali mengerjakan umrah.. kami pergi sendiri2.. Nawaitu dihati biarlah dapat setiap tahun berpijak ditanah suci.. walaupun masih belum tercapai.. emm, 2/3 tahun sekali pun ok jugak.. he he

    psstt.. sori CL, pagi nie terjiwang lak.. membaca pengalaman CL membuat diri saya berilusi..

    BalasPadam
  4. Salam Noor,
    Alhamdulillah, mmg arafah menuntut kekuatan mental dan fizikal. Di sana jiwa rasa tenang dan kosong krn fokus utama kpd Allah sang pencipta kita dan me muhasabah diri akan dosa2 yg lalu.
    Jadi kalau nak kerjakan haji, pegilah masa muda , cabaran haji dan umrah tak sama . Kasihan melihat yg telah berumur ketika di sana. Namun semua kuasa Allah kan.

    Cabaran dulu dgn sekarang tak sama, dulu jemaah tak seramai sekrg. Saya pun mcm Noor juga, dh set kalau pjg umur, murah rezeki dan dijemput Allah menjadi tetamunya, 2020 spi giliran dan mengerjakan haji sekali lagi dgn anak2.

    p/s : bila masa pulak CR jadi CL. (sudah tukar ka ) kata pelawak india tu enth nama dia tak ingat.

    BalasPadam
  5. CR....Arafah oh Arafah, setiba di Arafah hati saya tertanya2...apa istimewanya Arafah...NOTHING bila dilihat dgn mata kasar. Sy terpinga2 bertanya mengapa adanya ungkapan Haji itu adalah Hari Arafah....tp keesokkan harinya bila masuk waktu wukuf...saya diberikan pengertian yg sedalam2nya oleh Allah swt. Ku Pasrah Ku Akur. Melihatkan waktu wukuf kian singkat....kepasrahan ku disertai dgn cemas...pelbagai macam jenis cemas, cemas blm smpt benar2 bertaubat, cemas krn ibadat yg tak pernah ku rasa lengkap, cemas kerana wukuf bakal pergi meninggalkan kita, cemas kerana takut tiada lagi peluang melalui hari wukuf dan cemas bagai aku sedang miniti sakaratul maut dimana aku tau aku akan pergi pd masa yg ditetapkan (waktu Maghrib wukuf berakhir) tp aku sendiri tau diri ini serba serbi kekurangan dan masa tidak akan berpatah balik. AKU CEMAS....air mata sbg peneman, berguguran tak henti2....Ya Allah jemputlah lagi aku ke sana sbg tetamu mu dimusim haji....

    CR...thanks for this updates

    BalasPadam
  6. As Salam..

    'kopi ginseng satu'.. oooo sudah tukar ka!!

    he he.. sori CR.. ramai nak kena ingat.. CR, CZ, CL, IP, CM.. tu yang berselirat urat kat kepala yang mula nak tua nih.. al maklumlah.. BMV.. hu hu

    BalasPadam
  7. Salam IP,
    Mmg pada mata kasar , tiada apa yg istimewa pada Arafah , sebuah kawasan pdg pasir kontang yg hanya digunakan setahun sekali pada hari wukuf, tapi ia hari yg terlalu istimewakan org jemaah haji , antara hari doa kita terus diangkat ke langit, dan pada hari itu kita betul2 dekat dgn Pencipta kita Allah SWT dan memohon keampunan dan bertaubat dgn sesungguh2 taubat.

    cerita psl doa terus diangkat ke langit ni, ada suatu cerita menarik . pada hari dan waktu hari wukuf tersebut ada jemaah yg menerima panggilan tel. dari sanak saudara , then dia angkat telefon di ke atas , kenapa ya. katanya sanak saudaranya nak berdoa pada ALLAH seolah2 dia berada sekali diArafah psl doa pd hari itu terus diangkat ke langit. Wallahualam

    BalasPadam
  8. Salam Noor,
    BMV hihi , kalau DMV tu yg mcm saya ni , ada je lupa . Tu yg org umah selalu bergurau nanti tu pun lupa ....

    BalasPadam
  9. Salam,

    Terima kasih berkongsi pengalaman ditanah suci bersama pembaca.Setiap kali membaca pengalaman2 mereka di blog yg sudah menunaikan fardu haji...hati saya bertambah rindu dgn TH.Sesungguhnya saya juga berada di bumi Arafah 9 Zulhijah 18/12/2007.Sekembali saya dari menunaikan Haji 5/01/2008 beberapa bln kemudian saya medaftar semula untuk ke Tanah Suci untuk kali kedua insaALLAH.

    BalasPadam
  10. salam Qimi08

    Alhamdulillah, perasaan dan pengalaman berada di bumi Arafah tak kan kita lupakan sampai bila2. Itu umpama berada di padang masyar tetapi tentunya padang masyar lebih hebat dugaan dan cabarannya. Alhamdulillah, semoga kita semua dijemput lagi ke sana, insyallah.

    BalasPadam