SUASANA PAGI SEKITAR MASJID NAMAWI
JEMAAH SEKITAR HOTEL
MADINAH HILTON
KAWASAN BAZAR SEKITAR MASJID NABAWI
Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan diberikankan kesihatan yang baik kepada kami utk terus beribadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH.
Banyak pengajaran yang dapat kami kutip beberapa hari ini semasa berada di bumi yang penuh dengan keberkatan ini. Pelbagai jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia . Ada yang sihat, ada yang bertongkat, ada yang mengesot dan bermacam2 lagi. Tapi mereka tidak menghiraukan semua kepayahan itu demi kerana ALLAH.
PERSEKITARAN MASJID NABAWI
Paling penting, walaupun kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh, datuk. tan sri atau golongan kebanyakkan, raja atau sultan, yang membezakan kita di sisi ALLAH ialah ketaqwaan dan amalan kita. Itulah bekalan kita yang akan kita bawa ke alam akhirat kelak apabila kita menghadap ALLAH . Kesimpulannya, akhirat dan dunia hendaklah seiring agar umat Islam sentiasa cemerlang.
Seperti biasa selepas subuh, sarapan dan tidur seketika untuk melepaskan kepenatan. 9.00 pagi berjalan-jalan sekitar kawasan kota Madinah untuk melihat ragam manusia dari seluruh dunia yang mengunjungi kota Madinah.
Ketika pulang ke hotel, disapa oleh seorang pemuda yang mendakwa berasal dari Sri Langka . Sangat fasih berbahasa melayu. Ia mendakwa seorang pelajar UIA dan ditaja untuk menunai fardu haji oleh Professor Kamal Hassan, reaktor UIA untuk menunaikan fardhu haji. Panjang lebar mukadimahnya dan akhirnya meminta sumbangan wang ringgit untuk membiayainya semasa ia di sini. Saya mengatakan bahawa saya mempunyai wang tetapi di dalam akaun tabung haji lalu ia terus memberi salam dan berlalu dan beredar dgn pentas.
Di sini berbagai-bagai teknik dan taktik yang digunakan oleh pelbagai golongan untuk meminta sumbangan atau sedekah yang kadang-kala tidak masuk akal. Mereka sering mengambil kesempatan atas kemurahan hati jemaah haji yang ingin membuat kebajikan . Kita perlulah berhati-hati . Terdapat banyak sindiket di Madinah dan kota Mekah. Lebih baik kita bersedekah kepada pekerja-pekerja masjid yang bekerja di dalam masjid yang kita boleh kita kenali dgn uniform mereka yang rata-rata gaji mereka 400 rial sebulan sahaja.Saya pernah bertanya kepada mereka, adakah mencukupi dengan 400 rial sebulan. Jawab mereka ,Alhamdulillah kerana yang paling penting mereka dapat beribadat dan bersolat fardhu 5 waktu sehari semalam di masjid Nabawi yang menjanjikan 1000 pahala disamping terpelihara solat mereka.
Mereka juga selalu mendapat sedekah dari jemaah-jemaah di situ dan dapat menampung perbelanjaan seharian mereka walaupun mereka tidak pernah meminta dan menadah tangan . Yang penting setiap pekerjaan yang membawa kepada amal kebaikan akan digandakan 1000 kali di sini.Itulah kelebihan kota Madinah seperti yang dijanjikan oleh ALLAH.
SUASANA DIPERSEKITARAN HOTEL YANG SENTIASA
SIBUK DENGAN BAS DAN JEMAAH YANG BARU
SAMPAI DI MADINAH
0 comments:
Catat Ulasan