WARGA SCP

Ahad, Ogos 23, 2009

DAY 14 28/11/2007 RABU

JEMAAH SEDANG PADAT BERTAWAF



SELEPAS SOLAT ZOHOR



Selepas subuh dan bersarapan di hotel, duduk di hadapan hotel memerhatikan gelagat dan ragam orang ramai. Ada jemaah yang berjalan pulang dari Masjidil Haram, ada jemaah yang berpakaian ihram menuju ke Masjidil Haram. Itulah kelebihan kota suci Mekah yang bila2 masa dan ketika bebas melakukan ibadat tanpa mengira masa, samada pagi atau petang, siang atau malam. Suasana kota suci Mekah tidak pernah pernah sunyi. Bunyi hon kenderaan sudah menjadi halwa telinga tanpa mengira masa. Sehingga ada yang mengatakan , kenderaan kat sini tak ada brek takpa, asalkan hon berbunyi. Perkhidmatan van, teksi dan mcm2 jenis kenderaan lagi sentiasa ada.

Pagi ini 9.00 - 10.00 menghadiri ceramah agama di hotel penginapan. Antara yang menarik perhatian ialah Mekah merupakan tempat pelaburan hari akhirat kerana setiap amalan kebajikan akan digandakan 100,000 . Langkah setiap orang yang menuju kepada Baitullah sentiasa sentiasa dilitupi rahmat ALLAH. Juga dinyatakan di antara tempat2 paling mustajab berdoa ialah Multazam, makam Ibrahim, Hijir Ismail, di bawah pancuran emas dlm kaw. Hijir Ismail, dalam Kaabah , di bukit Safa dan Marwah, di Padang Arafah semasa hari wukuf, di jamratul Ulla dan Wusta selepas kita melontar. Kita juga digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat setiap hari. Setiap hari ALLAH menurunkan 120 rahmat ke atas Baitulllah. 60 rahmat bagi yang bertawaf, 40 rahmat bagi yang bersolat dan 20 rahmat bagi yang memandang sahaja. Jadi amalan yang yang paling mudah ialah hanya memandang Baitullah .

Kita juga mesti mengambil peluang melakukan solat jenazah selepas solat fardhu yang telah menjadi aktiviti rutin di Masjidil Haram pada musim haji kerana pahalanya sebesar Bukit Uhud. Selalulah meminum air zam2 sambil berdoa agar diberikan ilmu pengetahuan yang bermanafaat, rezeki yang luas yang menghapuskan kefakiran dan kesihatan yang baik.

Sebelum zohor, mengambil kesempatan melakukan tawaf sunat dan bersolat di halaman kaabah. Seperti biasa asar hingga isyak terus beriktikaf di dalam masjid. Jemaah dah mula ramai di kota Mekah. Kalau keluar dr Masjidil Haram, agak sukar juga untuk mendapat tempat terutama di aras bawah. Aras 2 dan aras 3 masih banyak kekosongan lagi.

0 comments:

Catat Ulasan