WARGA SCP

Isnin, Ogos 10, 2009

DAY 1 15/11/2007 KHAMIS : PERJALANAN BERMULA



15/11/2007 KHAMIS (Day 1)

Alhamdulillah, setelah persiapan dari segi mental dan fizikal dilakukan sejak awal tahun 2007 lagi dengan mengikuti kelas yg dianjurkan oleh pihak Tabung Haji hampir 28 kali setiap hari Ahad dan juga 2 kali Kursus Perdana , dipanggil bersama isteri tersayang menjadi tetamu Allah dan berangkat pada 15/11/2007.Mendaftar di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 12.00 pagi . 

Suasana di sana sungguh meriah. Lebih ramai orang yg menghantar para jemaah dari jemaah sendiri yg seramai 380 orang utk penerbangan dgn Saudi Airlines yg akan berlepas pada pukul 6.00 pagi.Mendaftar utk mendapatkan pas , gelang dan cenderamata spt beg galas yg ditaja oleh Telekom Malaysia, pek minuman, dan bermacam-macam lagi.Tepat pukul 2.30 pagi para jemaah semua diminta beratur utk urusan check in dgn beg besar masing2. Urusan timbangan beg, boarding pas dan pemeriksaan keselamatan serta pasport haji dilakukan di situ mengambil masa 1 jam.

Kemudian kami semua ke dewan besar utk mendgr taklimat terakhir dari pegawai TH sendiri dan pukul 4.00 pagi sebelum keluar , seorg muazzin mengalunkan "azan" mengiringi keberangkatan kami . Suasana sungguh sayu dan sepi . 11 bas dgn diiringi polis peronda bergerak bersama-sama menuju ke KLIA dan terus ke kaw. dewan khas sebelum diperiksa oleh pihak imigresen utk urusan pasport dan terus menaiki pesawat. 8 jam perjalanan terus ke Lapangan Terbng Madinah.

Urusan di sana berjalan lancar oleh pihak imigresen Madinah dan terus dibawa dgn bas memasuki Kota Suci Madinah dan ditempat di Hotel Al Anwar Movenpick Madinah. Waktu menunjukkan hampir 11.00 pagi . Berwuduk dan terus ke Masjid Nabawi yg terletak di hadapan hotel utk solat fardu zohor. Madinah pada masa itu belum begitu sibuk kerana musim haji baru bermula. Selepas solat zohor terus menziarahi Makam Rasullullah , Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar . Berpeluang solat sunat dan bermunajat di kaw. Raudah iaitu salah satu tempat yang mustajab utk berdoa. Kaw. Raudah sentiasa ramai dgn jemaah yang terpaksa menunggu peluang utk masuk ke situ.

Kaw. Raudah dpt dikenali dgn permaidaninya berwarna putih dan bukanlah luas sangat utk menampung jemaah yg kdg kala beribu orang yg cuba utk masuk ke situ. Berpeluang menghirup air zam-zam yang tersedia dlm bekas2 minuman yang banyak terdapat dalam Masjid Nabawi. Air zam-zam ini dibawa dari kota Mekah setiap hari dgn "tanker" dengan sepuas-puas sambil berdoa kerana insyallah doa kita akan dimakbulkan Kaw. solat bagi lelaki dan perempuan di Masjid Nabawi dipisahkan. 

Perempuan mempunyai ruang sendiri yang tertutup dan dikawal oleh pegawai masjid dipintu masuk. Tips utk bertemu kembali dgn isteri atau pasangan kita selepas solat ialah dgn berjanji bertemu kembali di pintu masuk jemaah wanita krn Masjid Nabawi terlalu besar.

0 comments:

Catat Ulasan