WARGA SCP

Sabtu, Ogos 29, 2009

DAY 25 09/12/2007 AHAD

Sebelum masuk waktu magrib

Lampu yg menerangi Massjidil Haram

Pekerja Ben Ladin sentiasa menjalanakan tugas

Tong air zam-zam yg banyak terdapat dlm Masjidil Haram
Minumlah sepuas-puasnya

Apalah nasib aku, mungkin itu yg difikirkan. Fikirkan apa
yg tersurat di benak hati jemaah ini.

Alhamdulillah, pagi yang indah dgn keadaan kesihatan yang baik. Kota Mekah semakin ramai dan padat dgn jemaah. Ini dapat dilihat dgn situasi dan keadaan pada masa ini yang berhimpit-himpit semasa menunaikan solat dan para petugas di kawasan Masjidil Haram terpaksa bertugas dgn lebih tegas lagi bagi memastikan tiada jemaah yang duduk membuat saf di jalan2 masuk dari mula memasuki Masjidil Haram ke Kaabah. Teriakan "Haji",Hajjah , tariq, rasta " kedengaran di sana - sini apabila para petugas mengarahkan jemaah2 yang agak degil yang duduk di jalan masuk kerana tidak mendapat tempat utk bersolat. 

Apabila azan berkumandang , barulah para petugas membenarkan para jemaah bersolat di tempat pejalan kaki dan selepas sahaja selesai solat, mereka terus "menghalau" dan sehingga kedengaran seperti mahu bergaduh .
Untuk keluar dari Masjidil Haram selepas solat juga agak menimbulkan sedikit kekecohan kerana bertembung dgn jemaah yang mahu masuk seperti "aliran air yang tersekat " Boleh berlaku insiden yang tidak diingini. Kebiasaannya apabila keluar, aku mengepitkan kedua tanganku melindungi bahagian tepi dada dari terhimpit.Keluar saja dari pintu Masjidil Haram , terpaksa menempuhi lagi kesesakan di laman luar Masjidil Haram kerana terdapat jemaah yang tidak bangun dan kita perlu berhati-hati kerana takut terpijak mereka . 

Kesesakan yang luarbiasa timbul terutama selepas waktu subuh dan isyak kerana pada masa itu hampir 90 % jemaah yang berada di dalam Masjidil Haram akan keluar secara serentak setelah selesai waktu solat . Namun itulah kelebihan tanah suci Mekah. Walaubagaimana sesak sekali pun dgn jutaan umat manusia , namun itu semua hanyalah "sekelumit pengorbanan" dalam mencari keredaan ALLAH .
Rak-rak meletak kasut juga tidak boleh lagi menampung kasut para jemaah. Seringkali terserempak dgn jemaah yang mencari kasut mereka yang bukan hilang, tetapi kerana telah bertimbun kasut2 di rak tersebut. Kami setiapkali ke masjid akan memastikan membawa beg plastik utk mengisi kasut dan meletakkannya berhampiran tempat kami solat . 

Para petugas yang mengisi air zam2 ke dalam tong juga agak sibuk kerana dalam waktu yang singkat, air zam2 tersebut habis dan perlu diganti tongnya. Masalah tempat solat juga timbul kerana berlaku percampuran antara lelaki dgn perempuan dalam satu saf yang bukan muhrim. Adalah haram dan berdosa apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berada dalam satu saf semasa solat. Perkara ini sering terjadi kepada jemaah haji Indonisia . Seringkali juga terserempak dgn petugas2 yang terpaksa "berkhutbah" kepada pasangan2 tersebut di dalam Masjidil Haram .

Berkenalan dan berbual dgn seorang "bapak" yang agak berumur dari Indonesia yang duduk di sebelah ku semasa waktu magrib menyatakan kesyukurannya kepada ALLAH kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah utk mengerjakan haji . Ia tidak menyangka sama sekali akan dapat menunaikan fardhu haji kerana tidak mempunyai pembiayaan yang mencukupi kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya. Namun seorang dari anaknya yang bekerja di Singapura telah mengumpulkan wang utk membiayai pembiayaan tersebut. Berkali-kali ia mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana ia tidak sesekali menyangka bahawa ia akan menjadi tetamu Allah. Sambil ia bercerita dengan linangan air mata kesyukuran, aku mendengar luahan isi hatinya . 


Saya membayangkan jika diri kita yang telah sempurna dari segi kemampuan masih memandang ringan dan enteng akan kewajipan mengerjakan rukun islam ke 5 ini. Sekiranya nyawa kita dicabut dari tubuh badan yg merupakan pinjaman dari Allah, Subahanallah… Itulah kebesaran Allah S.W.T .
Firman Allah S.W.T :
Surah Ali-Imran ( Sebahagian daripada ayat 97 ) yang bermaksud:
 
" Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji 
dengan mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu 
sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun ) dari sekelian makhluk".

5 ulasan:

  1. As Salam..

    bercerita tentang jemaah Indonesia.. mereka ni.. bak kata org utara, ketegaq tahap gaban.. dengan sifat & sikap yang sebeginilah agak nyer yang boleh membuatkan mereka boleh hidup di negara orang..

    satu kesah di dlm raudhah, jemaah indonesia bertolak2.. lalu ditegur oleh sorang ustazah @ jemaah kita.. CR tau apa jawapan mereka.. 'kalu mahu solat yang selesa bu.. solat aja di rumah'.. merah padam muka jemaah kita.. nasihat yang di beri.. kata2 sinis yang dibalas.. mujur ada seorang jemaah yg kala itu duduk disebelah ustazah itu menyambung.. 'kalu mau beribadah lagi mau tolak2, kan udah kira berdosa.. usah datang kemari deh.. terus saja di indon.. biar enggak tambah dosa lagi'.. kali nie, giliran jemaah Indon tadi pulak yang muka merah padam.. he he.. maka berlalulah jemaah m'sia yang brutal tersebut.. siapa kah jemaah m'sia yang brutal itu??.. tak yah tahulah CR ek..

    anyway.. membaca catatan CZ.. mengembalikan memori saya.. teruskan posting new entry.. teruja membaca..

    BalasPadam
  2. Salam Noor,
    itulah resam dunia, kita kan selalu diingatkan supaya mengamalkan sikap mahmudah. Jemaah yg datang dari berbagai negara, pelbagai ragam .
    Sabar dengan tak sabar je yang menguji kita.
    Allah maha mengetahui.
    Insayaallah N3 psl haji ni sehingga hari kami meninggalkan kota makkah nti.

    BalasPadam
  3. Salam ziarah...

    Seronok dok baca pengalaman CR dok tunaikan haji... Harap saya pun akan mendapat jemputan awal... aminn...

    Kak noor, bukan akak ker jemmah Malaysia yang brutal itu? he.. he...

    BalasPadam
  4. Salam Atikah,
    pengalaman yg sangat bermakna dan indah dlm hidup kami . Dah ada niat tu baik, insyallah ALLAH akan makbulkan.

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    niat tu memang dah lama ada... cuma jemputan tu belum sampai lagi...

    BalasPadam